Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Ampap Hati Ikan Yu ..keenakan yang sukar digambarkan!

Assalamualaikum.. ^_^

Menu ni rasanya banyak kali gak aku dah tayang dalam blog ni..tapi mungkin ada yang terlepas pandang atau tak sudi memandang tidak mengapa kerana ku tahu aku insan hina..ok,itu lirik lagu.

Hati Ikan Yu kali ini sangattt besar..sebab ikannya pun besar. Kitorang tak beli pun ikannya,cuma beli hatinya aja.. tauke restoran kat sini calling2 incik suami..kot2 dia berminat nak beli kan.. dan dengan zass dan pantasnya incik suami memecut mendapatkannya.. Pilihan masakan adalah seperti biasa,ampap.. tak pun sedap di 'pais'.. goreng gitu jer pun sodap..buh berempah!erghh...stress bila terbayang ! sila baca tajuk entri ini.
err,korang tak pernah dengar ek nama masakan2 aku sebut nih? Kalo orang sabah sarawak mesti tau kot..ada juga orang semenanjung yang tahu rasanya..hehe.. :D

Cadangan hidangan..hehe..
ok la,aku bagi gambaran sket, rasa masakan ni berempah pastinya..ada rasa kunyit,sedikit rasa pedas,sedikit rasa masam..ermm..dan rasa istimewa lemak2 dari hati ikan yu itu sendiri ..sangat best dijadikan menu sampingan dan pembuka selera! Selera berbeza la,mungkin tak kena selera korang kot..kang susah lak kalo ramai yang pandai makan kann <-ayat orang takut tak dapat hati ikan yu lenkali nih.haha

Pada entri lepas aku ada tunjuk hati ikan yu yang dah dimasak jer ek sampai ramai yang tertanya2 dan tak dapat bayangkan rupa hati tu masa belum dimasak..
Meh ler aku nak tayang,cuma kali ni versi yang besar laa ek..tak semestinya yang kecik tak leh dimasak gini..kecik pun sedap..besar gini lagi lemak2 ler rasanya..


Model cilik sedang menunjukkan hati ikan yu yang sudah dibersihkan.. kalau saiz gini,haruslah dipotong2 dan bahagikan kepada beberapa bahagian..tak best kalo masak banyak2 sangat.. nak simpan pun,asing2kan siap2 untuk sekali masak,tak perlu laa keluarkan semua sekali kan.

Tadaaa...!! close up sket.. ada tak aku sebut ia besar?hehee...beratnya lebih kurang 1kg..Oh ye.. jangan lupa buang hempedu pada hati ni yer...kerana kalo tak terbuang hempedunya,nanti akan pahitlah masakan anda..percayalah! :P

Tapi awas yer..orang kata ada juga hati ikan yu yang tak boleh dimakan..efeknya mungkin sebabkan pening2 sket la,bukan keracunan(so far yang aku tau ler) yang cam dalam gambar kat atas ni,dah sah selamat dimakan!Tapi ikan yu yang biasa dan saiz sederhana sehingga besar tu insyaAllah boleh..kecuali ikan yu yang muncung lebar tu aku muskil sket..ada yang kata boleh,ada yang kata tak boleh.. agaknya bergantung kepada kekuatan antibodi kot.

Teringat aku geng seorang ni yang ngidam nak makan hati yu masa mengandung tempoh hari..sayang sekali dalam tempoh tu aku tak dapat carikan dia hati yu yang segar gini.. dia pun tak dapat agaknya..sampai dah selamat bersalin pun..harap2 lepas ni nanti dapatlah jumpa.. :)

Sebelum ni aku dah bagi resepinya..tapi takpe lah,aku taip lagi..memandangkan aku rajin sikit..tak banyak,sikit jer..agar memudahkan mereka yang ingin mencuba sendiri..

AMPAP HATI IKAN YU
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250 hati ikan yu
1-2 tangkai cili merah(kalo nak pedas tambahlah cili api)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
2 batang serai-potong2 dan ambil bahagian putih sahaja*
1cm belacan*-bakar dahulu jika suka
2 inci (atau lebihkan sedikit) kunyit hidup*
Garam dan perasa
Asam gelugor secukup rasa-kalau guna asam keping 1-2 sudah memadai.
Daun kunyit secukupnya


