Tapi serius,bahan yang digunakan sikit jer(lor,tak abis lagi..hahaha..)
Hasilnya? Mabeles..mabeles..! Kek span coklat yang lembut dan gebusss montok..pastu kan,aku buh filling cream cheese frosting baki daripada membuat kek red velvet sebelumnya..resepi yang dikongsi oleh Anna yang meroyan mengomen di entri tersebut..hahaha...tq anna dan penyumbang resepi asal frosting yang sedap tu.
Ahh...yang resepi kek roll ni pun dikongsi oleh tokey kek dikenali ramai kak Naz..lepas tu dicuba oleh tokey kek jugak iaitu Noorsha yang nge'share' kat blog beliau...lepas tu dicuba oleh tokey tart Mas..lalu aku pun teringin ala2 ngidam gitu nak mencubanya sendiri..kot2 lepas ni jadi tokey kek gedung besar2an ke kan..hakhak..korang taknak ngidam sekali ke?
Terima kasih laa kat penyumbang resepi asal Maklang Azie, kak Naz cute, Noorsha Anggun dan Mas cantik yang kongsikan resepi nih kat blog masing2..rasanya ada juga blogger lain dah cuba jangan merajuk jika tak disebutkan di sini ye..tak perasan link kot.hee.. Nih kopipes dari umah Mas jelah..senang citer.hee...tq semua! Boleh tengok roll yang mereka telah buat kat link yang disertakan di bawah ini ya..klik je kat nama masing2.. :-)
Swiss Roll Coklat
Sumber : Maklang Azie dan Kak Naz - Cute Oven Small Kitchen
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung
Bahan lain :(Filling) - HaSue guna creamcheese frosting(klik untuk resepi)
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)-
Cara :
- Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
- Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
- Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
- Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper.
- Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Ohhh yer, satu adunan tu,aku dapat dua roll..maklum la,loyang ada comel2 jer... hah?macam aku jugak? Alaa,korang nii..*blushing* akakaka... :-P
Yang kat atas ni,guna creamcheese frosting tu..aku buh coklat chips..untuk gigitan berkrim dan kerangupan coklat..hmmmp!sedappp!!
Tapi yang ni pun sedap juga,dan anak2 lebih suka yang ni..creamcheese frosting tu aku tindan dengan blueberry filling..baru gulung..dengan kek span yang lembut tu memang best nak gigit..nyummmy!
12 Komen Di Sini:
Assallamualaikum Sue..
Wakah..kah..kah... Gelak2 akak baca karangan sue sebelum muncul resepi sroll tu..hahaha.. Keluar semua cute, anggun, cantik...hahahaaa...
Anyway, mmg kek ni senang sgt nak buat.. bahan2 pun sikit jer.. dan yg paling penting rasa yang mmg tidak mengecewakan.. Sape2 yg lom pernah try tu, try lah ye.. Rugi tak try kek ni tau.. Mana tau boleh jadi tokeh gedung kek sroll lak lepas ni kan Sue..huhuhuuu...
salam Sue
akak tak nak jadi tokeh apa2 pun hanya nk copy resepi ni nnt mana tau rajin nk buat utk raya haji nnti sebab nampak senang jugak tu kan kirimsalam je waduh semua dah tokeh2 besar2an semua ek heee
salam heee akk pun tesegeh2 baca karangan hari ni heee
cantik lah luaran kek gulung ni...x melekat pun...bila akk nak bejaya buat kke gulung cam ni......apa pun cream dlm tebal akk suka lahhh
sedapnye kak... xberani nak try wat kek swissroll ni... tp memang menggoda habis... hehe
2 hari ni muncul kek je kak, mmg naik syok sy tgk, tapi saya ni asyik malas je nak buat..buka peti ais, pandang je butter tu..kena panaskan enjen lebih ni..
perhh....cantikkk swiss roll ko sue
bestkan sue kek nie...
aku suka sangatttt
rasa mcm nak buat lagi jerk bila tengok swiss roll ko tu... :)
wow..too perfect...gorgeous....tak ada word lain nak describe...too good!
Salam Sue......cantik swissroll sue, akak masih x berjaya nk gulung cantik2....nti nk cuba juga la....
Cantik sangat swissroll sue ni dh mcm yg beli kat pasaraya nampaknya. Tapi yg ni lagi sedap air tangan sue,
Review my page: cordyceps sinensis
salam,hamba budk br belajar..dlm resipi ni hamba xnmpk brpa byk nk letak mentega cair tu..boleh bgtau hamba ;)
You understand your projects stand out of the crowd. There is something unique about them. It seems to me all of them are brilliant. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ...sims 4 news
Post a Comment