Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Roasted Beef vs Gulai Daging Salai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke enam kita berpuasa .. dah ada yang sibuk turun naik penimbang ke? Amboi,dah kurus katanya ye..tahniah2.. kiranya sambil beribadah dapat juga menurunkan berat badan kot2 ada terlebih kan..kalau ada yang makin terlebih2 beratnya dari biasa tu,kaji balik apa yang korang makan atau minum semasa berbuka atau bersahur la yer.. :D

Nih nak citer ni...menu ni buat sebelum bulan puasa aritu, sebelum ni memang kitorang teringin je nak makan western2 gini yang dimasak sendiri sebab selalu duk tengok jer kat tv tuh kat channel asianfood network kan ..so dipendekkan cerita,aku pun pilih laa daging batang pinang ni kan...aku perap semalaman bersama lada hitam(freshly cracked),cajun mccormick, garam dan minyak zaitun(e.v.o.o)..
Dah esoknya aku pun bakar ler dalam oven..

Roasted Beef
By:HaSue

Bahan2:
Daging batang pinang
Rempah cajun mccormick
Sedikit oregano kering
Lada hitam
Garam
Extra virgin olive oil(e.v.o.o)

Cara:
Gaul daging dengan semua bahan. Tutup dengan plastik cling dan perap semalaman dalam peti sejuk. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 45 minit. Hidangkan bersama sos lada hitam atau pilihan.. Enak dimakan bersama kentang putar.



Biasanya yang gini laa medium rare kann.hehee... aku kalo gini boleh lagi laa masuk tapi kena ada sos laa ..Tak nak laa yang masih juiccy sangat tu..
Lepas tu,baru berkira2 nak buat sosnya nih, cik abang merasa laa daging ni gitu jer.sedappp katanya..daging dah rasa manis kan...dengan perapan tu pun dah best gak..daging moist jer sebab buh e.v.o.o kan... lepas tu tetiba muncul mentol kat atas kepala beliau...
"Apa kata daging ni buat masak lemak?" Ah sudah...mudahnya dikau berpaling tadah..hehe...maklum la,kalo makan daging roasted gini mana sesuai nak ganding dengan nasi kan..dia lak jenis yang memang mencari nasi kalo time lunch..
"are u sure?" tanya aku balik..tetiba cakap omputih pas makan menu omputih kan.
Dah dia kata "sure" tu aku pun gi bakar lagi daging tu sampai well done masaknya.

Well done gini haa..masak elok tapi still lembut!
Lepas itu...yer,selepas itu baru aku teringat sebelum tu kak Anymz ada buat tayangan amal kat dapur beliau pasal gulai daging salai..aku pun apa lagi,gi geledah dapur kak nim tanpa waran sebab nak cepat..tak sempat nak apply waran bagai.
Tengok2 bahan guna belimbing buluh..ah,gantikan ajer dengan asam kandis yang ada...bisik hati kecilku masa tu sesuka hati.. tengok lagi guna santan cair dan pekat..dah terbayang si santan kotak yang bakal aku ejas jadi cair dan ku tinggalkan sedikit yang pekat..kehkeh...tak pasal2 ngejas resepi kak anim..

Tapi kan,walaupun gulai daging salai ku serba daif dan kekurangan,tapi dari segi rasa tak dinafikan...erhh..masam2 pedas tu rasanya sampai jugak kat tekak nih..maksud aku tu,apa yang cuba disampaikan oleh kak nim dalam resepi masakannya tu aku dapat rasa dah walaupun tak sempurna..
Sebelum ni kalo masak lomak memang den nak tumis yo..eh kuar lak loghat nogori bercampur2..maklum la pas makan masak lomak kan.


Jadinya,tarraaaa...! ni laa gabungan masakan western dan masakan nogori...ngko ado?hahahak.. sodappp ni..den suko! Berbeza tau dari rasa masak lemak yang ditumis..lagi best bila dah lama sket,santan dah sebati dengan daging..aduh. dah2,boleh kurus puasa kalo bayangkan lebih2 kang...kalo leh kurus badan takpe jugak kan.hehee...

Minta izin yer kak anim,nak share resepi kat sini...tapi bab meroasted tu memang ikut suka hati den yo.heee... terima kasih kak!

Gulai Daging Salai
Resepi dan sumber: anymz @ mykitchen

Bahan2

1 kg daging di hiris setebal 1/2 inci selebar tapak tangan-ketepikan
2 biji kelapa di jadikan santan
1 cawan santan pekat-pati
3 cawan santan cair
2 batang serai-di titik
25 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Belimbing buluh secukupnya-di titik sedikit

*ditumbuk lumat

Cara

Daging yang sudah siap di cuci di gaul dengan serbuk kunyit dan garam
Perap semalaman
Daging yang sudah di perap di salai di atas bara hingga wangi dan kering air daging
Daging kemudian di hiris nipis
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air secukupnya-agak2 tenggelam daging
Kemudian rebus daging hingga empuk
Boleh guna pressure cooker jika ada
Masukkan cili padi yang sudah di tumbuk bersama serai
Masukkan juga santan cair bersama garam dan juga belimbing
Masak hingga mendidih.
kacau selalu
Sudah mendidih masukkan santan pekat
Kecilkan api
Dan biarkan hingga masak kuahnya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 23, 2012

Sup Tulang.. mudah disediakan.. !

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua pengunjung lama dan pengunjung yang baru menyinggah ke sini..
Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan diberkati ni..syukur ya Allah..semoga segala amalan kita juga semakin bertambah insyaAllah..

Nih tayang menu simple2 belaka laa kan..lagi2 di bulan puasa ni memang tercari2 jer menu yang simple belaka..tapi nak yang sedap. Macam sup tulang ni,kalau masih berbaki lagi,boleh la diubahsuai menjadi hidangan mee sup pula. Jangan membazir kann... contohnya dah jadi hidangan untuk lauk berbuka puasa..buat mee sup tu untuk sahur la pula,gitu. siap bagi contoh lagik.heee..

Sebenarnya ia sup tulang memang lebih mudah disediakan dan disiapkan jika memasaknya menggunakan pressure cooker..tengok laa sup tulang aku kali ni..gara2 nak sangat isinya lembut,sampai lekang terus dari tulang..huhhuu.. sah2 laa lembut kann...pastu kan,kali ni buat lak sup tulang rusa..memang sedappp..bukan senang nak dapat tu.. :D

Sebelum ni rasanya dah pernah share resepi mudah ni..saja laa nak kongsi kan kot2 ada yang tak jumpa lagi cara mudah buat sup ni.. cuma tu la,aku ni kalo sup gini memang suka nak tumis dulu..sebab aroma sup tu lebih kaw2 gitu bagi aku.. tapi jangan laa buh beriya..sekadar untuk menumis saja.. lagi satu aku suka jika air daging tu dikeringkan dulu semasa menumis..jadi sup tak mudah basi..begitu juga ketika memasak daging,ayam dan sebagainya.

