Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Resepi Light Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum..
Asal balik kampung jer baru nak mengupdate..Ni pun kena tunggu masa terluang baru boleh menaip selajunya. Nasibbaik tenet laju kan.hee
Maklum laa, balik kampung ni banyak agenda tersembunyi ..nak borak ngan family lagi..nak melantak durian lagi di kala musimnya nih..dan banyak lagi agenda yang lain laa seperti tidur dan berehat tu pun agenda gak kan..huhu..

Kek keju ringan2 ni walaupun ringan2 jer,tetap sedap untuk penggemar keju sebab tak cepat muak.. Memang sesuai la untuk minum petang atau bila2 masa pun.. Sesuai juga kalo nak deko untuk majlis tertentu..

Bagi anda yang baru belajar nak baking kek jenis ni,boleh laa rujuk tutorial tak seberapa yang ada kat entri di SINI(klik) ya..harap serba sedikit dapat membantu..
Tips nya,part paling penting tu..meringue betul2 jadi,dan ketika menggaul adunan ketika hendak dibakar hendaklah betul2 sebati dan adunan masih ringan(kaup balik perlahan sampai sekata) dan bukan mencair..kalau adunan cair masa nak bakar tu,besar kemungkinan kek anda akan jadi padat..jadi,sila cuba lagi...samaada meringue anda tidak jadi,ataupun anda kacau terlalu kuat sehingga meringue tadi merajuk..ehehe.. Cara membuat meringue tu boleh rujuk link tutorial tadi tu ye.


Resepi asalnya dari resepi yang dikongsikan oleh Ros kat Myr..tapi aku olah sukatannya agar tekstur lebih moist dan lembut ikut selera sendiri.hee...terima kasih buat ros yang share resepi jepun tu ye.. dan terima kasih buat kawan2 yang dah cuba resepi versi ini...

Kek ni buat pertama kalinya aku pernah tayang dah kat SINUN(klik)

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Olahan dari resepi Onigiri@Ros dari website jepun..
Oleh:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft / 150g cream cheese
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
Teksturnya lembut,moist dan gebu..tidak terlalu berat rasa keju.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 26, 2012

Resepi Kek Sarang Semut.. mudah dan sedap!

Resepi ni pulak dah buat dulu gak..lepas tu ramai yang mencuba dan alhamdulillah,berjaya menghasilkan kek sarang semut atau kek gula hangus yang berongga seperti yang sepatutnya.. terima kasih juga buat kak nor atas perkongsian resepi arwah ibunya..Al Fatihah..

Hari tu bila ada yang komen kat entri kek sarang semut tu membuat aku teringin lak nak makan kek ni lagi...teringin tu belum laa sampai tahap ngidam..aku suka je nak membuat kek nih kalau ada nak buat kek lain..jadi aku bancuh adunan kek nih dulu,lepas tu peram dalam satu jam jer.. sementara peram tu aku bakar kek keju pulak..oh,resepi dah pernah buat juga sebelum ni...insyaallah,akan menyusul nanti..

Semua pun resepi mudah2 belaka.. jadi buat yang belum berkesempatan nak mencuba resepi kek sarang semut ni ,silakan laa mencuba ya..

Kali ni pun aku buat separuh adunan tapi guna loyang lebih besar dari sebelum ni menyebabkan kek tidak laa terlalu tinggi tapi sedang2 saja..saiz loyang 7x7..
Selepas diperap tu,tak perlu kacau lagi ye adunan kek tu..terus saja bakar dalam oven yang sudah dipanaskan..

Guna lens macro?hahaha.. nampak jelas kan rongga pada kek sarang semut nih.. Dan kali ini juga aku tambahkan sedikit browning sugar untuk warna kek yang lebih gelap..tipical sarawakian.. ;P

Di sini aku lampirkan resepi untuk separuh adunan..untuk resepi satu adunan penuh atau resepi asal,sila klik pada link di bawah..terima kasih kak nor ..oh tak lupa juga buat che mat gebu yang share tips pembakaran api bawah dahulu tu..hehe..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Atas permintaan seseorang yang ingin melihat 'rongga'nya jika dipotong secara melintang..hehe.. Kek ni sedapp tau..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 23, 2012

Snow Cheese Cake..dan resepinya..

Assalammualaikum..
Bertemu kita di hari Selasa yang mendung tak beerti hujan.. Kek keju yang sedap nih buat aritu dah..arituuuu dah..lama bunyi nya ek..baru nak share kat sini..nanti raya haji leh buat.. Sebenarnya kek nya rasa kek span biasa..yang penyedapnya krimnya dan taburan parmesan cheese kat atas dan keliling tu..


Zhariff kan,asal nampak aku siap bawak kek mesti nak nyanyi hepi besday..tapi hepi jelah yang sebutannya jelas..selebihnya guna bahasa dia sendiri..huahua...



