Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, February 4, 2012

Resepi Kek Coklat Keju Marble

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

InsyaAllah kejap lagi akan bertolak balik kampung yang memakan masa 5 jam atau boleh jadi 6 jam(kalau ada singgah)..
Sementara sempat ni nak share satu resepi kek coklat dimarble kan dengan rasa keju. Sebenarnya,aku try buka link asal tak boleh pulak..tak tau laa samaada link tu masih aktif atau sebab tenet yang lemau ni penyebabnya..

Kek ni aku dah ejas sikit bahan2nya, dapat laa moist sikit..tapi sebab terrr lama duk bakar...tu yang tak berapa moist..lenkali nak cuba lagi.
Rasa kek ni macam kite makan,"ermmmh..ermmhh??"(ada rasa keju)..barulah sambung "ermm.."balik. selalu kalo makan kek coklat dengan ganache nyer tu kan ke panjang jer..ermmmmmmmhh...nyer. sebab rasa coklat jer sekata.hehe.. korang paham x paham apa yang aku cuba sampaikan nih?heh.. :D

Kek ni senang jer nak buat macam kek biasa gak cuma kita tambah adunan krim keju di tengahnya. Buat penggemar kek yang gebu dan tidak terlampau basah seperti kek sarawak yang aku pernah aku tayang2 sebelum ni..mungkin ni sesuai dengan selera anda.
Di sini disertakan resepi sekali untuk memudahkan kalian yang nak mencuba sendiri eh..nak c n p direct takleh terpaksa laa taip satu2..huhuu

Kek Coklat Keju Marble
Resepi Asal: Mai@Ohresepi.com(link akan cuba disertakan kemudian)
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
180g mentega
170g gula halus -hasue letak 150g
3 biji telur gred A(berat lebih kurang 60g sebiji)
20g serbuk koko- hasue letak 50g*
120g tepung halus/tepung hongkong*
1 sudu teh baking powder*
-bahan2 * diayak bersama
2 sudu besar susu cair-hasue tambah
1 sudu teh esen vanila-hasue tambah

Bahan B
250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal)
60g gula halusNumbered List
1 camca teh esen vanila
1 biji telur gred A


Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 160c. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak/baking paper.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih dan berkrim
  3. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang dan gula hancur/sebati.
  4. Perlahankan speed masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan susu cair dan gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan krim keju,esen vanilla dan gula. Putar sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang,ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan krim keju dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. -hasue guna piping bag,guntingkan hujungnya dan picit rata dipermukaan adunan krim keju agar senang nak ratakan adunan.
  10. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Close-up sikit rupa paras kek ni..sesuai untuk penggemar coklat dan keju!

Rasanya bakar 35 minit (my oven) pun dah cukup agar kek ni lebih lembap.
Masa bakar kek ni aku set 45minit dan lepas tu aku tidurkan zhariff dengan aku sekali tertidur..hahah.. jadi kek ni sejuk jerlah dalam loyang tu..ngee..

Oklah,selamat mencuba buat korang yang nak mencuba di hujung minggu ni ek..kot2 ada yang nak perabiskan cream cheese ke kan.. Boleh la ikut resepi asal atau yang sudah aku edit ek..terpulang masing2.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

28 Komen Di Sini:

Qasey Honey said... [Reply to comment]

hmmm nmpk sedap dan gebu kek ni...cntik beralun2...

HaSue said... [Reply to comment]

@Qasey Honey
tq.. :)
sedap gabungan rasa coklat dan keju..
x kemana2ke arini honey?

nOOrsha said... [Reply to comment]

huwaa sedapnyr..aku dahle pose dr mkn kek..ni ko lak tayang2..hish..ade cis lg plak tu...iziziz..terliur aku..

Diana @ Melley Mey said... [Reply to comment]

Asalamualaikum Sue..
Wah ada kek coklat keju marble kat cnie.. Nampak sedap sesgt ler kek tu sue.. Mmg gabungan rasa yg sgt sedap..

Sue nak balik kampung yer.. Take care tau..moga semuanya d permudahkan..

Mas said... [Reply to comment]

sue..
aku suka kek2 gini...
meh seloyang...

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

ssalam sue, selamat balik kampung, bestnya. Sedapnya kek, mmg tergudaa,

KakAsma said... [Reply to comment]

sue,
selamat bercuti2 krkampung..semuga bergumbira yer..
nih tayang2 kek nih ada lagi tak?nak buat malehhh...

Kak Sam said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Dah sampai kampung ke? ni antara kek yang suka buat simple tapi sedap sangat. ermmmmmmmmm

tieha ismail said... [Reply to comment]

sedapnya dan sangat chantek =)

Nur-nba said... [Reply to comment]

Nampak sedap sangat kek ni.. Tergoda sangat.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@nOOrsha
Agak2 bila waktu berbuka ko nih?hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
W'kumsalam..betul tu gabungan sgt sdp!
alhmdulillah sah selamat smpai kak..tq :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
Dah pinish laa mas..ko wat sndiri ek,pastu bg aku seloyang lak

HaSue said... [Reply to comment]

@EmbunRosaliza
w'kumsalam..tq kak..
mmg sedap ni lg2 buat penggemar coklat dan keju

HaSue said... [Reply to comment]

@KakAsma
tq kak..akak pun sama ye..slmt coti2.hehe..
kek ni dah xde dah,akak maleh pun kena wat sndiri la ek..ehehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Sam
waalaikumussalam
alhamdulillah dah slmt sampai..jap gi nak gi klinik lak.hee..

HaSue said... [Reply to comment]

@tieha ismail
Trm kasih tieha :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Nur-nba
Nak sepotong ke?dah abis tapi.. :D

Anonymous said... [Reply to comment]

assalammualaikum sue,
akak pernah buat kek marble cheese,tapi kenapa cheese tu naik ke atas?

Cekgu Maz said... [Reply to comment]

salam..mak iahhh sedapnyer dia tayang kek...kita nie ntah bila nak wat,hehehe cantik kek tu tergoda la..

cik cek said... [Reply to comment]

Coklat n cheese...emmmm...yummyyyy...memang serasi...

Papa-NtiQ said... [Reply to comment]

hi Sue...tengah blogwalk kat blog sue nih...menarik masakan2 buat saya lapar jerrr

Naz / Nadz COSK said... [Reply to comment]

Assallamualaikum Sue..

Sue, lama kita tak nyembang kan.. Kat fb pun dah jarang. Akk pun kurang online skrg. Anak2 sekolah, bnyk kerja nk kena buat. Tu tak masuk lagi kalau on lappy internet buat hal. 2 minggu lepas sim kad utk broadband akak rosak. Baru 2 hari lepas ganti yg baru. Semangat semakin merundum ni Sue..hehehe..

Mmg best kek ni kan. Gandingan kek coklat dan keju. Sue makan bnyk2 tak pe lah.Awak slim jer. Kalau akak makan, mau kena jogging 7 hari 7 malam tak henti2..huhuhuhuuu...

Nur Fawziyyah said... [Reply to comment]

salam..hye kak..nak share resepi ne ya..nmpk sgt sedaaappppp...skarang juga nk buat!~ tq..

Xean-Aman said... [Reply to comment]

hasue bakar pkai api atas bawah ker

Xean-Aman said... [Reply to comment]

hasue bakar pkai api atas bawah ker

Xean-Aman said... [Reply to comment]

hasue bakar pkai api atas bawah ker

Sulya Mc said... [Reply to comment]

Mmmmmm yummmmeeeehhhhhh. ...sy mengidam. Aduyaiiii....menceceh laaa air liur bby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...