SUP TULANG SIMPLE
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1.5 kilo tulang + sedikit isinya.
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawaang putih*
2 inci halia*+1 cm halia(dihiris)
2 uncang bunjut sup adabi
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Garam dan perasa/kiub pati daging/ayam

Bahan lain:
Daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili hiris

Cara2:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging dan tulang dan gaul seketika sehingga daging mengeluarkan jusnya..Biarkan kering sedikit dan masukkan air sehingga 3/4 periuk tekanan.
Masuk bunjut sup adabi,garam dan perasa -nanti boleh adjust rasa..jadi letak tu agak2 sahaja.
Tutup periuk dan masak sehingga empuk-lebih kurang 40-50 minit selepas bermula desiran..bergantung jenis periuk tekanan juga.
Padamkan api,keluarkan tekanan sehingga kembali normal..buka penutup periuk dan sebatikan rasa sup. jika perlu tambah garam,tambah la secukupnya ya...setelah tu didihkan seketika dan padamkan api. Jika ingin menambah kentang,masukkan kentang dan masak lagi selama 4-5 minit selepas desiran.

Sup daging ni memang sedap dihirup gitu ajer.. Buat yang suka sambal kicap,boleh laa dihidang bersama sambil hirup kuah pedas2 kann.. aku sukakk!
Untuk daging yang segar memang tak perlu banyak sangat bahan2 nak buat sup nih...kali ni buat sup guna tulang gearbox..eh betul ke ek..hehe.bagi yang suka korek2 isi tulang tu lagi syok kan.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 29, 2011

Resepi Nasi Baryani Batu Pahat Dan Kuah Daging Baryani

Assalamualaikum.. ^_^

Kemain semangat aku nak blogging pepagi tadi,tapi celcom kata no service. Suruh banglong check hp pun takde coverage..ciss sungguh jer perkhidmatan celcom lately..tapi nak wat camner kan,buat cam biasa jelah..saborrr..huhu..

Sementara nak membalas komen2 pada entri sebelumnya..nak share menu yang resepinya dah daku cuba sendiri ni,iaitu nasi baryani (atau biasa kita sebut gak beriani) dan resepi kuah dagingnya sekali..aiseh,formal sungguh ayat aku..

Dah lama gak nak try resepi ni tapi terbengkalai sebab masa tu susah nak dapat beras basmathi kann.. lepas tu tak jumpa2 gak rempah beriani yang bukan keluaran produk makanan segera.. ni aku jumpa masa kat miri aritu..sapa2 duk miri leh laa guna rempah keluaran ragavan,insyaAllah sedap.. iklan ini tidak ditaja oleh company ragavan yer.. :D


Untuk beras basmathi tu aku guna beras PUSA yang aku guna untuk buat nasi minyak hujan panas aritu..leh cari dalam blog ni kalau nak tengok resepinya dan rupa paras bungkusan beras basmathi aku sebutkan tu ye..

Terima kasih untuk nani atau nama komersialnya mrsdayat dari laman web myresipi.com atas perkongsian resepi nih..rasanya dah ramai gak rakan2 myr yang mencuba dan suka rasanya kan..
Kalau belum cuba lagi meh laa cuba2 lak,mana tau kena dengan selera.

NASI BARYANI BATU PAHAT
Resepi: Mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmathi -hasue rendam lebih kurang 10minit dan toskan
rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. Masukkan air..tunggu sampai didih
  4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Biarkan nasi masak seperti biasa
  6. Bila nasi sudah masak, keluarkan daun-daun yg ada didalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Jangan lupa.. nak 'kick', buh sekali kuah dagingnya kat nasi beriani tu,sekali dengan isi daging..dalam gambar ni aku tak buh lak..masa makan tu baru makan bersama daging macam biasa..ehee


Haa..sesambil korang tunggu nasi baryani masak,boleh laa masak kuah dagingnya pulak.. aku ni bukan nak kuah ajer..sekali nak buatkan lauk makan nasi beriani tu.. guna tulang n isi2 daging gak..jadi aku guna pressure cooker.. kena laa pandai2 ejas timing ek..

Kalau tak ada daging lembu,boleh jer gantikan dengan ayam ke,daging kambing ke,unta ke..kuda ke..kot2 dah teringin sangat nak merasa kan..hehe..

Sekali lagi,resepi ni masih gunakan penyumbang resepi yang sama(resepi kat atas nun),mrsdayat dari web myresipi..sebenarnya memang dia bagi link kat resepi nasi beriani kat atas ke kuah daging ni.. so aku buat ler sekali n tepekkan satu muka surat yang sama kat sini untuk senang dirujuk ek..yang penting dah cuba sendiri.. ;)

Terima kasih untuk mrsdayat,izinkan dikongsi buat pembaca blog ini pula.. selamat mencuba ye semua yang ingin mencuba! insyaAllah sedappp..!

KUAH DAGING BARYANI
Resepi: mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 org )

Setengah kg daging lembu (potong kiub) -hasue guna bahagian tulang lembu
Setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee(minyak sapi)
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt

Cara-cara
  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang2 yg diblend.Kacau sehingga naik bau
  4. Masukkan daging..gaul sebati
  5. Masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  9. Akhir sekali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  10. Boleh la di hidang bersama nasi baryani...
Kot2 ada antara korang yang mengidam nak makan nasi baryani batu pahat tapi jauh jer nak pergi kan,boleh laa buat sendiri..lenkali kalo ada pergi batu pahat kat Johor sana,boleh la kita try ..kan..aa sapa nak belanja? ;p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 19, 2011

Resepi Sup Tulang Pedas Masam








Assalamualaikum.. ^_^ 
 
Sebenarnya aku masih duk terhegeh2 lagi duk kat kampung ni..sedang sibuk berkemas sibuk juga aku nak ngentri..ngengada sungguh aku rasa.
Ni pun menu minggu lepas ni haa..cuba laa kelainan dalam mengesup(rosak bahse) dengan meletak cili padi dan limau nipis..aku takde stok limau nipis jadi aku hentam buh limau kasturi so beza tu mesti ada laa kan tapi nak buat camner dah kemaruk nak mencuba resepi DJ nih,sebab masa dia tayang tu kebetulan aku memang nak mengesup gak jadi berdesup la aku buat gak kan..walaupun guna bahan2 yang ada jer..

