Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis Sarawak. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Kek Lapis .. lagi!

Assalamualaikum.. :)

Orang kata, adakalanya mimpi boleh jadi kenyataan jugak dalam hidup nih kan.. Macam aku ni la,malam tadi aku mimpi mengupdate blog,jadi aku pun mengupdate la blog nih ha..hee.. dengan menu ulangan lak tuh..takpe la kan,janji blog berupdate. Macam dah lama jer tak bertukar entri sebelum nih..nak updatekan kad2 besday pun terpaksa tangguh..kesibukan terlampau.huhu.. terima kasih sekali lagi buat kawan2 yang wish my besday last month..paling suka,part kawan2 bagi bunga,kad warna biru belaka..sangat2 sporting!hehe.. eh,yang bukan kad atau bunga pun ada.. :P

Oklah,kek ni buat sempena tekak teringin nak makan kek lapis..baki stok tepung biskut marie belen buat aritu pun cukup2 buat separuh adunan kek nih masa itu.. maksudnya dah beberapa minggu dah aku buat kek ni..baru publish kat sini. :D
Jadi kalau korang nak merasa,kena laa buat sendiri kek yang sedap n moist ni ya.. ke'moist'annya tu versi kek sarawak la.. ;)

Buat yang dah mencuba mesti dah dapat bayangkan rasanya kan.. yang belum cuba tu pun sila la bayangkan rasanya dengan melihat bahan2 yang digunakan..

Sebab aku rajin alang2 nih,aku kopipes kan lagi skali resepi dari entri sebelum nih ke sini untuk memudahkan kerja yang nak meninjau resepi eh..terima kasih lagi sekali buat penyumbang resepi nih Puan DayangJack..amboi,berbudi bahasa sungguh ayat aku arini..hihi..

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Lembap dan sedap..selamat mencuba!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 14, 2012

Resepi Kek Lapis Goyang Dangdut

Fuiyooo.. kemain seksi nama kek lapis Sarawak yang satu ini ya!
Kalau yang dah biasa melihat nama2 kek lapis sarawak ni pasti tidak terkejut dengan keunikan dan kegedikan namanya..hehehe... Setiap kek yang dinamakan pasti ada sebab atau 'sempena'nya tersendiri..itulah antara keistimewaan kek lapis sarawak..selain dari rasanya yang enak dan tersendiri jugak lah kan..

Kek yang ini,pertama kali aku cuba sendiri..lama dah nak mencuba(ayat yang dah sinonim dalam dunia blog masakan),tapi baru berkesempatan ni nak membuatnya..buat ni juga sebelum cuti sekolah tempoh hari..so dah lama arwah kek ni...takyah bawak bekas masing2 ye...tu yang siap bekal aluminium foil tu maaf ler..kek dah abis.heh.. :D

Satu ketika, rasanya dalam tahun ni juga,seorang rakan FB yang mungkin pengunjung blog ni tanya, kenapa kek lapis goyang dangdut tu rasanya seakan berpasir?hah? berpasir?errmm.. aku tiada jawapan pasti masa tu sebab aku tak pernah lagi buat kek ni..tapi kalau buat kek guna marjerin(mungkin bergantung jenama juga) dan dipukul dengan gula pasir(bukan gula halus)boleh menghasilkan tekstur seakan berpasir.. tapi dia kata dia guna mentega seperti aku biasa guna juga..woh..mungkin ada silap di mana2...tidak mengayak tepung susu itu,misalnya? Kena bedah siasat sendiri la punca selebihnya ya.

Bila dah buat sendiri,saspen juga nak merasa kek ni..maklum la,langsung tiada penggunaan tepung selain tepung susu dan horlicks kan.
Kek ni tak guna gula langsung tau..tapi buh gula yang tak langsung jer. Maksudnya sumber manis tu datangnya dari susu,serikaya dan horlicks jer...hehe

Bila dah menggigit tu..hermmm..tekstur dia memang berbeza dari kek biasa..tiada langsung rasa berpasir malahan halusss sangat teksturnya tu..gebunya pun lain sikit tau..lain yang best. Rasa dia sedap tapi tak boleh makan banyak sebab cepat muak sebab guna tepung susu kan..dannn,itu menyebabkan kek ini amat sesuai jika dihidangkan di hari raya. Aku macam pernah makan kat umah orang masa raya..rasa2nya lah.

