Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, January 20, 2011

Daging Rusa Masak Kunyit

Hari ni tak banyak idea berasak2 nak keluar..blur jek..ngee
Kat kampung nun dah banjir sikit2..harap2 tak memudaratkan semua orang..
Kat sini,dah masuk hari kedua cuaca panas..sebelum tu hujan manjang..alhamdulillah laa juga kan,hujan ke,panas ke..yang penting,harap2 tak memudaratkan jer..huhu..
Hari ni korang masak apa?semenanjung cuti kan?Sarawak tak cuti pun..jadi hari ni biasa jer(macam laa kalau cuti jadi luar biasa ek)..haha

Sekarang ni jarang-jarang masak dan makan daging rusa..
Susah nak dapat..
Nih beli aritu harga dah naik..lagipun bukan beli tempat yang sama seperti sebelum nih.. Tak kisah laa ek,janji dapat makan..lagipun tak ramai berpeluang makan daging yang semakin di..oops?ada orang jabatan perhilitan ke baca ni?hihih..

Dah dapat daging rusa,mesti salah satu menunya adalah dimasak kunyit gini..alaa,,selera kampung katakan..kadang2 buh santan juga..tapi jarang2 ler.. ;)
Masak kunyit ni,kalau yang suka pedas2..akan berselera lebih tau.
Tapi yang tak suka pedas...tak payah laa buh beria-ia sangat cilinya..ala,semua pun pandai ngejas bila nak masak kan..hihi

Resepi simple jer..tak payah tepek resepi kot..(malas naip sebenarnya)hehe :P

Update:
Untuk kak nor n Nani juga siapa2 yang nak mencuba,disertakan di sini resepinya yer..
Bahan2 terpulang nak tambah atau kurangkan ikut citarasa n selera masing2..


Seperti daging lain,ada dua kaedah nak masak,rebus daging sampai empuk dulu atau masak terus sekali dengan bahan2 tumis baru masak sampai empuk.
Kali ni aku guna kaedah pertama tu..rebus guna pressure cooker sampai empuk baru masak seperti biasa.. :D

Daging Rusa Masak Kunyit

Bahan2:
  • 600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan
  • 2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
  • 4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 2-3 batang serai*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam keping
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • Sedikit daun kunyit-dimayang halus
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
  3. Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
  4. Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
  5. Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!
Sedaapppp wooo..tapi kalau dapat daging kijang lagi mabeles..
Ada yang belum pernah makan daging rusa ke? Pergi tangkap kat zoo sana..tapi lepas makan,kompom korang lak yang kena tangkap laa..hahaha :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 Komen Di Sini:

K.Nor said... [Reply to comment]

sue.. letak la resipi.. akak ada daging rusa dlm esbok ni, jiran kasi.. bukan akak gi berburu dlm hutan tau.. hehe

Cikmin said... [Reply to comment]

salam sue..kakmin setiap 3 bulan merasa lah makan daging rusa ni..abah bawak yang fresh lagi...opssss!! :P sedap kannnn...

HaSue said... [Reply to comment]

K nor:oo..baru nk tanya td akak guna peluru jenis apa..ahaha..oopps! ok kak..nanti sue letak eh..

HaSue said... [Reply to comment]

cikmin:memang sedap kan kak...lagi2 yg fresh(belum frozen langsung) terus masak..lagi ler sedaappppp..(kalo org philitan baca boleh urut dada nih thn sbr)

Anawahid said... [Reply to comment]

sue, ngko jan bg akak pingsan sue ngn dging rusa ni, best ke idak ni, kakak akak ckp best, manis... akak lak lom penah try lg... ekekeke

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

salam sue...akk tak kira nnt kalo akk pg srwk, sue mesti g tangkap rusa ke kijang ke akk nak juga mkn heheh...sedap ke sue ada rasa mcm daging unta tak..dgg unta akk pernah la mkn

LinRosly said... [Reply to comment]

Salam....

Mana Kak Lin nak cari daging rusa ni....kalau mengindam...mahu anaknya ngencissss!!!!

Mas said... [Reply to comment]

sedappnya daging rusa, mas pernah mkn 2 kali gak....terliur ni...he..he..

izahdaut said... [Reply to comment]

sue..gile lapo aku tengok lauk rusa ni.aku mmg peberet la daging rusa..kalau dapat satey daging rusa..ngehh ngeehhh...goyang gerudi la aku makan..wakkaa..ko tak ikut memburu smaa ke?haha

Naz said... [Reply to comment]

Salam Sue..
Daging rusa...emmmm... tak pernah makan laaa.. Sedap eh? Senang ke nak dapat daging ni di sana?

HaSue said... [Reply to comment]

kak anawahid:kak,sila pingsan ok..memang best daging rusa nih...rugi ko x cuba kak..haha..tp kalo dpt daging kijang memang lagi meroyan tu.hihi

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza:w'kumsalam kak...akak dtg jer sini..nanti kite gi berburu sama2 bawak zhariff ngan amani.ekeke.. rasa daging unta dah lupa laa kak..penah makan masa sekolah rendah jer dulu kalo x silap..hehe..daging rusa ni rasa dia manis2 sikit laa,bukan manis2 kuih tau..manis2 daging.hehe..kalau salai pun best sangat nih

HaSue said... [Reply to comment]

kak linrosly:wkumslm..alaa...kat zoo kan banyak kak..haha

HaSue said... [Reply to comment]

mas:ok laa tu,sekurang2nya pernah gak merasa kan kan?hehe

HaSue said... [Reply to comment]

izah:ko ngidam ek zah?baik ko terus terang..ahahaha... kalau masa byk stok tu bole laa nk wat satay2..bercampur baur lagi dengan rajin yang tak seberapa...daging lembu pun x ter'satay'..haha..aku berburu kat esbok jer..hihih

HaSue said... [Reply to comment]

naz:memang sedappp..kat sini takde laa senang sangt.dulu2 senang laa juga sbb ada kwn hb yg suka gi memburu ni..skrg ni org tu pun dah jrg sgt gi berburu..hehe

Wanieyra said... [Reply to comment]

salam kak...best kalau dapat makan daging rusa ni....kita biasa makan satay rusa je, itupun beli kat satay samuri...kalu tak, tak merasa daging rusa

Rusa Ryan said... [Reply to comment]

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. untuk restoran boleh runding harga borong. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...