Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Popia Nestum Horlicks..

Assalamualaikum.. :)

Nih nak habiskan kulit popia yang dah lama bertapa dalam freezer.
Kira kalo seorang lelaki yang bertapa mesti dah tumbuh janggut yang panjang.huhu...
Cara nak buat tu memang senang cam goreng ikan jer.
Gulung kulit popia tu satu persatu...gamkan dengan air atau air yang dicampurkan sedikit tepung...goreng sehingga sedikit kekuningan..toskan dan biar sejuk sedikit.. masa suam2 tu baru gaul ngan bahan2 yang dikisar iaitu nestum,gula dan horlicks.
Ada juga yang tak buh horlicks kan,tapi aku prefer ada horlicks sket ni..lagi kaya rasa gitu.
Jenis kulit popia yang digunakan juga mempengaruhi kerangupannya.

Sangat best untuk kudap2an / snek atau juadah sampingan di hari raya... Tapi kalau biar budak2 makan sendiri kena jaga2 gak la kalau gulanya tu bersepah mau stress gak nak ngemop lantai tak sudah.haha

oklah, klik SINI untuk resepi penuh..
Dan pada pendapat aku kan,kulit popia jenama PERTAMA lebih sesuai untuk snek yang manis gini..manakala untuk buat popia goreng yang berinti ayam,kentang dan sebagainya atau untuk dibuat samosa tu lebih sesuai guna jenama LOTUS.. tekstur kulit popia tu agak berbeza ye..
selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 17, 2012

Resepi Best: Tart Nenas Gebu Dan Jem Nenas

Hai. Bertemu kembali..
Sedang mencari-cari resepi tart nenas yang best ke? Mesti korang nak resepi yang menghasilkan tart yang gebu dan dalam masa yang sama lembut pastrinya tu kan,dan inti pun harus laa sedap seganding.. Dah nak raya ni kot2 ada yang berazam nak buat biskut sendiri ke,kan..cari resepi lak last minute..haih..biasak nih!biasak!Meh nak cubit. Eh,tapi aku pun gitu gak laa selalunya.thi hi hi..Link
Hah!Apa kata korang cuba resepi kak Anymz nih..semenjak bertemu dan mencuba resepi nih,aku tergoda dan terpikat lantas terus melekat!
Sukar digambarkan keenakan dan kesedapan tart nih jika tidak mencuba sendiri..sebelum ni aku tak guna acuan pun,kali nih aku cuba guna acuan yang aku beli tahun lepas tu,nak tengok sila klik sini..

Dan antara hasilnya..

Tak santek macam kak anymz punya tart lagi..cer tengok tart tokey kat SINI.. ala,nanti aku buat selalu mesti lagi santek nyerr..(konfiden lebih jer nih..haha)

Buat penggemar tart nenas yang gebu dan lembut serta cair di mulut...sebab apa aku suka sebut lembut kat belakang tu sebab ada gak yang macam gebu jer tapi tak berapa lembut pada aku..aa,gitu la..tapi insyaAllah resepi nih tidak mengecewakan.. terima kasih banyak2 buat kak Anymz sebab kongsikan resepi sangat simple tapi sangat la best nih.
Pastu banyak tips yang beliau turut kongsikan untuk menghasilkan tart nenas nih ha..tak kedekut betul akak yang sorang nih walaupun buat bisnes tart kan..dulu la,sekarang katanya dah pencen..pencen muda.phewitt..!
Begitu juga buat rakan2 lain yang turut menyelitkan tips berguna demi menghasilkan tart nenas ..lepas ni nak cuba buat lagi dan lagi. Semoga semakin dimurahkan rezeki semua atas perkongsiannya ya..amin..

Marilah aku panjangkan lagi sekali resepi kak Anymz ni kat sini untuk memudahkan rujukan kita bersama..sebelum ni dah buat gak di sinun..
semoga bermanfaat untuk mereka yang baru berangan nak mencuba buat tart sendiri ya..sama2 juga kita doakan kesihatan kak Nor Aznim Zakaria nih untuk memudahkan apa jua urusannya.. :)


Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Guna acuan seperti gambar di sini(klik).
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Tips tambahan dari kak anymz lagi: Ketika menambah tepung,hentikan penambahan tepung sekiranya doh sudah boleh dibentuk(dipicit dari acuan)-kena buat praktikal baru boleh faham ni yer puan2.

Tayang sikit kegebuan dan inti hasil buatan aku sendiri..ecece.. sebab pastri tu tak buh gula,ia memang serasi digandingkan dengan jem nenas nih..hmm..sedap!sedap!sedap! meh tengok resepi jem/inti nenas yang simple ni pulak..

Resepi Inti Nenas cara kak Anymz:

Bahan2:
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

-HaSue tambah kayu manis

Contoh nenas yang digunakan..menurut kak nim,jangan guna nenas yang masak sebab terlalu banyak jus..kalau nak guna jugak,kena kurangkan gula la ya,sebab takut terlampau manis.. betul tak kak nim?hehe..