Aku buat nih tak nampak gebu sangat cam kek izah..agaknya sbb guna tepung hongkong kot..tapi kek tetap lembut dan gebus yer puan2..sedap dimakan sampai pengsan..huhu..
Terima kasih buat izah daut sebab dari blog dia aku kopipes n edit ikut kesesuaian si pemakai..hehe..
Tak lupa juga terima kasih ini ditujukan buat penyumbang asal resepi,iaitu kak sherry..dan kzai dari teratak impian...juga kak zana dan kak mamafami..penyebar virus kek bersalji nih..dengan ucapan,kenang daku dalam doamu..dah macam tuju lagu kat radio lak nih..jom semak resepi..

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber:Izahdaut@IML

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.


HaSue guna topping ini:
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
250 cream cheese

cara: gaulkan dua bahan guna teknik kaup balik

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Hermmmpp..sedappp..!cubalah..pastikan parut keju halus2 ye.. ;-)

Korang nak tengok versi trio(3 rasa/warna)?? Jenguk dapur Noorsha ye..daaa.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 18, 2012

Resepi: Swiss Roll Chocolate with Cheese Frosting

Petang ni nak buat kuih apa pulak untuk menu minum petang? Hmm.. kalau selalunya wat jemput2 pisang atau goreng pisang jer..apa kata petang ni cuba me'ngeroll' kek yang sedap nih pulak..bahan2 pun simple dan membuatnya pun mudah je...mudah ni sebab panduan dah ada..dan jika bahan2 dah sedia ada stok laa kan..kalau baru nak berkejaran ke kedai berdekatan..payah jugak namanya tu.hehe..kalau tidak pun,buat esok ke,hujung minggu ke..bulan depan ke..tunggu gaji masuk ke?eh?hehee..paham..paham.

 Tapi serius,bahan yang digunakan sikit jer(lor,tak abis lagi..hahaha..)
Hasilnya? Mabeles..mabeles..! Kek span coklat yang lembut dan gebusss montok..pastu kan,aku buh filling cream cheese frosting baki daripada membuat kek red velvet sebelumnya..resepi yang dikongsi oleh Anna yang meroyan mengomen di entri tersebut..hahaha...tq anna dan penyumbang resepi asal frosting yang sedap tu.

Ahh...yang resepi kek roll ni pun dikongsi oleh tokey kek dikenali ramai kak Naz..lepas tu dicuba oleh tokey kek jugak iaitu Noorsha yang nge'share' kat blog beliau...lepas tu dicuba oleh tokey tart Mas..lalu aku pun teringin ala2 ngidam gitu nak mencubanya sendiri..kot2 lepas ni jadi tokey kek gedung besar2an ke kan..hakhak..korang taknak ngidam sekali ke?

Terima kasih laa kat penyumbang resepi asal Maklang Azie, kak Naz cute, Noorsha Anggun dan Mas cantik yang kongsikan resepi nih kat blog masing2..rasanya ada juga blogger lain dah cuba jangan merajuk jika tak disebutkan di sini ye..tak perasan link kot.hee.. Nih kopipes dari umah Mas jelah..senang citer.hee...tq semua! Boleh tengok roll yang mereka telah buat kat link yang disertakan di bawah ini ya..klik je kat nama masing2.. :-)


Swiss Roll Coklat
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan lain :(Filling) - HaSue guna creamcheese frosting(klik untuk resepi)
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)-

Cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
  3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper. 
  8. Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.
 
Ohhh yer, satu adunan tu,aku dapat dua roll..maklum la,loyang ada comel2 jer... hah?macam aku jugak? Alaa,korang nii..*blushing* akakaka... :-P




Yang kat atas ni,guna creamcheese frosting tu..aku buh coklat chips..untuk gigitan berkrim dan kerangupan coklat..hmmmp!sedappp!!

Tapi yang ni pun sedap juga,dan anak2 lebih suka yang ni..creamcheese frosting tu aku tindan dengan blueberry filling..baru gulung..dengan kek span yang lembut tu memang best nak gigit..nyummmy!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 17, 2012

Resepi Kek Baldu Merah Dan Cheese Frosting

Selamat petang..
Hari ni baru nak update resepi kek velvet yang dah aku cuba minggu lepas..eh minggu yang satu lagi kot..ke minggu sebelum tu lagi..hee..lupa lak...kat bawah ni sebenarnya dua kek velvet yang berbeza..dalam seminggu buat 2 bijik velvet cake..untuk makan2 jer..memang demam velvet kot masa tu..oh yee...sebab mek izah daut yang duk promote baekkk punya masa tu laa..tu yang geram nak ngetest sendiri tuu..hehe. Pasni kalau terrrgemuk ke,kan tau laa nak salahkan siapa.kehkeh..

Jom laa cuci mata dan kot2 berkenan nak mencuba sendiri,boleh laa mula list kan bahan2 yang belum ada stok tu yer..lepas tu boleh shopping..! ..