Warnanya ni aku buh ikut suka jer..lepas tu lapis pun sikit jer..sebab di samping malas(pengakuan jujur),kek ni punya satu rasa sahaja..so berbeza dengan kek yang punya rasa berbeza,lebih banyak lapis,lebih best rasanya.. ^_^

Jadi buat anda yang nak mencuba, disertakan di sini resepinya.. sedap!sedap! perisa susu(tepung) dan horlicks.. jika ingin kurangkan kemanisannya,bolehlah kurangkan susu pekat sedikit ya. Tapi ni pun dah ok dan menepati piawaian kek lapis edisi lama(original)

Terima kasih rahman bestari sebab kongsi resepi ni...rindu lak kat beliau walaupun sempat kenal dan beramah mesra di Myresipi.com..selepas tu dia menghilang senyap entah ke mana..semoga dia sihat di mana jua dia berada..

KEK LAPIS GOYANG DANGDUT
Resepi:rahman_bestari@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )-hasue buat setengah adunan dan guna loyang 8.5"x4.5"

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn-hasue guna westgold-unsalted
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)-hasue guna brand yeo's
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf-hasue guna nespray dan ayak
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm - juga diayak untuk tekstur halus
pewarna kuning dan cokelat-atau warna pilihan

Cara-cara

1 Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.
2 Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.
4 Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)
3 Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.
5 Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.
6Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.
7Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.
27Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)
Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.
11* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.
12* Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.
* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.

Kek ni enak, lembut,moist, dan terasa mood raya nostalgia ketika menikmatinya..tekstur yang halus tu orang takde gigi pun boleh makan..
Haa,kalau ada susu anak yang tak abis sebab anak dah berhenti menyusu tu,atau yang sedang hamil tapi tak suka minum susu semasa mengandung tu..campak ler dalam adunan kek ni..sure sedap!hehe..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 22, 2012

Kek Lapis Evergreen Kukus..

Assalamualaikum.. ^_^

Dah puas tengok rendang ayam kita tengok menu kek pulak eh.. macam semangat nak raya pulak. kan..hehe.kat Sarawak di masa hari raya memang laa wajib ada kek lapis kan.. satu rumah sekurang2nya menghidangkan 2 jenis kek lapis di samping kek biasa, biskut dan sebagainya..
Jadi beberapa bulan sebelum raya ni amat sesuai nak mencuba kek2 lapis yang tak pernah dibuat lagi..

Kali ni nak buat tayangan amal satu lagi kek lapis sarawak kukus..
Penggemar kek lapis sarawak boleh laa cuba buat sendiri dan merasai keenakannya yer..kalau berkenan dan kena dengan selera,boleh buat pula satu adunan untuk raya nanti.. ^_^
Kalau yang sebelum ni asyik buat kek lapis bakar jer,cuba la pulak kek lapis kukus..ada bran? :D

Kepada mereka yang belum pernah merasai kek kukus sarawak.. mungkin inilah masanya anda mencuba sendiri. Tekstur kek sarawak ni lembut ye,dier bukan bantat..ala2 bingka tapi rasa kek...emm..emm..yeke.. ah lebih kurang la. Tapi sedappp.. kesedapan kek kukus ni berbeza dari kek yang guna baking powder seperti kek coklat kukus tau.. senang cerita,nak merasa kena laa buat sendiri..resepi dah ada..ai,tak reti2?ahak..

Buat yang bertanya bagaimana ia dilapis sama sekata tu,kena guna sukatan yang sama..kalau guna senduk memang susah sikit nak sama rata sebab masa cedok tu kadang2 kita terlebih atau terkurang susah nak tengok kan. Guna la cawan ke,gelas yang sesuai untuk sukatan yang sama..tak perlu nak timbang2.. :)
Tapi aku buat nih tak santek cam DJ buat tuh..boleh laa wat minum2 petang kan..heh.. :D

Perlu diingatkan, untuk menghasilkan kek lapis atau kek sarawak yang benar2 lembut dan menepati piawaian(perghh ayat..) yang sebenar,sila guna mentega tulen atau mentega berkualiti ye...buttercup lepa susu tu bukan butter tulen,jangan keliru ye..kalo brand buttercup,guna yang buttercup-pure butter tulisnya. Aku pernah jumpa sekali je,lepas tu tak jumpa2 dah.. butter yang lain boleh laa guna jenama scs,anchor,westgold atau mana2 jenama halal.. sekarang golden churn pun dah disahkan halal kan..