Cara membuatnya:

Kacau nenas dan gula dalam kuali.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila2 masa.

Tayang close-up lagi sekali..leh seksa jiwa kalo renung lama2 ni.. bayangkanlah kegebuannya dan rasa sedap intinya..bayangkan,bayangkan!!(ni macam saje je cari pasal..hehe)

Inti belen aritu ada lagi tu..bila tah nak ngetart lagi ni..dari minggu lepas nak ngetart tak terlaksana jugak..huhuu.. kena senaman jari jemari dulu nak picit doh tu..huhuh.
Selamat Mencuba!!

Kalau best,share la dengan kawan2 ya.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 31, 2012

Oyster Cookies...membiskut la pulak!

Assalamualaikum..

Dah masuk hari terakhir dalam bulan Januari pun kita yer..pantas amat masa berlalu ni..mudah2an urusan kita semua dipermudahkan hari ini dan hari2 mendatang,aminn..

Baru berkesempatan berblogwalking ke beberapa buah blog jer dari semalam.. masa terasa terhad jer tah kenapa.. tapi bak kata sorang akak tu yang penting ada entri kan..blogwalking mana yang sempat jer takpe..orang paham ke idak belakang kira.hee.. Nanti kite sambung BW lagi ek..menerjah mana2 blogger yang rajin menerjah ke sini..insyaAllah.. kalau tak sempat gak tu jangan ler kecik ati ek..meh nak pujuk sket.. ;P

Ok,biskut ni dah selamat dimakan aritu ek..takyah susah2 nak mintak dah.hehe..
aih,nak membuatnya amat ler senang cam biskut mentega jer gitu..tapi dari segi rasa ia berbeza sikit la..teksturnya lebih halus dari biskut mentega sebab ada penggunaan tepung kastad di situ.
Bagi korang yang pernah buat biskut bertepung kastad mesti dapat bayangkan bagaimana rapuhnya biskut ni .

Oyster tu kalo ikutkan maksudnya tiram,kan..tapi yang macam ulat mulong depan tu ler rupa asal kalau ikut resepi asal biskut ni.hehe.. siap ada 'kepala' depan tu kan..sapa2 tak tau ghupa ulat mulong atau si'et tu sila laa google sendiri yer..takmo ler nak tunjukkan kat entri ni.. Tak pun korang datang sendiri ke pasar tamu Mukah pada hari Ahad untuk melihat sendiri yang segar dari ladang...kehkeh.. ada plak cerita ulat kat entri biskut kan..tak senunuh! :P

Selain pesen asal, aku buat laa aneka pesen seperti kat bawah ni.. ia senang jer dibentuk sebab picit dalam piping bag ajer...
Untuk baking paper tu adalah lebih afdholl jika gunakan yang non stick...aku guna brand LACY's..memang best jek nak baking2 terutama biskut. Tak melekat dan boleh guna ulang tayang selagi tak hangus.hehe

Kalau ikutkan resepi asal tu kan,ia dibakar dalam masa 15 - 20 minit,tapi aku bakar dalam 7 minit jer dah masak.. maybe ketebalan yang mempengaruhi tempoh masak dan jenis oven masing2 laa kan..lagipun aku buat comel2 jer.saiz biskut raya giteww..
Maklum la,raya cina..hoho..

Untuk resepi tu aku rujuk dari majalah Chef yang diadaptasikan(ececeh..ayattt) dari majalah Perempuan. majalah ni aku beli tahun 2003..baru terbuka hati nak cuba resepi nih.heheee.. sebenarnya dulu majalah ni tak jumpa2 lepas pindah ke sini.. dah jumpa tu syok laa belek2 resepi kat dalam tu kan.. ada macam2 resepi seperti biskut dan roti kat dalam tu..cuma ada bahan2 yang susah nak carik jer kot.huu..
Oh yer,selain dari majalah tu..ada lagi satu buku resepi dalam koleksi yang menayang resepi yang sama tapi nama jer sedikit beza..yang satu oyster cookies,yang satu oyster biscuit..tapi bahan sama aje.

Dah membebel..terasa lama tak membebel kat sini kan..ahak. Jom tengok resepi mudah ni pulak..