Selalu bagitau resepi kek dulu kan...sekarang kita bagitau resepi topping atau frostingnya dulu..haaa..untuk cheese frosting yang sedappp nih..terima kasih buat Anna Qawina yang kongsikan resepi best ni kat blog beliau sekali dengan resepi kek velvet yang aneka tekstur dan rupa.. Kalau agak2 malas nak buat...buat anda yang berada di sekitar Ampang dan kawasan yang sewaktu dengannya..boleh jer order terus dari anna yer.. sila laa berkunjung cuci mata di blog Anna Qawina(klik) untuk pilihan kek2 yang disukai.

RESEPI KRIM CHEESE FROSTING
Sumber Rujukan: Anna Qawina@qasseh azzahra
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • 500 grm whipping cream-brand VIVO -hasue guna value pride
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm mentega
  • 2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda
Kek yang di bawah ni gunakan resepi di bawah ni yer...sedap dan gebuss...terima kasih lagi sekali yer anna.. angkut lagi resepi dari blog anna nih untuk memudahkan rujukan di masa mendatang..^_^

RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
Sumber : Nurul@Cakes2U
dan  AnnaQawina.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
 
A: 
  • 300 g tepung gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup - hasue guna mentega anchor
  • 280 g gula castor
C:
  • 2 biji telur (gred B)
D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah
E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

 CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Kedua2 kek guna cheese frosting yang sama dan resepi kek yang lebih kurang nak sama...dua2 pun nyumm2..dan frosting keju tu memang membantu menyedapkannya.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 19, 2012

Ku Dot-dotkan Kek Batik Coklat Itu..

Owh. Tajuk memang tak boleh blah. Sebenarnya men'dot2' tu pun sebab biskut marie biasa tu dah kehabisan tapi malas nak berkejar ke kedai mui kuang mini market.. atau ke glory supermarket untuk membeli biskut marie.( tak femes ke kedai aku sebut nih ek..orang selamba je sebut care4,giant kan..hehee). Jadi aku gantikan dengan biskut jejari runcing jer..susun memanjang,potong melintang,terhasil la bentuk polkadot tu.heh! :D

Dulu kan dah buat kek batik dot-dot tu kan..si Tun Telani pun dah buat baru2 ni.. sibbaik sempat ye tun..kalo idak kenyang cik tong makan sekut marie expired.kehkeh..
Kek aku buat nih aritu dah tau..bukan baru2 ni..saja nak post kat sini menambah koleksi kek batik..hanya tinggal kenangan yang indah bersamamu kek batik. aiseh. ngan kek batik pun nak jiwang.

Kali ni kek batik coklat resepi si Mylla orang sabah tu ba yang aku guna ni..kalo ko belum cubak ko cubak ba buat ni sendiri..bole ba kalaw kaw. Mementang resepi asal dapat dari orang sabah kan..nasib baik bukan orang Brunei,mun inda,berkurapak brunei tah jua aku ni karang.. hahaha...
Hai orang Brunei....(lambai2 tangan) ^_^
Negara jiran tu kalau dari Miri paling dekat sekali. Kalau dulu,banyak masa terluang ronda2 bandar miri di hujung minggu selalu berebut2 parking space dengan orang2 brunei ni.. Tidak la berebut sampai bertumbuq(sebut stail Johan raja lawak).hehehe..tapi mereka kan selalu menyopping ke Miri kan..murah bah tu qan kalau banding shopping negara mereka sendiri.. kita kalau ke brunei beli air tin tu kena pikir banyak kali dulu kot..tak berbaloi..hehe.. eh aku tak pernah lagi la gi Brunei. sekian. keskes..

Dah,dah..agaknya aku dah lama tak merapu dalam blog sendiri..sekali sekala memang best merapu kat blog sendiri ni. Tapi kadang2 tu merapu kat blog orang pun best gak..tengok blog juga laa kan,agak2 blog yang sekepala tu tak kisah kot kita komen pepanjang walaupun tak kena topik.. kalau ada salah silap aku terkomen blog korang ampun yaa.. ^_^

Meh layan kek batik separuh dot2..ambil gambar pun semberono saja..

Tekstur kek ni sepatutnya memang lebih kurang macam dalam gambar ni yer..padat jer kuar dari esbok bila dipotong..jika korang buat tapi masih lagi biskutnya bercerai berai,mungkin sebab adunan yang korang masak tu belum cukup pekat. Mungkin. Bila dah berada dalam suhu bilik agak lama,memang akan sedikit lembut tapi tidak mencair ya..tapi memang lebih layannn jika dimakan sejuk2..

Makasih ba mylla share resepi ni dulu..akak banyaq kali suda buat ni.. dan kalau boleh nak setiap kali share kat sini sebab pengunjung blog pun tak semestinya orang yang sama..tapi kadang2 memang tak sempat amik gambar nak posing2..
Jadi yang belum mencuba tu,sila la cuba ya..insyaAllah sedap dan enakk banget!


Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
* biskut marie(plain) secukupnya

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus di dasar kuali),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman di dalam peti ais.... potong dan hidangkan...

Dah lama tak nampak tangan si kecik ni capai kek kan..
ni adegan peberet kakak aku nih.hehee..dah memang budak ni suka nyibuk masa aku ngah snap pic..huhuuu..


