Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, August 12, 2010

Udang Galah Goreng Tempoyak Pedas

Nama tajuk pun dah bleh describe rasa menu nih..hehe...gandingan udang,tempoyak dan cili padi sememangnya..erhh...membuka selera bagi penggemar tempoyak dan udang..yg tak makan tempoyak tu minta maaf laa ye..hehe..

Opp..nih bukan menu buka puasa smalam..tp antara menu sebelum puasa aritu.ehee...yg pastinya bertambah2 nasik jugak lah dengan keenakan rasa udang segar dan kepedasan yg seiring..ckp banyak x guna yer..sendirik mau imejin..heheee..

Bahan2:
  • 10 ekor udang galah(saiz S)-buang kulit n belah belakang/xnak buang kulit pun ok
  • 10-20 biji cili api(merah+hijau)-ikut tahap kepedasan masing2*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 4 sudu besar tempoyak
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk bahan * dan tumis hingga naik bau,masukkan udang galah dan kacau goreng sehingga hampir masak.
  2. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga sekata dan sebati(sehingga tempoyak berubah warna sepenuhnya. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Sedia dihidangkan
* Boleh tambahkan serai yg diketuk jika suka..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

~~ciklinn~~ said... [Reply to comment]

haiyooo bikin gua leleh..
sedappnyerrrr

HaSue said... [Reply to comment]

ciklinn > penggemar tempoyak ke udang ni?hehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...