OYSTER COOKIES
Sumber: Majalah Chef
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya

Cara2:
  1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
  2. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170c.
  4. Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
  5. Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba!
Biskut ni fragile(rapuh) macam biskut bunga cina,semperit gitu.. best dan sedap nak kunyah2 sesambil tengok tv atau hidangan di hari raya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 26, 2011

Resepi: Biskut Nestum Bercoklat Chips

Wahh2...mengantuk betul mataku ini..dari celik pagi tadi berat aje nak minta tutup balik...
Curi2 tidur jap masa tidurkan dak mata cepet nih tengah hari tadi tapi mana boleh tidur lama2..alamatnya lagi liat laa nak bangun kang kan..tak suka laa tido siang hari nih..lagi2 bila ada budak kecik...kecuali letih yang amat atau tiada perkara yang merisaukan memang best jer golek2 di siang hari kan kan..hee~

Mesti ramai dah balik kampung hari ni haa... aku tak start pun packing pakaian. Biasanya esok nak balik malamnya tu baru sibuk nak packing..maklum ler senang nak kira baju,haha..macam laa sebelum tu tak dapat kira siap2 yer.entah,takde alasan best lagi nak diutarakan agaknya..

Apa2pun,buat yang nak memandu ke kampung tu..silalah berhemah semasa memandu...janganlah guna motto..'ni aku punya jalan,dia yang amik jalan aku...so dia yang salah'..silalah mengalah jika perlu yer...orang yang tak reti memandu nih ramai sebenarnya.. jadi kita yang hati2 kena double hati2 n jangan harapkan sangat ngan peraturan jalanraya..be flexibel ok? Contohnya bagi laluan jika perlu,walaupun orang tu memotong di garisan kembar..daripada menempah maut,baik ke tepi sekejap kan..jangan masing2 tunjuk besar kepala..mudah2an kita sama2 dikurniakan kesabaran ketika menghadapi saat2 tertentu..dan selamat tiba ke destinasi..

Oklah,dah panjang celoteh,meh tengok resepi hari ni..biskut nestum nih aku buat pagi tadi..tak sempat merasa pun lagi. Tunggu berbuka karang lah yer..Tapi dari segi teksturnya cam gebus tu memang ler...aroma nestum pun best..menurut Mas yang sudah mencubanya,biskut nih sedap sangat..so buat korang yang masih nak membiskut..meh laa cuba..bahan2 pun senang aje..

Resepi asal buh kismis..tapi aku nak ngabiskan stok coklat chips tuu..so gantikan kismis ngan coklat chip..budak2 pun mesti lagi suke yer tak? Ikut suka masing2 laa nak letak apa2pun yer..hehe..
Mas,minta izin ni nak kongsikan resepi kat sini lak yer..terima kasih buat Mas dan penyumbang asal resepi nih,Maria.Tq.. :)

Biskut Nestum
Resepi : Maria
Sumber:Mas@Duniaku
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan :

250 gm butter
100 gm coklat chips
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum kisar kasar
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila.Kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum. Kemudian masukkan kismis
  4. Uli sehingga benar2 sebati
  5. Bentukkan biskut ikut suka dan bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. -bergantung pada ketebalan biskut dan suhu oven masing2.
Aku buh ceri merah sebagai penyeri biskut nih..hee..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 25, 2011

Resepi: Biskut Bebola Cornflakes


Dah dekat sangat rasanya nak raya nih...dekat laa kan,walaupun beberapa hari lagi,jangan lupa yang masa kini berlalu amat pantas..
Rasanya esok ramai yang dah nak balik kampung halaman masing2 kan...
Kitorang lum confirm lagi ni nak balik bila..
Macam banyak benda nak buat tapi tak terbuat2 gak..camana tu?hehe...

Oklah,meh layan resepi biskut yang dirujuk dari dapur kak Ummi Kuantan..seorang ibu yang gagah perkasa...(sila jangan bayangkan kak ummi pakai baju superman yer)...sebenarnya sebagai ibu bekerjaya kak ummi masih sempat meluangkan masa untuk memasak untuk keluarganya..Sedangkan kita yang bekerja di rumah ni pun macam tak cukup masa jer kan..heh..

Baru2 nih kak ummi post entri resepi cornflakes nih..teringin lak nak mencuba sendiri..
Bahan2 yang mudah didapati, biskut pun senang nak buat..

Minta izin yer kak ummi..nak kongsikan pula resepi nih di sini..senang nak rujuk bila nakbuat lagi...biskut nih memang best,rangup diluar dan rasa dalam tu ala2 kek buah lak sebab ada kismis dan bahan2 asas kek yang digunakan.sedapp!! Terima kasih kak sudi kongsi resepinya..

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

Aku guna piping bag untuk picitkan adunan pada saiz sesuai baru golek2kan atas cornflakes dan letakkan dalam papercups..ikut laa kesenangan masing2 yer..

Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.


Sedia untuk dibakar..

Tak perlu isi adunan penuh dalam papercups tu sebab nanti ia akan mengembang sedikit sebab kandungan tepung naik sendiri dan telur tu..