P/s: Terima kasih buat kakbesah@myr yang sudi singgah dan bersemangat meninggalkan komen2 kat blog ni ya.. saya sangat hargai komen2 rakan2 lama dan baru..
Seperti kakbesah dan kak zila66@myr,walaupun belum punya blog sendiri tapi tetap rajin blogwalking.. sekurang2nya empunya blog dapat merasai kehadiran mereka.
sayang akak2 sekalian dan semua pembaca blog..sekalipun yang senyap itu .. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 4, 2012

Kek Lapis .. lagi!

Assalamualaikum.. :)

Orang kata, adakalanya mimpi boleh jadi kenyataan jugak dalam hidup nih kan.. Macam aku ni la,malam tadi aku mimpi mengupdate blog,jadi aku pun mengupdate la blog nih ha..hee.. dengan menu ulangan lak tuh..takpe la kan,janji blog berupdate. Macam dah lama jer tak bertukar entri sebelum nih..nak updatekan kad2 besday pun terpaksa tangguh..kesibukan terlampau.huhu.. terima kasih sekali lagi buat kawan2 yang wish my besday last month..paling suka,part kawan2 bagi bunga,kad warna biru belaka..sangat2 sporting!hehe.. eh,yang bukan kad atau bunga pun ada.. :P

Oklah,kek ni buat sempena tekak teringin nak makan kek lapis..baki stok tepung biskut marie belen buat aritu pun cukup2 buat separuh adunan kek nih masa itu.. maksudnya dah beberapa minggu dah aku buat kek ni..baru publish kat sini. :D
Jadi kalau korang nak merasa,kena laa buat sendiri kek yang sedap n moist ni ya.. ke'moist'annya tu versi kek sarawak la.. ;)

Buat yang dah mencuba mesti dah dapat bayangkan rasanya kan.. yang belum cuba tu pun sila la bayangkan rasanya dengan melihat bahan2 yang digunakan..

Sebab aku rajin alang2 nih,aku kopipes kan lagi skali resepi dari entri sebelum nih ke sini untuk memudahkan kerja yang nak meninjau resepi eh..terima kasih lagi sekali buat penyumbang resepi nih Puan DayangJack..amboi,berbudi bahasa sungguh ayat aku arini..hihi..

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Lembap dan sedap..selamat mencuba!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 21, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes with Whipped Cream Filling

Waww..entri ke 3 arini ekk..haha.. nih kira qada` entri2 sebelum nih yang ter miss.. banyak gak entri tertunggak nih,tah bila nak abis..layan ajelah yer.. buat yang masih sudi menyinggah dan mengomen tu terima kasih bebanyak yer..sayang korang!heee~

Tengok tajuk menu..pergh! panjang bebeno.. takpelah,janji ia menggambarkan menu buat tayangan amal pada kali ini.
Sebenarnya, dah dua kali buat kek cawan cipon resepi skodengs dari blog kak rima pakar cipon nun..
Masa kat kampung cuti baru2 ni buat dah.. buat satu adunan terus. Buh dalam papercup gak,err..memula jelah..heh..adunan selebihnya tuh campak masuk loyang jek.. dah laa loyang cipon tah mana kann..campak dalam loyang biasa lak tu..zalim amat.haha..
Sebab ramai ahli boleh join venture ngadap sesama,jadi tak jadi masalah la satu adunan tu nak surut..
Dah balik sini,wat lagi..separuh adunan jek.. laku jugakk rupanya..sedappp dan gebuss...cuma tak secantik cipon kak rima laa..hukk..
Pastu buat yang perisa pandan gak..tapi tak tersnap kot.heh.. :D

Anyway,thanks to kak rima for sharing this marvellous recipe..ecece... ngengada jek speaking omputihs kan..maklum laa kopipes resepi dari blog kak rima bulat2 ni haa,.harap kak rima izinkan ehh..tq2.. Buat penggemar kek chiffon boleh laa bertandang ke blog kak Rima eh..aneka pilihan resepi kek chiffon ada di SANA.. :-)

Hokkaido Chiffon Cupcakes with Whipped Cream Filling
Source:Rima@Bisous A Toi
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Ingredients:
2 cups cake flour before sifting
1 cup sugar*
1 tbsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil -hasue letak minyak canola
1/2 tsp vanilla extract
5 egg yolks
8 egg whites
1/2 tsp cream of tartar (or 1/2 teaspoon lemon juice or white vinegar)

Whipped Cream Filling:
2 cups whipping cream
1/4 cup sugar
1/2 teaspoon vanilla extract


