Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, January 15, 2010

Creamy Pudding

Salam Jumaat..wuu..kita dah di tengah bulan Januari..woww!sekejap betul masa berlalu kan!
Aku bukan takde online beberapa hari ni..ada,cuma..mcm biasa laa..tenet cap kuye2 ni malas tul aku nak tunggu dier keje..nih dah ok sket.laju jek tadi walaupun ada jugak laa sangkut beberapa kali ngan 'page load error' bila nak bertandang mintak makan kat umah orang.ehehe...
Rindu tau kat kawan2 yg bertandang sini...tak kisah laa yang baru 1st time dan banyak kali time..ehehe...

Oklah..berbalik pada dessert yang sedap dan berkrim ni..
Ia nampak macam puding karamel biasa jer kan!

Tapi dari segi rasanya agak berbeza dari puding karamel biasa...
Memang sedap dan yummy..diulangi.sedappp dan yummy!teksturnya halusss jek masuk tekak..lagi2 setelah disejukkan..ermmm!
Kalau puding karamel biasa tekstur dah halus,yang ni laaagii halus.

Ni resepinya yang agak mudah nak buat..Terima kasih kat kak yani yang sudi share ngan kita resepinya.. ;)

Bahan-bahan ( 5 pudding cups )

• 2 biji telur ( L size ) >Sue guna 3 biji telur gred B
• 300ml susu segar > Sue guna 150ml susu segar + 150ml susu sejat
• 70g gula
• 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
• 1/2 sudu kecil esen vanila
• #Karamel#
• 50g gula
• 2 sudu besar air
• 2 sudu besar air panas

Cara-cara
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
  5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
  7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
  8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.
Perhhh! memang creamy ko..tak caya sila laa cuba sendirik..
Err,tapi bahan asal tak guna susu sejat.aku memandai jek letak separuh susu sejat, separuh susu segar,pastu tambah sebijik telo..ehee..harap madam tak marah ler ek! :D

Dah2...gi tengok apa lagik tu..gi buat nun!aku tak puas makan satu bekas nih....watkan aku skali ekkk..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

16 Komen Di Sini:

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

salam sue..nyaman n sejuk je tekak mkn puding sue ni....lembut dia mcm tofu fah ke

indahhouse said... [Reply to comment]

Salam kak hasue,
Yala kak, nampak juicy sangat2. hm, sedapnya!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sedapnya sue..dah lah sy suka caramel puding nie..

bintangku said... [Reply to comment]

wah.... tgk teksturnya pun dah tau creamy...

mummyseri said... [Reply to comment]

ye lahh..tgk aje pon da tau sedap ni..cam dpt rasa da ada lam mulut lak ni:)

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Salam Sue..Emmmm nampak pun memang betul creamy....Tergoda

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza > ahaa...ada iras2 tekstur taufu fa..cuma yg ni lagi halus kot..dan berkrim jek..hehe

indahhouse > wkumsalam nur..nak sebekas ke dik?dah abis laa..mintak mahap yek.hihi

ain said... [Reply to comment]

salam sue...lama tak jengah dapur sue. jengah2 nmpak creamy puding...sedapnyaaaa!!!!!

HaSue said... [Reply to comment]

Hanim > yang ni sedap lagi dr puding karamel biasa tu tau..ehehe..ada masa leh laa cuba ye hanim..kot2 kena ngan selera makyung :)

bintangku > memang creamy..teksturnya halus bebeno.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

mummyseri > baru nak bagi rasa tadi dah leh rasa ek..hehe..dah2,gi wat sana..double seri mesti suka.hehe

Sue@Nenie > wkumsalam...nenie try laa ek..insyaallah x mengecewakan..hehe

kak ain > wkumsalam..tu la kak..sue yg x muncul gak sbenarnya.hehe...nak rasa ke puding ni?ehee

Aymy With L♥ve said... [Reply to comment]

uishh, terasa2 kat tekak ni... puding mengelungsur dgn lajunye... :)

HaSue said... [Reply to comment]

Aymy With Love > dah terasa2 ek..terasa sejuk2 jer kat tekak kann..hehee

CT Zaleha Hasan said... [Reply to comment]

akak nak tanya...bleh tak gtau gula tu dalam kuantiti sudu..kite xde penimbang la kak...cpt reply...kite nak try nie...

HaSue said... [Reply to comment]

ctzack > nak dalam kuantiti sudu makan ke sudu metrik ek?takpe,tadi akak baru jek timbang 70g gula tu bersamaan lebih krg 6 sudu mkn penuh ATAU 5 tblespoon. 50g gula tu lak sama dengan 4 sudu makan(penuh).selamat mencuba yer..

CT Zaleha Hasan said... [Reply to comment]

ok kak..tq sgt...kite nak try buat...syok plak tgk org pandai memasak nie..kite budak baru belajar...kalau free lepak la kat blog kite..mane tau kot jadi pudding nt saya tempek kan gambarnye...

HaSue said... [Reply to comment]

ctzack > ok ct,nanti akk mai berkunjung yer..nak rasa puding ct lak..hehe..apa2 pun mekasih sebab bagitahu hasilnya yer. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...