Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, October 4, 2011

Anugerah 'The Versatile Blogger..' dan Tag


Ecece..anugerah blogging jer..bukan anugerah panca delima nih..
Dapat anugerah atau award nii daripada kak Diana @ melley mey yang comel dan cun melecuns tu..kalo tengok mesti kita ingat 20an lagi..hehe..
Terima kasih tak terhingga buat kak diana atas ingatan terhadap saya yang tenggelam timbul..sibbaik setakat ni tak tenggelam terus sebab stress ngan masalah tenet.hehe.. ni nak drop komen kat entri akak pun tak lepas lagi.haha..

Pastu award ni ada lak tag nak jawab sekali..jawab ringkas2 takpe kan kak diana kann..heee


1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
-Terima kasih kak Diana untuk award ini.. (eh formalnya..hehe..)..untuk ke blog kak diana..sila klik SINI. Blog masakan akak ni cantik je cam orangnya..sila,sila..


2. Share 7 things about yourself on the post.
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
  1. Peminat lagu slow rock dan jiwang2 90an..sungguh mengimbas memori..tapi memang lagu2 pada era itu sangat best belaka..
  2. Sebenarnya tak tahu makanan apa yang spesifik jadi makanan kegemaran sebab selera suka bertukar2..tapi selalunya tak laa cerewet sangat kalau pasal makan..asalkan sedap ke tekak jer..eh,tu bukan cerewet ke?hee..
  3. Dulu2 suka baca novel,tapi sekarang sebab masa terhad..lebih suka belek2 majalah kewanitaan dan keibubapaan..buku resepi..kadang2 tu sabo jelaa baru jer beli dah tak ber'cover' bila anak2 tumpang baca gak..
  4. Seorang yang sensitif..tapi selalu positif dalam masa yang sama..insyaAllah.
  5. Seorang pelanggan celcom broadband yang tidak berpuashati dengan servisnya..seksa benar nak blogwalking bila broadband meragam..rasanya tiap kali kena tag harus juga kuar isu ni.haha..
  6. Tak suka pada orang yang bersifat talam dua muka..lain cakap di depan,lain di belakang..lagi2 bila saya dah tahu perangainya gitu..iee..tak kuasa rasanya nak berdepan dengan orang gitu..biasanya orang sebegini suka tikam orang dari belakang atau istilah lain duri dalam daging..aa,gitu laa lebih kurang.. :)
  7. Tak biasa menjalani kehidupan seharian tanpa jam tangan..terasa kehilangan sangat kalau takde melekat kat tangan nih..hee
Fuhhh..pepagi buta nih blur amat lak rasanya..nak jawab tag hampir 2 jam baru siap.haha..yelah,xnak tulis benda yang sama sebelum yang dah tulis sebelum ni kan..

Nak tag orang lain kena tambah 2 jam lagi lak kang...rasanya dah ramai yang kena tag ni..lagipun nak tag pastu nak bagitau orang tu lagi kang memang seksa jiwa raga di kala tenet ku semput nih..harap kak diana paham yer.hee..tak paham pun sila buat2 paham..haha

Tapi apa2pun terima kasih sekali lagi buat kak diana atas ingatan ini..harap hubungan perkenalan ini berkekalan sampai bila2 :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Amie said... [Reply to comment]

Selamat pagi Hasue,
best baca tentang diri Hasue pagi ni... ada beberapa persamaanlah, yang pertama tu Kak Amie nak tambah untuk diri kakak iaitu tahun 80-an & 90-an, sebab Hasue lebih muda dari kakak, yang kedua tu...kakak pun tak cerewet pasal makanan, yang penting sedap, yang baca novel tu.... kalau dulu memang hantu, baca berkali-kali kalau suka sangat sesebuah novel tu, tapi sekarang.... beli je... tak sempat baca!

Mas said... [Reply to comment]

sue....no 1 tu sama gak ngan aku...memang lagu2 zaman tu tak jemu didengarkan..laki aku pun suka gak...

no 2 tu...kira normal la tu sue..he3..

no3 tu..aku pun suka baca novel dulu..skrg ni jerk rasa mcm masa tu terhad...selalunya mlm2 aku ambik kesempatan membaca...he3

no 5 tu..kikikikiki..celcom harus baca yg no 5 tu....

ehhhh...rajinn lak aku komen panjang2..
sajerk kasi izahdaut jeles..
dia pun kadang2 panjang gak komennya kan...

balik sarapan dulu lah.....

quinnie said... [Reply to comment]

sue..kita kalau dengar lagu2 rock kapak ni memang mengimbau zaman skolah menengah..keekke

Sheery Dream Cakes said... [Reply to comment]

Assalamualaikum sue..
alahai akak terlepas pandang entri nie.. Huhuu... terima kasih sudi ambik award nie yer sue...
ermm.. kalau kat tmpt akak pun sama gak sue.. kalu guna celcom broadband nie mmg cam siput jer ler lajunya.. hehehhe... tapi kekdg tu laju jugak.. kalu guna TM ok.. n akak pun x suka ngan org yg talam 2 muka nie.. mmg x selesa bergaul ngan org2 gini kan sue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...