Method
1. Make sure everything is at room temperature, especially eggs and milk. Preheat the oven to 450 F.
2. Shift the cake flour together with baking powder and salt into a large mixing bowl.
3. In a medium bowl, blend well milk, oil, vanilla extract and the 5 egg yolks.
4. Add the egg yolk mixture to the dry ingredients, and beat it for about two minutes.
5. Beat the egg whites with cream of tartar on high speed until foamy, then slowly add in sugar and continue to beat until stiff peak form. (Mindy says: "Most recipes tell you to add most of the sugar to egg yolks, and only add a small amount to the egg whites, but some bloggers say that professional bakers do just the opposite. Huh! Trade secrete! I tried it today, and it worked really well!")
6. Fold the meringue into the yolk mixture in 3 parts.
7. Spoon into 24 cupcake cups evenly, give them a couple of big taps on the table to break the large air bubbles in the batter for finer texture of the cakes, and bake at 350 F for about 20 minutes. Tooth pick test for doneness. Remove from the oven, and cool on racks straight up.
8. Measure the heavy cream, sugar and vanilla into the mixing bowl, mix on high speed until medium peak form.
9. Fit the piping bag with a narrow tip, and fill it with whipped cream. Pipe the cream into center of the cupcakes after they are completely cooled or refrigerated. Dust with powdered sugar.

Memang ngam jer makan dengan whipped cream tuu..sedapp! Eh,tu ada nampak sikit warna pandannya tu haa.. Err..yang atas tu konon2nya bentuk bunga mawar...miahahaa..ngeri betul bunga mawar putih aku nih..kalo x bagitau mesti orang ingat whipped cream tumpah..hebehebehee ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 22, 2012

Kek Lapis Evergreen Kukus..

Assalamualaikum.. ^_^

Dah puas tengok rendang ayam kita tengok menu kek pulak eh.. macam semangat nak raya pulak. kan..hehe.kat Sarawak di masa hari raya memang laa wajib ada kek lapis kan.. satu rumah sekurang2nya menghidangkan 2 jenis kek lapis di samping kek biasa, biskut dan sebagainya..
Jadi beberapa bulan sebelum raya ni amat sesuai nak mencuba kek2 lapis yang tak pernah dibuat lagi..

Kali ni nak buat tayangan amal satu lagi kek lapis sarawak kukus..
Penggemar kek lapis sarawak boleh laa cuba buat sendiri dan merasai keenakannya yer..kalau berkenan dan kena dengan selera,boleh buat pula satu adunan untuk raya nanti.. ^_^
Kalau yang sebelum ni asyik buat kek lapis bakar jer,cuba la pulak kek lapis kukus..ada bran? :D

Kepada mereka yang belum pernah merasai kek kukus sarawak.. mungkin inilah masanya anda mencuba sendiri. Tekstur kek sarawak ni lembut ye,dier bukan bantat..ala2 bingka tapi rasa kek...emm..emm..yeke.. ah lebih kurang la. Tapi sedappp.. kesedapan kek kukus ni berbeza dari kek yang guna baking powder seperti kek coklat kukus tau.. senang cerita,nak merasa kena laa buat sendiri..resepi dah ada..ai,tak reti2?ahak..

Buat yang bertanya bagaimana ia dilapis sama sekata tu,kena guna sukatan yang sama..kalau guna senduk memang susah sikit nak sama rata sebab masa cedok tu kadang2 kita terlebih atau terkurang susah nak tengok kan. Guna la cawan ke,gelas yang sesuai untuk sukatan yang sama..tak perlu nak timbang2.. :)
Tapi aku buat nih tak santek cam DJ buat tuh..boleh laa wat minum2 petang kan..heh.. :D

Perlu diingatkan, untuk menghasilkan kek lapis atau kek sarawak yang benar2 lembut dan menepati piawaian(perghh ayat..) yang sebenar,sila guna mentega tulen atau mentega berkualiti ye...buttercup lepa susu tu bukan butter tulen,jangan keliru ye..kalo brand buttercup,guna yang buttercup-pure butter tulisnya. Aku pernah jumpa sekali je,lepas tu tak jumpa2 dah.. butter yang lain boleh laa guna jenama scs,anchor,westgold atau mana2 jenama halal.. sekarang golden churn pun dah disahkan halal kan..

Terima kasih untuk DayangJack yang jelita tu,rakan senegeri merangkap rakan blogging dan rakan FB yang telah kongsikan resepi ni kat blog beliau...bila laa nak bertentang mata kan..hihi..
Memang sedappp kek lapis nih,perisa pandan horlicks..owh,boleh rujuk pada link di bawah atau klik SINI untuk resepi asal beserta tips mengukus kek lapis dari DJ yer..selamat mencuba...!

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Jari berlesung pipit nih memang tak makan saman...time orang snap pic,time tu jugak nak nyibuk..huhuu.. ;P

Eh lupa nak bagitau,aku pun buat separuh adunan..memang sedap..InsyaAllah ada masa nak buat lagi sebab mudah je didapati bahannya dan sentiasa ada stok di dapur.hehe..kerajinan je kadang2 yang abis stok.. ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 18, 2012

Kek Lapis Choco-Horlicks..

Assalamualaikum..

Perasmian..perasmian..nak rasmi apa? Ingatkan apa laa kan..padahal merasmikan header blog kat atas tu jer.eh nama pun header,takkan duk bawah lak kan.hee.. saje boring2 macam orang takde keje..tu yang gi godek2 header sendirik.. aku kate 'macam' takde keje ..padahal keje tak abis2..maklum la surirumah berwawasan kann..ahak!