Pasal sup masam ni sebelum ni aku pernah gak tengok abang aku,abang kandung aku ek..bukan cik abang aku..cik abang aku tu seingat aku dia lom penah masak sup lagi..walaupun suka makan sup yang bini dia masak..ahaks! Aaa..sambung balik,abang aku kan,dulu la..aku penah tengok dia masak buh asam jawa..tapi masakan sup tau.tapi buh asam. sup tulang masam yang pedas kata adik aku.. aaa,ni lebih kurang laa kot cuma rasa masam yang berbeza la kan.. yang abang aku masak tu pun pedasnya ya ammpunnn..sampai nak hirup pun ngeri..bak adik aku kata kalo dia(abang) masak pedas2,mesti pikir banyak kali nak hirup kuah..begitu juga kalo dia buat sambal belacan..hahah.. tapi kalo kita masak sendiri,sendiri jela adjust pedas masamnya...tul tak DJ? tuh Dj sengih tu setuju laa tuh.heee..
 
 


Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)-hasue tak letak
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)-hasue guna limau kasturi,limau nipis takde stok
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)-hasue tak letak
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!


Terima kasih DJ..err, bukan dj radio yer..tapi DayangJack iaitu Mem kat Dapurku Sayang  coz share resepi nih.. Cara2 masak tu aku ikut keselesaan sendiri jer..derhaka sket2 takpe kan Dj..ahaks..
Best jer tuh hirup sup pedas2 masam..cuma yang buh cili api nya tuh setelah sup ni masak ler,aku rasa Dj pun guna cara yang sama bukan buh bahan2 tu masa ngah dimasak ek..jadinya nak asingkan untuk yang tak suka pedas dan masam pun buleh,terutamanya untuk anak2...fuhh..semput aku bercakap.eh.menaip..hee

So korang apa lagi..sila2 laa mencuba yerrr.. 

P/s: Sebenarnya aku guna muka baru blogger nih..aritu pernah ngetest..tadi test punya test sampai ke sudah aku guna wajah baru ni...masih lum biasa lagi ..kekok yang amat!tapi cam best pun ada gak..
korang(blogger) guna yang baru ke atau masih wajah blogger yang lama?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 4, 2011

Mee Sup Daging..Mudah Disediakan..Enak Dimakan

Sengaja aku buat sup tulang lebih aritu..nak buat mee sup nih..
Tengok,dalam satu menu kita boleh sediakan 2 juadah..ni versi memudahkan diri sendiri juga kan..contoh:buat sup tulang untuk lauk hari ini atau lauk makan malam..esok pagi boleh buat mee sup..bihun sup ke.. tapi tak semestinya lebihan lauk baru leh buat..nak wat khas untuk satu menu pun boleh..tapi untuk keluarga kecil memang cara ini bermanfaat,kan..
contoh lagi:buat lauk kari daging berkentang..menu seterusnya,kisar kentangnya tu dan gaul skali jadi kuah..cairkan sedikit..ejas rasa dah jadi mee kari kalo buh dalam mangkuk berisi mee kuning yang dah dicelur..perah limau dan yummy!
Ok,tu versi simple laa yer..bukan resepi penuh nak buat mee kari. Tapi insyaAllah rasanya tak jauh sangat beza kalau pandai ejas sana sini ikut citarasa.. ;)
Jadi jangan tengok menu tu sebelah mata jer..harus fikir bagaimana hendak bermain kayu tiga dengan menu2 tertentu jika masih berbaki..terutama jika taknak ngadap menu yang sama berturut2 laa kan..

Untuk mee sup tulang simple tapi spesel ni.. untuk membuat sup tu,ada potongan daging lembu,tulang lembu(dan isi2 yang melekat kat tulang of coz) dan juga perut lembu.nama lain babat lembu ek? Kalau ada daging tetel mesti lagi sedap!owh..best amat rasanya menghirup kuah sambil makan mee nih...
Untuk kali ni aku gunakan mee lee fah sebab.. kebelakangan ni tah napa suka lak layan mee lee fah ni berbanding mee kuning atau bihun..musim kat umah ni kot.hee..
Saiz mee ni lebih kurang ngan saiz mee kolok yang fofular at sarawak cuma besar sikit laa kan..pastu mee kolok a bit oily..

Bila buat sup tulang dengan pressure cooker.. ia sesuatu yang memudahkan bagi kita..kalau guna periuk biasa,waduhh gawat nak tunggu masak dan empuk..tapi guna PC..ah..satu jam udah biasa diatur..biasa aku masak daging ni dalam 40-45 minit selepas waktu desiran..waktu mendidih laa tu lebih kurang..kalau periuk biasa mau tunggu 3 jam gamaknya.hee..jadi sila2 laa dapatkan pressure cooker terutama jika anda penggemar sup tulang..bukan sekadar boleh masak sup dengan cepat..boleh rebus kentang tak sampai 5 minit(lebih kurang la) dah empuk,ubi kayu,keladi,kacang merah dan yang sewaktu dengannya..
Haa..dah macam jurucakap pressure cooker dah nih..
Sekarang ni dah banyak yang murah kat pasaran..aku beli brand empress dari cosway jer..in case ada yang tertanya2..hehe..

Layan sungguh mee sup ni bila dimakan bersama sambal kicap pedas..urmmm!sedapppp..

Di sini aku update resepi mudah ni yer..yang aku sertakan ni agak2 je tau..tak perlu accurate sangat k..boleh ejas ikut citarasa..kot2 nk tambah kentang pun boleh..tapi kalau guna pressure cooker..kena stop masak dulu..masukkan kentang n baru smbung masak 5 minit lagi lebih kurang.hee..

Mee Sup Daging 
By:HaSue

Bahan2(untuk sup tulang):
  • 300g daging lembu*
  • 300g tulang lembu*
  • 300g perut lembut* -potong * kepada saiz hidangan
  • 3-4 inci halia**
  • 8 ulas bawang merah**
  • 5 ulas bawang putih** -tumbuk/kisar lumat
  • 2 bungkus rempah sup bunjut ADABI
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar(optional)
  • sedikit Lada putih/hitam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam,perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Untuk Mee:
Celur mee kuning/ atau rendam bihun/mee lee fah dalam air panas dan toskan..alirkan di bawah air paip sehingga sejuk sepenuhnya.toskan dan sedia untuk dihidang.

Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam pressure cooker. Tumis bahan2 yang ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  2. Masukkan daging,perut lembu dan tulang..kacau sekata..perlahankan api dan biarkan air daging keluar sepnuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Setelah air daging agak kering barulah masukkan air sehingga 1/2 periuk atau lebihkan sedikit..
  4. Masukkan rempah sup bunjut,garam dan perasa.
  5. Biarkan mendidih dan tutup pressure cooker dan set ke no. 2 dan jangan lupa lock penutupnya.
  6. Masak selama 40-45 minit selepas berdesir. lepaskan tekanan sepenuhnya baru buka penutup PC
  7. Sebatikan rasa(tambah garam jika perlu,tambah air jika kurang) ,tambah lada sulah/hitam ikut citarasa dan didihkan seperti biasa.
  8. Sup sedia untuk dihidangkan.

