Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, February 29, 2012

Sandwich Telur Bermayonis ..ala2 menu diet

Assalamualaikum.. ^_^

Dah hari terakhir di bulan Februari pun kite yer..selamat menyambut hari lahir buat mereka yang menyambut hari ni..jarang2 sambut ulangtahun,mesti spesel jer sambutannya yer? Ada tak korang yang sambut besday ari ni? ^_^

Sandwich sihat ni antara menu peberet ..sesuai laa kan untuk orang berdiet...cuma nya aku suka buh mayonis lebih,tu yang ala2 diet jer kan..hee. Ada ke orang diet makan menu diet letak mayonis bebanyak? Ada2..aku ler tew!heh..

Adalah best buat sandwich guna roti yang fresh/masih lembut..aroma roti tu pun best! Buat sendiri kalo reti,beli jer kalo tak reti or kalo malas..ehe

Roti yang aku gunakan adalah seperti gambar kat bawah ni..beli kat bakery femes kat Miri..rasanya lebih 10 kot cawangan bakery nih kat Miri jek..kat bandar lain di Sarawak ni aku lom jumpa lagik..
Selain roti ni,aku suka gak guna roti canola & sunflower oil-health care wholemeal bread.. leh didapati di kedai yang sama.Kedai lain pun ada kot.
Bila guna roti yang kaya serat ni,mudah kenyang jer rasanya..kiranya sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch)..try la makan nasik pastu,mesti tak larat nak makan banyak2..ehe..
Roti yang aku gunakan..ni pun nak tayang kot2 ada yang curious kan.. :) Orang2 Miri dan area berdekatan mesti tau bakery MA Baker nih..
Eh macam duta bakery lak..ahak


Sandwich Telur Bermayonis
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
4 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus
2 sudu mkn-mayonis
2 sudu mkn- sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah/putih
Marjerin lembut naturel
1/2 labu bawang besar-cincang halus(optional)
Kobis sabah/salad/tomato/timun-letak ikut selera/stok masing2

Cara2:
  1. Kupas kulit telur dan lecek menggunakan masher/garfu sampai hancur atau ikut suka nak kasar2 sikit pun tak pe..
  2. Lepas tu buh mayonis,sos cili,lada hitam,lada sulah dan bawang besar yang dah dicincang halus. Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Sapukan roti dengan marjerin lembut,letak inti(campuran telur tadi) di atasnya..susunkan sayur kegemaran dan boleh picitkan lagi sos dan mayonis jika suka. Sapukan marjerin lembut pada satu lagi roti dan tutupkan roti satu lagi..
  4. Potong dan sedia untuk dinikmati..
Nota: Inti telur tu boleh dibuat lebih,dan disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk..boleh la nikmati sandwich ni di kala kelaparan.. :)

Align Center
Inti sandwich tu ikut suka nak buh apa yer..terutama tang sayur tu..aku campak je bahan ikut stok..
Ah,satu lagi..kalau buat sandwich gini,lagi best guna marjerin lembut iaitu jenama Naturel,letak dalam esbok pun boleh guna bila2 masa,tak mengeras seperti marjerin biasa atau seperti mentega yer puan2..
selamat berdiet!hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 Komen Di Sini:

charmyiex said... [Reply to comment]

kt kelantan tok, mek x nemu org jual sandwich pagi2...terpaksa la polah kedirik..huhu

Mat Gebu said... [Reply to comment]

Kenapa macam sedap bebeno nihh...hadoii

Gee® said... [Reply to comment]

waaa...ada roti diet la kat sini.... nk tumpang bf boleh..? btw, sori sue k.gee silap nama ituhari...heeee

Anonymous said... [Reply to comment]

i like....maklumla tgh berdiettt... haha

mala said... [Reply to comment]

bakeri kegemaran kalau outing Miri :-)

HALAMANKU said... [Reply to comment]

Salam Sue.. cayalah rajinnyer diet.. teringin nak diet tapi kelaut he he he memang nampak sedap sandwich tu.. tapi kalau wat sendiri suke mana nak tepek isi banyak mana he he he

Anna Qawina said... [Reply to comment]

ko buat bekpes bila ni sue? hehe..tajuk o pun ada ala2 gak kan..haah..
meh aku nak roti tu sket.lapar lak..

rahel said... [Reply to comment]

Hasue...ni betul2 siok dimakan sambil minum lemon teh panas..

izahdaut said... [Reply to comment]

diet? owhhh mcm nak nagessssss

Cho Zila said... [Reply to comment]

nak gak buat nanti .. tengok gambar cam sedap sesangatni..

K.Nor said... [Reply to comment]

diet ai duk tenggelam kat dasar laut mati nun.. huhu

aik.. rajin bebenor menghapdet ya.. hehhe

tun_telani said... [Reply to comment]

hahhaha.. kak izah.. jom kita nanges sama2 ;p
ps: bakery yg tiap2 minggu tun jejak time duk miri aritu. kat bintulu xde pulak.

Qasey Honey said... [Reply to comment]

suka menu yg mcm ni...mmg mcari menu untuk diet skrg...bleh cuba

Zalia said... [Reply to comment]

roti sandwich tu nampak mabeles lah sue... hihi

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedap n menarik je sanwich telur tu, akk pun suka mayo byk2 heheh, diet ke laut

Eva Medina said... [Reply to comment]

salam....just happen to found ur blog...tgh sebok carik kuih kasturi...sdg ngusha2 blog akak dulu..hehe...seronok baca entri2 akk..siap gelak sorang2...bukan jek pandai masak tp pandai melawak...i likee..hehehe...

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum Sue..
SUEEEEE!!!!!! Mana menghilang?????????????????

Aik tak kan nak berdiet Sue? Badan dah slim jer tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...