Apa2hal, nak wish dulu HAPPY BIRTHDAY buat adikku yang kini semakin meningkat dewasa pada hari ini.. Buat Cik Haza yang kini berada nun jauh di mata..dah tua ko yer sis..hehe.. last jumpa dia masa gi KK aritu jer..rinduuu sangat nak buli dia kat dia dan karenahnya yang unik tu..tak sabar nak jumpa dia balik hujung bulan ni..insyaAllah...semoga menjadi wanita berjaya dan solehah dunia akhirat..aminn

Owh,pasal kek lapis ni lak..aritu dah tayang kat FB..saje nyakat DJ aritu yang tayang kek lapisnya kat FB untuk bertukar kek,tibe2 ramai pulak menge'like' pic kek tu..huhuu..Terima kasih lah semua yer.. maaf baru kuar dengan resepinya ni.. ^_^
Nih kek lapis bodo2 jer..yang bermaksud kek lapis simple amat ..tapi boleh tahan sedapnyer woo!
Untuk buat minum2 petang tempoh hari.. oh dah lama buat aritu baru nak share kat sini yer..saje jek,takut korang mintak!haha..takdelah. Kemalasan ngupdate disebabkan tenet lemau dan semangat lemau..tu yang jadi entri tertunggak..huhu

Mula2 aritu nak buat kek lapis holiday inn..tapi sebab takde stok biskut marie masa tu...jadi godekkan ajelah bahan yang ade,masa tu main letak aje bahannya ikut resepi biasa buat(basic kek lapis)..
So ni laa kejadiannya..

Kek nih tetap moist dan lembut menepati ciri2 kek lapis sarawak biasa .. perisa coklat(tak la heavy sangat, dan perisa horlicks)
Kalau nak perisa coklat yang heavy sket,boleh la guna coklat masakan ..cairkan dahulu coklat masakan tu guna kaedah double boiler.

Duh..aku masih malas amat menaip nih.. tapi aku gigihkan jugak laa..kalau idak makin banyak entri tertunggak karang...heh.. macam banyak sangat kan..

Aku buat dalam loyang 8.5"x4.5".. Kalau nak kek lebih besar kena doublekan bahan yer.. yang nih sebab malas nak simpan baki mentega yang dipek 250g tu,aku gunakan aje 250g.. kalau nak buat sebiji guna 450g pun insyaAllah takde masalah.. ^_^


Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara2:
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Tangan si kecik yang tak sabar nak merasa..huhuuu.. selalu ada adegan ni sebenarnya time menu berposing..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 4, 2012

Oops! Kek Batik Lagi..!

Assalamualaikum..

Apa kes mengupdate memalam ni kan.
Alhamdulillah selamat sampai petang tadi di kampung halaman..korang yang dah lama tak balik kampung tu sila syahdu jap.. gurau je..jangan syahdu2 ye,biar aku je jadi wakil balik kampung minggu ni..
Jadi nak mengupdate awal2 siang tadi tak nyempat2 lantaran kesibukan yag melanda. Nak buat auto post pun tak sempat gak..sapa suh blogwalking sampai pagi kan..
Oh ya,hujung minggu ni ada acara 'makan tahun' kat kampung aku nih..kenduri yang diadakan setiap tahun di setiap kampung sekitar daerah berdekatan kampung aku nih..
Kalau aku rajin akan ku susuli dengan ceritanya.hee..kalau takde,tak rajin laa tu..

Ni haaa,saja laa nak menayang kek batik coklat yang masih diadaptasikan dari resepi mylla yang acapkali dah aku buat sebab jadi menu feveret kat my family.
Selain bahan mudah didapati,cara buat pun senang. Sebenarnya buat ni pun aritu dah..serentak hari dengan yang percubaan letak agar-agar. Cuma baru je amik gambar kemudian lagi..

Hari tu dah buat yang letak agar2 kan, kali ni aku cuba letak telur..sebelum ni ada orang tanya adunan ni camna kejadian dier kalau letak telur... Ni aku tunjuk sikit la rupa dier ek.. dan hasilnya masih ok..dier lebih kurang tak letak telur gak la..masih makan comot2 gitu sebab cair la sikit kan,tapi rasa cloud 9 seperti resepi asal tak kuat dah..
Pastu biskut dia tak berapa rangup..kira jadi lembut lak..kiranya adunan yang bertelur ni mudah meresap kot dalam biskut tu. Sesuai la untuk yang suka biskut lembut dalam kek batik.

Satu lagi aku baru makan dengan bersemangat setelah beberapa hari kek ni duk bertapa dalam esbok.hehe..
Kalau nak yang mantain tak comot,kena la buh serbuk agar2 seperti dah share hari tu..sila ke SINI..atau boleh tengok resepi olahan Izah kat SINI..atau yang dah dikahwinkan dengan cheese persona kat SINUN.. ^_^
TAPI,aku harap sangat buat korang yang belum mencuba resepi asal kek ni,KEK BATIK COKLAT(klik) haruslah cuba versi asal ni terlebih dahulu sebab dari situ baru korang dapat bayangkan apa yang kami yang dah cuba sendiri ni cuba sampaikan. Resepi asalnya sila rujuk senarai kat SITU.