Cara2:
  1. Bersihkan hati ikan yu-buang hempedu,cuci dan toskan. Potong jika saiznya besar.
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga halus-hasue kisar menggunakan pengisar bahan kering kecuali kunyit..setelah itu baru ditumbuk bersama kunyit untuk elakkan pengisar menjadi kuning kesan kunyit hidup.
  3. Gaul bahan2 kisar tadi bersama hati ikan dan tambahkan garam dan asam gelugor. Gaul sebati dan rasa sedikit guna hujung jari. Pastikan rasanya sedikit masin dari yang sepatutnya. ini kerana bila dimasak nanti rasa garam akan lebih meresap.
  4. Sediakan periuk kecik yang sesuai, susunkan daun kunyit sehingga menutupi dasar dan dinding periuk. susunkan hati ikan bersama rempah2nya sekali di atas daun kunyit yang sudah disusun tadi.
  5. Ambil sekeping daun kunyit dan racik halus..taburkan di atas hati ikan yu yang sudah siap disusun dalam periuk dan tambahkan air sehingga sekadar paras hati ikan..Sekadar cukup untuk menenggelamkan sedikit hati ikan tu yer,jangan buh banyak sangat airnya..
  6. Ambil beberapa keping lagi daun kunyit dan tutup permukaan hati ikan..masaklah sehingga air surut dan hati ikan masak.-dalam 15 minit menggunakan api sederhana-perlahan.
  7. Selamat mencuba!
Resepi aku bagi kali ni nampak cam panjang lebar,tapi ia untuk memudahkan korang juga untuk mencuba sendiri..kang kalo tak cukup detail susah lak nak bayangkan yer dak? :)

Tapi,buat mereka yang tahu rasanya..pasti dapat bayangkan rasa hati ikan yu ini..betul tak?

Sudukan sedikit bersama rempahnya n masuk mulut..yummm! Juga amat enak dimakan bersama nasi putih..menu sampingan istimewa yang jarang ditemui di restoran.. :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api

Selamat hujung minggu buat semua..mesti tak ramai yang ngadap komputer arini lantaran kesibukan dengan aktiviti masing2 kan..
Alhamdulillah,Khamis lepas ujian UPSR telah berakhir..semoga banglong dan rakan2 serta anak2 rakan cyber yang lain memperolehi keputusan yang membanggakan..

Oh ye..aku sekarang bersiaran langsung dari kampung..jadinya line tenet tu berdesup laa dengan kehadiran wi-fi si Ryo nih.hee.bahagia cyber seketika ku rasa..

Hari ni pulak plan nak hadiri reunionn ke 2 sekolah kitorang..bunyi jer cam reunion sekolah tapi yang nak datang hanya beberapa orang jer..tapi kitorang tetap semangat nak datang sebab memang rindu dengan kawan2 lama..yang hadir tahun lepas ada yang tak dapat hadirkan diri tahun ni tapi nak buat camana kan..masing2 ada komitmen tersendiri..mudah2an segalanya lancar nanti...tapi reunion yang dirancang tak bertukar menjadi ramah tamah aidilfitri merangkap lunch aje lah nanti insyaallah tapi masih di tempat yang sama tahun lepas.

So,memandangkan line tenet laju berdezup nih aku nak entrikan laa dulu menu kitorang aritu..
Biasanya kalau ketam jer kitorang suka masak sweet n sour atau masak sos tu.. tapi kali ni masak lemak laa pula..saja nak menambah lemak di badan yang sedia ada..bukan sebab tak cukup lemak..nak bagi lebih lemak supaya pembakaran lemak tu lebih cepat sebab lebih panas..hehe...fakta takleh dipercayai tu.

Tapi sekali sekala dapat menghirup kuah ketam masak lemak gini memang asyik ko..
Dapat lak isi ketam yang fresh n padat gini...cik abang aku kata ketam ni memang isi banyak..ketam apa ke namanya dia sebut aritu lupa lak aku..yang warna bintik ungu2 gelap sikit tu..sebelum ni aku dah share cara milih ketam yang banyak isi kan...baik pilih yang betina..dan yang belum keluar telurnya.

Rasa lemak2 n pedas2 kuahnya dengan isi ketam yang segar dan manis2 ni memang sedappp...

Resepi simple2 ajer..nanti kalo rajin naip gi aku updatekan..ni baru nak gi siap2 gi reunion tu..malam tadi tido awal coz kepenatan,tak sempat ngadap lappy pon..hee

Tengok laa isinya tu,padat kan...!best sangat..puas ati dapat makan ketam nih..hehe


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 24, 2011

Udang Kara Masak Simple2 jerr..

Korang pernah makan udang kara atau lobster tak??
Pernah masak sendiri?
Aku terbaca kat internet harga udang karan nih boleh mencecah rm170 sekilo(yang dah masak) ..
Memang kita sedia maklum laa harganya kan..

Cuma aku muskil jer napa ia diklasifikasikan sebagai makanan mewah sedangkan dari segi rasa tu takde laaa sedap jauh beza daripada udang galah...udang galah kalau nak yang sedap sila pilih saiz sederhana..isinya lebih manis kalau banding sepit biru..
Mungkin dari segi kolestrol udang kara ni kurang sikit menyumbang banding udang galah kot??
Rasa udang kara nih sebijik cam cray fish..yang iras2 udang kara gak tuu..sepupu ia kot?
cuma yang tu dijual murah berbanding lobster..mungkin sebab kurang handsome agaknya...hehe

Kata orang kat Mukah senang nak beli udang kara dengan harga murah..tapi kitorang tak pernah beli lagi..yang nih beli masa balik kampung aritu..tunggu nelayan naik dari laut. Berebut orang nak beli..tu cerita cik abang aku tu laa..aku tak ikut sekali,cuma dia n adik beradik lelaki diorang jer pergi awal pagi tuu..dapat beli sekilo lebih je..tak silap dijual hanya rm20 sekilo..murah kan kan...kalau kat Mukah tak silap rm30 sekilo...tu pun kalo tak silap ler. lagipun harga leh berubah2 ikut musim..
Jadi sekilo lebih tu dapat laa 5 ekor..yang ikut balik ke sini 4 ekor,2 besar..2 sederhana besar...cukup2 untuk kitorang sekeluarga makan..alhamdulillah.

