Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, August 31, 2010

Puding Roti Horlicks

Salam merdeka...
Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53 buat semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada..
Cuti hari ni mesti ramai yg amik kesempatan mengukis dan menjahit baju raya kan..
Tempahan2 mesti banyak yg dah siap dan tak kurang yg risau jika tak siap..apa2pun,semoga segalanya berjalan lancar yer..
Kat supermarket dan kedai2 sekarang ni mesti sibuk jer pasang lagu raya..makin terasa bahang hariraya kan..yg jauh di perantauan,jangan sedih2 yer.. :)

Puding roti horlicks ni sedap amat dimakan sejuk..
Selalu makan puding lembik2 seperti puding karamel memang best..sekali sekala layan puding yg boleh dipotong begini pun best juga..yg penting tetap lembut dan agak cair di mulut..
Aku tak letak kaler pun sebab prefer warna original..

Di sini disertakan resepi untuk memudahkan rujukan di masa depan dan bagi mereka yg berminat mencuba sendiri yer..boleh juga dituang ke dalam acuan kecil2.

Puding Roti Horlicks

BAHAN A
13g agar-agar
660ml air
200g gula

60g mentega

BAHAN b
3 keping roti putih-dikoyak2kan
3 biji telur ayam
1 tin(400ml) susu cair/sejat
2 sudu besar tepung kastad
Esen vanilla—1 penutup botol
100g horlicks

Cara2:
1. Masak bahan2 A sehingga gula cair dan adunan mendidih,masukkan mentega. Kacau sehingga cair
2. Masukkan bahan B ke dalam blender dan kisar sehingga halus dan terus masukkan ke dalam periuk berisi adunan A.
3. Sentiasa kacau supaya sehingga mendidih sepenuhnya.
4. Tuang ke dalam acuan/Loyang yg dibasahkan terlebih dahulu.
5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk..potong dan hidangkan.Selamat mencuba!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Salam merdeka buat sue....sedapnya nampak puding roti horlicks sue tu...terasa keharuman horlick tu...

HaSue said... [Reply to comment]

salam merdeka wat akak juga..a'ah kak..memang harum jer bau horlicks ni..anak2 ingat sue wat kek..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...