Rupa paras keratan rentas biskut bebola cornflakes yang sedap nih..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 22, 2011

Resepi: Tat Nenas Gebu ..Dan Lembut.. ;)

Entri yang ditunggu2 kak Anymz(ya ka?) <- sama je ayat cam kak anym kat entri tat nenas beliau..haha..
Lama jer aku nak ngentri atas beberapa halangan yang melanda bumi Sarawak beraltitud kat umah aku nih...dengan karenah manja zhariff n karenah tak berapa manja broadband ni haa..
Tapi,apa2pun halangan yang melanda.. entri pasal tat nenas nih mana boleh skip..bak kate uncle John.."better late than never.." p/s: uncle John tu mewakili omputih laa kan..hahah

Bercerita sikit pasal tat nenas ni..
Aku ni dahulukala bukan laa penggemar tart nenas..huh..masa raya tu orang hidang tart nenas aku tak teringin pun nak makan..apa barang nak makan tart nenas kan..orang suka biskut yang coklat2 punya laa..tak pun jenis kekacang ke kan...ini tart nenas..macam biskut kedai jer... aaa,gitu laa lebih kurang ayat eksen dalam hati masa tu kalo nampak tart nenas masa raya..hahaha.. sedikit sebanyak ditokok tambah untuk penyedap cerita dan untuk menaikkan rating pembaca..kakaka

Sampai laa satu hari di hari raya..*sila sebut ala2 M.Nasir
Kakak aku nih dikirimkan tat oleh kawan lama dia haa...aku pun mula2 tu masih laa dengan kenyataan eksen di atas kan.... pastu dia suh rasa jugak..dengan terpaksa aku rasa laa sebijik.. tetiba cair hatiku seperti cairnya tart nenas kat dalam mulut aku time tu..eh! apsal sedap nih ek..kataku sambil capai lagi sebijik tart..kot2 yang first tadi tu ilusi semata kan..
Makan lagi,pun sedap jugak..huh..tah berapa bijik aku makan ketulnya sehingga laa aku mengakui tart nenas itu memang sedap!! Ko baru tau ?kesian ko kan..iyerr,iyerr...
Selepas tu saban tahun kalau ada kiriman dari kawan kakak aku tuh memang dinanti jer laa..buruk perangai!ahahak..sebab apa..tak semua tat nenas ni kena ngan selera sebenarnya..selera kita berbeza bah,kan..bole ba kalau kaw nak buat sendiri..

Bukan kali pertama aku cuba buat tart nenas nih..tapi kali ke 2 kot.heh.
Tapi kali nih cam kembali je nostalgia aku menggigit tart nenas buat kali pertama..yang sebelum nih gebu gak..tapi rasanya yang ni lagi gebus kot..lagipun masa tu tart nenas tu memang tak guna acuan..aku ikut laa gitu.ehe..
Dan kat gambar bawah ini aku buat kali ke dua guna resepi kak anim nih..

Cik abang pesan..buh inti banyak2 baru sedap. Semua pun sedia maklum kan..lagipun inti nenas yang dibeli nih takde laa manis melekit..yang sedang2 aja..sedapp!!

Bila digabungkan dengan resepi doh/pastri kak anymz tu memang best amat ler ke tekak kitorang..sebenarnya banyak bentuk aku buat..bentuk bunga pesen kak Nor pun dah buat gak tapi tak sempat posing pun..hee..saja buat pelbagai bentuk untuk menarik minat anak-anak.. diri sendiri nak makan..pastu leh buat2 lupa diet lak kan..

Nak bentukkan tanpa acuan ni senang la pada aku..picit2,potong2 tepi tu..buh inti..pastu gulung pelan2 sambil tekan2 kemas..dah siap!pastu nak kemas lagi pepandai laa ejas kan..hehe...
Kalau guna acuan tekan tapi tak boleh tekan mungkin korang boleh rujuk pada yang lebih pakar iaitu kak Anymz..hee..korang leh tengok hasilnya menggunakan acuan di sana..takkan dia boleh korang takleh kann..guna resepi sama tu.. dia dah cakap dah,jangan buh tepung banyak2 sekaligus..mungkin itu membantu,buh sikit2 ajer..

Tak tahu aku nak describe macammana..pastrinya lembut n cair dimulut tidak ditangan(kecuali korang ramas2kan laa kan..) Tu saja laa cari pasal kalo saja2 nak hancurkan kat tangan tu..hehe

Nih acuan aku beli baru2 nih..tak guna pun lagi..selain acuan tart gulung..acuan biskut pun ada. Tapi terus terang laa aku katakan kan..aku kalo sekut main tekan2 nih memang aku tak mahir lagi laa.. agaknya sebab kudrat aku nih lemah lembut gemalai sangat kott..pegang acuan tekan pun guna 2 jari jer kann..ahahak..ngade taww! *intonasi gedik

Yang kecik nih boleh guna juga .. Tapi biasa orang guna buat biskut semperit rasanya yang nih..tapi boleh gak guna untuk tat gulung cuma kecik2 dan comel cam aku jer laa kejadiannya nanti..jenuh nak abiskan adunan,tapi dapat sekut yang banyak..hee..