Biasanya udang kara ni direbus atau digoreng dahulu sebelum dimasak sepenuhnya..ini untuk mengekalkan kemanisan isi udang..warna pun cantik jer..gambar di atas ni separuh dah bertukar warna...hehe..sebaiknya digoreng terendam.


Kalau nak rebus terus pun boleh..ia lambat sikit masak la banding udang galah...sebab kulit pun tebal sikit kan..

Aku masak simple2 jer..masak sos..atau sweet sour..atau masak merah..apa2 jelah nama masakan ni..rasa n bahan2 memang lebih kurang jer.. :)
Tak perlu rumit sangat nak masaknya sebab udang pun dah sedap kann...malas pun yer jugak.heh.

Isinya yang tebal sedap dikuahkan dengan kuah sos tu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 21, 2011

Terubok Kukus Sos Tiram..Lagi!Kali ni kita tarik tulangnya ya.. :D

Masa aku entrikan pasal ikan terubok kukus tiram aritu..ramai rupanya penggemar ikan terubok ni.. yang menariknya bila ada yang berkongsi tips nak bagi tulang tu tersusun..tak berselerak sangat..hehe..
Sebenarnya bukan pertama kali aku baca pasal tips nak tarik ikan tu..pernah sebelum ni baca kat majalah cuma nak praktikkan tu memang tak pernah la sebab jarang nak masak ikan besar bertulang banyak ni..selalu kan makan ikan terubok masin jer..xkan nak tarik gak kan.hihi..

Bila nak masak first time aritu,mana la nak ingat semua tips nak bagi tulang tersusun tu..bila honey,Mas,Jia tu (boleh tengok komen mereka kat SINI).. bila mereka sebut2 baru aku teringat kaedah tu..
Tapi serius aku tak pernah buat.hahaha.. Terima kasih kat mereka nih sebab ingatkan.. lagi2 mas yang siap bagi petua suh lapikkan ngan tuala dan sebagainya...

Jadi bila cik abang beli ikan lagi aritu,aku terus laa nak praktikkan.ahak.. nih cara aku buat ye..harap2 betul laa..sila betulkan kalau silap mana2.. ;)

Aku lapikkan guna tisu dapur tu,dalam 3 keping gitu,lipat2 laa kan..tangan kanan pegang kat no 2(kat tengkuk ikan)mesti first time korang tau ikan ada tengkuk kan?,tangan kiri kat no 1(bahagian ekor)..pastu tarik2 ler..memang akan berbunyi prakkk laa gitu..hehe.. tarik sampai tak bunyi dah.. lepas tu boleh laa korang sapukan scrub,mandi lulur,milk bath ke..hehe.. baru siang cam biasa..untuk dikukus ni tak perlu buang sisik yer,buang insang n perut ikan(ada yang tak buang pun),potong muncung ikan tu sket,potong ekor,belah belakang sket..nak bagi perencah tu lagi umph!

Kali ni aku rajin sikit laa..kalau aritu aku hiris jer,kali ni aku tumbuk/kisar bahan2 tu..
Dan ini hasilnya..

Dan rasanya of coz lagiiiiii sedapppppppp!!


Sebab bahan2 yang ditumbuk lagi senang nak meresap ke dalam isi ikan..
ikan segar lak tu!<-perlu ke statement ni?hahaha..

Aku buh lagi sekali resepi kat sini..dan edit sikit versi ditumbuk bahan2nya yer..aku kisar guna pengisar bahan2 kering aje. Pastikan hiris2 sket bahan2 nak kisar guna pengisar kering ni. ^_^

Ikan Terubok Kukus Sos Tiram
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa

->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!

Isi ikan yang segar dan ramuan yang sebati..ermm sedappp!! Tulang pun memang kurang berseleraknya..
Terubok ni pun bertelur gak tapi tak amik gambar la..takut ada yang jeles.mueheheee :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 18, 2011

Umai Ikan Sarawak

Ni kali ke berapa dah tayang umai ikan kan..
Tak kisah laa,janji aku bahagia.. gambar lain2,sebab menu ulangtayang..Kali ni nak tunjuk lagi sebab yang ni kakak aku buat masa diorang lepak queen kat umah ni aritu..isi ikan tu macam biasa kalau duk area Mukah ni tak payah susah2 potong sendiri kalau korang malas cam aku kan,pergi jer pasar ikan tu,beli je siap2 dah hiris dalam bekas dalam 100g ke 200g lupa lak,rm10 hengget jer. Tapi kalau malas nak belanja lebih n rajin nak hiris isi ikan sendiri buleh laa beli ikan segar2 kat pasar tu..maklum la,ni kan makanan tradisi orang melanau yang memang ramai kat sini..