Cara menghidangkan mee sup tulang/daging:
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan isikan kuah dan isi2 daging secukupnya.
Tambahkan bawang goreng dan hirisan daun sup serta cili merah di atasnya
Nikmati dengan sambal kicap pedas dan limau kasturi(jika suka)
eh takpe ke aku tak sertakan resepi nih?hehe..malasnya kudrat nak menaip n mengarang ayat..ngeee


P/s: Komen semalam nanti aku sambung reply yer..minta maaf sebab selalu terbantut reply komen2 anda2 yang cantik manis..(bodek nih)..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 6, 2011

Resepi: Daging Hitam Berkerisik

Haii..aku datang....
Korang dah makan ke?mesti dah kenyang kan kan?Hah?puasa yer..sabor jelah..terutama dengan blog2 masakan yang menayang menu2 mengecur liur masing2 kan.Ni menu semalam ni,sebenarnya nak entri pagi tadi..tapi ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..ehee...tak abis2 ngan masalah teknikal ye..ye laa,nak bagitau alasan bizi takut orang boring lak.ahak

Hari ni aku hidangkan daging untuk korang..tak makan daging ke? Takpe la,yang makan daging pun jamu mata je pun..hehe..
Menu nih simple tapi sedappppppp sangat...rata2 je menu kat dapo aku nih simple belaka..ada ke yang susah? Takde kan? Takde kan? Aku nih tak suka(ke malas?) nak rumitkan aktiviti memasak..nak aje yang simple dibuat tapi nak hasil yang sedap..bahan2 yang agak2 boleh di skip(tak menjejaskan rasa) aku skip ajer..ala2 main zero point..korang tau game zero point? Tak perempuan laa kalo tak tau.haha..suke2 je kate orang tak perempuan.hee..jangan marah ye kak..eh kak pulak,perasan je mude. :P

Tengok,tengok..penggemar masakan kicap n kuah agak pekat nih..korang boleh bayangkan tak rasa dia?
Opss..zhariff terjaga pulak..layan gambar nih dulu..
Aaa..sambung balik,dier ala2 menu kenduri gitu..cuma versi simple..yup!amat2 simple..Tak tipu punya..aku tak sangka cik abang suka lak..yup lagi sekali,suka sangat2 dia. Sedangkan selalunya kalau masak kicap dier makan so-so jer..kali ni sedap sangat katenya..

Rahsianya,ofkoz sebab aku bubuh kerisik banyak,lebih dari biasa..manakan tak sedap..mesti terasa2 jer lemak kat kuah tu kan..sedapp!terbayang2 muke kakak sulung aku yang selalu kata masakan gini memang sedap kalo buh kerisik lebih..ternyata dia benar.hehe..

Satu lagi, aku masak guna kaedah daging yang dimasak sekali dengan bahan2nya sehingga empuk dari awal lagi.. Maksud aku bukan dimasak sehingga empuk terlebih dahulu..pastu baru nak tumis bahan2 n masukkan daging..nehi,nehi..
Rasanya memang cara begini daging lebih sedap rasanya sebab ia lebih sebati dengan bahan2.
Walaupun guna pressure cooker,aku guna kaedah ni juga..nak juga empukkan daging bersama bahan2,bukan empukkan daging terlebih dahulu..gigih mengacau dalam pressure cooker tinggi tu,walaupun boleh je nak masak dalam kuali terlebih dahulu sebelum masukkan dalam pressure cooker..saja nak nyusahkan diri sendiri.heh.

Kalau tumis dalam kuali dulu,sampai peringkat simpan air untuk mengempukkan tu baru buh dalam pressure cooker,pas 30 minit dier berdesir.daging sudah masak dengan lembut dan empuk. Tak perlu tunggu lama..seronok je guna pressure cooker nih. Kerja masak2 daging,sup tulang jadi senang...iklan ini ditaja oleh prezer kuker cap bendera. Jadi kalo teragak2 nak beli pressure cooker jangan teragak2 dah..alah membeli menang memakai kate orang..aku beli kat cosway jer PC tu,ehe..sebelum korang tanye kannn.. :D

Macam aku bagitau tadi, resepi ni simple amat..basic sangat2. Tapi rasanya memang sedappp!Puji sendiri? heh.. :D
Agak2 korang rajin boleh jer tambah bahan2 lain ..bagi yang suka pedas,tambahkan lada hitam atau cili kering yang dikisar halus..yer..

Oh ye,resepi ni lebih kurang dengan resepi DAGING MASAK HITAM MANIS(klik untuk resepinya)

Resepi Daging Hitam Berkerisik
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 600g daging lembu-hiris lebar dan sedikit tebal,cuci dan toskan
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai-hiris
  • 1 inch halia
  • 1 sudu besar gula melaka/gula apong
  • 150g kerisik
  • Kicap pekat
  • 1 sudu besar asam jawa-bancuh dengan air dan buang bijinya
  • Garam/perasa(jika perlu)
  • Tomato-jika suka
  • Rempah tumis 4 sekawan-optional je..tak letak pun xpe
  • 1/3 cawan minyak-lebih kurang
Cara2:
  1. Tumbuk/kisar setengah biji bawang besar(selebihnya dihiris),bawang merah,bawang putih,halia dan serai
  2. Ambil sedikit bahan kisar dan gaul bersama daging,tambahkan kicap pekat.
  3. Sementara itu,panaskan minyak, tumis rempah tumis 4 sekawan dan bahan kisar selebihnya tadi. Kacau dan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan daging tadi,kacau sekata. Tambahkan lagi kicap pekat sehingga warna daging kehitaman(bergantung jenis kicap digunakan)
  5. Perlahankan api dan biar jus daging keluar dan hampir kering. Masukkan jus asam jawa dan kacau lagi
  6. Tambahkan air dan tutup periuk,tunggu sehingga daging benar2 empuk. Jika perlu tambahkan lagi air.
  7. Apabila daging sudah empuk, dan air sudah hampir kering(jangan terlampau kering) masukkan gula melaka/gula apong dan juga kerisik. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga lebihan bawang besar yang sudah dihiris tadi.Perasakan dengan garam dan perasa. Boleh tambah kicap jika perlu(sila ejas sendiri rasa kicap dengan garam ye..hasue guna kicap ayam brand jadi tak masin sangat)
  8. Kacau sedikit dan biarkan kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan bersama aneka jenis nasi atau pun dicicah roti..Selamat mencuba!
Bila dicicah dengan roti kosong..aduhaii,sedap ko.. sehingga menjilat pinggan!Tak hengatt..Tapi,sibbaik aku ngah diet sungguh2 ni..*sila percaya..thi hi hi.. ;D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 28, 2011

Daging Goreng Sos Tiram..menu ekspresss! :D

Semenjak ada pressure cooker(PC),kerja2 memasak daging, dan makanan2 yang perlu dimasak lama semakin senang dan sekejap dah siap..sesuai amat laa untuk orang yang sibuk dengan anak2 atau orang2 yang bekerja kan..

