Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Tart / Pastri. Show all posts
Showing posts with label Tart / Pastri. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Resepi Pai Epal Lattice.. nyumm!

Bertemu kembali..

    Sempat lagi ngupdate nih..insyaAllah jika tiada halangan,sebelah petang ni nanti akan gerak balik kampung..musim buah2an katakan. Jadi harus laa semangat sikit nak balik kampung..di samping esok pun my cik abang ada agenda tersendiri di Bintulu..agenda bersama abang iparku a.k.a birasnya laa tew..nasib laa dapat biras sama kepala dan punya minat yang sama..boleh buat agenda sama2..hehe

     Aku rajin mengupdate?menjadi persoalan buat kalian yang mengikuti perkembangan blog ini ye..sebenarnya,aku terasa amat gigih mengupdate ni haa..sebabnya agak banyak entri tertunggak nak publishkan..nak jugak publish sebab senang nak refer kemudian hari..di samping tu,orang lain pun boleh cuba sekali ye tak...jadinya gigih mencari tempat ada coverage celcom ni...cuma nak blogwalking tu,jenguk mana yang sempat jer..hee..
nak kata line celcom dah ok..jangan harap laa kan,makin teruk lagi ada..kadangkala memang seharian takde coverage langsung di tempat yang ada..nak tukar yang lain memang lagi parah..hehe..sabar jelah ye tak..balik kampung lagi best nak on9..wifi ade..weee~

Mencuba pula membuat pai epal nih tempoh hari..memang berbaloi2 membuatnya...apatah lagi bila cik abang rupanya suka makan pai epal...kasihan isterinya baru tau..haha..lepas ni boleh laa buat lagi dan kalau rajin tu boleh buat selalu kan..hee..

Bila membuat kuih jenis pastri ni memang sesuai gunakan tepung bergluten rendah seperti tepung hongkong ataupun tepung low protein untuk pastri yang rapuh..langkah penting juga adalah merehatkan doh dalam peti sejuk sebelum dicanai dan dibentuk dalam acuan pai..
Hasilnya,pastri yang rapuh dan sedapp..

Senang bila guna acuan pastry yang loose gini..tak perlu nak gris acuan tu dengan butter yer..just letak atas tin ke,atau bekas tinggi pastu..plup!dah boleh hidangkan..hii.. acuan ni boleh didapati di kedai2 peralatan kuih muih..



Terima kasih kak Zai yang share kan resepi nih kat blog beliau..k zai nih seorang pengusaha kek a.k.a tokey kek juga dan hasil kek2 yang dibuatnya semua cantik2 dan kemas belaka..jika berminat boleh laa berkunjung ke blog beliau di SINI

PAI EPAL LATTICE
Sumber resepi: Kzai@teratak impian
By:HaSue@sue.hasue.blogspot

Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum -hasue guna tepung hongkong50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang


Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit..keluarkan beras/kekacang dan bakar lagi dalam 10 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Tujuan beras atau kekacang diletakkan ketika membakar kulit pai adalah untuk menjadi pemberat..ni kalau takde pemberat pai yang khas tu laa..dengan itu kulit pai kita akan terbentuk elok dan tidak menggelembung selepas dibakar..cucuk dengan garfu dulu,alas kertas minyak baru tuang beras atau apa jenis kekacang yang korang ada stok..lepas tu boleh je guna lagi kekacang tu...in my case,aku terus buat inti kuih kasturi dan bubur kacang hijau.hehe..menu berjangkit namanya tu... Lepas dah bakar,keluarkan kekacang dan bakar lagi sehingga kulit pai tadi sedikit kekuningan ye.

Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)-hasue guna 2 epal hijau n 2 epal merah
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
Kulit pai menyeimbangkan rasa inti yang agak manis tu..jadi hasilnya memang sedapp....para penggemar pai epal harus cuba sendiri resepi mudah tapi berbaloi nih... :-)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 27, 2012

Fresh Fruits Tarts..yummy!

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang indah ini.
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn

Baiklah,terus ke menu hari ini.
Nih pertama kali laa aku buat dan merasa sendiri fresh fruits tart ni ha.. Sebenarnya nawaitu semasa membeli stoberi tempoh hari tu nak membuat pavlova..tapi napa tah niat terpesong di saat2 akhir tanpa kawalan. Cuma pemikiran yang logik untuk dinyatakan adalah sebab nak ngabiskan stok tart shell yang masih berbaki lepas raya tempoh hari..masih rangup lagi duk elok dalam bekas. Crust ni kalo dah desperate sangat nak ngunyah biskut boleh gak belasah nih jadi kudap2an.heh :-D

Sebab tu laa kalau korang tengok tartlets aku kat bawah nih serba kekurangan...buah tu jer yang ada dalam esbok..tskk2..kiwi pun tarak..epal ada tapi macam tak sesuai laa nak buh kan.tapi kan,dua jenis buah ni pun dah memadai rasanya nak ngam dengan kastad dalam crust tart yang comel tu..rasa buah tu yang ending kunyahan kita buat tart ni rasa best dimakan. Aku jarang sangat jumpa stoberi ni..aritu beli kat Bintulu dalam perjalanan balik dari kampung...tu pun dapat last kopek..huu..

Nak terima kasih laa kat kak Azita Zain tokey tart terkenal seantero Malaysia..hehe..dan juga Anna Qawina yang mula mengikut jejak kak Azita..nih angkut resepi dari dapur anna..semoga rezeki anda sekelian semakin berlimpah ruah..amin.
Dikongsikan di sini pula resepinya..selamat mencuba buat anda yang ingin mencuba sendiri..insyaAllah,sedappp! ;-)
Agak2 malas sangat nak buat,boleh la order kat mereka ye..


