Cuti sekolah baru2 ni berkesempatan la membuatnya sebelum abanglong balik ke asrama.. aritu dia ada duk sebut2 lama tak makan pizza,haih..cair gak hati ni nak membuatkan pizza sosej kegemaran beliau.. Bukan tak suka buat,sebabnya kalau buat kompom aku pun makan beria..bila dah makan beria,sendiri mau ingat laa..hohoo..berjoget2 lemak dalam badan terima kawan baru..
Lagi2 kan,bila buat topping sendiri ni mana mahu kedekut dengan bahannya..nak lebih sosej,nak lebih cheese..uihh..menyampass betul dengan aku sendiri sebab berlebih2 bahan..hee
Sebenarnya buat doh ni guna resepi doh yang biasa aku buat, korang boleh la guna mana2 resepi doh kegemaran atau boleh juga guna resepi DJ yang aku sertakan kat bawah ni..
Sos putih berkeju tu aku guna resepi DJ lah dan kutambah dengan mozarella cheese untuk adegan bertali2 tu..ahak..
Aku bakar dalam loyang bulat beso jer ko.. takde pan yang nipis tuk bakar piza tuh lagi..huk.. yang bekas kertas cam kat bakery tu ada,tapi malas nak wat kecik2 aritu...macam nak potong2 n main tarik tali jer baru best!
Yummm..!! sedappp tau,lepas buat doh tu dan doh naik..boleh laa leperkan balik..sapu pes tomato atau sos tomato sebagai alas inti tu..lepas tu taruk ler apa2 inti kesukaan korang ek! Untuk budak2,sosej memang selalu menjadi kegemaran.. aku tak guna mix vege yang frozen tu..tak suka kacang peas dier selalu keras..tak besh! tak besh! nih guna jagung dalam tin,lepas tu lobak merah potong dadu atau kalau dah malas bebeno boleh parutkan aje janji bahagia..
Meh nak kongsi resepi dari DJ..terima kasih DJ..lebiuu!hee..oh ye,untuk resepi doh yang aku gunakan kali ni boleh rujuk SINI
Aku kongsikan resepi DJ nih untuk mereka yang nak buat versi Dj nih ekk..aku nak buat tapi takde stock bread softener...jadi daripada mengalter,baik buat resepi yang dah ada dalam kepala..yang penting hasilnya tetap mantopp..gitu. :D
Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Pizza base I :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!
20 Komen Di Sini:
nyammmmmmmmmmmmman...tpi malas lah nk nguli2 tpg..ktk tlg mlh ngn kmk blh..teringin lah nk rasa..:-p
suka banget..ada lagi ka piza tu?
sue!! mishhhhh uuuuuuuu ! gi godek lg pizza, akak nak seloyang :)
Hasue.. wah wah sedap nya terima kasih ya perkongsian resepi nya sos putih itu pentingkan.. aduhai.. terliur sudah..
br je buat piza aritu..tp mcm kena buat lagi...nk repeat adegan tarik2 tali tu!
SHHH..YUMMYNYA PIZZA!
ini memang menggugat keimanan...siap sos keju putih bagai pulak tu...ha...mcm semua bahan ada kat rumah ni skrg...adei...tak tertahan godaan tengok piza ni..tolong! tolong!
Assalam Sue.
Wahhh sedapnya nampak pizza ni....fav anak2 sis ni.
Assalam sue, lamanya tak nguli buat pizza nih, akk suka doh donut lagi... buat pizza, mmg jadi n puas hati, sampai malas nak buat doh yg lain hehe.
Nampak sedap sangat pizza tu meriah lebih dari piza hut
Sedapnya pizza.. Tapi tak rajin nak buat sendiri.. huhuhu... :(
kak sue cayangggggggggggg~~~~~ lemak2 dlm badan tun pun nk sama naik joget2 sama2 nih.. dia nk geng jugak lah. hoho
alahai malam2 ni ngengok benda ni adusss boleh tutup ni laptop kejabtak tahan nak amkan pun dah jauh malam time titun je ni,,sabau je lah Sue tergodalah akak tengok
As'Kum Hasue cayangg... yer laa cair hati ibu bila Abang long mintak pizza yaa.. ni yang tengah menengok pizza yang sedap tengah malam begini.. cair je liur ni taw.. siapa nak toolong hehhehehe
~ tergoda sdh dgn adegan tali2 tuu..uwaaa!! xtahan tgknyaa..bila lah mood nk menguli nk dtg nii..dh lama ku seru ^^
@sury_masury
mun dah teringin ya...sila laa polah kedirik.hihi
alahai mmg sedap. akak pun slalu guna resipi kak dayang kalo nak buat pizza, memang sedap
menarik la resepi ni sebab ada sos keju.. sedapnya tengok...huhuhu
Salam Hasue cayang!!!
Pizza dgn sos keju???
Nie mesti best kan3x...
kunun2 arini nk mkn pizza,nk ajak ank2 g pizza hut,sekali tgk pizza ko sue,langsung xjadi..nk buat sendiri la..syok tgk sos keju tu..:)
sue,nak tny la...sy br 1st time wat pizza...nape bl dh masak piza tu keras ha?frust betul la...
Post a Comment