Jadi untuk membezakan resepi yang dah dicuba kali ni aku buh nama lembap kat belakangnya tu sempena biskutnya lebih lembap banding yang tak letak telur.
Perhatian ye,rasanya jenama biskut yang digunakan juga amat mempengaruhi kerangupan atau kelembapannya.. jenis biskut marie aku guna tu yag kecik2 tu,dia tak semudah yang besar tu untuk menyerap air tau..brand ayam. serius,tak tipu.hehe.. oklah,jom semak resepi.. terima kasih mylla sekali lagi atas perkongsian resepi asalnya.

Kek Batik Coklat Lembap
Adaptasi dari resepi Mylla
By:HaSue

Bahan-bahan:

* 200gm millo - boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis-boleh kurangkan sedikit atau ejas manis ikut suka
* Biskut meri secukupnya
*1 biji telur saiz A -pecahkan dalam mangkuk dan kacau sedikit

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Masukkan telur dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...

Nampak kan,kek ni basah2 gitu..biskut pun lembap sket tu.. kalau guna biskut yang saiz besar seperti munchy's atau tiger lagi mudah nak lembap kot.. Biasa kitorang prefer biskutnya masih rangup,tapi yang ni masih ok lagi..sedapp jugakkk!
Jadi selamat mencuba bagi yang ingin mencuba..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 24, 2012

Kek Batik Coklat versi Beragar2..

Assalamualaikum kawan2..
Alhamdulillah bertemu kita lagi nampak gaya hari ni.. 2 hari skip berblogging lantaran kesihatan kurang memuaskan..nak ngadap lappy pun takde selera,inikan pula nak ngadap makanan.. sempat cik abg bawa gi makan mee sup tulang yang terbilang sedap..tapi selera setakat hirup2 kuah sup tu dengan manja jer.. terasa seperti mengalami morning sickness pun ada..sebab masa duk ngadap makan tu rasa loya jek..huu.. Semalam pulak dia belikan sate kegemaran tu..memang semangat je makan tapi rasa tu kurang tapi tetap kutelan..syukur lah hari ni dah ok banyak walaupun belum ok sepenuhnya. Mudah2an ok lah nanti..terima kasih buat suami dan anak2 yang menjagaku ketika kurang sihat a.k.a demam sampai tolong menguruskan anak2 pun tak larat bangun daa semalam..penting kena taip kat sini sebab tanda penghargaan untuk mereka baca suatu hari nanti..insyaAllah. :)

Beralih kita kepada celoteh kek batik coklat ni..nak celoteh panjang sangat pun tak larat lagi kot..tengok la sampai mana jari ni larat menaip.hehe..uzur benar ke..tak ler,cuma masih perlu berehat je. Jarang2 demam ni gini la kan..sibbaik dah boleh uruskan anak2 dan suami..huhu..

Kek batik coklat resepi asal dari Mylla.. seperti sedia maklum aku dah gunapakai resepi nih banyak kali dah sebab kami sekeluarga sangat suka akan rasa kek batik yang kaya rasa coklat nih..

Untuk rekod,(dah macam blog mazidul la pulak kan)..sila rujuk entri SINI, SINI,SINI, SINI dan SINUN.. (gigih ok,track link nih)rasanya takde link tertinggal kot.. itu adalah link2 entri yang telah aku postkan mengenai kek batik coklat ni..tu tak termasuk yang ada ku buat tapi tak di post dalam blog..sila klik entri2 di atas untuk rujukan..nak rujuk kat blog kawan lain sila2kan la yer..

Untuk kali ni,resepi sedikit diolah khas untuk mereka yang taknak coklat melting atau mencair..sesuai untuk perjalanan jauh ke..atau untuk tempahan ke.. Teksturnya of coz lain la dari asal ye,tapi rasa masih kaya dengan coklat..cuma rasa cloud 9 tu dah takde.hehe..kira tak sememeh la nak pegang ek..untuk budak2 memang sesuai gitu..

Hasil idea Noorsha,buh agar2 ala2 chef katanya..jadi aku buh ler agar2 sepeket yang 7g tu terus memandangkan tu je dalam stok.. Pada masa yang sama, Izah juga dah cuba idea ni..dan rasanya beliau sukakannya..aku tertunggu2 entri ko jah..senang aku nak kopipes tapi aku tunggu dan menunggu tak kuar2 gak..huh..
Apa2pun , selamat mencuba kepada mereka yang ingin mencuba ya..

Terima kasih kat bakal besan,Noorsha, Izah dan Anna yang menjadi pemangkin idea gaya hidup masa kini.. semoga idea ini memberi impak positif kepada teman2 yang ingin mencubanya sendiri..Tidak lupa juga buat yang punya resepi asal,Mylla..terima kasih ya!