Terima kasih untuk DayangJack yang jelita tu,rakan senegeri merangkap rakan blogging dan rakan FB yang telah kongsikan resepi ni kat blog beliau...bila laa nak bertentang mata kan..hihi..
Memang sedappp kek lapis nih,perisa pandan horlicks..owh,boleh rujuk pada link di bawah atau klik SINI untuk resepi asal beserta tips mengukus kek lapis dari DJ yer..selamat mencuba...!

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Jari berlesung pipit nih memang tak makan saman...time orang snap pic,time tu jugak nak nyibuk..huhuu.. ;P

Eh lupa nak bagitau,aku pun buat separuh adunan..memang sedap..InsyaAllah ada masa nak buat lagi sebab mudah je didapati bahannya dan sentiasa ada stok di dapur.hehe..kerajinan je kadang2 yang abis stok.. ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 18, 2012

Kek Lapis Choco-Horlicks..

Assalamualaikum..

Perasmian..perasmian..nak rasmi apa? Ingatkan apa laa kan..padahal merasmikan header blog kat atas tu jer.eh nama pun header,takkan duk bawah lak kan.hee.. saje boring2 macam orang takde keje..tu yang gi godek2 header sendirik.. aku kate 'macam' takde keje ..padahal keje tak abis2..maklum la surirumah berwawasan kann..ahak!

Apa2hal, nak wish dulu HAPPY BIRTHDAY buat adikku yang kini semakin meningkat dewasa pada hari ini.. Buat Cik Haza yang kini berada nun jauh di mata..dah tua ko yer sis..hehe.. last jumpa dia masa gi KK aritu jer..rinduuu sangat nak buli dia kat dia dan karenahnya yang unik tu..tak sabar nak jumpa dia balik hujung bulan ni..insyaAllah...semoga menjadi wanita berjaya dan solehah dunia akhirat..aminn

Owh,pasal kek lapis ni lak..aritu dah tayang kat FB..saje nyakat DJ aritu yang tayang kek lapisnya kat FB untuk bertukar kek,tibe2 ramai pulak menge'like' pic kek tu..huhuu..Terima kasih lah semua yer.. maaf baru kuar dengan resepinya ni.. ^_^
Nih kek lapis bodo2 jer..yang bermaksud kek lapis simple amat ..tapi boleh tahan sedapnyer woo!
Untuk buat minum2 petang tempoh hari.. oh dah lama buat aritu baru nak share kat sini yer..saje jek,takut korang mintak!haha..takdelah. Kemalasan ngupdate disebabkan tenet lemau dan semangat lemau..tu yang jadi entri tertunggak..huhu

Mula2 aritu nak buat kek lapis holiday inn..tapi sebab takde stok biskut marie masa tu...jadi godekkan ajelah bahan yang ade,masa tu main letak aje bahannya ikut resepi biasa buat(basic kek lapis)..
So ni laa kejadiannya..

Kek nih tetap moist dan lembut menepati ciri2 kek lapis sarawak biasa .. perisa coklat(tak la heavy sangat, dan perisa horlicks)
Kalau nak perisa coklat yang heavy sket,boleh la guna coklat masakan ..cairkan dahulu coklat masakan tu guna kaedah double boiler.

Duh..aku masih malas amat menaip nih.. tapi aku gigihkan jugak laa..kalau idak makin banyak entri tertunggak karang...heh.. macam banyak sangat kan..

Aku buat dalam loyang 8.5"x4.5".. Kalau nak kek lebih besar kena doublekan bahan yer.. yang nih sebab malas nak simpan baki mentega yang dipek 250g tu,aku gunakan aje 250g.. kalau nak buat sebiji guna 450g pun insyaAllah takde masalah.. ^_^


Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara2:
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Tangan si kecik yang tak sabar nak merasa..huhuuu.. selalu ada adegan ni sebenarnya time menu berposing..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 18, 2012

Inilah Dia.. Kek Kelasi Mabuk

Yup. Korang tak silap baca nama kek ini..nampaknya Sarawak masih mengekalkan keunikan nama dalam setiap kek yang dihasilkan.
Agaknya kek yang ini dinamakan sempena seorang kelasi yang baru pulang dari belayar tapi masih mabuk2 laut tetapi tetap boleh mengatakan kek ini sedap semasa kek ni pertama kali dibuat kot..hehee.. itu andaian aku jer..

TAHNIAH kepada 3 orang terakhir yang berjaya meneka pada entri sebelum ini..
Ramai yang meneka kek lumut tapi maaf ye,iras tu ada..tapi bukan..bahan2 pun lain sikit la,warna jer sama.hee..apa2pun terima kasih sebab sudi main teka2 semalam ek..sayang korang!
Seperti yang aku agak, hanya orang yang pernah buat atau yang pernah makan jer boleh teka kek ni dengan betul sebab kek ini belum begitu diketahui ramai.. sebab tu saja2 aku close-upkan kat bahagian tengah kek tu semalam..sebab di situ 'kunci' kelainan kek ni.