Pada tekak aku la kalau buat umai ni memang best guna ikan yang kuning2 oren tu..aku ni tak hafal nama ikan..ada yang nipis2 jenis tulang halus tu..memang sedap buat umai.. selain tu yang femes dibuat umai ni adalah ikan putih jenis yang nipis gak,ikan tenggiri pun ada,ikan merah,ikan yu pun ade...pendek kata apa je jenis ikan laa kot..ikut selera masing2.

Pada pendapat aku bagi korang yang baru belajar nak menjamah umai ni,baik guna resepi yang bahan2nya ditumbuk gini dan sebahagiannya dihiris...boleh rujuk gak kat dapur DayangJack..guna bahan secukupnya,memang masak je ikan tu..harus laa guna ikan segar kan..
Kalau agak2 dah terer makan umai yang basic ni kan,leh laa guna bahan2 hiris je kalau malas nak tumbuk..kalau kira terrar tahap thrill lagi,cuba laa makan isi ikan cicah sambal je..perghh!korang yang tak pernah tengok sure kecut jer dengar orang makan ikan mentah cicah je kan!aku tak sampai tahap tu lagik laa..hehe.. Tapi kalau nelayan2 yang dah biasa tu macam kite makan rojak jer. Eh,sedap tuu...skali lagi,harus la guna ikan freshh! Potong dadu,pastu cicah sambal tu..bukan sambal belacan la,ada sambal khas dier..aku tak pernah try lagik

Kat pasar tu ada juga dijual sambalnya,untuk makan cicah gitu aje.Korang ada brani nak try?

Umai ni bila dah masak isi ikan tu dah putih dah..ia di'masak' dengan halia dan asam limau kasturi tu haa..korang jangan gentar..silap2 haribulan,rasa sekali mesti nak rasa lagi..jangan percaya cerita tahyul yang mengatakan umai ni adalah makanan mentah..kecuali korang pernah makan yang mentah..agaknya tukang buat tu suka yang rasa mentah2 lagi kot..hehe


Umai Ikan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
100g isi kan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara2:
  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  2. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  3. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.
Rasa isi ikan yang segar,pedas-pedas dan masam2 menggambarkan rasa umai yang sedap!


P/s: Lepas ni nak gi tenet yang laju sket,malam ni nak blogwalking puas2..insyaallah.. terima kasih atas kunjungan kalian ye!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 27, 2011

Resepi: Sambal Sotong

Tiba2 tenet aku laju dari beberapa hari lepas..jadi aku merempit laa dengan laju sampai terbabas dan memotong di garisan berkembar sampai tak hengat..pas kena saman baru insaf balik..ni baru nak ngentri pas gi cuci mata ke rumah orang.hee..
Harap2 berlanjutan laa tenet nih laju,kan..kalo senyap balik tu atau ada komen macam 'hang' jer lum tereply biasanya tenet prob ler..bukan suka2 tak jawab..tapi malas nak melayan broadband..kang tak terbuat keja lain lak..hikhik.. apa2pun kalau ada soalan yang memerlukan jawapan n kepastian secepatnya,boleh je tanya kat petak komen atau pm kat FB yer..pastu jerit balik kat cbox kalo aku lom reply gak..bkn tanya kat cbox aje,fungsi cbox tu lebih kepada tempat merewang atau cari jodoh..haha..
Oklah,udah2 laa melalut..jom layan sambal sotong yang sedap nih lak..

Semalam bila nampak menu Mas iaitu sambal udangnya,terliur lak nak makan menu jenis sambal..tapi buat versi sotong..
Niat di hati tu nak buat nasi lemak untuk brekfes pagi ni..tapi bila bayangkan aktiviti mengeluarkan peluh tak balance ngan aktiviti makan2..terus kensel niat tak berapa murni(nak hancuskan diet) itu..makan ni pun takleh banyak2..sotong kan banyak karbohidrat.. pastu kan,sotong antara makanan yang lambat dihadam..jadi kalau makan sotong tu,kunyah laa sampai betul2 lunyai yer..baru telan..sebenarnya apa2pun makanan biar kunyah betul2 kan..baru baik untuk kesihatan..ia juga baik untuk diet.hee

Oleh sebab resepi mas tu lebih kurang sama cam aku biasa buat..aku kopipes ajelah ke sini..senang kije..cuma tang sukatan tu pepandai laa ejas ikut selera yer..pastu ada yang aku tak letak aku edit la balik..takpe kan mas..hee..terima kasih ye,untuk tengok resepi asal n sambal udang mas gi dapur beliau di Mas @ Duniaku dan duniamu bersatu

Sambal Sotong
Resepi sambal udang : MasDuniaku
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan :

300 g Sotong segar-bersihkan dan tos,kelar bersilang jika suka
2 ulas bawang putih - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit ikan bilis, basuh - dikisar<-hasue tak letak
cili kisar - ikut pedas
air asam jawa - ikut masam
garam dan gula secukup rasa
Boleh tambah tomato jika suka

Cara memasak :

Blend bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga halus dengan sedikit air. Panaskan minyak..tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan cili kisar ikut pedas.
Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan sotong..gula dan garam secukup rasa.
Masukkan air asam jawa sedikit sedikit hingga mendapat masam yang diinginkan...biarkan mengelegak, jika sambal kelihatan kering, boleh tambah sedikit air dan tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..) Hidangkan.....
*jangan masak sotong terlalu lama,nanti liat..