RESEPI KRIM KASTARD dan FRUITS TART
Sumber resepi : Dari Dapur Azita Zain
Sumber: AnnaQawina@ Qasseh Al-Zahra

Bahan2

Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega
Cara2 :Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.Masukkan ke dalam piping bag.


**Buah2an : Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.
 **Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional) Cara Untuk Menghias : Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust. Susun buah2an pilihan. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.  **Anna pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang. Alhamdulillah sedap Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard. 


 Nyummm...sedap2!

Untuk resepi crust tart tu,aku masih menggunakan resepi kak Azita jugak..boleh la rujuk di SINI ye... oh ye,aku guna unsalted butter untuk crust nih.. nanti line ok,insyaAllah kopipes resepi ke sini untuk memudahkan rujukan..ni try buka link tadi tak dapat2 gara2 tenet lemau tahap kronik..huhu..
Oklah,nak gi blogwalking mana2 sempat jap..hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 17, 2012

Resepi Best: Tart Nenas Gebu Dan Jem Nenas

Hai. Bertemu kembali..
Sedang mencari-cari resepi tart nenas yang best ke? Mesti korang nak resepi yang menghasilkan tart yang gebu dan dalam masa yang sama lembut pastrinya tu kan,dan inti pun harus laa sedap seganding.. Dah nak raya ni kot2 ada yang berazam nak buat biskut sendiri ke,kan..cari resepi lak last minute..haih..biasak nih!biasak!Meh nak cubit. Eh,tapi aku pun gitu gak laa selalunya.thi hi hi..Link
Hah!Apa kata korang cuba resepi kak Anymz nih..semenjak bertemu dan mencuba resepi nih,aku tergoda dan terpikat lantas terus melekat!
Sukar digambarkan keenakan dan kesedapan tart nih jika tidak mencuba sendiri..sebelum ni aku tak guna acuan pun,kali nih aku cuba guna acuan yang aku beli tahun lepas tu,nak tengok sila klik sini..

Dan antara hasilnya..

Tak santek macam kak anymz punya tart lagi..cer tengok tart tokey kat SINI.. ala,nanti aku buat selalu mesti lagi santek nyerr..(konfiden lebih jer nih..haha)

Buat penggemar tart nenas yang gebu dan lembut serta cair di mulut...sebab apa aku suka sebut lembut kat belakang tu sebab ada gak yang macam gebu jer tapi tak berapa lembut pada aku..aa,gitu la..tapi insyaAllah resepi nih tidak mengecewakan.. terima kasih banyak2 buat kak Anymz sebab kongsikan resepi sangat simple tapi sangat la best nih.
Pastu banyak tips yang beliau turut kongsikan untuk menghasilkan tart nenas nih ha..tak kedekut betul akak yang sorang nih walaupun buat bisnes tart kan..dulu la,sekarang katanya dah pencen..pencen muda.phewitt..!
Begitu juga buat rakan2 lain yang turut menyelitkan tips berguna demi menghasilkan tart nenas ..lepas ni nak cuba buat lagi dan lagi. Semoga semakin dimurahkan rezeki semua atas perkongsiannya ya..amin..

Marilah aku panjangkan lagi sekali resepi kak Anymz ni kat sini untuk memudahkan rujukan kita bersama..sebelum ni dah buat gak di sinun..
semoga bermanfaat untuk mereka yang baru berangan nak mencuba buat tart sendiri ya..sama2 juga kita doakan kesihatan kak Nor Aznim Zakaria nih untuk memudahkan apa jua urusannya.. :)


Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Guna acuan seperti gambar di sini(klik).
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Tips tambahan dari kak anymz lagi: Ketika menambah tepung,hentikan penambahan tepung sekiranya doh sudah boleh dibentuk(dipicit dari acuan)-kena buat praktikal baru boleh faham ni yer puan2.

Tayang sikit kegebuan dan inti hasil buatan aku sendiri..ecece.. sebab pastri tu tak buh gula,ia memang serasi digandingkan dengan jem nenas nih..hmm..sedap!sedap!sedap! meh tengok resepi jem/inti nenas yang simple ni pulak..

Resepi Inti Nenas cara kak Anymz:

Bahan2:
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

-HaSue tambah kayu manis

Contoh nenas yang digunakan..menurut kak nim,jangan guna nenas yang masak sebab terlalu banyak jus..kalau nak guna jugak,kena kurangkan gula la ya,sebab takut terlampau manis.. betul tak kak nim?hehe..

Cara membuatnya:

Kacau nenas dan gula dalam kuali.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila2 masa.

Tayang close-up lagi sekali..leh seksa jiwa kalo renung lama2 ni.. bayangkanlah kegebuannya dan rasa sedap intinya..bayangkan,bayangkan!!(ni macam saje je cari pasal..hehe)

Inti belen aritu ada lagi tu..bila tah nak ngetart lagi ni..dari minggu lepas nak ngetart tak terlaksana jugak..huhuu.. kena senaman jari jemari dulu nak picit doh tu..huhuh.
Selamat Mencuba!!

Kalau best,share la dengan kawan2 ya.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 2, 2012

Resepi Blueberry Cheese Tart..siri 3

Pagi ni tadi kepala masih berbaki toing2 sikit..gara2 petang semalam nyibuk nak ikut cik abang gi bandar..dia ada urusan ke bandar kejap katanya..aku kata nak ikut sebab nak on9 dalam keta menuju ke bandar tu..dalam bayangan tu sempatlaa kiranya kalau nak membalas komen2 rakan2 pada entri yang sudah ni kan..sebab line tenet menuju ke bandar tu laju gak..yela,dekat2 ke bandar kang mesti lagi laju..ada 3G. Incik abang pun ok jer siap cadangkan agar aku duk belakang..senang nak online,luas sikit. Buh lappy sebelah tepi so anak2 tak kacau..