Termasuk laa aku sendiri,baru pertama kali buat ni.. resepi dah KIV dari tahun lepas..hee..
Itupun setelah seseorang bertanya pasal resepi ni baru aku tercari2 dan menemui seseorang yang tahu..


Terima kasih kat Kak Lynda yg sudi kongsikan resepinya. Masa tu memang excited giler nak cuba sebab tengok cara dan bahan2nya serta cara pembuatannya yang unik sedikit dari kek2 sarawak yang biasa.. Tapi masa membatasi segalanya..tapi akhirnya berjaya juga aku buat..dan lepas ni pasti buat lagi dan lagi..dah masuk list untuk kek raya nih..eh?

Mujur,beliau tidak kedekut keberatan nak share resepi kek ni..dapat juga aku merasa kek nih yang pada aku memang unik lah.. :)

Cuma kejadian kek aku nih ikut imaginasi je..sebab tak pernah tengok pun sebelum ni,apalagi merasainya sendiri..tapi bila ada yang teka betul semalam tu aku rasa dah jadi laa tu.. :)

Jadi memandangkan ada yang dah teka betul,hadiahnya korang kongsi ramai2 yer.. 'mahal' tau hadiah(resepi) ni..dah minta izin kak Lynda hari tu nak kongsikan kat blog aku ni.
semoga kak Lynda yang berkongsi resepi nih juga semakin dimurahkan rezeki hendaknya..begitu juga empunya asal dan idea untuk resepi ni..terima kasih semua!
Minta izin ye dipanjangkan resepi di sini pula :)

KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya

Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

Kek ni teksturnya lembut,lembap seperti kek kukus lain jugak..tapi sangat best,sangat sedap! Bila kita makan pada gigitan pertama kita akan merasai perisa pandan(seperti kek2 sarawak biasa tu) tapi bila sampai pada lapisan putih tu,memang terasa perisa limau kasturi dan kelembutan meringue tu sendiri..hmm memang harus dicuba sendiri..!

Kalau rajin,boleh la korang buat kek ni berlapis2 lagi..tapi adunan meringue tu kena la betul2 menjadi ye..sila rujuk link kat atas tu untuk membuatnya..atau klik SINI..lagi satu, paste pandan tu gunalah yang jenis pekat tu..rasanya kat Sarawak mudah didapati di mana2..kat semenanjung tak sure pulak.

Oh ye,puan2 sekalian..jangan takut..kek ni tidak laa terlalu manis meleting seperti kek2 sarawak zaman dahulu kala.. kalau korang jenis yang boleh telan kek2 coklat,kek aising tu..this is nothing laa..hehe. manisnya yang sedang2 saje..apatah lagi ada rasa limau kasturi tu kan,so memang kek ni tak manis sangat jadinya :)

Jadi..Selamat Mencubaaa!!!

P/s: Apa kata korang kongsikan link masing2 pada petak komen di bawah setelah mencuba sendiri.. dapatlah pengunjung berkunjung dan melihat sendiri kejadian kek korang pula nanti.. ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 21, 2011

Resepi Kek Lapis Sisik Ikan... [versi sisik dinasour?]

Taraaaaa...satu lagi resepi kek lapis sarawak yang femes!!

Para pembuat dan penggemar kek lapis Sarawak pastinya tahu atau kenal dengan kek lapis yang satu ini..
Resepi asal adalah dari pembuat kek lapis sarawak yang terkemuka iaitu Puan Rabiah Amit..tapi nampak gaya sekarang ni dah banyak diubahsuai ikut citarasa masing2...cuma skill membuat 'sisik' itu masih dikekalkan kerana masih mengguna nama yang sama dan haruslah kreditkan kepada empunya skill asal iaitu Puan Rabiah...

Kek nih aku buat minggu lepas..eh minggu yang satu lagi kot..lupa lak tarikh kejadian,tapi sebelum aku buat kek lapis evergreen tu la..dalam minggu tu jer 2x aku buat...cuma yang mula2 tu aku malas amat laa nak snap gambar lagipun sebab tau dah.. lepas tu mesti ada buat lagi..ada penggemar katekan..hehe
Sebenarnya my laling dah request kek nih since raya aritu...tapi kan sekarang ni susah nak cari hawflakes yang ada logo halal ni haa.