Enak dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 18, 2011

Cili Hijau Goreng Udang Pedas

Menu ini sangat membuka selera bagi kami..dengan aroma cili hijau atau cabai hijau yang semulajadi pedas,ditambah dengan rasa udang segar..memang boleh bertambah nasi tanpa sedar dibuatnya.. jika cili hijau yang digunakan kurang pedas,boleh lah tambahkan cili padi kerana ia memang sesuai dimakan pedas-pedas.

Boleh je nak gantikan dengan kacang panjang atau sayur lain tapi..rasanya berbeza laa kan..kalau tak pernah buat cili hijau ni sebagai sayur,mungkin inilah masanya..hehe

Kalau ada beras kampung tu,memang layan sangat laaa...

Cara penyediaannya lebih kurang seperti resepi cili hijau goreng telur tempoh hari..tapi..dah namanya ada udang of coz lagi best kan..heh ;)

Cili Hijau Goreng Udang Pedas
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 300g udang tanpa kulit
  • 7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)
  • 1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar-hiris
  • Garam secukup rasa
  • secubit gula
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Menyelerakan..gambar ini didedikasikan untuk penggemar udang dan penggemar makanan pedas di luar sana.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 5, 2011

Resepi: Creamy Butter Prawn

Oleh kerana entri sebelum ni tadi dah cerita panjang...kali ni tak payah cerita panjang laa ek..kang ada boring lak..ahak

Resepi ni simple dimple aje..bukan tak tau aku suke jer resepi simple2 ni tapi nak jugak yang sedap2...heh.
Kali ni butter prawn nih tak letak jurai2 pun..sebelum ni ada gak buat yang jurai2 tu walaupun ada tu yang aku buat kelihatan cam rambut hantu lampor tapi sedap tetap sedap..


Resepi nih dikongsikan oleh seorang pengembala kamben yang sekarang ngah sibuk ngan bisnes cop jempol(watermark) beliau..kirenya pengusaha kamben yang berpaling tadah ke cop jempol laa gamaknya neh...ahaks..sesapa2 nak ngorder cop jempol leh laa pergi lompat ke rumah dia atau kedai dia..nih aku tolong promosi bior tak cukup tangan dak kecik tuh kang terima order..muehehe...mudah2an rezeki kawan2 bisnes nih bertambah2 kan.. ;)

So,let's check it out the simple n yummy recipe...ecece..sekiping landon ko..mekasih makcik Jiya!

Creamy Butter Prawn >> 14sept@myresipi.com

Bahan-bahan ( - )

* 300 gram udang
* 5-7 helai daun kari
* 2-3 biji cili padi
* 100ml susu cair
* 50gram butter
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak cukup panas)
2. Masukkan udang dan goreng sehingga kemerahan. angkat dan toskan
3. Cairkan mentega dalam kuali lain
4. Bila dah berbuih, masukkan susu cair. Kacau sebati sehingga agak pekat.
5. Kemudian masukkan garam, gula, cili padi, daun kari dan udang. Gaul rata dan tutup api.
6. Kalo suka, boleh taburkan cheese...


Buat pengamal diet atkins,boleh juga masukkan ni dalam diet menu korang yer..cuma susu cair tu kena laa skip(tak payah letak),boleh ganti dengan sekeping slice cheese low carbs...n gula tu pun tak payah laa letak..orait? ;) Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 4, 2011

Resepi: Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Rugi la kalo tak reti makan tempoyak..ni kalo yang ngah diet memang tak boleh nih...of coz makan nasik nak lebih..heheee...tapi aku suka kalo tempoyak dicampur dalam masakan..cuma kadang2 tuh terpaksa laa tak letak sebab bukan tekak kite sorang jer nak dilayan kan...

Resepi simple jer..meh tengok..mekasih kat anak teruna Sedenak nih..cuma ada laa derhaka beberapa bahan skip jer..ahak..macam tak biasa derhaka2 ni kan.. :P

Ikan Kembung Goreng Sambal Tempoyak >> Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Tak buh kunyit idup n daun kunyit sebab ni pun asalnya ikan goreng ajer...yang makan 2 ekor ini adalah aku sorang..ngehehe..memang sedap giler laaah...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 14, 2011

Resepi: Ketam Goreng Sos Bertelur

Lama giler babas tak makan ketam.. bila dah dapat makan syok nak mampus sangat okeh..
Masakan gini adalah masakan ketam paling aku suka sangat..
Paling best part nak ratah tu laa..hehe..
Kuahnya pulak memang best kalau gaul ngan nasik..huh,cerita panjang pun tak guna..meh laa layan gambar2 nih..