Dipendekkan cerita,ia tak seperti yang kubayangkan..yelaa,ingat duk dalam limo ke nak online dalam keta..dengan zhariff panjat2 atas lappy lagi,nak cabut modem lagi..ditambah dengan jalan yang cam duk atas bonggol unta(tak ler sepanjang jalan,cuma ada area yang beralun tu)..mak aii,mabuk laut aku dibuatnya..rasa nyesal jer ikut..hahaha..dalam pada tu sempat laa buka blog kekawan kan..nak ngomen jer tak nyempat2..adeh,lepas ni taubat dah takmo online dalam keta kalo bukan pemanduan yang santai2..ekeke..

Oklah,buat cheese tart ni minggu lepas..
Oh,masa adik dan keluarga kakak aku datang masa cuti raya cina aritu ada juga dia minta buatkan cistat,tapi masa tu dia minta buatkan yang takde blueberi filling..kiranya nak yang filling adunan creamcheese semata2 gitu.. masa tu guna resepi kak Azita,dah pernah tayang sebelum ni..memang senang dan sedap! Buat yang nak cuba resepi tu,boleh cari kat label tart / pastri kat tepi tu yer..nak bagi link,tenet slow ni nak cari.ehee..
Masa nak buat aritu pun minta RYO sms kan sebab tenet lemau..aku lak ingat2 lupa sebab dah lama tak mengetart..ahak!

Kali ni buat pesen lain lak..dan cuba resepi lain juga. Sebelum resepi kak ita tu dah pernah dulu cuba resepi haz amon.. Tu yang tajuk n3 buh siri 3,so tak konfius kan..hehe..(Maaf,gambar guna kamera hp jer sebab tak sempat usung senapang gajah masa tu)

Hmm,resepi ni dari segi rasa keseluruhan tu tak jauh beza laa kan,cuma sebab guna kuning telur jer untuk pastri,kulit tart lebih rapuh gitu..best! Rasa cheesetart?Of cozzz yummyy!

Terima kasih buat penyumbang resepi nih,r41494.. aik,nak sebut camner tu ekLink?ada la cara sebutan atau bahasa kod tu..memandai jer aku.hehe..katanya dapat resepi dari kelas baking...resepi ni juga boleh dirujuk di myresipi.com..

Blueberry Cheese Tart
Resepi:r41494@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( ~ 12biji ( saiz acuan 5cm)

Bahan untuk Pastri:
125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
63g gula icing/ gula biasa di blend
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:
250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara

Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.-hasue masukkan jap dalam peti ais
Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.-hasue bakar 15min suhu 170c

Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling. -hasue bakar selama 5 miinit pada suhu 150c.

Aku guna acuan yang 4cm (kalo tak silap)..Ah,inti tu aku buh sikit creamcheese,lepas tu picit blueberi filling sikit,barulah cover sepenuhnya dengan adunan creamcheese semula..so inti duk elokjek tengah2..kalo nak buh filling banyak2 pun ok jek.. pastuu kalau rajin,lorekkan laa atas tart dengan filling tadi yer.. ;)
Selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 22, 2011

Resepi: Tat Nenas Gebu ..Dan Lembut.. ;)

Entri yang ditunggu2 kak Anymz(ya ka?) <- sama je ayat cam kak anym kat entri tat nenas beliau..haha..
Lama jer aku nak ngentri atas beberapa halangan yang melanda bumi Sarawak beraltitud kat umah aku nih...dengan karenah manja zhariff n karenah tak berapa manja broadband ni haa..
Tapi,apa2pun halangan yang melanda.. entri pasal tat nenas nih mana boleh skip..bak kate uncle John.."better late than never.." p/s: uncle John tu mewakili omputih laa kan..hahah

Bercerita sikit pasal tat nenas ni..
Aku ni dahulukala bukan laa penggemar tart nenas..huh..masa raya tu orang hidang tart nenas aku tak teringin pun nak makan..apa barang nak makan tart nenas kan..orang suka biskut yang coklat2 punya laa..tak pun jenis kekacang ke kan...ini tart nenas..macam biskut kedai jer... aaa,gitu laa lebih kurang ayat eksen dalam hati masa tu kalo nampak tart nenas masa raya..hahaha.. sedikit sebanyak ditokok tambah untuk penyedap cerita dan untuk menaikkan rating pembaca..kakaka

Sampai laa satu hari di hari raya..*sila sebut ala2 M.Nasir
Kakak aku nih dikirimkan tat oleh kawan lama dia haa...aku pun mula2 tu masih laa dengan kenyataan eksen di atas kan.... pastu dia suh rasa jugak..dengan terpaksa aku rasa laa sebijik.. tetiba cair hatiku seperti cairnya tart nenas kat dalam mulut aku time tu..eh! apsal sedap nih ek..kataku sambil capai lagi sebijik tart..kot2 yang first tadi tu ilusi semata kan..
Makan lagi,pun sedap jugak..huh..tah berapa bijik aku makan ketulnya sehingga laa aku mengakui tart nenas itu memang sedap!! Ko baru tau ?kesian ko kan..iyerr,iyerr...
Selepas tu saban tahun kalau ada kiriman dari kawan kakak aku tuh memang dinanti jer laa..buruk perangai!ahahak..sebab apa..tak semua tat nenas ni kena ngan selera sebenarnya..selera kita berbeza bah,kan..bole ba kalau kaw nak buat sendiri..