Ohhh..nak resepi ke..laa,awat tak habaq awai.. nak resepi cheq letak laa resepi naa..kali nih kak anim dah siap bagi resepi dalam gram..
Terima kasih kat kak Nor Aznim Zakaria..yang kongsikan resepi bisnes beliau kat sini..amat2 menghargai nih..Minta izin nak letak sini resepinya yer kak..lebiuu!
Oh yer...yang dah cuba juga ialah Izah nun.. gi tengok kat dapo dia nun..jangan lupa mintak sekali

Resepi kat bawah nih aku dah edit sedikit untuk memudahkan rujukan sendiri di masa akan datang..untuk resepi asal di dapo kak anim sila rujuk link di bawah yer..trm kasih.. ;)

Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri:

4 oz / 115g mentega
4oz / 115 minyak sapi
1 biji telur-gred B
1 lb / 450g tepung gandum
sedikit garam - tak perlu letak jika guna salted butter
air sejuk - jika perlu

Inti nenas secukupnya-boleh didapati di kedai bakeri atau boleh buat sendiri..

Cara2:
  1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,masukkan mentega dan minyak sapi
  2. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Guna acuan seperti gambar di bawah atau di SINI
  5. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
    Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
    Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min (mengikut ketebalan pastri dan jenis oven)-hasue bakar selama 15 minit pada suhu 175c
Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.

Resepi Inti Nenas cara kak Anim:

Bahan2:
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:

Kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

Terpulang jer nak buat guna acuan atau tanpa acuan..ikut kesenangan masing2 yer... sedap dan gebus..gambar atas nih yang aku buat mula2 aritu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 19, 2011

Resepi: Cornflakes Madu Berkacang

Weee...mode raya!mode raya!
Hamboihh..memasing dah semangat nak raya yerr....
Ada yang tak sabar nak balik kampung ke? ke masih duk gaduh2 ngan pasangan nak balik kampung mana tahun ni?hehe..sabar jelah ye kalau tak dapat balik kampung sendiri tu..

Nih dah masuk puasa ke 19 nih agak2 dah kurus banyak tak?
Ke sama jer cam sebelum puasa? hehe...
Jangan sampai baju raya yang ditempah dah tak muat nanti udah laa yer..kalau longgar takpe.hee..

Dah tukar mode raya nih mari kita tengok resepi mudah cornflakes madu berkacang yang saban tahun memang ada kalau time raya kat umah keluarga aku nun...
Biasanya aku buat untuk makan2 kitorang kat umah ni jer..tahun lepas anak aku yang buat.ahak...betapa senang n mudahnya buat nih kan..tapi part goreng menggoreng tu aku bantu dia laa...dia tolong isi ke dalam papercups aje.hee...

Sebenarnya banyak versi gak kan resepi cornflakes madu nih..ikut korang ler nak guna mana2 resepi,lebih kurang jer kot sebab bahan2 pun tak jauh beza..
Ada yang biasa letak coklat rice atau bijan kat atas tu kan..kitorang biasa buh kacang tanah goreng..best jer krup krap krup krap.. tapi si kakak tak suka makan kacangnya..hee

Oklah..resepi ni untuk rujukan sendiri dan untuk anda yang ingin mencuba...

Cornflakes Madu Berkacang
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)
4 cawan Cornflakes
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kanak-kanak memang suka jer nih.. lepas tu terpulang kepada selera nak lebihkan madu atau kacangnya ye... Selamat mencuba!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 23, 2011

Resepi: Danish Butter Cookies

Seminggu lepas aku tercari2 resepi butter cookies yang best nak dicuba..tanya pakcik google,terlampau banyak laa pulak nak try..
Sampai laa baru2 ni kak fida kongsikan resepi simple ni..wahh,berbaloi2 laa mencubanya..mudah dan sedap! Sesuai sangat untuk dicuba penggemar butter cookies cam aku nih..
Biasa beli yang dalam tin tu jer kann..

Minta kerjasama korang di sini..tolong abaikan rekabentuk landskap biskut aku yang cam ular menggeliat tu yerr..
Korang leh laa bentuk ikut suka..aku tu saja nak ngetest ngikut gambo dalam tin butter cookies..tak sedor diri yang tangan harus direndam ngan soflan 2 hari 3 malam..heh.

Last2 aku bentukkan ajelah ikut mana2 yang aku rasa senang..hehe..
satu lagi cookies ni jangan bentukkan nipis2 sangat tau..jangan laa tebal sangat..pastu bakar sehingga dah sedikit perang tu dah cukup..sebab dah sejuk nanti baru ia benar2 mengeras..sapa2 dah biasa bakar biskut mesti paham tu..

