Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, August 24, 2010

Kek Pilih Kasih

Lama dah nak buat kek ni..nasib baik bahan2 belum expired..
Ada lebihan kacang kisar masa buat kuah kacang untuk lemang hari tu..barulah kuat semangat sket nak buat.ehe..

Raya tahun lepas kakak ipar aku ada buat untuk raya,lembap kek nya..
Lagi satu bagi penggemar bijan,harus buat kek ni yer sebab gabungan kacang tanah dan bijan bukan sesuatu yg biasa anda temui pada kek2 lain..
Bagi yg kurang gemar bijan,bolehlah kurangkan bijannya yer..
aroma kek ni mengingatkan aku suasana raya time kecik2 dulu..nostalgia lak rasanya..hehe

Apa2pun bagi mereka yg berminat nak cuba resepi kek ni,dikongsikan di sini dan untuk kek yg lebih lembap aku syorkan kurangkan tepung gandumnya yer..

Tima kasih pada Maryam81 yg kongsi resepi nih kat MyR...juga rahman_bestari yg berkongsi resepi kek yg sama..tapi bahan2 sedikit berbeza(ada masa bleh cuba versi yg tu pula)boleh lihat kedua resepi mereka di SINI dan SINI yer..

Resepi kat bawah aku edit utk rujukan sendiri dan org lain dmasa akan dtg..utk resepi asal sila rujuk link yg dah diberi kat atas

Kek Pilih Kasih

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

• 10 Biji telur
• 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap
• 1 gelas gula halus
• 450gm Butter (golden churn)
• 1 gelas horlicks
• 1 tin susu pekat / krimer
• 5 sudu makan milo
• 1 gelas bijan - di sangan dulu
• 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar
• 2 sudu makan browning sugar
>hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1. Gula dan butter di pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata.
4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata.
5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam 1/2

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Komen Di Sini:

ALoNa Cintamaniszlite said... [Reply to comment]

Jelesnya tgk org pandai masak ni...
org kata..campak2 pun menjadi...

Shereen said... [Reply to comment]

Sue,
Kek ni macam kek belacan ke sebab I tengok ada pakai horlicks and browning sauce?Interesting and I memang suka dengan kek yang warna hitam-hitam sikit.Nanti I cuba.Thanks for the recipe...tapikan measurement tu payah sikit nak ikut sebab you pakai gelas.Macam mana,eh?

Jiya said... [Reply to comment]

mcm2 spesis kek kat sarawak ni ehh... kek anak tiri ada dok? akekekekeke. suee wat kan aku kek pastu pos kat sabah yerk. akekekeke

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Alona:nak jeles apa lak kak..x pandai mana pun..main campak2 laa best..ngabiskan bahan yg ada.hehee..

HaSue said... [Reply to comment]

Shereen: Kek ni lain dari kek belacan,pbezaan bhn yg ketara ialah penggunaan nestle cream n serikaya..kek ni lebih kpd rasa bijan n kcg..ada beza dari segi rasa n rupa..dan ia x segelap kek belacan..lepas tu tekstur kek belacan lak lebih lembut n kek ni lebih gebu..pjg lak penerangan ni ye..hehe.. Sukatan gelas tu u boleh guna cawan metrik jer coz i dah sukat sama jer..selamat mencuba ya

HaSue said... [Reply to comment]

Jiya:hahaa..ko belum tengok lagik semua spesis yg ada..tapi resepi lama ada uniknya jiya..dr nama sampai rasa..nak pos gi sabah?baik ko gi swk masa raya nih,leh makn kek lapis puas2..pree of cas!heheee

Mr Noble said... [Reply to comment]

haha! kene beli oven dulu la :p

HaSue said... [Reply to comment]

Mr Noble: bukan kena beli pengukus dulu ke?hehe

ain (sweet thots) said... [Reply to comment]

sue,
menarik kek pilih kasih ni. kek serawak ye? nnt ada masa nk cuba sbb nk tau cemana rasa bijan campur kcg dlm kek. tp kan ain x sure la, browning sugar tu mcmana eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...