Bukan kali pertama aku cuba buat tart nenas nih..tapi kali ke 2 kot.heh.
Tapi kali nih cam kembali je nostalgia aku menggigit tart nenas buat kali pertama..yang sebelum nih gebu gak..tapi rasanya yang ni lagi gebus kot..lagipun masa tu tart nenas tu memang tak guna acuan..aku ikut laa gitu.ehe..
Dan kat gambar bawah ini aku buat kali ke dua guna resepi kak anim nih..

Cik abang pesan..buh inti banyak2 baru sedap. Semua pun sedia maklum kan..lagipun inti nenas yang dibeli nih takde laa manis melekit..yang sedang2 aja..sedapp!!

Bila digabungkan dengan resepi doh/pastri kak anymz tu memang best amat ler ke tekak kitorang..sebenarnya banyak bentuk aku buat..bentuk bunga pesen kak Nor pun dah buat gak tapi tak sempat posing pun..hee..saja buat pelbagai bentuk untuk menarik minat anak-anak.. diri sendiri nak makan..pastu leh buat2 lupa diet lak kan..

Nak bentukkan tanpa acuan ni senang la pada aku..picit2,potong2 tepi tu..buh inti..pastu gulung pelan2 sambil tekan2 kemas..dah siap!pastu nak kemas lagi pepandai laa ejas kan..hehe...
Kalau guna acuan tekan tapi tak boleh tekan mungkin korang boleh rujuk pada yang lebih pakar iaitu kak Anymz..hee..korang leh tengok hasilnya menggunakan acuan di sana..takkan dia boleh korang takleh kann..guna resepi sama tu.. dia dah cakap dah,jangan buh tepung banyak2 sekaligus..mungkin itu membantu,buh sikit2 ajer..

Tak tahu aku nak describe macammana..pastrinya lembut n cair dimulut tidak ditangan(kecuali korang ramas2kan laa kan..) Tu saja laa cari pasal kalo saja2 nak hancurkan kat tangan tu..hehe

Nih acuan aku beli baru2 nih..tak guna pun lagi..selain acuan tart gulung..acuan biskut pun ada. Tapi terus terang laa aku katakan kan..aku kalo sekut main tekan2 nih memang aku tak mahir lagi laa.. agaknya sebab kudrat aku nih lemah lembut gemalai sangat kott..pegang acuan tekan pun guna 2 jari jer kann..ahahak..ngade taww! *intonasi gedik

Yang kecik nih boleh guna juga .. Tapi biasa orang guna buat biskut semperit rasanya yang nih..tapi boleh gak guna untuk tat gulung cuma kecik2 dan comel cam aku jer laa kejadiannya nanti..jenuh nak abiskan adunan,tapi dapat sekut yang banyak..hee..

Ohhh..nak resepi ke..laa,awat tak habaq awai.. nak resepi cheq letak laa resepi naa..kali nih kak anim dah siap bagi resepi dalam gram..
Terima kasih kat kak Nor Aznim Zakaria..yang kongsikan resepi bisnes beliau kat sini..amat2 menghargai nih..Minta izin nak letak sini resepinya yer kak..lebiuu!
Oh yer...yang dah cuba juga ialah Izah nun.. gi tengok kat dapo dia nun..jangan lupa mintak sekali

Resepi kat bawah nih aku dah edit sedikit untuk memudahkan rujukan sendiri di masa akan datang..untuk resepi asal di dapo kak anim sila rujuk link di bawah yer..trm kasih.. ;)

Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri:

4 oz / 115g mentega
4oz / 115 minyak sapi
1 biji telur-gred B
1 lb / 450g tepung gandum
sedikit garam - tak perlu letak jika guna salted butter
air sejuk - jika perlu

Inti nenas secukupnya-boleh didapati di kedai bakeri atau boleh buat sendiri..

Cara2:
  1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,masukkan mentega dan minyak sapi
  2. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Guna acuan seperti gambar di bawah atau di SINI
  5. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
    Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
    Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min (mengikut ketebalan pastri dan jenis oven)-hasue bakar selama 15 minit pada suhu 175c
Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.

Resepi Inti Nenas cara kak Anim:

Bahan2:
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:

Kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

Terpulang jer nak buat guna acuan atau tanpa acuan..ikut kesenangan masing2 yer... sedap dan gebus..gambar atas nih yang aku buat mula2 aritu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 12, 2011

Tart Nenas Idaman Kalbu:Gebu,Lembut dan Sedap!!

Dah lama ku mencari resepi tart nenas yang "gebu yang lembut dan lembut yang gebu"...akhirnya bertemu jua...
Oh kak Anymz..terima kasih bebanyak...meh peluk2 laga2 pipi sat..hurmmpp hurmmpp..
Best sangat resepi nih..kena sangat dengan intinya yang sedap gak tu...ehem..inti ekspress jer..ahak

Lihat lah betapa gebunya tekstur tart nenas nih...oh,aku buat tanpa guna acuan tuu...mudah je doh ni nak dibentuk..ada juga yg aku buat guna acuan untuk tart gulung..hehe

Nanti aku entrikan lagi pasal tart nenas nih ekk..dan kongsikan camana nak buat dan resepinya sekali..insyaallah..
Oh yer,untuk resepi asal sila ke SINI
terima kasih banyak2 buat tokey tart nenas yang tak kedekut nih..sayang dia! ;)



P/s: Kesibukan amat hari ni..tak sempat nak entri n citer pepanjang(nak upload,nak edit..x sempat,x sempat)..nak packing,nak gi bandar jap ada urusan..tengah hari kang balik kampung..insyaallah..weee~ balik kampungg...(kira raptai untuk balik raya la nih..haha...ade ke) ;)
Kalau tak ada aral,akan update lagi dari kampung nanti yer...daaaa...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 15, 2011

Resepi: Cantonese Egg Tarts

Salam Jumaat..
Hadoi..mintak mahap ye pada yang tinggalkan kat komen kat entri semalam..tenet nih berterusan lak bersikap kepura-puraan kekura-kuraan dari tengah hari sampai ke petang..belum berkesempatan nak mereply komen dan blogwalking nih..geli hati den ni haa nengok orang terliur nampak udang galah..ahaks..takpo2..jgn marah2..kali ni hidangkan sesuatu yang mudah didapati di mana2..