Aku letak badam cincang dalam adunan..korang leh letak coklat chips ke..kismis ke.. ikut suka la ek untuk hiasan kat atas tu..boleh rujuk resepi asal yer.. :)

Lagi satu biskut ni eggless yer..maksudnya tak guna telur langsung..jadi sapa2 takde stok telur leh juga buat nih.hehe
Terima kasih untuk kak fida ..dan resepi kak fida nih aku panjangkan ke sini pula untuk memudahkan mereka yang ingin mencuba dan untuk rujukan sendiri di masa depan..

Oh yer..aku buat 2 adunan ko..giler tamak.ahaha..tu pun sempat bermalam semalam jer dalam bekas.. :D

Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

Nih ada lagi sikitt dalam bekas ni..masa aku menaip nih dah tinggal 2 keping..sapa makan tah..gegege.. sedap sehh..anak2 pun suka..dengan badam kat dalam tu..dengan biskutnya yang rapuh..nyumm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 24, 2011

Resepi: Biskut Almond London

'Kenapa laa tayang biskut yang sedap masa aku tengah2 diet nih..'mungkin itulah yang terus bermain di fikiran orang2 yang sedang berdiet sekarang ini.. :P
Tu termasuk aku sendirik laa kan..tapi lom tahap serius sangat nak diet sebab ngan nyusukan baby nih..tapi tak boleh laa makan beria2 dah..*motip?nak bgtau takpe la kalo ngelat diet ;P

Kali nih kite cuba resepi biskut almond london lain la pulak yer.. sebelum ni dah cuba resepi lain kan..sila geledah tanpa waran yer..
sebenarnya ni projek beberapa hari lepas..
Masih ada lagi ni dalam balang..wat stok raya karang..haha..takdelah!
setengah taun lagi nak raye weh..dah tempah baju raya lum??*tetiba terngiang2 lagu raya..isk

Citer pasal almond jap..
Almond ni disponser by oleh kakak aku nih...uiii,raya tahun lepas ha dier belikan..masa tu aku semangat tentera nak buat biskut..sampai 2 pek dier belikan..baik ati tul!*wink2..
Masa tu lom beranak lagi so buka sepeket,nak buat sekut laa ni..buh dalam balang kedap udara..takut lemau..
Tapi dipendekkan cerita,tetiba aku tengok dah tinggal sikit!(ha,kan dah kate dipendekkan cerita tadi)
Jadi magik ke logik ke korang fikir laa sendiri camner leh kurang kacang dalam bekas tu ye..satu klu aku leh bagi..kacang tu dah siap dibakar n enak dimakan begitu saja..heh

Selepas kejadian tu,aku trauma terus nak buat biskut*nih melampau laa nih.. Ok tak,lepas tu aku takde masa sesuai laa nak buat biskut..sampai aku bersalin,berpantang..bla bla bla..(part bla bla ni aku pun tak tau napa bukan dalam masa tu aku buat biskut)
sampai laa baru-baru ni kesampaian hajat nak membiskut dengan almond tu...
Tu pun dibekalkan lagik sepeket baru2 nih masa balik kampung..weehuuuuu.. perhatian:sepeket 300g

Dan kejadiannya..ten ten tenggggggg!!

cantik tak?cantik tak?sila kate cantik . :P


Nih cooking chocolate yang sedia untuk di double boilkan.
Potong kecik2 lagi pas potong gini..cepat sket mencairnya.. :)

Jom tengok resepi lak..kali nih guna resepi yang dikongsikan oleh mama kastam tioman@myresipi.com
Ada penggunaan nestum so ada laa aroma nestum tu sikit kan kat biskut tu..sedap sehh! Biskutnya rangup jek..sedap tu tak tau laa sebab resepi nih memang best ke sebab aku yang buat..*nak jugak..kakaka..sabo jela kan

Terima kasih buat MKT dan Lia(aku tak tau sapa lia nih tapi MKT asa sebut kat resepi nih..agaknya tuan asal resepi kot)..semoga semakin ramai yang tahu ke'best'an resepi nih lepas ni..buat yang nak bisnes biskut tu..leh laa cuba2 resepi ni yer..

Biskut Almond London
Resepi: Mama Kastam Tioman@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

* 250 gm butter
* 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
* 3 oz / 1 cawan tepung jagung
* 4 oz / 1 cawan gula aising
* 1 biji kuning telor
* Badam biji di panggang secukupnya
* Badam cincang untuk hiasan
* Coklat masakan secukupnya
* Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
* Sedikit minyak jagung

Cara-cara

1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Disaluti penuh dengan coklat..yummm!
Takde almond nibs aku guna almond flakes jer buh atas tuh..almond flakes yang aku potong kecik pun ada tapi x nampak lak dalam gambar2 nih

Oh ye,aku guna penyepit kecil yang bergerigi kat hujung tu..senang kerja..jadi tak laa sememeh nak golek2 biskut dalam coklat kalo bandingkan guna sudu..selamat mencuba!