Korang yang alergik ketam tuh tengok jer laa ek..korang yang tak alergik pun tengok gak,nak bagi dah abiss pon...hah hah hah(gelak orang ja'at) ;P

Isi ketam ni sungguh manis n fresh..

Resepi simple dimple sajer tapi kalau makan kat luar,boleh puluh2 diorang caj ko okeh..yang dapatnya berapa ekor ketam jek..huhu...macam tak puas makan..ngee..nak puas order la banyak2 yer dak?heh

Meh tengok resepi..

Ketam Goreng Sos Bertelur >> HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!
Senang jer kan...Pastu kalau rajin,susun balik ketam tu kat atas pinggan dalam bentuk ketam yang masih belum disiang/dipotong...
Aku tak sempat dah nak deko2 nih..hahaha

Oh ye,nak senang makan..selepas potong 2 tu,ketuk sepitnya biar retak..supaya senang sikit nak makan nanti..kalo tak,guna aje pengetuk khas untuk makan ketam tu yer

Sedap sehingga menjilat kuali.. :D

Banyak tul gambar ketam ekk..hehe..saja2 jer coz jarang jumpa ketam musim tengkujuh nih..eh,dah panas dah sekarang kan..mana ada hujan selalu macam aritu dah...

Buat adik2 yang baru nak belajar memasak,meh nak tunjuk sikit camner nak siang ketam ni..takde laa step by step..nak tunjuk yang mana patut dibuang jer ..

Nampak tak yg oren tu adalah telo ketam,jangan dibuang tau..sedap tuu...insang tu pulak buang ler,dengan poket sisa pembuangannya sekali..ada kehitaman tu..kat gambar ni tak nampak..pastu kadang2 ada gak yang poket tu kosong jek..hehe

Lepas kopek cengkerang,buang insang2 tu n potong laa badan ketam ni untuk senang nak masak yer terutama kalau saiznya besar..cengkerang tu masak sekali yer,terutama yang ada telur..
Tips nak beli ketam ni pilih laa ketam betina coz lebih banyak isi n selalunya bertelur..
Nak tau betina ke jantan tengok kat (apa namanya tu) belakangnya haa..injap ek?(haha)
ni kes lupa amik gamba laa nih..kalo lebih lebar maknanya tu ketam betina..kalo kecik jer tu ketam jantan.
Kalau telur dah keluar dari badan tu ketam tu dah agak lama..

Sekian pelajaran mengenal ketam untuk hari ini..hehe...ada sapa2 nak tambah? sila2kan laa yek ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 2, 2011

Resepi: Udang Goreng Nestum

Lama dah nak mencuba resepi udang nestum ni..sibbaik resepi nih tak jadik tapai..lama sangat peram kan.
Tapi tak rugi cuba tau..aku guna udang galah jer...ulang suara,'udang galah jer..' *jeling2 kak nor ganu.. akak dengar tak kak?ke nak ulang lagi sekali?kehkehkeh..

Buat pun bukan untuk lauk makan nasik..nak wat ratah aje..sedap wehh!
Kalah restoran pak manap tepi sungai tuh * ade ke pak manap bukak restoran tepi sungai?
Ah, x kesah la..tapi motifnya nak bagitau menu nih sedap je..pak manap tu cuma pak pacak dalam cerita nih..huhu..

Tanpa buang masa,jom tengok resepinya yer..kalau dah berkenan,jangan laa tengok aje..pergi la cuba..buat pedas2 sket terangkat dibuatnya..sibbaik dapat turun balik..

Resepi ni dikongsikan oleh zeera di myresipi.com..tima kasih zeera.

Udang Goreng Nestum >> Zeera

Bahan-bahan:

• 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili padi
• 2 tangkai daun kari
• 1/2 cawan susu cair
• 4 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung beras
• 1/2 cawan nestum
• Garam dan serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng
• 3 biji telur

Cara-cara:

1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...

Nampak tak udang kat mana?hehe...

Esok dah nak raya cina kan? sesuai juga ni wat hidangan buat tetamu2 yang datang ke rumah..satu lagi cara masakan udang yang menarik..

sedap woh kalo dapat makan udang fresh gini..yummm..yumm! :P

yeyeyy..esok hali layaa...selamat tahun baru cina buat kawan2 berbangsa cina..angpow laiii!! ;)

*Packing barang nak balik kampung awal pagi esok..x abis2 lagi nih..adeh...camner nak abis packing kalau kejap2 ngadap fb,kejap2 ngadap blog..huhu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 20, 2010

Sotong Goreng Pedas

Belen sotong buat tomyam campur aritu kan,aku masak laa stail gini..dah lama aku kepingin nak makan sotong masak camni..yelaa selalu ikut selera hb yg suka berkuah2 tu...
so, ada sikit sotong tu aku buat laa ikut citarasa aku(nada kesian)hahak..
Tapi memang membuka selera sungguh..hb pun ikut selera makan..ngeee..