Ni haa..nak nayang tart telur nih..best laa pulak makan tart telur nih..
Dari arituh nak membuatnya..si Ryo ada tanya resepi aku suh dia tanya pakcik Goog tapi dier kate kalo kat umah tenet tak berapa sihat.huhuh..agaknya dah siap buat dah dia pun semalam..tak tanya plak..
Nih pestaim laa aku buat tart telur versi kantonis nih..kan dier ada portugese..ada hongkong..macam2 versi kan..tapi tak sure lak apa bezanya..sebab lum try semua lagi..hiks..
Yang pastinya penggemar tart telur,boleh laa belajar buat sendiri pasnih yer...

Haa..amikk..skali posing bertenggek gitu...hehehe..

Resepi aku amik dari SINI,thanks to christine yang share recepi nih..

Resepi nih versi bahasa inggeris yer sebab main angkut(copy) terus..kalo nak minta translate ke bahasa melayu kite bagitau tau..sekarang ni tak sempat lagi..jap lagi nak packing2 lak..nak bertolak ke miri..ngeee..
Alaa..korang mesti pandai2 belaka kann..*ayat orang malas nak translate resepi..hihih

Let's check it out..

Cantonese Egg Tarts Recipe
Recipe:Christinesrecipe.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Makes about 10-12 egg tarts (3-Inch Wide 1-1/2-Inch Deep Tart Tin) > hasue guna acuan 6cm

Ingredients of crust:

* 225 gm plain flour
* 125 gm butter
* 55 gm icing sugar
* 1 egg, whisked
* a dash of vanilla extract

Ingredients of custard:

* 3 eggs
* 110 gm caster sugar
* 225 gm hot water
* 85 gm evaporated milk
* 1/2 tsp vanilla extract


Method (making crust):

1. Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
2. Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
3. Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
4. Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.


Method (making custard):

1. Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
2. Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
3. Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.

Method (baking tarts):

1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.


Notes:

1. Placing tarts at the lower rack in oven could cook crusts easily before the egg custard being heated up too quickly.
2. At the very last stage, pull the oven door open a few inches. This method is to avoid custard from being puffed up too high. The custard would collapse once they are cooled down otherwise.

>masa pembakaran untuk saiz yang berbeza lebih kurang aje sebenarnya sebab bukan saiz jadi ukuran..tapi ketebalan kulit tart kita tu..kalau tebal,lambat ler masak..pastu masa buat kulit tart tu,make sure jangan buat tebal2..nanti dapat filling sedikit..tapi jangan buat terlalu nipis,nanti mudah patah masa nak tanggalkan dari acuan.. ok?calit sikit!gerak sket tunjuk ibu jari..hehe

Bagi yang tak pernah makan tart telur,ni nak bagitau..tekstur kulit tart nih tak laa rangup macam biskut yer..pastu filling dier tu lembut cam puding..aa,gitu laa lebih kurang..sedap makan sejuk nih!


Aku baru nak siap2 nih..tadi encik habi dah kuar sound trek suh siap awal..pastu nak masak2 laa jugak sebab kalau nak singgah bintulu harus korner sana sini lak..takut lambat sampai nanti..maklum laa bawak budak kecik nih kan..malas laa nak bermalam2..huhu.. nanti sampai sana aku update lagi kalo berkesempatan..dan membalas jejak2 semua orang yer..
Kalau kat bandar tu memang berdezup aje laa tenetnya..ibarat baru je pasang niat nak bukak blog,dah terbukak page blog kita..hahahaha...melampau2 laa pulak kan.. ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 10, 2011

Projek Semalam: Menge'tart' lagi?Nyumm2..

Cheese tart nih sempena memenuhi permintaan adindaku..
Dari aritu lagik nak makan..maksud aku 'aritu' tu..masa aku buat cistat sebelum nih..maksudnya baru jer lepas makan,dia dah nak lagik..manyak suke yer sama ini cistat..jangan kang muka pun ikut gebus cam cistat udah..err,ke dah cukup gebus?ahaks.. ;P

Oklah..taknak celoteh panjang2..aku nak sambung mamam kerepek pisang nih..
Nak wat kerepek pisang bersira madu,tapi tak jumpa resepi lak..korang ade tak?meh laa kongsi2..ngeee*kerdip2kan mata beberapa kali

Meh layan gambar..untuk resepi sila gi SINI dan cara buat lorekan comot tu sila rujuk SINI yer..


Ngabiskan stok blueberi filling...

Aku guna acuan saiz 6cm ye..kalo guna acuan lebih kecil,harus gunting plastik untuk lorek tu benar2 kecil..pastu hati2 kalau guna blueberry filling tu sebab ada kan kadang2 tu blueberinya masih berketul..mungkin akan mencacatkan sedikit lorekan kite.ehe..

Sebahagian tart yang sudah di pek..

Ops..Tayangan amal sampingan..