Daging nih direbus sehingga empuk baru digoreng dengan bahan2 yang amat mudah didapati di dapur rumah anda.. kalau aku rajin banyak,nanti aku update resepi yer..


Macam masak kicap pun ada kan..memang ada buh kicap pun..;P

Walaupun ringkas..tapi menyelerakan di makan bersama nasi putih..atau nasi pilihan..tapi dah nak cepat tu mana sempat nak masak nasi macam2 kan...hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 15, 2011

Rusa Masak Kunyit..lagi![versi tulang]

Salam Maulidur Rasul 1432h buat semua..
Dah penghujung hari maulidur rasul ni baru bersiaran..takpe lah,masih hari yang sama gak..boleh amik berkat ..insyaallah.. ;)

Dari tadi ada jer online sebenarnya..cuma tak lama,sempat melompat2 blog kawan2 seorang 2 jer..pastu mengofflinekan diri balik..sibuk buat kuih muih untuk dibawa ke surau sempena sambutan maulidur rasul kali nih..
Lepas sibuk tu berakhir,sibuk merehatkan diri laa pulak..hahaha..sesambil melayan karenah anak2 of coz.
Itu laa aktiviti aku arini kot2 ade yang rindu kat aku ke kan..kakaka..

Dah,meh tengok daging rusa..yang dah masak nih..jangan imejin yang kat zoo..huhu..
Kali ni versi yang ader tulang menulang,oh..sungguh best dan sedappp..

Sebelum ni dah kongsikan resepi yang sama.. yer. Nak tengok sila klik sini

Tapi memandangkan aku ada rajin sikit jadi aku buh lagi resepi tu kat sini ekk..kot2 ader yang malas nak klik klok link nih kan..hehe..
Boleh juga tengok masakan rusa Kak Nor Ganu yg comel ,menggunakan resepi yg sama..mekasih akak sudi cuba resepi nih..lenkali kite gi berburu rusa sesama yer.. akak pegang senapang,sue pegang bekal makanan.ngee..takde lesen?kensel2..:P

Dah,tengok resepi nih..kot2 lenkali ada hati nak cube ke..hehe..guna daging lain pun boleh..asalkan halal ;)

Daging Rusa Masak Kunyit >> HaSue

Bahan2:

* 600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan

* 2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
* 4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
* 4 ulas bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 2 cm halia*
* 2-3 batang serai*
* Sedikit belacan(optional)*
* Asam keping
* 1/2 sudu makan serbuk kunyit
* Sedikit daun kunyit-dimayang halus
* Garam dan perasa/gula secukup rasa
* 1/3 cawan minyak masak

Cara2:

1. Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
3. Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
4. Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
5. Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
6. Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!

Isi ada gak..part tulang ada gak..mulanya nak buat sup tulang tapi last2 masak gini laa juga akhirnya..ntah kenapa lately memang suka jer masakan berkunyit..heh

Cedapp2..
Rebus empuk guna pressure cooker dulu,so tak lama nak tunggu daging empuk..(kes malas nunggu pun ye gak) :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 20, 2011

Daging Rusa Masak Kunyit

Hari ni tak banyak idea berasak2 nak keluar..blur jek..ngee
Kat kampung nun dah banjir sikit2..harap2 tak memudaratkan semua orang..
Kat sini,dah masuk hari kedua cuaca panas..sebelum tu hujan manjang..alhamdulillah laa juga kan,hujan ke,panas ke..yang penting,harap2 tak memudaratkan jer..huhu..
Hari ni korang masak apa?semenanjung cuti kan?Sarawak tak cuti pun..jadi hari ni biasa jer(macam laa kalau cuti jadi luar biasa ek)..haha

Sekarang ni jarang-jarang masak dan makan daging rusa..
Susah nak dapat..
Nih beli aritu harga dah naik..lagipun bukan beli tempat yang sama seperti sebelum nih.. Tak kisah laa ek,janji dapat makan..lagipun tak ramai berpeluang makan daging yang semakin di..oops?ada orang jabatan perhilitan ke baca ni?hihih..

Dah dapat daging rusa,mesti salah satu menunya adalah dimasak kunyit gini..alaa,,selera kampung katakan..kadang2 buh santan juga..tapi jarang2 ler.. ;)
Masak kunyit ni,kalau yang suka pedas2..akan berselera lebih tau.
Tapi yang tak suka pedas...tak payah laa buh beria-ia sangat cilinya..ala,semua pun pandai ngejas bila nak masak kan..hihi

Resepi simple jer..tak payah tepek resepi kot..(malas naip sebenarnya)hehe :P

Update:
Untuk kak nor n Nani juga siapa2 yang nak mencuba,disertakan di sini resepinya yer..
Bahan2 terpulang nak tambah atau kurangkan ikut citarasa n selera masing2..


Seperti daging lain,ada dua kaedah nak masak,rebus daging sampai empuk dulu atau masak terus sekali dengan bahan2 tumis baru masak sampai empuk.
Kali ni aku guna kaedah pertama tu..rebus guna pressure cooker sampai empuk baru masak seperti biasa.. :D

Daging Rusa Masak Kunyit

Bahan2:
  • 600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan
  • 2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
  • 4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 2-3 batang serai*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam keping
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • Sedikit daun kunyit-dimayang halus
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
  3. Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
  4. Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
  5. Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!
Sedaapppp wooo..tapi kalau dapat daging kijang lagi mabeles..
Ada yang belum pernah makan daging rusa ke? Pergi tangkap kat zoo sana..tapi lepas makan,kompom korang lak yang kena tangkap laa..hahaha :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 3, 2010

Kari Daging Rusa wif Ubi Keledek

Dah lama juga tak makan daging rusa..kalau 2,3 tahun lepas memang senang nak dapatkan daging rusa sebab masa tu ada juga kawan hb yg suka pergi memburu(ada lesen yer). Tapi dah pindah kat sini susah laa nak merasa daging rusa lagi..
Kalau masa tu,bukan daging rusa jer,tapi pelanduk pun ada..mungkin ada yg x sanggup makan pelanduk tu kan..tapi kalau merasa n masak cara betul dagingnya memang sedap. cuma kan,sekarang ni depa nih suma haiwan terlindung,so takleh laa jual sebarang jer..hehe..bukan senang nak dapat ye x..n jauh sekali nak dikomersialkan.