Saja je laa yer tepek resepi kot2 anak cucu nak masak gini nanti senang aku suh refer sini jek..kepada yg nak cuba pun sila2 laa ye.. :)

Bahan2:
  • 8 ekor sotong (sederhana)
  • 2 tangkai cili merah-ditumbuk
  • 4 cili api(boleh tmbh atau krg ikut citarasa)-ditumbuk
  • 2-4 tangkai cili kering(ptg 2,rendam air suam)
  • 2-3 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 labu bawang besar-1/4 ditumbuk ,selebihnya dipotong gegelang
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit sos cili
  • Secubit garam(jika perlu)
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga wangi dan garing. Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap..kacau seketika barulah masukkan sotong dan bawang besar yg dipotong gegelang.
  2. Masukkan cili kering dan kacau goreng sehingga masak.
  3. Sedap dimakan panas2 bersama nasi putih atau nasi lemak.
Kena masak pedas2 baru sedappp..tapi jangan laa pedas sangat..nanti x baik juga untuk kesihatan yer...

P/s: Hari ni boleh jadi berbuka puasa di luar..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 19, 2010

Tom Yam Campur

Menu berbuka semalam...
Ada lagi belen rempah dari siam dulu tu,daun limau purut pun ada..semua bahan2 pun lengkap jer..so inilah menu pilihan..di kala waktu berbuka tinggal 45 minit jer lagi,sempat jugalah menyediakan 3 menu simple termasuk kangkung goreng belacan dan sotong goreng pedas..

Ada alasan tersendiri tu masak last2 minit..hehe..elektrik takde sebelah petang dan pagi buat sementara waktu ni..ini bermaksud air paip pun x kuar ler sebab paip guna waterpump elektrik kan.. jadi kalau nak merewang guna air terhad amatlah merimaskan..

Apa2pun resepi nih amik dari umah mamafami..thanks for sharing mama..lebiuuu

Ingredients :

Lemon grass (serai)
kaffir leaves (daun limau purut)
galanggal (lengkuas)
lime (limau nipis)
bird eye chillie
fresh tomatoes
Tom Yam paste or cube
chicken and beef fillet ~ cut to small pieces
prawns
onion ~ cut into rings
cauliflour ~ cut into florets
carrots
salt ~ if necessary
zeal (aji-no-moto) ~ optional

Method :

1. Boil water with kaffir leaves, lemon grass, galanggal till fragrant.
2. Add in the tomyam paste or cube.
3. Add in salt and zeal (if necessary. I didn't add any). Let it boil.
4. Add in the beef fillet, then chicken and lastly prawns.
5. Add in tomato, onion rings and bird eye chillie.
6. Lastly squeeze some lime juice for an extra tangy taste.

Tips for a better taste Tom yam :

From Imah :
Add 1 or 2 tablespoons of coffeemate or creamer into the soup. And if you're cooking beef soup or oxtail soup, add some coke into it.

From Kak Yong :
Add a few tablespoons of fish sauce into the Tom Yam.

Thanks juga kepada yg memberi tips tersebut...dan tak lupa buat ijah siam pembekal paste tomyam nih..hehe...my hb sukak banget hirup kuahnya..agaknya nih spesis tomyam putih kot..sebab yg sebelum ni mcm ada rempah sket..tapi rasa lebih kurang jer dan sedap hirup kuahnya..yummy!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 3, 2010

Kerapu Kukus Bersos Tiram

Nih menu yg dah tinggal tulang yer..jamu mata jer. Nih pun malas bebeno nak ngambik gambo..ngehehe..biasak nih malas2!babab kang..ahaks

Ikan kerapu ni beso..hasil pancingan hb dgn rakan2 mggu lepas tp bukan dia yg naikkan ikan nih tp kwn dia..cuma kawan dia tu x makan ikan ni,pantang agaknya..dah rezeki kami sekeluarga,alhmdulillah..
Tp lupa lak nak timbang,berat agak2 dalam 3kg gitu kot..pengukus aku yg gedabak tu memang x muat nak ngukus sekor terus..jadinya terpaksa laa ikan tu buat gimnastik kat dalam tu..nak potong 2 cam x best gak....tp bila masuk dalam bekas ni aku potong gak sket kat hujung ekor tu.. eheee..

Ikan kukus memang antara menu 'selamat' dan pasti jadi kalo dimasak..kalo tak cukup rasa pun masih enak dimakan bersama sambal pencicah..
Kali ni aku kukus letak bahan2 yg boleh dikira asas la dalam mengukus ikan ni..hasilnya memang cukup rasa..walaupun tak payah cicah2 dah..siap berkuah lagi dengan jus ikan bercampur dengan bahan2 yg ditabur bersama ketika mengukus..

Isi ikan segar memang sedap dan puas hati bila makan.. cuma kalo ganding ngan nasik mmg tak makan nasik sangat dibuatnya..ratah ikan jer yg lebih..hehe.
Apa2pun untuk menambah selera boleh la buatkan sambal kicap kasturi..tp kali ni sebab hb cakap takyah buat jadi aku pun malas gak ler nak buat..ngehehe..