Masa dah siap2 nak kuar tu,baru ingat aku tak prepare makanan lain pun untuk dia..so keluarkan udang galah,tuk tak tuk tak..campak2 rempah semua...cesssss...goreng jek..hahaha.. nasik ayam tapi lauk udang galah goreng..boleh gitu? Sebab ayam nya dah abis..ngeheee...sian lak takde sayur2 sebab dia suka mamam sayur.huu


Ermmpph!!makan sejuk2..cheezy jek kan..aku suka je crust yang lembut2 rapuh gitu..lagipun filling tuh x manis macam jem..dapppnyerrr!nyammm..hmmm


Note:semalam masa gi berpoya2 tuh gi laa carik acuan tart nih lagi..jumpa gak yang saiz kecik sket..lepas tu..cam biasa,ada gak mende lain nak ikut balik..huhuuu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 29, 2011

Tutorial: Teknik Membuat Lorekan Di Atas Cheese Tart

Salam pagi buat semua..
Hari ni, baru sambung balik pasal cheese tart nih.. Saja nak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni untuk pengunjung blog ni yang mungkin nak tahu secara terperinci bagaimana lorekan atas cheese tart tu dibuat.
Sebenarnya kat entri Strawberry Cheese Tart tu ada tips dikongsikan oleh kak Azita, guna pewarna yang dicampurkan dengan cheese tu..err,boleh rujuk sana yer..
Tapi yang aku nak demo kali nih guna filling tu sendiri untuk lorekkan di atas cheese tart tu..ehem,demo versi amatur laa yer.comot2 dan tidak kemas tu korang buat2 tak nampak udah la..ngee ngee..
Err,dah daftar kelas masakan cheese tart tadi kan?hahaha..ngengada jek..cikgu2 kelas masakan yang terjenguk sini tu kalo ada yang nak tegur,tegur laa ye..saya nih bagi tutorial versi tak formal..hehe..kalau ada silap,jangan ada yang kecik ati lak ye..kite gurau2 gitu.. ;)

Eh!Seronok tau main conteng2 atas cheese tart nih bila dah tahu basic nak buat lorekan tu..Buat mereka yang geram nak mengetart semalam tu,nih saje nak tambah kegeraman korang..ahaks

Contoh lorekan yang biasa kita nampak..biasa sebelah jer lorekan kan.
Tapi sebab kite buat sendiri, buat ler versi batu belah batu bertangkup sekali pun takpe..


Jom belajar camana buatnya..sila amik tempat masing2.. tu yang berbaju merah tu,depan laa sikit,kang tak nampak lak..jangan malu2 yer..nak jer suh hands on tapi tak cukup peralatan,tengok2 udah laa ye..tak pun kite gilir jer.hehe..*kelas masakan tak cukup bajet..kakaka :D

Ok,dah sedia?
  • Mula2 masukkan filling(strawberi filling,blueberi,atau filling cream cheese tadi yang dicampur sedikit pewarna pilihan) ke dalam piping bag saiz kecil..err,sebab aku nak guna sikit,aku guna plastik biasa2 jer..heee..
  • Selepas tu,gunting sedikittt jer hujung muncung plastik tu seperti dalam gambar..JANGAN gunting besar2 lak yer..nanti tak cantik dan lorekan nampak 'gemuk'.
  • Pangkalnya tadi tu pulas sedikit ,untuk mengelakkan filling terkeluar(cam nak deko kek)Ok,sekarang boleh la picitkan filling tu dalam bentuk garisan2 pendek (seperti gambar di atas. Buat dalam 4-5 garis pendek dan sedikit menyerong

  • Kemudian,ambil sebatang pencungkil gigi(yang belum digunakan tau..hahaha). cucukkan sedikit di atas filling tadi dan tarik betul2 ditengah2 garisan merentasi setiap garisan pendek.seperti gambar di bawah.*apsal tetiba rasa cam ngajar subjek geografi tingkatan 4 pun ada nih
Taddaaaaa!!! Dah jadik dah! dah jadik dah..weeeee....bestt2!*padahal kejadian lorekan tu x seberapa pun..haha


Ok,dah pandai basic tu..kite cuba stail lain lak...cuba mek jah buat..

Mula2,buat garisan2 pendek macam ni kat sekeliling tart..Pastu tarik lagi guna pencungkil gigi(ingat yer,yang belum digunakan tau..ekeke) ke satu arah..

Yeyyyy..dah jadik munga seri pagi..eh yeke?hehe..santik mek jah buat..! Mas,ko nampak tak tadi tuh? Jangan tetido lak mas..haihh..


Siapa lagi nak cuba?? Lorr..ni ct zaidah ni bawak anak kecik pulak datang kelas..oo,takde yang jage kat umah ek..takpe2,tengok demo je laa ek..hehe..Tun Telani mana nih? Tak nampak muka pun? Mesti bangun lewat nih..Kalau si Noorsha bakal besan aku tu aku paham laa,dia injured masa bakar roti..takleh hadir kelas..haha..

Ok..ok,kite teruskan yer..kak lina,eh kak lina lak.. lupa,dia dah call semalam tak dapat datang,tiket abis..
Haa..kak rosaliza nak cuba yer..meh2..amik tempat..kita buat versi kipas angin lak..

Picitkan filling tadi dalam bentuk pangkah memangkah gini.. eh comot sikit tu kak,takpe2.. nanti tak berapa nampak laa tu..Amani tu suh Kak Sam dukung jap..

Lepas tu,guna pencungkil gigi tadi(berapa kali aku nak ingatkan nih,gunakan pencungkil gigi yang baru tau)..tarik keliling macam dalam gambar tu haa.. dah macam kipas kan? Eh..tak cukup lagi laa kak liza,cuba buat 2,3 kali lagi..kat sebelah dalam n hampir luar tart yer..a'ah,kat situuu..