Sebenarnya kalau ikutkan resepi n skill asal tu guna hawflakes yang bulat2 kecik tu..jadi bila dah jadi isu tu kite pun tak yakin laa nak guna dah..guna yang beso ni laa pulak kan..diyakini halal oleh JAKIM.

Jadi nak buat 'sisik' tu,takkan nak cucuk beso2 gedabak gini kan...aku pun,potong 4 ler asam manis tu...
Gini haaa...

Dah dipotong tu..senang laa sikit nak mencucuk2 jadi sisik kannn...tapi aku nih kan buat kerja kekadang ditemani suara orang mengilai menangis kat lutut..jadinya kerja pun tau nak siap jelah..hihi..

Ni nak kongsikan nih.
Kot2 ada yang wondering(tertanya2) kenapa ia dipanggil sisik ikan..tengok bawah nih yer..

Dah tengok? Cam sisik kan pattern tuuu...nih dah dilapis ngan adunan seterusnya nih..dah masak tadi tu kan,2 lapisan..baru cucuk2 ngan asam manis. lepas tu baru buh adunan lagi..
Haa,cuba bayangkan sebelum ni orang guna asam manis yang bulat tu..cucuk2 gini gak..sebab tu laa namanya sisik ikan..jadi aku buat guna hawflakes segi empat ni cam sisik dinasour lak ghupanyer tuh..eh dinasour ada sisik ke? cam sisik tenggiling kot?kakaka..

Gini laa lebih kurang rupa kek tu bila dah siap..kek aku buat nih tak berapa hensem..korang buat ler santek2 yer..aku buat 3 layer je cucuk sisiknya tu..

Kek ni amat aku rekomenkan kat penggemar kek asam manis..sedappp sangat! ke tekak kitorang la..Perisa horlicks dan asam manis..Tekstur kek gebu yang lembap dan lembut. hah dah macam penjual kek dah ni..
Kalau tak gemar asam manis,takyah letak asam manis ler..jadilah kek lapis horlicks aje..

Aku kongsikan di sini resepi yang aku alterkan sikit dari resepi asal sebab resepi asal manis sangat.. lepas tu bahan lain aku ejas2 gak..tapi masih tak lari dari resepi asalnya yer..ehe..nak tengok resepi asal boleh jer korang google sendiri ek..ramai dah mencuba tu..
Kalau nak tengok yang Pn Rabiah Amit buat leh dapatkan buku resepinya di pasaran yer.hehe

KEK LAPIS SISIK IKAN
Resepi & skill asal: Pn Rabiah Amit
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 10 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 150 gula halus
  • 1 sudu makan ovelet
  • 110ml air sejuk(dari peti sejuk)
  • 1 tin kecil serikaya-170g)
  • 100g horlicks
  • 1 sudu kecil esen vanila(optional)-tak letak pun takpe
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 300g mentega
  • 200g tepung hongkong/superfine
  • Asam manis-hasue guna yg segiempat besar dan dipotong 4
Cara2:
  1. Dalam sebuah bekas,masukkan mentega dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain,masukkan telur,gula dan ovelet dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan serikaya sambil terus dipukul lagi. Masukkan horlicks,tepung(sudah diayak) dan esen vanila. Kaup balik/pukul sebati guna kelajuan minima.
  3. Setelah itu masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga sebati..
  4. Gunakan senduk dan gaul(kaup balik) adunan agar benar2 sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung rata2..boleh juga gunakan baking paper untuk alas cam biasa.
  6. Sendukkan lebih kurang 6 sudu makan dan bakar menggunakan api atas. Bakar selama lebih kurang 5 minit atau sehingga atas kek keperangan.(bergantung kepada kepanasan oven masing2 yer.
  7. Lapiskan lagi dengan 6 sudu makan adunan. Bakar lagi sehingga keperangan. Keluarkan lagi dan cucuk hawflakes secara condong sehingga separuh tenggelam.
  8. setelah selesai seluruh permukaan kek,sudukan lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperangan. Ulangi langkan 6,7 dan 8 ini sehingga selesai.
  9. Banyak atau sedikit asam manis terpulang kepada cara susunan hawflakes atau ikut selera masing2.. SELAMAT MENCUBA!
Kek nih lembut n moist jek..sedap tauuu..ermmm.. Nak sepotong? Gi wat sendirik..ahaks
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 13, 2011

Resepi: Kek Lapis Evergreen..