Kalau dari segi rasa plak,bandingkan daging rusa n kijang..daging kijang jauh lebih sedap..isinya lebih halus dan manis berbanding rusa yang lebih kasar sket..tapi kalo bandingkan dengan daging lembu yang leh dapat hari..mestilah best lagik daging2 yg jrang2 dapat nih kan..hehe..

Resepi plak rasanya semua pandai masak kari kan..cumanya aku biasa masak kari nih mesti letak kunyit hidup sekali..pastu kalo daging nih suka jer nak letak ubi keledek sebab padanannya amat bersesuaian sekali ke tekak aku..ehe..
Aku suka masak ikut tekak my hb la..dia x suka sgt kari pekat melekat..pastu x suka daun kari..huhu..
Selain masak kari gini,daging rusa juga sedap dimasak kunyit bersantan..dan paling best jika berpeluang buat bbQ daging rusa..sedap woo..jangan ada yg mengidam lak pasnih..ehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 3, 2010

Daging Goreng Sos

Salam hujung minggu..
Pepagi ahad nih aku bersiaran dari Sibu,Sarawak..sampai sini petang semalam..stay overnite dan akan balik semula petang nanti..
Saja jalan2 n nak soping2 barang keperluan baby sket..tak boleh lama2 bahagian baju2 baby ni...kalo ikutkan leh bermalam dibuatnya nengok barang2 comel ni kan..hehe


Oklah,sebenarnya ada lagi entri kek lapis yang menunggu giliran nak dipublish..tapi ntah camner pendrive aku yg mengandungi gambar kek lapis tu tertinggal lak..yang ada menu daging nih yg menjadi lauk kitorang beberapa hari lepas..haha..macam x biasa ngan entri tertunggak kat blog ni lately ek..suka aku nak ingatkan celcom broadband semakin tidak memuaskan kebelakangan ini..ehe..

Daging ni,sedap kalau daging tu dimasak cukup lembut...jadinya kalo guna daging batang pinang memang sesuai..aku sukakk!anak2 pun suka n berselera jer makan...

Makan daging ni ngan nasi dalam mangkuk ala2 chinese restaurant pun boleh gak..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 30, 2010

Daging Masak Rempah

Bertemu kembali..hehe..u ols masak apa untuk lauk harini yer?
Kalau dah keluarkan daging dari esbok n tak sure nak masak apa pun lagi,meh try daging masak rempah ni haa..ala2 masak kicap tapi berempah gitu..

Hasil selongkar dari dapur makyung Ros yg kini menanti saat kelahiran anak ke 3 nya..sama2 kita doakan dia dan bayi selamat juga dipermudahkan segalanya..amin..apa2pun mekasih atas resepi nih yer Ros..akak campak ikut bahan yg ada dan tambah ikut selera jer..tapi basicnya ikut resepi ni..sedap!tq2

Bahan-bahannya

350 gram daging
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 cawan air
7 tangkai cili kering
4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
>hasue tambah sedikit kerisik

Caranya

1. Potong daging sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging.

3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Ada belen kerisik dalam esbok tu aku campak sekali dalam tu..dan sebenarnya kan..santan daku lupa nak letak..ngeee..kicap lak main letak jer,tapi memang ada kelainan dari masak kicap biasa yer..bak kata Ros,menu ala2 kenduri gitu.hehe...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 7, 2010

Sup Daging (masak cara sihat)

Salam Ahad..
Pernah tak masak sup daging? Kalau sup tulang tu biasa dah kan.. aku jarang masak sup daging..maksud aku nih isi daging jer...tp semalam blur jek nak masak apa..nak yang berempah2 cam kari ke,kurma ke..kicap ke.. dah selalu jer kan.. kali ni tayang masak sup laa pulak..hehe

Apa yang aku nak kongsikan di sini..sup ni tak ditumis dan tak rebus terus ngan daging..
Masakkan dahulu daging bersama halia sampai air(jus) daging keluar..sehingga minyak je lagi baru tambah air.. ini bukan jer kurang kalori(sebab tak payah tumis) malah masakan juga tak mudah basi..

Berbanding sup tulang,sup daging kurang berlemak..kalau sup tulang tu..bila sup sejuk,kelihatan lemak2 putih membeku kat atas tu..baik buang jelah yer..boleh bayangkan ia membeku dalam badan kite gak..ehehe..agaknya laa kan.

Resepi ni sesuai untuk ibu2 dalam pantang,selain daging boleh juga gantikan dengan ayam..

Bahan2;
  • Daging -potong kecil (tebal sedikit pun takpe)
  • 3 inci Halia - ikut suka letak banyak mana - separuh ditumbuk separuh di hiris
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Sup bunjut
  • untuk menghidang-daun sup,daun bawan dan bawang goreng
Cara;
  1. Masukkan daging yg sudah dipotong2 tadi bersama halia ke dalam belanga. Pasang api perlahan dan biarkan jus daging keluar
  2. Apabila hampir kering barulah masukkan air dan bunjut sup. Masak dengan api sederhana sehingga daging benar2 empuk-kalau ada pressure cooker lagi senang
  3. setelah daging empuk perasakan dengan lada sulah,lada hitam,garam dan serbuk perasa.
  4. Hidangkan bersama bhn hiasan yg juga penyedap sup.
Boleh juga dimakan bersama sambal kicap pedas kegemaran anda.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 7, 2010

Daging Hitam Manis

Dah lama tak masak gini..teringin lak rasanya...
Lauk pauk gini memang kesukaan budak2...sebab tak pedas.. kalo nak pedas leh tambah cili kisar masa menumis cuma rasa asal lari laa sket dan jadik resepi lain pulak..hehe..
Macam dah bagitau sebelum ni,menu ni juga sesuai menjadi pilihan untuk hidangan tetamu yang datang bertandang atau jamuan..

Untuk resepi penuh sila ke SINUN(klik)

Kali ni macam terkurang letak kicap lak..tapi takpe laa...janji sedappp sehingga menjilat pinggan
jari.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 14, 2009

Kari Daging

Minta maaf sangat2 pada pengunjung2 blog yang dah tinggalkan komen sebab semalam tu seharian memang x dpt view blog sendiri walaupun duk ngadap pc jek..nak jawab cbox pun sekat2..kejap ok,kejap failed..
Masa nih tenet mmg thp kritikal...agaknya musim ujan nih kot..huhu
Apa2pun komen/mesej2 anda akan cuba direply sebaik saja tenet ok yer...tq2

Berbalik pada menu yang sedang diperagakan, dah habis pun yer..
Lama x tayang menu kari, jadi nak jugalah masuk blog skali sekala walaupun sebenarnya menu kari acapkali menjadi pilihan kat umah nih... :)

Kali nih tak masak cam biasa,tak letak santan dan kerisik(memang jarang letak),susu cair pun x letak(yg nih kadang2 letak) ..biasa tak letak rempah lain selain kari,kali nih tambah 2 jenis rempah lak..sedap jek..(sori,puji2 lak ek..hehe)
apa pun kari pilihan keluarga nih tak suka yang pekat sangat tu..
Tapi kadang2 layan gak..aheh..

