Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Pagi ni nak share menu ringkas tapi padat dengan isi yang sedap ke tekak kami sekeluarga. Samosa simple jer..hee..
Memandangkan ada stok udang galah comel2 jer saiznya,aku kupas n potong2 dan campur ke dalam inti kentang berkacang cam biasa aku buat untuk inti karipap.
Takde udang galah,udang laut biasa tu pun boleh. Kalau ada stok udang galah besar tu lagi senang,amik seekor je dah cukup isinya untuk buat inti.huhu..
Bezanya bila dibuat samosa gini bandingkan dengan yang digulung seperti popia biasa tu adalah,yang pertamanya..kerja banyak la skit kan:-sebab nak potong kulit popia,sebelum lipat2 bentuk samosa .. TAPI akan dapat banyak la samosa yang comel2 sebab kulit popia tu dibahagi tiga. Kalau untuk makan ramai2 memang seswai sangat laa..
Intinya tu terasa padat dan hmm..best jer setiap gigitan boleh rasa ke'udang'annya.
Rasanya semua dah tahu cara lipat samosa kan. Yang penting masa nak mula tu jer..lipat segitiga dulu,buh inti,pastu ikut je bentuk segitiga tu dan gamkan hujungnya dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit tepung.
Nak share jugak resepi ringkas ni..Boleh jadi alternatif jika malas nak nguli doh karipap tapi ada stok kulit popia.*ni macam ngajar orang jadi malas pun ada nih.hee.. bukan,ye. cuma alternatif jek.. ;P
Samosa Udang Kentang
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
Kulit popia saiz 7.5"x7.5"
1 sb tepung gandum+1sb air biasa-sebagai 'gam'
Inti
200g udang-yang sudah dipotong kecil2-boleh juga cincang kasar(boleh je kalau nak letak lebih)
3 biji kentang saiz sederhana-kupas dan potong dadu kecil
5 batang kacang panjang-potong kecil
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 sudu makan udang kering-rendam seketika*-bahan bertanda * tumbuk halus
1 sudu besar kari daging-campur dengan 2 sudu besar air jadikan pes
Air secukupnya-untuk memasak sehingga kentang empuk
Garam secukup rasa
Secubit gula-jika perlu
2 sb minyak masak
Cara memasak inti:
- Panaskan minyak,tumis bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau. Masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak.
- Masukkan kentang,kacau seketika dan biar sebati dengan bahan buat beberapa saat.
- Tambahkan air sehingga lebih sedikit paras kentang. Tutup periuk supaya kentang cepat empuk. Setelah empuk,biarkan air agak kering. Jika masih keras,tambah air lagi.
- Dah inti agak kering,garam dan gula..masukkan juga kacang panjang yang sudah dipotong pendek2/kecil. Kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan udang. kacau sehingga udang masak-udang tidak memerlukan masa yang lama untuk masak.
- Cara membuat samosa:
- Sekeping popia dipotong 3. Ambil sekeping dan lipat segitiga hujungnya. Bubuh inti dan lipatkan bentuk segitiga dan kemaskan hujungnya dengan gam tepung tadi.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan sudah dipanaskan menggunakan api sederhana. Janagn guna api perlahan untuk mengelakkan samosa/popia menyerap minyak berlebihan.
- Sedia dihidangkan dan dinikmati untuk minum petang..selamat mencuba!
25 Komen Di Sini:
salam hasue
nampak sangat menarik tu =)
salam pagi jumaat Sue..
akak dtg pepagi ni minta samosa ada lagi tak?? kalau tkde bagi yg gulung pun ok lah nak rasa mesti sedap ni kan heeee
perghhhhhhh sedap tul tngk samosa udang ni...meh bagi akak 10 ketoi....ehhhhh 20 ketoilah...ada lagi ke tu..he3..
ha ha hahh ada cara nak ajar orang malas ye Hasue... kesedapan dan kekemasan samosa ni mengalahkan karipap (yang kadang jeleklah pulak kelimannya kalau kak Amie yang buat) hikhikhikkk
Hasue, akk teringat masa mula2 dulu buat samosa. Nak tnya org, malu mcmna lipatnya tu. Hubby yg buat demo dulu....hehe...akhirnya dpt lipat setelah lunyai:-)
Saalam Hasue...
Sedap juga di makan petang hari ni... kulit popia ada lagi dalam peti ais boleh cuba resipi ni pulak... mohon share ye Hasue :))
@Tina Othman
w'kumsalam..
Resepi simple jek.. :)
aku plak kalu menggulung samosa tuh syalu x berapa nk segitiga, ke ada kaitan dengan kepala yang agak2 tiga suku nih, ke cemana? cer beritau sket..
Assalam sue, akk tak pandai nak lipat samosa heheh, hari tu ada gak beli kulit popia, sudahnya jdi popia isi kentang je dlm tu, belum n3 lagi huhu. Pas tu kulit selebihnya dh pun buang semlm,dh rosak simpan sebulan lebih huhu.
Nnt nak cuba buat samosa juga lah, kulit tu kena sambung dua ke atau satu potong je.
Sedap nampak rangup je kulit dia
singgah dapur sue jap, tgk semosa yg comel mcm tuan yg membuatnyer..:)
Salam pagi...
singgah nak bf kat sini
~kita suka samosa..kita suka..suka beli hahaa..males nk membungkus sndiri..mkn rajin..cantik2 jer samosa K.Sue nii..tumpang mkn sini je lah ekk ^_^
sueeeeeeeee...ada lagik kah..lambat kmk smpei hr tok.nyaman nya..mkn time panas2 oooo..hari tok kmk merehat2 kan kakitangan lok..kelak2 mengentri lagik.
As'salam Sue
k.ct memang pantang nampak yang montel2 macam ni, tabah isi dia padat dan penuh ada lagi tak Sue, kalau habis gilah goreng lagi hehehe.
Rajinnya dia mengulung melipat segala. k.ct kalau datang angin R jer baru buat benda2 remeh ni hehehe
Maaf Sue, pagi tadi dah masuk tapi gambar tak keluar habis,tu yang tundake petang cuba lagi hehehe
salam rindu hasue..waduh mmg enak banget sehh!! terliur akak wehh..huhu!
sedap ni sue.makan cicah sos.ada pulak kopi o..wallla..sodap lak ai..
As'Kum Hasue cayangg muahzzz tq kerana sudi berkongsi resipi orang 'RAJIN' akak berada di dalam golongan itu.. selera besorrr membuatnya 'Rajin" sila terbalikkan hehehehhe.. macehh dear..:))
mnarik n nmpk sedap jugak..trasa mcm nk buat skrg ni..masuk list
Salam hasue...
mesti sedap bila samosa digigit terasa keudangan dia..harus try ni..
salam perkenalan
salam Hsue.Apa kabar?Wah!ngenaknyaaaaa...kat umah ni pon HB k.atie dah request nk kuih samosa.
Kena buat gak ni..sbb stok samosa yg kat lam esbok dah habih!
Nk try resepi inti hsue lak..halalkn ya :D
samosa ni memang sedap dimakan. lebih2 lagi kalau yang panas2 garing tu. lebih sedap lagi kalau dapat makan yang orang buatkan. kak sue, mintak sekeping!
bentuk tiga segi ke empat segi ke lima segi ke tak kisah. yg penting sedap
rajinnya la bersamosa... nanti, ogyep pun nak bersamosa jugak lah... copy & paste resepi aje lah nanti..
Suka samosa... Kalau makan mesti tak berhenti.. :)
lambat datang sini samosa pun dah abis...dapat jamu mata jer lah..huhu nak balik la..hehe
Post a Comment