Muffin ni tekstur dier lembuttt je kat dalam,atas dia tu a bit crispy laa..kaya rasa coklat ni sebab 100% guna coklat masakan dan bukan serbuk koko..
Tapi aku laaaagi suka kalo buh sesuatu kat atas dia cam almond nibs ke,almond flakes cam nih kan..sebab,masa gigit tu rangup2 jer lah..iee!sedaplah!!Opps..takleh imejin lebih2..puasa2.
Muffin ni aku buat lepas buat kek lumut ..sesambil ngukus kek,aku godek muffin nih..
Eh..dah panjang lak citer kan..ingat tadi nak citer mapin aje.hek..
Kalau di bulan puasa ni sesuai laa untuk menu moreh kata orang kan..kat Sarawak ni jarang orang guna perkataan moreh kot..aku bila dah masuk2 ke alam bunian cyber 10 tahun lepas baru familiar dengan perkataan tu..
Yerlah,sebelum tu katak bawah tempurung katakan...mana laa nak tahu bahasa2 orang luar kan.
Kalau kitorang kat umah family beso aku tu..biasa makan yang selepas sembahyang terawih atau selepas isyak tu kitorang gelar "second round" jer..hehehe.. masa tu laa nak makan bubur ke..kuih muih kalau ada belen berbuka tadi ke..
Yerlah,sebelum tu katak bawah tempurung katakan...mana laa nak tahu bahasa2 orang luar kan.
Kalau kitorang kat umah family beso aku tu..biasa makan yang selepas sembahyang terawih atau selepas isyak tu kitorang gelar "second round" jer..hehehe.. masa tu laa nak makan bubur ke..kuih muih kalau ada belen berbuka tadi ke..
Jom tengok resepinya pulak..
Oklah,resepi nih resepi sama gak yang sebelum ni..alaa,resepi kak Yani. Ramai dah cuba tau..tapi aku nak tepek jugak laa kat sini..senang kan nak rujuk..lagipun leh tambah semak blog aku yang dah sedia semak nih.hikhik..
Terima kasih kak Yani..suka resepi nih! Resepi asal plain jer..ikut suka kite laa nak buh apa kat atas tu..jangan buh benda pelik2 udah.heh..
Oh ye..jangan lupa tips untuk dapatkan muffin yang membumbung tinggi,korang panaskan dulu oven ke suhu tinggi sehingga 200c(kadang2 aku buh 230c) kejap..dah masukkan muffin dalam oven baru turunkan suhu 170c..muffin ni dah dekat nak masak baru dier naik,so isi hampir nak penuh pun tak apa..
MUFFIN COKLAT with almond flakes
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 10 biji )
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Almond flakes secukupnya
Cara-cara
- Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
- Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
- Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
- Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
- Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Taburkan almond flakes ke atasnya sehingga hampir penuh permukaan. Bakar selama 20 minit.
- Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula
15 Komen Di Sini:
japppp...nak lap air liur menitik jap.......
terpesona daku nengoknya....
semalam aku tgok banyak je almond flakes ni...nak beli tapi belum tau hala tuju..jadi aku malas nak beli la.....bila aku tengok nak tabur2 gini jadi macam nak beli jugak rasanya.....
ko paham2 je lah kan bahan2 aku kat rumah tu...hik3
@Mas
lap mas,lekas..batal posa kang..hehe
@Ryo Azhar Rahza
aaa...apa lagi,gi patah balik n beli byk2..sedap woh buh atas mapin atau atas kek almond gini..aku suka..sila buatkan utk aku bila aku balik nanti eh..ehee
tak mo bayangkan.. pose :) tp mmg dah tau kesedapannya sbb selalunya k.nor pun buat cam sue buat tu gak, tabur almond banyak2 :)
lepas raya leh buat..bulan posa mapin x laku kat rumah niii..:)
assalam sue, mintak mapin 6ketoi nak godek2 wat sendirik malas la plak hik3..dap2 tuh..moist jerr
terpesona tau hitam lawan putih badam cantik..
sue...nasib kat rumah kita pun ada kek...sedap jugak makan kek bulan puasa ni...ingatkan tak nak makan..last2 kita yg ngap terlebih...kehkehkeh
Assalamualaikum sue..
waaah comelnya muffin tu sue... cantik sungguh ... kalau dapat beberapa ketul pun jadi ler kan... eeee geram tgk tau muffin tu... comeeel sgt
aa mmg feberet muffin yang satu neh.. best best
seyes la hasue.......................mmmm meleleh tengok muffin ni ha....
Byk nye keje ha sue wat dlm satu mase eik......tabik3!!!:)
assalam sue, sedapnya ada badam tambah sedap lagi, mmg nmpk moist
slrpppppp,sedapnya,nak try buat la :D
sedapp.... mintak resepi k. TQ
Post a Comment