Saja nak kongsi resepi untuk rujukan anak2 masa depan... :D

Bahan2:
  • 600g daging - potong,bersihkan dan toskan
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1-2 batang serai*-boleh juga diketuk shj
  • 3-4 sudu mkn kari daging**
  • 1/2 sudu mkn serbuk jintan putih**
  • 1/2 sudu mkn serbuk ketumbar**
  • Asam gelugor / jus asam jawa secukupnya
  • Bahan tumis 4 beradik-1 jenis setiap 1
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis
  • Garam,gula secukupnya ikut selera
Cara2:
  1. Bahan2 * dikisar
  2. Bahan2 ** disatukan dan dibancuh dengan setengah 1 cawan air menjadi pes
  3. Panaskan minyak,tumis bahan tumis 4 beradik sehingga naik bau
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.Kacau sedikit
  5. Masukkan pes kari campuran tadi dan masak dengan api perlahan supaya kari benar2 masak dan pecah minyak. Kacau sekali sekala dan gunakan api perlahan sahaja
  6. Masukkan daging dan kacau sebati bersama bahan2.
  7. Tutup periuk dan tunggu daging mengeluarkan jus dan sedikit kering barulah ditambah jus asam jawa/ asam keping
  8. Tambahkan air dan sedikit garam.
  9. Masak menggunakan api sederhana sehingga daging benar2 empuk
  10. Apabila daging sudah empuk,perasakan dengan bahan2 perasa dan tambahkan sedikit susu cair atau santan jika suka.
  11. Sebatikan rasa dan padamkan api. sedia untuk dihidangkan..
Jangan lupa buang lebihan minyak dipermukaan daging yer...
Boleh juga tambahkan kentang jika mahu...


Haa..ada belen bun pandan berkaya tu seketui, layan jugak makan ngan kari daging nih..hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 9, 2009

Daging Masak Hitam Manis

Kalau masak daging,selain kari,masakan inilah menjadi pilihan kat rumah ni..
Kalau untuk acara kenduri,memang sesuai sangat sebab tak pedas dan untuk lauk anak2 makan.
Sedap dimakan ngan nasi putih atau nasi pilihan..

Bahan2:
  • 500g-600g daging-potong lebar dan agak nipis
  • 6 Ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 sudu makan gula apong
  • 50g kerisik
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam dan ajinomoto(jika suka) secukup rasa
  • 1/3 cawan jus asam jawa pekat
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Bahan tumis 4 sekawan- 1 paket kecil/1 bg setiap jenis
Cara2 :
  1. Bahan2 bertanda * dikisar
  2. Daging yang sudah ditoskan diperap bersama 1/3 bahan kisar dan 1/3 cawan kicap pekat sekurang2nya 15 minit
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan masukkan bahan kisar selebihnya.
  4. Masak sehingga wangi dan pecah minyak
  5. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga daging mengeluarkan jusnya dan hampir kering-tambahkan jus asam jawa. Kacau seketika barulah masukkan air sehingga daging tenggelam dan sedikit garam
  7. Masak sehingga daging benar2 empuk menggunakan api perlahan ke sederhana. Jangan guna api kuat kerana ini akan mnyebabkan daging keras.
  8. Setelah daging empuk,masukkan pula gula apong,kerisik dan garam serta perisa secukupnya.
  9. Masak sehingga kuah pekat. Tambah lagi sedikit kicap pekat jika perlu. Boleh tambahkan juga bawang besar yang dipotong berbaji jika suka.
  10. Sebatikan rasa dan padamkan api. Hidangkan bersama kacang peas dan cili merah sebagai hiasan..
Nota Biru: Kerisik dan gula apong boleh adjust nak letak banyak mana ikut selera,tapi jangan di skip sebab akan mengubah rasa seperti yang sepatutnya.. :)

Nih menu lepas ye,dah abis okeh.. :P Rasanya takde bahan2 tertinggal kot..ehe
Masa nih takde kacang pis sebab tuh xde dalam gambar..kalo ader mesti lagi best laa kan,sebab dah sinonim kacang tu ngan masak hitam atau kurma..huhu..
cili tuh pula cili bunga/cili loceng/cili apa lagi namanya yg dah tunjuk sebelum nih.ehehe
Masakan ni sesuai juga untuk hidangan makan beradap pengantin..
Cuma pastikan daging tuh benar2 empuk barulah sedappp..
Lebih sedap masak dengan rempahnya dan tunggu empuk dari rebus dahulu daging tu yer..nih tekak kite laa..kalo nak rebus daging tu dulu juge,terpulang laa.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 6, 2009

Sup Tulang

Nih gara2 jeles tengok sup tulang di sana sini laa nehh.uhuu...
Last stok,tulang segar dari dalam esbok..heheee...Ika x kasi dier punya tulang..kekeke :P
Memang best makan isi kat tulang2 nih...hirup supnya tuh x hengat..
Ingat nak gak buat sambal kicap tapi lupa..dah hidang baru ingat tapi tak sempat dah nak buat..huhh...so makan ngan lada sulah dan segala2 yg sarat kat atas tu jerlah..hee

Resepi semua pun dah pandai ekk..kali nih sue masak cara tumis..
kemudian ikut cara kak nor sebelum nih..buang yg lemak2 tuh...hehe
Pada yang nak mencuba resepi kak nor sue c n p lagi sekali resepinya di sini ya..
Thanks kak nor-sue edit sket yer kak.heee...

Bahan2:
  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus(ditumbuk)
  • 2 in halia diketuk(ditumbuk)
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang-kali nih x letak sebab lupa..heee
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka-x letak juga
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup-tambah cili merah dan lada sulah

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air./sue tumis dulu bahan2 penumis dan bahan yang ditumbuk,bila sudah wangi baru masukan daging..kacau sebati dan bila air daging keluar dan hampir kering,baru tambah air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan..)
Sedap juga makan dengan roti kan..hehe..cik abang berselera beno makan..hehee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 4, 2009

Daging Kandar.. lagi!

Yeyy.akhirnya berjaya jugak nak masukkan entry hari nih walaupun dah nak penghujung tarikh dah..hehee
Tadinya takleh nak masuk gambar..mekasih atas sokongan n resQ kawan2 terutama KAK AYU sebab bagi cadangan bernas..hehe..tq kak :)
Jadi sapa2 yang menghadapi masalah cam aku tadi tuh..(option kat atas2 tuh takda masa nak create post)..try tekan ctrl+F5 yer..nih dah boleh dah nih..td asyik2 refresh(F5) jer...masih kuar gitu gak.. tensen tul.hee..
Mekasih banyak eh pada yg membantu..