Kek Batik Coklat versi Beragar2
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
Idea :Noorsha@noorsha.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis- manisnya ikut citarasa sendiri
* biskut meri secukupnya
*7g serbuk agar-agar
*1/2 cawan air

Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..

Inilah teksturnya dari dekat..
memang takkan melting punya..hehe..
Tapi secara jujurnya, aku masih menyukai rasa dan tekstur yang ala2 cloud 9 tu.. ini terpulang pada selera masing2 ya.. jangan marah selera aku pulak..aku demam balik kang ha.. ugut nih! TAPI akan datang tak tahu lagi laa kan..kot2 selera berubah gitu..
Yang pasti, kek ni memang best layan di kala sejuk ..
Tak pernah cuba lagi?? CUBALAHH...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 18, 2012

Inilah Dia.. Kek Kelasi Mabuk

Yup. Korang tak silap baca nama kek ini..nampaknya Sarawak masih mengekalkan keunikan nama dalam setiap kek yang dihasilkan.
Agaknya kek yang ini dinamakan sempena seorang kelasi yang baru pulang dari belayar tapi masih mabuk2 laut tetapi tetap boleh mengatakan kek ini sedap semasa kek ni pertama kali dibuat kot..hehee.. itu andaian aku jer..

TAHNIAH kepada 3 orang terakhir yang berjaya meneka pada entri sebelum ini..
Ramai yang meneka kek lumut tapi maaf ye,iras tu ada..tapi bukan..bahan2 pun lain sikit la,warna jer sama.hee..apa2pun terima kasih sebab sudi main teka2 semalam ek..sayang korang!
Seperti yang aku agak, hanya orang yang pernah buat atau yang pernah makan jer boleh teka kek ni dengan betul sebab kek ini belum begitu diketahui ramai.. sebab tu saja2 aku close-upkan kat bahagian tengah kek tu semalam..sebab di situ 'kunci' kelainan kek ni.

Termasuk laa aku sendiri,baru pertama kali buat ni.. resepi dah KIV dari tahun lepas..hee..
Itupun setelah seseorang bertanya pasal resepi ni baru aku tercari2 dan menemui seseorang yang tahu..


Terima kasih kat Kak Lynda yg sudi kongsikan resepinya. Masa tu memang excited giler nak cuba sebab tengok cara dan bahan2nya serta cara pembuatannya yang unik sedikit dari kek2 sarawak yang biasa.. Tapi masa membatasi segalanya..tapi akhirnya berjaya juga aku buat..dan lepas ni pasti buat lagi dan lagi..dah masuk list untuk kek raya nih..eh?

Mujur,beliau tidak kedekut keberatan nak share resepi kek ni..dapat juga aku merasa kek nih yang pada aku memang unik lah.. :)

Cuma kejadian kek aku nih ikut imaginasi je..sebab tak pernah tengok pun sebelum ni,apalagi merasainya sendiri..tapi bila ada yang teka betul semalam tu aku rasa dah jadi laa tu.. :)

Jadi memandangkan ada yang dah teka betul,hadiahnya korang kongsi ramai2 yer.. 'mahal' tau hadiah(resepi) ni..dah minta izin kak Lynda hari tu nak kongsikan kat blog aku ni.
semoga kak Lynda yang berkongsi resepi nih juga semakin dimurahkan rezeki hendaknya..begitu juga empunya asal dan idea untuk resepi ni..terima kasih semua!
Minta izin ye dipanjangkan resepi di sini pula :)

KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya

Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

Kek ni teksturnya lembut,lembap seperti kek kukus lain jugak..tapi sangat best,sangat sedap! Bila kita makan pada gigitan pertama kita akan merasai perisa pandan(seperti kek2 sarawak biasa tu) tapi bila sampai pada lapisan putih tu,memang terasa perisa limau kasturi dan kelembutan meringue tu sendiri..hmm memang harus dicuba sendiri..!

Kalau rajin,boleh la korang buat kek ni berlapis2 lagi..tapi adunan meringue tu kena la betul2 menjadi ye..sila rujuk link kat atas tu untuk membuatnya..atau klik SINI..lagi satu, paste pandan tu gunalah yang jenis pekat tu..rasanya kat Sarawak mudah didapati di mana2..kat semenanjung tak sure pulak.

Oh ye,puan2 sekalian..jangan takut..kek ni tidak laa terlalu manis meleting seperti kek2 sarawak zaman dahulu kala.. kalau korang jenis yang boleh telan kek2 coklat,kek aising tu..this is nothing laa..hehe. manisnya yang sedang2 saje..apatah lagi ada rasa limau kasturi tu kan,so memang kek ni tak manis sangat jadinya :)

Jadi..Selamat Mencubaaa!!!

P/s: Apa kata korang kongsikan link masing2 pada petak komen di bawah setelah mencuba sendiri.. dapatlah pengunjung berkunjung dan melihat sendiri kejadian kek korang pula nanti.. ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...