Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, June 18, 2011

Umai Ikan Sarawak

Ni kali ke berapa dah tayang umai ikan kan..
Tak kisah laa,janji aku bahagia.. gambar lain2,sebab menu ulangtayang..Kali ni nak tunjuk lagi sebab yang ni kakak aku buat masa diorang lepak queen kat umah ni aritu..isi ikan tu macam biasa kalau duk area Mukah ni tak payah susah2 potong sendiri kalau korang malas cam aku kan,pergi jer pasar ikan tu,beli je siap2 dah hiris dalam bekas dalam 100g ke 200g lupa lak,rm10 hengget jer. Tapi kalau malas nak belanja lebih n rajin nak hiris isi ikan sendiri buleh laa beli ikan segar2 kat pasar tu..maklum la,ni kan makanan tradisi orang melanau yang memang ramai kat sini..

Pada tekak aku la kalau buat umai ni memang best guna ikan yang kuning2 oren tu..aku ni tak hafal nama ikan..ada yang nipis2 jenis tulang halus tu..memang sedap buat umai.. selain tu yang femes dibuat umai ni adalah ikan putih jenis yang nipis gak,ikan tenggiri pun ada,ikan merah,ikan yu pun ade...pendek kata apa je jenis ikan laa kot..ikut selera masing2.

Pada pendapat aku bagi korang yang baru belajar nak menjamah umai ni,baik guna resepi yang bahan2nya ditumbuk gini dan sebahagiannya dihiris...boleh rujuk gak kat dapur DayangJack..guna bahan secukupnya,memang masak je ikan tu..harus laa guna ikan segar kan..
Kalau agak2 dah terer makan umai yang basic ni kan,leh laa guna bahan2 hiris je kalau malas nak tumbuk..kalau kira terrar tahap thrill lagi,cuba laa makan isi ikan cicah sambal je..perghh!korang yang tak pernah tengok sure kecut jer dengar orang makan ikan mentah cicah je kan!aku tak sampai tahap tu lagik laa..hehe.. Tapi kalau nelayan2 yang dah biasa tu macam kite makan rojak jer. Eh,sedap tuu...skali lagi,harus la guna ikan freshh! Potong dadu,pastu cicah sambal tu..bukan sambal belacan la,ada sambal khas dier..aku tak pernah try lagik

Kat pasar tu ada juga dijual sambalnya,untuk makan cicah gitu aje.Korang ada brani nak try?

Umai ni bila dah masak isi ikan tu dah putih dah..ia di'masak' dengan halia dan asam limau kasturi tu haa..korang jangan gentar..silap2 haribulan,rasa sekali mesti nak rasa lagi..jangan percaya cerita tahyul yang mengatakan umai ni adalah makanan mentah..kecuali korang pernah makan yang mentah..agaknya tukang buat tu suka yang rasa mentah2 lagi kot..hehe


Umai Ikan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
100g isi kan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara2:
  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  2. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  3. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.
Rasa isi ikan yang segar,pedas-pedas dan masam2 menggambarkan rasa umai yang sedap!


P/s: Lepas ni nak gi tenet yang laju sket,malam ni nak blogwalking puas2..insyaallah.. terima kasih atas kunjungan kalian ye!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 Komen Di Sini:

K.Nor said... [Reply to comment]

tak pernah makan lg la umai sue.. sedap ek.. bak sesudu nak try ngetes rasa :)

Anna Qawina said... [Reply to comment]

aku pon lom pernah mkn gak..kak nor nak sesudu cukup ke? i nak semangkuk yer Sue..harap maklum..

Mas said... [Reply to comment]

aku pun tak pernah makan lagi umai ikan..
nampak sedapp la....

Kathy Tuah said... [Reply to comment]

ikan nak kaler kunin oren2 ya mun x salah ikan empirang..hehehe..ikan ya nang nyaman dipolah umei ^^,

tun_telani said... [Reply to comment]

tun x berani lagi makan niiii.. hehe...

suri solehah said... [Reply to comment]

tengok resipi..teringat mak selalu buat masa kecil2 dulu..guna ikan tamban..tapi tak panggil umai..org kelantan panggil lawa..huhu

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

nampak sedap tu merah2 mesti best mkn ngan nasi panaskan sue..ke mkn gitu je

CikGu NOr said... [Reply to comment]

dah lama teringin makan umai ikan ni..

Deliah's Deli said... [Reply to comment]

jelesnye tgk sll je ada ikan fresh kat dapur sue..suka umai ikan ni tp x pnh bt..dulu2 pnh la bt 2,3 kali umai sotong..sedap sgt!

Ijan said... [Reply to comment]

nampak menarik macam kerabu la kak HaSue..tp tak berani lagi nk try kot..kat sini diorang buat ikan jeruk kan, letak dlm botol. pastu makan mcm tu je, dengan roti. hehhee... kite beli goreng buat macam ikan pekasam baru boleh makan :D

Diana @ Melley Mey said... [Reply to comment]

Assalamualaikum sue..
memang menyelerakan umai ikan tu sue... cam terasa nak makan plak akak.. mana nak cari nie.. nak buat pun mmg x memasak hari nie... Huhuu.. jamau mata jer ler jawabnya kan sue..

Sueozana said... [Reply to comment]

Sodap bangat ni Sue...!!
Kak su slalu g cari gerai sorg abg tu kat Miri.. Umai dia, masyaAllah sedap. Ikannya fresh n harga kseluruhan mknn pun reasonable!

zz said... [Reply to comment]

dah lama tak makan umai sejak kerja kat semenanjung nih. Anyway, thx for the recipe.

WanErda said... [Reply to comment]

Salam...Akak, sy minta izin yea, nak cuba resepi nih...nmpk cm sedap sgt n simple jer... :)

Anonymous said... [Reply to comment]

as salam sue .. akak nak tanya nie . sue tinggal di Kuching kerr ??? Insha Allah akak nak ke Kuching Dec nanti. kak zue ...

mama danish said... [Reply to comment]

MasyaAllah terliur tengok umai u ni.. kalu kena umai jap lg kick kan.. sy memang kemaruk umai since hubby kerja d hospital mukah dulu

Anonymous said... [Reply to comment]

Nice food...I Like it

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...