Haaaa..pandaiiii!!Baru tambah comel kan..yeyyy..yeeyy..hihih..*yang ngajo lak eksaited lebih..kakaka

Nih laa antara hasilnya yer..sedia untuk dibakar...Puan Korie,sila masukkan dalam oven yang dah dipanaskan tadi tu yer.aaa,oven yang tu..hati2 panas tu..

Yang lain2 tu,sesambil tunggu cheese masak tu boleh laa uli doh lagi yer..resepi sepenuhnya tu boleh rujuk kat SINI(klik)

TING!!!(bunyi oven) Dah siap pun cheese tart kita nih.. sedia untuk disejukkan..dan dimakan..yang dalam gambar nih dah lama arwah,tak yah mintak2 yer..


Boleh laa korang amik order pasni.hehe..pastu lorek ikut kreativiti masing2..ni bukan kelas masakan dah ni..tapi 'main conteng2 bersama HaSue'..haha

Haa..nak lorek nama pun boleh..hehe..nih nama2 adik2 comel dari politeknik mukah nun eh,bukan mak budak yang sorang tuh..err,Anna Qawina mana?Tak hadir kelas yer..sibbaik ko berbadan dua,kalo tak, dah kena denda berdiri luar kelas..muekeke.

Errr..ada soalan??takde? OH..lupa lak,untuk kak zila66 yang nak tau pasal cream cheese nih..akak boleh google rupa parasnya yer kak..biasanya brand yang digunakan adalah jenama kraft Philadelphia tu..apa2 brand pun boleh,asal halal..pasal sukatan tukar kepada sukatan cawan tu nanti akan diusahakan.. ;)

Untuk Nieza lak,selain tips dari kak Azita tu,rasanya untuk mendapatkan hasil adunan filling cream cheese yang montok dan gebu,pukul adunan dengan kelajuan sederhana jer..JANGAN guna kelajuan tinggi..nanti cream cheese tu berketul2 sikit dan tak gebus..pukul kelajuan sederhana je ok,biar lama sikit takpe..

Ada soalan lain?takde dah?Kalau takde,tak reti2 nak buat cheese tart tu n anta ke sini nak tengok n nak makan..hahaha..Aizura,mesti dah teringin membaking tu paras kepala dah kn?hihi

Ohya..aku baru jer nampak adik aku post entri pasal cistat gak..gi laa jenguk kat SINI(klik). Dia pun baru 1st time buat tu..

UPDATED:
Untuk Mas dan mereka yang nak tahu rupa paras strawberi filling tu..gini laa rupanya..

Mudah didapati di kedai2 bakery nih..harga pun murah jek. Biasanya memang siap2 di pek2 dalam bekas2 gini..tak tau ler kalo ada yang di brand kan..
Filling nih halus n smooth jer,tak macam jem yang sedikit berat..rasa filling nih pun tak semanis rasa jem strawberi..selain strawberi,ada juga perisa blueberry..err,apa lagi perisa lain ek..bergantung kepada kedai bakery yang korang pergi laa..kalau yang kedai besar tu mesti jual pelbagai jenis kot..gi belek2 telek2 sendirik yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 28, 2011

Resepi: Strawberry Cheese Tart & Tips Dari Kak Azita

Salam Isnin buat pengunjung blog ini tak kira yang dah lama atau yang baru pertama kali berkunjung ke sini,selamat sejahtera dan semoga ceria di pagi ini hendaknya..hehe..*bajet guru besar nak bagi ucapan masa perhimpunan..

Sebelum ni dah post resepi blueberri cheese tart kan,kali ni nak jamu mata korang semua dengan strawberi cheese tart pulak..beza nya? Filling jer pun..sebab aku masih guna resepi yang sama dari kak Azita. Sungguh best jer resepi nih,kalau nak tengok versi blueberry boleh klik SINI..sebenarnya masa tu anak aku kate aku buh kaler purple tu sikit jer sebab aku terlupa nak buh inti kat dalam..miahaha..sadis tul pelupa aku nih..yang kali ni pun ada satu batch tu aku lupa nak buh inti,dengan itu terpaksa laa korek lagi cheese tu nak buh inti..ngee ngee...

Buat cistat nih semalam,sempena kehadiran adik2 aku dan adik pompuan aku tu nampak kat blog aritu..tu yang ngoder nak makan..cuma aku terbakar macam terlebih garing lak..haha..takpe la,lenkali buat lagi..

Jom layan cistat nih..dah abis pun. Tak payah mintak2 yer..

Kali ni baru berpeluang nak ujibakat mencorak2 kat atas tart tu.. anak tak komplen inti sikit dah sebab dah buh inti kat dalam..ehe


Nih versi kipas angin..hihih


Kali nih resepi aku kopipes terus dari dapur kak Azita sekali dengan tips nya..yang ada buat juga baru2 ni boleh tengok kat rumah Mas,kak Noorma,Nieza. Ada yang tertinggal tak?bagitau ye,nanti update link kat sini ..Apa2pun,terima kasih semuanya atas perkongsian pengalaman membuatnya dan penyumbang resepi ni..

Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Corak ni biasa jer tengok kan.. :D

Cara-cara ( rujuk gambar (klik)) :

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Sebenarnya aku baru buka entri kat ita tu pagi ni melalui blog nieza,sebab tu lorekan cistart aku nih sebarangan n sembrono aje..huhuh..pas nih kalau buat lg kite bagi cun melecun sikit yer.. :D
Pastu aku guna filling je nak lorek atas tu..kalau guna pewarna leh laa buh kaler biru kan..isk..
Kalau rajin nanti aku update step by step bergambar lak..kot2 ada belum paham macam mana nak buat lorekan kat atas tu kan..

