Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, October 4, 2011

Mee Sup Daging..Mudah Disediakan..Enak Dimakan

Sengaja aku buat sup tulang lebih aritu..nak buat mee sup nih..
Tengok,dalam satu menu kita boleh sediakan 2 juadah..ni versi memudahkan diri sendiri juga kan..contoh:buat sup tulang untuk lauk hari ini atau lauk makan malam..esok pagi boleh buat mee sup..bihun sup ke.. tapi tak semestinya lebihan lauk baru leh buat..nak wat khas untuk satu menu pun boleh..tapi untuk keluarga kecil memang cara ini bermanfaat,kan..
contoh lagi:buat lauk kari daging berkentang..menu seterusnya,kisar kentangnya tu dan gaul skali jadi kuah..cairkan sedikit..ejas rasa dah jadi mee kari kalo buh dalam mangkuk berisi mee kuning yang dah dicelur..perah limau dan yummy!
Ok,tu versi simple laa yer..bukan resepi penuh nak buat mee kari. Tapi insyaAllah rasanya tak jauh sangat beza kalau pandai ejas sana sini ikut citarasa.. ;)
Jadi jangan tengok menu tu sebelah mata jer..harus fikir bagaimana hendak bermain kayu tiga dengan menu2 tertentu jika masih berbaki..terutama jika taknak ngadap menu yang sama berturut2 laa kan..

Untuk mee sup tulang simple tapi spesel ni.. untuk membuat sup tu,ada potongan daging lembu,tulang lembu(dan isi2 yang melekat kat tulang of coz) dan juga perut lembu.nama lain babat lembu ek? Kalau ada daging tetel mesti lagi sedap!owh..best amat rasanya menghirup kuah sambil makan mee nih...
Untuk kali ni aku gunakan mee lee fah sebab.. kebelakangan ni tah napa suka lak layan mee lee fah ni berbanding mee kuning atau bihun..musim kat umah ni kot.hee..
Saiz mee ni lebih kurang ngan saiz mee kolok yang fofular at sarawak cuma besar sikit laa kan..pastu mee kolok a bit oily..

Bila buat sup tulang dengan pressure cooker.. ia sesuatu yang memudahkan bagi kita..kalau guna periuk biasa,waduhh gawat nak tunggu masak dan empuk..tapi guna PC..ah..satu jam udah biasa diatur..biasa aku masak daging ni dalam 40-45 minit selepas waktu desiran..waktu mendidih laa tu lebih kurang..kalau periuk biasa mau tunggu 3 jam gamaknya.hee..jadi sila2 laa dapatkan pressure cooker terutama jika anda penggemar sup tulang..bukan sekadar boleh masak sup dengan cepat..boleh rebus kentang tak sampai 5 minit(lebih kurang la) dah empuk,ubi kayu,keladi,kacang merah dan yang sewaktu dengannya..
Haa..dah macam jurucakap pressure cooker dah nih..
Sekarang ni dah banyak yang murah kat pasaran..aku beli brand empress dari cosway jer..in case ada yang tertanya2..hehe..

Layan sungguh mee sup ni bila dimakan bersama sambal kicap pedas..urmmm!sedapppp..

Di sini aku update resepi mudah ni yer..yang aku sertakan ni agak2 je tau..tak perlu accurate sangat k..boleh ejas ikut citarasa..kot2 nk tambah kentang pun boleh..tapi kalau guna pressure cooker..kena stop masak dulu..masukkan kentang n baru smbung masak 5 minit lagi lebih kurang.hee..

Mee Sup Daging 
By:HaSue

Bahan2(untuk sup tulang):
  • 300g daging lembu*
  • 300g tulang lembu*
  • 300g perut lembut* -potong * kepada saiz hidangan
  • 3-4 inci halia**
  • 8 ulas bawang merah**
  • 5 ulas bawang putih** -tumbuk/kisar lumat
  • 2 bungkus rempah sup bunjut ADABI
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar(optional)
  • sedikit Lada putih/hitam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam,perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Untuk Mee:
Celur mee kuning/ atau rendam bihun/mee lee fah dalam air panas dan toskan..alirkan di bawah air paip sehingga sejuk sepenuhnya.toskan dan sedia untuk dihidang.

Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam pressure cooker. Tumis bahan2 yang ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  2. Masukkan daging,perut lembu dan tulang..kacau sekata..perlahankan api dan biarkan air daging keluar sepnuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Setelah air daging agak kering barulah masukkan air sehingga 1/2 periuk atau lebihkan sedikit..
  4. Masukkan rempah sup bunjut,garam dan perasa.
  5. Biarkan mendidih dan tutup pressure cooker dan set ke no. 2 dan jangan lupa lock penutupnya.
  6. Masak selama 40-45 minit selepas berdesir. lepaskan tekanan sepenuhnya baru buka penutup PC
  7. Sebatikan rasa(tambah garam jika perlu,tambah air jika kurang) ,tambah lada sulah/hitam ikut citarasa dan didihkan seperti biasa.
  8. Sup sedia untuk dihidangkan.

Cara menghidangkan mee sup tulang/daging:
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan isikan kuah dan isi2 daging secukupnya.
Tambahkan bawang goreng dan hirisan daun sup serta cili merah di atasnya
Nikmati dengan sambal kicap pedas dan limau kasturi(jika suka)
eh takpe ke aku tak sertakan resepi nih?hehe..malasnya kudrat nak menaip n mengarang ayat..ngeee


P/s: Komen semalam nanti aku sambung reply yer..minta maaf sebab selalu terbantut reply komen2 anda2 yang cantik manis..(bodek nih)..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

tun_telani said... [Reply to comment]

wahh.. ni nk menjeleskan org yg xde PC nihh.. tp kt sini bukannyer ada jual daging halal pun. sekali sekala kalau enchik H ni nk mkn daging, terpaksa beli daging frozen NZ tu ha.
ps: tun kalau wat kari ikan, esoknyer bekfes lempeng cicah kari ikan. hihi.. kalau kari ayam lawan ngan roti jala ^^

Anna Qawina said... [Reply to comment]

rasa jeles jugak sama dgn Tun Telani tuh..
haritu ingt nk tuko point Maybank laki ai dgn PC neh..tp tup2 dia g tuko ngan benda lain..alaa benda lain tu untuk aku jugak..tak kesahla kan..cuma nak sesangat le PC ni..semua benda aku nak..kekekee..

Anna Qawina said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Mas said... [Reply to comment]

sabo jerk nengok mee sup tengahari gini..
wat menitik air liur aku jeerk tau...
meh semangkuk sue..
betul tu sue, aku pun suka cara kau..
senang keje kan...

Kak Sam said... [Reply to comment]

Hahaha suka menu yang macam gini. Kalau dapat tahan seminggu lagi syiok.

Amie said... [Reply to comment]

sedapnya mee sup daging... kami kalau nak makan sup tu kena tunggu seminggu sekali sebab kantin sediakan menu ni pada hari khamis je....

Ryo Azhar said... [Reply to comment]

heheheh..saje ja kan tayang2 menu gini.mau je rasanya aku g rumah ko petang nanti nak soh buat.huhuhu

sesapa yg lom ada PC tu leh la menyewa PC ryo ye.haha..senang memasak daging,ayam,sup tulang.........................labu.

K.Nor said... [Reply to comment]

mee sup daging 4 mangkuk! daging kasi lebih2 ya.. :)

hihihihii.. ryo.. cpt sembunyi kang ada bomb labu hinggap atas kepala lak kang.. hehehehhe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedap mee sup tu, teringat kat pasar mlm ada jual mee sup gini pas tu sambal kicap yang pedas..berair hidung heheh

SEdap nampak tu sue, dgn daging yg lembut, best..slurpppp

sweethOneY said... [Reply to comment]

OK dah terliurrr.. Memang nak beli PC pun. Eh rasa nyesal pulak tak sebut PC hari tu masa org tny nak hadiah kawen apa. Hahaha

Nak resepi :)

HomeKreation said... [Reply to comment]

Wah, terasa nak makan ni pula memalam... takda pulak stoktulang dlm esbok...huuuuu

Diana @ Melley Mey said... [Reply to comment]

sedapnya tgk mee sup nie sue.. suka sgt makan... tgk pic terakhir tu menyelerakan sungguh... siap ngan sambal kicap pedas lg... sedap!!! terliur sudah

ijan said... [Reply to comment]

Salam Kak HaSue... sedapnye sup daging... i loikkkeee... kalu daging banyak lagi best.hehhee:D

Ummi said... [Reply to comment]

HaSue...mee sup ada lg x? suka nak makaaann ni, leh skip nasi kan...konon2 la nak diet..tp tengok Sue punya ni, mcm 2 mgkuk leh habis...hahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...