Ok..nih menu semalam yer..sorilah,malas nak mekap.
Kalo ikutkan ati,nak amik gambo pun malas..hihih..
Nih dah kali ke berapa agaknya masak menu nih.cuma x ditayang amalkan kat sini...
Maklum,berkaitan kari2 nih memang selalu ulang tayang kat umah nih haa...
Resepi femes nih sekali dah sekali tayang dulu..nih tayang balik yer..
Sapa2 lum try,cubalah..sedap nihhh

C n P lagi skali la resepi nih yaa..terima kasih banyak kakasma.
semoga cepat sihat seperti sediakala ye kak :)

Bahan2:
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 17, 2009

Nostalgia Daging Masak Hitam Manis

Daging masak hitam nih juga menjadi salah satu pilihan menu untuk majlis harijadi mereka hari tu Sebenarnya,masakan daging nih ada nostalgia tersendiri..

Menu daging nih menjadi satu menu yang selalu menjadi pilihan untuk majlis2 kenduri apa sahaja kat kampung.. kenduri makan tahun, kenduri orang kahwin..makan doa selamat..budak2 bersunat.hehe..Ia bukan sahaja sedap dan tak pedas,tapi kuahnya yang agak pekat dan sedap di hidangkan dengan apa sahaja jenis nasi tuh yang pastinya memikat selera tak kira usia.

Nak dijadikan cerita, ia juga menjadi salah satu menu di hari perkahwinan kami hampir 11 tahun lepas.. Tiba saat makan nasi tamuan(nih nama acara tuh ler..alaa..yang pengantin bersuap2 tuuu)
Yang part makan nasi tamuan tuh nanti laa aku cerita bila dah annivesary kitorang yer. Bila??scroll ler ke bawah sekali...kat hujung blog nih ader tuh haa..hehehe...dekat2 ngan besday eyana :)

So lepas makan nasi tamuan tu..kena laa makan nasi betul2 kan..pengantin pun lapo apa.
Dah ler lepas kena make up ala2 opera cina...eheh(sibbaik laki aku masih kenal..ekeke)
Dah aku tengok salah satu lauk tuh adalah daging peberet...nak aja aku cedok banyak..ratah sedap nih..sampai menjilat jariii..hihiii...
Pastuh makan pun kena laa kontrol ayu..pengantin baru katakan...ngunyah pun slow sangat ler..tengok hubby makan selama jer kan..dia takpe laa,orang laki...hek hek

Dah makan tuh cedok daging pun sikit2 ja..nasik tuh tak kesah ler tak letak pun takpe..ehehe..
Pastuh nak tambah memang segan sangat..sumer orang tengok pengantin kan...adehh,sikit lagi lupa aku rupanya yg jadik pengantin ms tuh.huahuaa...
Dah tuh aku nekad taknak tambah..lepas bersanding kang ler aku makan puas2..huhu..

Dah orang balik sumer kan...sesi beramah mesra dah abis segala..aku pun dengan mekap opera cina(baju jer dah tuka) carik daging tuh kot2 ada laa orang bawak untuk pengantin makan kali ke 2 ke..heheee..
Alangkah frust pengantin pompuan masa tuh sebab tak puas makan daging msk hitam..ahahahak...Sebabnya semua makanan datangnya dari balai raya,di sana tempat merewang..masak2 makan2...so makanan pun import dr sana laa untuk santapan pengantin..
Balai raya tuh tak ler jauh,dalam 50m jer dr umah.hehe

Pastuh dah petang baru ada daging tuh sampai umah sebab memang ada belen makanan kenduri tuh haa..ada juga yg diagihkan kepada penduduk kmpung.
Pastuh memang nak makan banyak2 tapi segan laa pulak lagi sekali sebab sedara mara duk lepak kat umah sampai malam..pastuh siap usik2 jangan makan banyak sangat..gi tido awall...amboiii!

Nasib ko ler daging itam..tak menjadi santapan pengantin secara drastik masa tu..
Sekarang nih dah pandai masak sendiri..boleh laa melantak puas2..hihii..Nih pun hasil aku mengejas resepi dr kakak aku baru menepati citarasa aku tuh..heeee

Make up nih diolah oleh adik2 yg baru belajar nak buat bunga cili.hehe...
Nak resepi ke daging masak hitam nih ek? masa nih aku masak 2kg skali..so kalo ada sapa2 nak resepi siler2 laa tampil ke depan ek..leh tuka kpd sukatan untuk hidangan keluarga..

Lagi satu,selalunya orang rebus dahulu daging untuk mendapatkan daging empuk sebelum memasaknya menjadi 1 masakan .
Bagi aku ler, masakan daging nih lebih enak kalo dimasak terus dengan bahan2nya agar bahan2 tersebut lebih sebati bersama daging. Cuma pastikan jangan guna api yang kuat sangat jer.nanti isi daging keras... :) Pendapat masing2 tak sama kan...mungkin ada yang sependapat dengan aku ke.hehe...
Sebab tu daging yang direbus begini lebih sesuai menggunakan daging biasa ak perlu nak guna daging batang pinang...
Kalo jumpa daging batang pinang sayang jer nak rebus gini kan..goreng lagik sedap..hihi

P/s:Kalau malu bukan jer sesat jalan..tapi nyesal jer tak dapat makan apa diinginkan tuh puas2..eekeke
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 29, 2009

Kari Daging

Salam..

Aduhai...
Malam tadi nak loading gambo makan masa berejam2..
Naik ting tong mata den.hehee...
Juadah berbuka semalam nih..
Cam bese jer..tak spesel pon..ahaks..
Dah kate dah,kat umah nih memang tak jauh ngan masakan kari..
Selalu masak kari,kari,kari..(eh cam iklan dalam radio tuh pulak ek)
Tapi kalo dah selalu sangat tuh,malas gak nak tayang kat sini..ader plak berpinar bijik mata nengok korang kang sebab asik menu ulangtayang jer..huhuhhh...

nak resepi ke?takyah laa kot..(malas naip nih..kikikii..)
Kalo nak gak update later eh..

Kali nih try letak daun kari,sebab nak ngurangkan daun kari yang ngah ada sekarang nih(nak kate banyak tak jugak..)..huu
Tapi 'Pengkritik tetap' tak berapa suka la pulak kalo letak daun kari nih kat dalam masakan kari... sebab apa tau,sebab macam masakan kat kedai makan katanya.... dia lagi suka masakan kat umah..adehhh... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...