P/s:Thanks juga kat kakak aku yang belikan roasted almond tuh yer...3 peket almond,cookies nyer jadik x sampai 2 balang pon..hahaha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Sarang Semut

Projek mengukis dengan anak bujang semalam nih..
Saja nak suh dier merasa buat sekut2 raya...my doter skrg nih dah duk kampung since ahad aritu,sunyi lak rasa takde sakat menyakat antara diorg yg kdg2 leh bingit gak dibuatnya dengan tangisan memanjang..hehee..

Apa2pun biskut nih pestaim gak buat..sebelum ni bayangkan jer camana nak buat..ada cara2 yg suh letak dalam peti ais dulu baru parut..yg nih tak payah letak esbok pun,parut jer terus..tapi ada gak doh yg sempat aku try2 letak dulu..tapi tak ler jauh beza..lebih kurang jer..lagipun dohnya jenis lembut n biskutnya pun jadi gebuss gitu..

Let's cekedaot resepi dari maya_zakry yg dikongsikan di myR,resepi asal oleh chef hanieliza..thanks buat semua..

Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan
>hasue tambahkan pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Memang simple je nak buat biskut nih..uli,pastu parut pastu simpan dalam paper cup..
Guna sudu kecil senang sket keja..kalo melekat,celupkan jap sudu ke dalam tepung.

Nih tunjuk sikit rupa bahagian dalam biskut ni..kot2 ada yg x pernah tengok.hihi...
Bagi penggemar biskut nih leh laa cuba sendiri yer.. :)


P/s:Buat yg tinggalkan komen/mesej kat cbox tepi tu minta maaf banyak2 sebab belum dapat reply yer..buat masa ni memang ada masanya x nampak cbox tu tapi kuar error jer..ada masa leh baca je tapi failed nak reply..komen di entri ni boleh nampak kalau direfresh..sibbaik guna popup comment.hehe.apa2pun mekasih sudi berkunjung..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 6, 2010

Biskut Buah Kana

Salam Isnin..
Dah ramai yg sakan mengukis yer?ada juga mood tak mari2 lagi wpun raya menghitung hari jer lagi..takpe2,pelan kayuh..jangan sampai tersadai udah yer,x sampai2 kang..hehee..

Semalam baru selesai shopping2 keperluan raya budak2..penat sungguh makcik. Bukan penat menyopping,tp penat melayan karenah bebudak haa..tapi takpe laa,bukan selalu shopping time pregnant kan..hehe..

Biskut buah kana,try biskut ni aritu dah..nak update sungguh x berkesempatan..maklum,tenet cap kuye2 mmg gini laa..
Kepada pengunjung lama n baru tima kasih sudi dtg..meh jamu mata dengan biskut buah kana yg aku pun pestaim laa buat ni..hihi

Resepi nih dipanjangkan di sini untuk rujukan kita bersama yer..resepi dari koleksi resepi biskut.. lain kali leh try resepi lain lak.. :)

Biskut Buah Kana
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
90 g gula aising
150g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
180 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
1/2 sudu kecil serbuk penaik* -bhn bertanda * diayak bersama
Jem secukupnya- untuk inti

Cara2:
  1. Pukul mentega,gula dan kuning telur sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan bahan2 yg sudah diayak bersama.
  3. Uli sehingga menjadi doh
  4. Taburkan sedikit tepung pada acuan dan tekankan doh. Ratakan menggunakan scrapper atau belakang pisau.
  5. Ketuk hujung acuan untuk mengeluarkan biskut.
  6. Susun di atas dulang pembakar yg sudah di alas baking paper
  7. Bakar pada suhu 180c selama 20 min (bergantung jenis oven)
  8. Biarkan dahulu seketika sebelum diintikan jem. Cantumkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara. SelaMAT Mencuba
Senang dan sedap biskut nih..kalo nak letak pewarna pun boleh,nak perasa coklat leh laa buh coklat emulco yer..

Update:
Ni laa acuan biskut buah kana nih..kalo org2 lama dulu acuannya diperbuat daripada kayu..yg nih dari plastik jer..kalo ketuk ganas2 leh pecah agaknya..hehee..

Selain dari acuan biskut buah kana,aku 'ter' beli acuan biskut yg sama pesen..cuma bentuk lain..nampak comel jek..tu laa agaknya 'ter'beli skali tu....hehe..

Kepada izah si muffin lover tu n kawan2 yg lain boleh laa cari acuan nih kalo pergi ke kedai2 peralatan bakery yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 28, 2010

Popia Pisang Goreng n Popia Nestum Horlicks

Salam hujung minggu,
2 hari tak update,masalah tenet yg serius...sampai sekarang pun tunjuk signal GPRS jer...cuma ni dari pagi kul 9 dah memanaskan montots duk depan lappy sbb ada masa sket..bayangkan nak upload gambar tu dah jam berapa ni baru dapat..tu pun kuar banyaakkk gambar yg sama..huhu.