Apa2pun selamat mencuba buat yang nak mencuba yer..panjatkan juga doa semoga yang berkongsi resepi2 di alam cyber nih semakin dimurahkan rezeki.. aminn ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 18, 2011

Resepi: Blueberry Cheese Tart

Lewat sedikit bersiaran ke alam maya hari ini.. maklum laa,baru lepas episod drama swasta dengan suami tercinta yang nak pergi main badminton lagi kat miri nun..tskk tskk..
Tak pasal2 kena tinggal lagi untuk 2 hari setengah*nak jugak sebut yang setengah tu supaya lama sikit bunyinya..ngeee..

Dalam keberatan hati nak kena tinggal tu,sempat juga laa nelan cheese tart yang dah disejukkan dari malam tadi ni haa..
Tak sedar, gigit punya gigit..kunyah punya kunyah..telan punya telan..abis seketul..huwaaa!! panik!!camana leh abis sebijik sekali harung nih..abis laaa dietkuuuu...iskk..iskkk..nyesal lak..
Begitulah yang berlegar kat minda selama beberapa minit sebelum capai lagi sebijik.heh..sedap giloss..makan setengah bijik jer pastu..nanti2 laa sambung balik..ahaks

Aku cuba mengkreatifkan diri dengan cubaan melorek blueberry filling nih,nak cuba2 bakat yang sah2 perlu rendam tangan dalam soflan..siap ada yang bentuk pokok dan bunga versi lukisan kanak2 tadika tahap satu yang jarang hadir ke sekolah sebab takut cikgu marah tu ha..kreatif sungguh aku rasa.
Cuma yang tu telah ditapis untuk tayangan umum..dikhuatiri akan membawa seribu persoalan bagaimana aku membentuk lorekan yang begitu dramatik kerana aku sendiri pasti tidak dapat menghuraikannya dengan kata2..
Bagaimanapun,yang pastinya bila aku melorek2 tu,ada pula persoalan dari mulut kecil di rumah ini yang mengatakan inti purple tu haruskah diletak sedikit sahaja? Kenapa tak letak banyak2.. Lepas tu terbantut terus hasrat aku nak terus mengkreatifkan diri. Tu yang aku buh jer filling tu gitu2 jer..* at least ada jugak alasan aku untuk tidak terus melukis objek yang adakalanya tak nampak bentuk objek pun..aheh

Sebab acuan tart aku ada 5 jer..(dulu 6,yang satu dah balik kampung agaknya sebab cari2 tak jumpa gak..)jadi aku bakar kulit tart atau shell nya tu 5 jer laa sekali harung.. Kalau jumpa lagi pasnih nak tambah lagik acuan tuh..baru tak lama tunggu siap..huhu

Ni hasil tart shell yang aku dah bakar dan sedia untuk digunakan.. ada blog2 yang menjual tart shell nih..kalau malas nak buat,order ajelah dari mereka..korang tinggal nak isi inti je lagi..
tapi kalau korang rajin macam aku,lagi berbaloi2 laa kalau buat sendiri..muehehe..
Kononnya aku ni rajin laa kan..dah lama tuuu anak request nak makan tart cheese nih..lama ni haa baru terbuat..rajin bebeno lerr..huhuuu..selera jer banglong makan. Suka lak aku tengok kalau dah makan beria gitu.. :D


Yang ni memang letak inti blueberry lebih..dah kurang kreatif laa kan...tapi rasa masam2 blueberry ngan cheese filling tuh menghasilkan rasa yang ummmpppppph... nyummmmm2..


Jom kite cerita pasal resepinya lak..resepi nih aku intai kat dapur kak Am Flora..resepi asalnya daripada Kak Azita.. kedua2 mereka nih bisnes kek,biskut n kuih muih dsbgnya..
Aku salute sangat2 kat mereka yang bisnes tapi pada masa yang sama tetap kongsi resepinya..benar kata orang,semakin kita memberi..semakin banyak kita terima..insyaallah berkat ilmu yang dikongsi,rezeki pasti akan senang jer diperolehi..tak rezeki dunia..rezeki akhirat pasti ada asalkan keikhlasan kita mencurah ilmu kepada yang memerlukan..
Jadi terima kasih buat kak am n kak ita yang berkongsi resepi ni..mamafami pun dah try buat..anggun2 belaka tart mereka..

Aku c n p resepi nih dari dapur kak am-flora,terima kasih semua akak2 cayang..semoga kalian semakin dimurahkan rezeki.. :)

BLUEBERRY CHEESE TART
> Kak Azita dan Kak Am-flora


BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum

CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C
KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur

CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

Updated:
Lupa lak nak bagitau, masa uli doh nih aku tambah lebih kurang 1 sudu besar tepung sebab doh agak lembik dan susah dibentuk..lepas tu aku guna acuan diameter 6cm menghasilkan 24-25 biji tarts. Semasa nak bentukkan kat acuan tu,aku bulat2kan doh sebesar 2 ibujari,dan diletakkan di tengah2 acuan,barulah ditekan2 sedikit ke tepi-tepi acuan..gunakan satu jari untuk menekan doh mengikut bentuk acuan supaya doh tak terlebih tebal..
Lebih kurang gitu laa cara aku buat..nak bagi tips banyak2 pun bukan pandai sangat..kot2 ada yang nak kongsi,sila2 laa yer.. :)

Ohhh sungguh sedappp...yummyyyy2!!


Selamat mencuba bagi mereka yang nak mencuba sendiri! ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...