Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, January 18, 2010

Mee Udang

Salam kembali..
Kalau nak cerita kenapa tak update blog 2,3 hari lepas..jawapan masih sama..masalah tenet..jadi nak citer panjang pun bukan leh ubah keadaan..

Jadi mari kita teruskan aje ke menu kali ini..sebenarnya mee udang aku nih tak cukup bahan..pastu kurangkan cili sebab kalo pedas anak2 x leh hirup skali lak kang..
Jadi alter sana sini laa asal kena dengan selera..ehehe
Udang galah kali ni bukan hasil memancing ngan kail yer,tapi hasil memancing dengan RM..ehee...

Resepi ni ilham dari k.cik...mekasih ye kak..mintak ijin kopipes resepi di sini..

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 2 paket mee kuning - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1/2 ekor ayam>sue tak letak
  • Bahan2 Utk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara-cara
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
  3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.
Udangnya ni ada yang dibuang kulit dan dicincang halus..untuk mengekalkan kemanisan isi udang,sebahagiannya dibiarkan tidak dibuang kulit... masa nak makan tu baru bukak kulitnya ye.jangan makan ngan kulit2 skali lak...hehe

Pastu aku tak letak ayam sebab ayam masih kejung dlm esbok(tak plan nak masak ngan ayam pun..sebab tu masak main campak jek..ehee)

Sedap hirup kuahnya..makan lak bersama sambal kicap..ermmm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Salam...
Amboi Sue, Udang²nya duk posing bukan main lagi yaaaa....

ain said... [Reply to comment]

aduhhh sueee...frankly speaking terliur akak tengok mee udang sue ni. terigt masa mkn mee udang kat sg dua dulu. besttt!!!!

Maiyah said... [Reply to comment]

dah lama x jamah mee udang le

K.Nor said... [Reply to comment]

sue.. nk mee udang.. hantar rumah akak maghrib nanti ya.. kalau mee dah kurang kasi udang lebey sket tak pa ya.. muuuuuah... rindu sama dia :)

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

salam sue...rindunya kat sue..sedapnya mee udang tuu besar kan main lagi udang sarawak ni

HaSue said... [Reply to comment]

Sue@Nenie > Udang tu saja2 wat posing daring2 gitu..mintak gigit la tuh.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ain > kalo ada masa leh pegi ke sg dua lagik tuh kak..kot2 tukang masak masih sama.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

kak maiyah > kena jamah laa kalo lama dah tak jamah tu.cuba akak pegang skrin,dah jamah dah tu.hehe..ampunn

HaSue said... [Reply to comment]

K Nor > Ni antu udang dah sampai ni..patut berasap2 jek blog sue semalam..ekeke..ampunnn... tu udang awal2 dah abis berbanding mi laa kak..kalo anta kuah jek ok tak?hehe

HaSue said... [Reply to comment]

kak rosaliza > wkumsalam...besa ke tu kak?yg ni saiz jari ibu kaki jek..mungkin nampak besa dlm gamba kot..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...