Oklah,lupakan jap psl tenet nih...
Menu kudap2an simple tapi best n sedap nih buat beberapa hari lepas..lebihan kulit popia wat popia simpul hari tu..
Semua pernah buat ek popia pisang ni?best kan..hehe..


Popia nestum horlicks ni pun dah share resepi sebelum nih..amat sedap dimakan ramai2..dan menjadi juadah di hari raya...


Nak cari link resepi pun slow jer ni..so sapa2 yg laju tenet n nak tengok resepi bleh cari kat label snek(kalo x silap) yer...ehe

Ada lagi entri tertunggak ni..kena pk banyak kali nak upload gamba..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 25, 2010

Biskut Bunga Cina

Dah 2 minggu puasa nih mood raya pun harus di 'warm-up' dengan hidangan2 raya..hehe
Sepatutnya nak update semalam,tapi macam biasa kalau nampak slow jer reply komen or mesej kat blog ni maknanya tenet pasti sangkut jer. Jadi nak upload gambar pun pasti error manjang..

Acuan dah lama beli,tapi baru ni laa guna..alhamdulillah takda masalah nak memicit adunan walaupun bunga cinanya macam2 pesen jer rupa gaya.huhu..
Apa2pun biskut ni memang gebu n rapuh jer..buat 1 adunan dapat lebih kurang 70+- rasanya..

Tima kasih buat kak Nor67 yg kongsi resepi nih.. lama tau peram resepi ni kak..sibbaik x jadi tapai..hihi

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

• 100gm mentega/marjerin
• 90gm gula caster/halus
• 1 biji telur (A)
• 2 cawan tepung jagung
• 1 cawan tepung ubi/kanji
• ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
>sue tambah esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Nampak tak biskut yang sebelum dibakar dan selepas dibakar x banyak beza..putih gebu jer biskut ni...si kecik pun suka makan..
Nak kongsi tip skit yer..tepung tu aku x masukkan semua sekali,tinggalkan dalam satu sudu gitu in case susah nak picit ke apa..tapi dah ok tu,x perlu masukkan tepung dah..begitu laa sebaliknya..betul x kak nor?hehe..

Rasanya acuan semperit ni sekarang dah dipelbagaikan kan..kalo tengok yg ni(dah guna baru perasan) dier ada jalur2 lagik kat kelopak bunga tu.kretif gak pembuat acuan ni yer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 20, 2010

Popia Simpul

Rasa tak beza dari popia goreng biasa.. cuma biasa gulung2..yg nih simpul jer..mana lagi senang..nak simpul ke nak gulung? :P

Guna inti segera dalam botol tu jer..
Dulu bila kakak aku buat time raya aku kata x susah ke nak simpul2 ni..katanya,senang dari gulung2..huhu.. potong ikut saiz sesuai..pastu buh inti jek...last baru sesi menyimpul2..
so sapa2 nak buat kudap2an untuk raya,mari kita menyimpul popia sambil tersenyum simpul..haha

Best oowh makan popia sambil tgk t
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 5, 2010

Cheese Straw

Lama kan tak buat biskut..nengok ader sikit mentega tu..nak buat kek tak lepas,nak buat biskut tak ader dalam minda nak biskut apa..last2 godek dlm myr kan..jumpa resepi nih..ahaaa!
Biskut nih sedap,rasanya lemak2 cheese gituu...sesuaiii sangat untuk mereka yang nak makan kudap-kudapan tapi taknak yang manis2...
Buat penggemar cheese,mungkin ini juga satu pilihan menu untuk anda..ahak

Jom tengok resepi dari kak fida nih..mekasih kak di mana jua anda berada.miss u!

Bahan-bahan ( 150 kpg )
• 1 1/4 cawan tepung gandum - ayak
• 56 g mentega - lembut
• 85 g keju cheddar - diparut
• 1 biji kuning telur
• 1/2 sk serbuk lada sulah
• 1 sb jus lemon
• sedikit garam halus

Cara-cara
1. Mentega,keju, kuning telur,garam,di gaul rata.Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
2. Masukkan pula lada sulah dan tepung dan uli hingga adunan sebati lagi.
3. Canai adunan dan terap atau potong seperti straw sepanjang 1 1/2 inci atau terap ikut suka.Susun dlm dulang pembakar dan bakar 10 - 12 min. atau hingga garing.

Kak fida kata '..atau terap ikut suka' jadiknya...ikut suke jek terap..ada yang panjang pendek, gemuk kurus..ramping pun ada...haha..nih biskut sempat berposing sebelum kebakaran berlaku..

Celup dalam coklat masakan+susu pekat(di double boilerkan) pun sodapp...(tapi tak sempat nak snap)huhuu...

Oh ya,ia juga sesuai untuk kanak2 umur 1 thn ke atas sebab biskut nih jenis mencair gak di mulut.nampak creamy jek si kecik kat umah ni makan.hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...