Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, August 25, 2011

Resepi: Biskut Bebola Cornflakes


Dah dekat sangat rasanya nak raya nih...dekat laa kan,walaupun beberapa hari lagi,jangan lupa yang masa kini berlalu amat pantas..
Rasanya esok ramai yang dah nak balik kampung halaman masing2 kan...
Kitorang lum confirm lagi ni nak balik bila..
Macam banyak benda nak buat tapi tak terbuat2 gak..camana tu?hehe...

Oklah,meh layan resepi biskut yang dirujuk dari dapur kak Ummi Kuantan..seorang ibu yang gagah perkasa...(sila jangan bayangkan kak ummi pakai baju superman yer)...sebenarnya sebagai ibu bekerjaya kak ummi masih sempat meluangkan masa untuk memasak untuk keluarganya..Sedangkan kita yang bekerja di rumah ni pun macam tak cukup masa jer kan..heh..

Baru2 nih kak ummi post entri resepi cornflakes nih..teringin lak nak mencuba sendiri..
Bahan2 yang mudah didapati, biskut pun senang nak buat..

Minta izin yer kak ummi..nak kongsikan pula resepi nih di sini..senang nak rujuk bila nakbuat lagi...biskut nih memang best,rangup diluar dan rasa dalam tu ala2 kek buah lak sebab ada kismis dan bahan2 asas kek yang digunakan.sedapp!! Terima kasih kak sudi kongsi resepinya..

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

Aku guna piping bag untuk picitkan adunan pada saiz sesuai baru golek2kan atas cornflakes dan letakkan dalam papercups..ikut laa kesenangan masing2 yer..

Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.


Sedia untuk dibakar..

Tak perlu isi adunan penuh dalam papercups tu sebab nanti ia akan mengembang sedikit sebab kandungan tepung naik sendiri dan telur tu..



Rupa paras keratan rentas biskut bebola cornflakes yang sedap nih..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

Anonymous said... [Reply to comment]

wahh memang sarat dgn cornflakes..mesti rangup sedap...

tun_telani said... [Reply to comment]

dalam list! dalam list!! hihi... ptg ni flight iA ^^ weeee~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Liza said... [Reply to comment]

Sue..Liza pun dh try resepi kak ummi ni, mmg best tp anak2 Liza xsuka kismis dlm biskut ni, so Liza ganti dgn choc rice..

Ummi said... [Reply to comment]

Waaaahhh...tercuba jugak ya Sue..hehee...ramai jugak yang dah cuba dan siap hantar laporan kat wall FB akak tuh...alhamdulillah semua suka... Buat Sue, terima kasih jgk kerana mencuba...hehe, lg bagus eh guna piping bag, akak x terpkir pun...otak karatzz...hahahahha

izahdaut said... [Reply to comment]

aku pun dah buat ni. buat 2 adunan terus. petang2 nanti la aku publish..hheh..bijak ko guna piping kan. aku guna sudu je. tapi ok je tak susah sangat jugak

Kak Sam said... [Reply to comment]

Kita pun dah buat jugak. Tapi bebolanya punya le besau. Nak cepat habis le katakan.

RYOVZHVR said... [Reply to comment]

mm..kalau ko dah wat.aku x perlu buat lah kan.hihihii

Mas said... [Reply to comment]

wehh..cantik kukis kau sue...
comei2.....
dah berapa jenis kukis kau ni sue...

HaSue said... [Reply to comment]

@chikadakbiru
a'ah..mcm ngah nunggu hari jer kan..hehe... sedap Cb,berbeza skit dr biskut biasa..cam makan kek disalut cornflakes pun ada.hehe

ساريده سنين said... [Reply to comment]

~salam..tkasih biskut bebola tu..~

rahel said... [Reply to comment]

Hasue...Rahel nak bebola cornflakes tu...

nurul huda said... [Reply to comment]

wahhh... biskut cornflakes.. makan mcm tu je oun dah sedap nie kan pulak buat biskut kan.. hehe

http://hoodacakura.blogspot.com/2011/08/projek-raya-3.html

Unknown said... [Reply to comment]

kite mintak resepi ye..=)

fbf said... [Reply to comment]

Sy br buat..adunan dlm die lps bakar mmg lembut2 xkeras mcm biskot ke?thn lame x kalo lembut cmtu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...