Bahan2:
  • Seekor ikan kerapu- siang dan bersihkan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Jus limau kasturi secukupnya
  • Sedikit garam dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Ikan dikelar tengahnya dan perahkan jus limau kasturi dan lumur dengan sedikit garam
  2. Sementara itu bahan2 bertanda * diracik halus
  3. Gaulkan bahan2 yg diracik tadi bersama ikan dan semua bahan2 lain sehingga sebati.
  4. Perap seketika dan kukuslah sehingga masak (pastikan air pengukus sudah mendidih dan jangan mengukus ikan terlalu lama untuk mengelakkan isi ikan menjadi agak keras dan kering)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 2, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai

Lama kan tak makan udang..uik?lama ke...haha..sebenarnya dalam seminggu ada juga makan udang,tak kira udang galah ke udang bukan galah..ehehe..cuma males jek masuk entri..menu biasa2 gitu..selain udang ada juga masak ayam,daging dan ketam..tapi tu laa, vitamin R baru menyerap kembali sehari dua ni..pelan2 ek..ehee

Kali ni try resepi Kak Nor Ganu lak..sedapp!meh kite menyantap..mekasih kat kak nor yg chumel..muahh!

Cam biasa,panjangkan juga resepinya di sini supaya mudah orang lain pula nak mencubanya..

UDANG GORENG SOS CILI THAI

300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis
5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.

Terpulang ler nak kupas kulit atau dibiarkan berkulit yer.. sedap diratah gitu ajer..pada yang alergik tu,tak dapek den nolong eh..hehhee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 8, 2010

Udang Blackpepper

Kebelakangan nih malas beno nak amik gambar masakan..ada mencuba resepi2 baru tapi dah abis baru ingat nak amik gambo...huhu...
Oklah,x nyempat nak tulis panjang bebeno nih..jap lagik kena jadik drebar bas skolah lak..ehe

Rasa udang nih lebih kurang honey prawn pun ader cuma ada rasa lada hitam n kicap sket..
So sapa2 nak cuba leh laa cube ehh...

Thanks dayangjack sebab bagi idea nak masak udang simple sedap nih..kite tambah sos lada hitam lagik untuk bagi 'kick'..haa,jom makan!

Bahan-bahan :
• 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1/2 cm halia (dihiris)
• 1 labu bawang besar (dimayang)
• 1-2 sk serbuk lada hitam
• 1-2 sb kicap pekat
• 1 sb sos tiram
• 2 sb kicap manis
• sedikit hirisan daun ketumbar
• 4-5 biji cili padi (diketuk)
• 1 sb madu + 50 ml + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
• 1 sudu makan sos cili
>sue tambah sos lada hitam puteri untuk perapan..

Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.

Udang,kalo goreng2 gini memang best jer nak ratah..kan!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 28, 2009

Udang Goreng Oat

Udang goreng oat nih selalu nengok orang lain buat..teringin juga nak buat.sekali makan,memang sedappp.. sebelum ni kalau udang yang kurang segar tu malas sket nak buat goreng2 gini.. hb beli udang ni punya laa fresh..terus jek buat.hehe..makan gitu jek.

Bahan2 pun senang didapati..cuma aku gantikan minyak bijan ngan minyak ikan kod sos ikan..

Resepi nih asal dari 14sept kat myr..thanks ye...ha,anak sapaa laa yg lahir 14sept tu ek...hurmm .. :P

Bahan-bahan
  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.
Isi udang yang fresh manis rasanya...nak cicah ngan sos cili thai pun sodapppp...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 17, 2009

Ikan Kembung Tumis Berkuah

Dah lama tak makan ikan kembung yang segar.. dalam kepala dah terbayang nak hirup kuah ikan nih ala2 sup gitu..memang cam sup ikan pun..hehe

Cara memasak pastinya mudah jer..pejam mate sebelah pun boleh buat.hehe...pejam mata dua2 takut lain jadinya kang..huhu

Bahan2:
  • 6 ekor Ikan kembung@ikan yg sewaktu dgnnya. > siang dan bersihkan.
  • 1-2 Cili merah+ cili padi (letak ikut tahap kepedasan masing2
  • 1cm halia
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 Batang serai
  • Asam gelugor/ asam kandis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili, halia, bawang putih dan bawang merah. Serai diketuk
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi termasuk serai.
  3. Masukkan asam gelugor dan kacau sedikit supaya tidak hangus
  4. Setelah bahan tumis kekuningan masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam
  5. Setelah mendidih barulah masukkan ikan
  6. Renihkan seketika(lebih kurang 4 minit) dan sebatikan semua rasa.
  7. Padamkan api dan hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng(jika suka)
Tadaaa....aroma daun sup membangkit selera untuk menghirup airnya...kalau suka pedas letak laa cili banyak2 yer..pasti terangkat..

Kalau nak isi ikan lebih,guna ikan uji rashid ke(ntah apa nama sebenar ikan nih)..dan ikan lain yg seumpama ni laa..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...