Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, July 23, 2012

Sup Tulang.. mudah disediakan.. !

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua pengunjung lama dan pengunjung yang baru menyinggah ke sini..
Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan diberkati ni..syukur ya Allah..semoga segala amalan kita juga semakin bertambah insyaAllah..

Nih tayang menu simple2 belaka laa kan..lagi2 di bulan puasa ni memang tercari2 jer menu yang simple belaka..tapi nak yang sedap. Macam sup tulang ni,kalau masih berbaki lagi,boleh la diubahsuai menjadi hidangan mee sup pula. Jangan membazir kann... contohnya dah jadi hidangan untuk lauk berbuka puasa..buat mee sup tu untuk sahur la pula,gitu. siap bagi contoh lagik.heee..

Sebenarnya ia sup tulang memang lebih mudah disediakan dan disiapkan jika memasaknya menggunakan pressure cooker..tengok laa sup tulang aku kali ni..gara2 nak sangat isinya lembut,sampai lekang terus dari tulang..huhhuu.. sah2 laa lembut kann...pastu kan,kali ni buat lak sup tulang rusa..memang sedappp..bukan senang nak dapat tu.. :D

Sebelum ni rasanya dah pernah share resepi mudah ni..saja laa nak kongsi kan kot2 ada yang tak jumpa lagi cara mudah buat sup ni.. cuma tu la,aku ni kalo sup gini memang suka nak tumis dulu..sebab aroma sup tu lebih kaw2 gitu bagi aku.. tapi jangan laa buh beriya..sekadar untuk menumis saja.. lagi satu aku suka jika air daging tu dikeringkan dulu semasa menumis..jadi sup tak mudah basi..begitu juga ketika memasak daging,ayam dan sebagainya.

SUP TULANG SIMPLE
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1.5 kilo tulang + sedikit isinya.
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawaang putih*
2 inci halia*+1 cm halia(dihiris)
2 uncang bunjut sup adabi
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Garam dan perasa/kiub pati daging/ayam

Bahan lain:
Daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili hiris

Cara2:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging dan tulang dan gaul seketika sehingga daging mengeluarkan jusnya..Biarkan kering sedikit dan masukkan air sehingga 3/4 periuk tekanan.
Masuk bunjut sup adabi,garam dan perasa -nanti boleh adjust rasa..jadi letak tu agak2 sahaja.
Tutup periuk dan masak sehingga empuk-lebih kurang 40-50 minit selepas bermula desiran..bergantung jenis periuk tekanan juga.
Padamkan api,keluarkan tekanan sehingga kembali normal..buka penutup periuk dan sebatikan rasa sup. jika perlu tambah garam,tambah la secukupnya ya...setelah tu didihkan seketika dan padamkan api. Jika ingin menambah kentang,masukkan kentang dan masak lagi selama 4-5 minit selepas desiran.

Sup daging ni memang sedap dihirup gitu ajer.. Buat yang suka sambal kicap,boleh laa dihidang bersama sambil hirup kuah pedas2 kann.. aku sukakk!
Untuk daging yang segar memang tak perlu banyak sangat bahan2 nak buat sup nih...kali ni buat sup guna tulang gearbox..eh betul ke ek..hehe.bagi yang suka korek2 isi tulang tu lagi syok kan.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Komen Di Sini:

GREENJADE said... [Reply to comment]

bila tgk sup tulang ni teringat kat my hubby nun jauh di mata..feveret beliau ni..kalu blk Mesia menu ni mmg wajib ada hehehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, menu wajib setiap ramadhan ni, tapi yang tak tahan tu tulang rusa, akk daging dia pun belum pernah rasa heheh.

Sedap namp[ak sup tu, ingat sup bonda akk yg spesial

Yana Shaiful said... [Reply to comment]

Salam Kak Sue..selamat Berpuasa^^..
Ada sup tulang rusa lg haaa..dapat hirup yg panas2..perah limau nipis tabur bawang goreng berserta potongan cili api..adussss sedappnyyaaaaa ^^

izahdaut said... [Reply to comment]

sue.. kalah restoren aku tengok hidngan sup tulang ko neh. giler terliur aku. ko ada pressure coker tu lagi la senang nak masak emnda2 gini kan.. haishh bila la nak mendapat sebiji itu periuk

nOOrsha said... [Reply to comment]

grrr...terliur tgk sup tulang ko ni sue..nasib bw pas buke pose..klo x harus aku berdayung ke mukak nak mintak semangkuk sup tulang.. eh..releven ke ek..haha

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum sue..

Selamat meneruskan ibadat puasa ye sue..**puasa ke tak tu? heheheeee..

Sue, akak kalau masak sup tulang, mmg tak pernah tak guna pressure cooker..Malas ai nak tunggu lama2 tulang tu atas dapur. Pakai pressure cooker jimat masa dan gas kan. Dagingnya pun lembut bangat...

Samalah cara kita masak sup. Akak masak cam ni gak. Simple jer.. Encik hubby akak suka sup tulang ni. Sbb tu mmg dah ada pressure cooker tu sbb tau nak kena masak banyak kali...

Ummi Annur Humaira said... [Reply to comment]

Salam...

huhu sup tulang...nasi putih...sambal belacan..kangkung goreng belacan...paveret2

Gee® said... [Reply to comment]

Waaa...fav k.gee ni sup tulang...

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

Wah Ha Sue.. bestnya sup tulang tu... letak cili kicap mesti syiookkkkk punya...

kakbesah said... [Reply to comment]

salam Sue, btol ckp Sue tu, kita jgn smpe mmbazir di bln posa ni, akk smlm buka buat tomyam, pstu ada lbeh, pg td buat la kue teaw tomyam utk sahur, habih cite. bila kita dpt jimatkn mse, bleh la buat kje lain..kn,kn,kn! alamak! akk kn nk potong bju pepagi nih.. dok ronda2 rmh adik2 plak.. aduh..dh pkol 10 tu..

kurus said... [Reply to comment]

sedapnyaaaaaaaaaaa dikk
dah lama x makan sop tulang nie
biasanya dlm bulan puasa nie adeee je masak kan
hurmmm kena buat nie ;)

~::Chenta::~ said... [Reply to comment]

Salam kenalan & salam ramadhan sue..
Chenta dari tadi lalu lalang .. tengok semuanya n3 resipi yang ada "mudah disediakan" ...
sungguh menyelerakan di bulan Ramadhan ni ...

Nur haura afeeya said... [Reply to comment]

Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...