Selamat petang..
Bertemu kembali..kali ni kita kongsikan satu resepi kek lapis sarawak yang amat popular di negeri Sarawak bumi kenyalang ini.. boleh dikatakan,kek lapis evergreen ni antara yang mendapat tempat di hati peminat kek lapis Sarawak dalam banyak2 jenis kek lapis. Bukan itu sahaja,ia salah satu kek asas untuk membuat kek lapis..maksud saya,sesuai untuk mereka yang baru berjinak2 nak belajar membuat kek lapis ni sebab paling mudah nak buat. Tak perlu guna banyak warna.. Apabila anda dah pandai buat sebiji kek lapis ini..insyaAllah tak ada masalah nak buat kek lapis lain..malah kek lapis bercorak sekalipun..

Untuk membuat kek lapis Sarawak..paling penting memahami karenah oven masing2..maksudnya tahap kepanasannya bagaimana..berapa lama suhunya untuk memasak satu2 lapis..kena kaji sendiri laa yer..takkan nak tunggu orang kajikan untuk kita kan..ehe ;)
Sebab apa,sebagaimana yang kita ketahui oven ni lain jenama lain tahap kepanasannya..begitu juga dari segi saiz..tak sama suhunya.. nak kaji tu pun bukan lama..untuk selapis dua atau tiga atau yang ke empat kita dah boleh tahu berapa minit nak masak untuk satu lapis kan..

Percayalah,bila korang dah berjaya buat sendiri kek lapis sarawak ni..nescaya korang tak selera nak beli dah..lagi2 dengan harganya yang tak semua orang mampu nak beli.

Kek ni satu adunan jer diwarnakan hijau..bila dibakar sehingga keperangan,baru dilapis..itulah yang membentuk lapisan demi lapisan kek lapis ini..

Untuk resepi...banyak versi dah sekarang ni. Kat myR pun ada..tapi di sini saya cuba versi Dj..bukan dj radio yer..tapi Dayangjack yang cantik manis tuu..Disertakan sekali di sini untuk mereka yang ingin mencuba..terima kasih DayangJack atas perkongsian resepi ni..saya buat separuh adunan sahaja. Lepas tu gula saya kurangkan ikut sukatan gula kek lapis yang saya buat sebelum tu..eh belum publish kat sini lagi sebab dah transfer kat laptop satu lagi tapi kat situ takde photo editor sebab nak download tadi amik masa berjam2..lepas tu kuar error dan saya pun menyampah nak download..takpe lah,bagi jadi jeruk dulu kat situ..lain kali la yer. Eh panjang lak penerangan aku nih.

Nih resepinya..nak tengok original klik kat link di bawah tau!Terima kasih skali lagi buat Mem Dapurku Sayang..saaayanggg diaaa..awww!hehe

KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



Note:
Untuk separuh adunan yang HaSue buat:

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Lembap dan sedap..gabungan perisa horlicks dan pandan..


Tips:Untuk hasil kek lapis sarawak yang terbaik..adalah penting untuk menggunakan bahan2 berkualiti seperti mentega tulen-brand seperti anchor,westgold,SCS..kalau nak guna buttercup tu,guna yang pure butter..bukan yang lepa susu yer..ni untuk hasil terbaik la..
kalau untuk hasil so-so jer tu..boleh je guna mana2.hee..

Satu lagi kena guna tepung hongkong untuk tekstur kek yang halus..kalau guna tepung gandum bukan tak boleh dik,tapi teksturnya tak sehalus guna tepung hongkong..itulah bezanya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 8, 2011

Resepi: Kek Lumut Sarawak

Assalamualaikum.. :)
Bertemu kembali di minggu baru,minggu ke dua dalam bulan Ramadhan dan minggu ke dua juga dalam bulan Ogos.
Terima kasih buat semua yang sudi memberi ucapan hari lahir dan mendoakan doa2 yang baik untuk suami n anak sulung aku pada entri lepas..
Sebenarnya minggu lepas memang minggu mencabar minda dan kesabaran gak laa sebab card reader buat hal..jadinya nak ngentri pun takleh sebab gambar duk dalam kamera lagi., bila ngenang card reader masalah..memang malas aje nak amik gambo..Ni dah ada card reader,satu hal pulak nak kembalikan semangat blogging..hehe..alasan2..

Takpelah,kita pelan2 yer..
Entri kali ni adalah kek kukus Sarawak. Kek Lumut namanya.
Bila sebut kek lumut,rata2 orang sarawak yang menggemari kek sarawak sendiri memang boleh imagine rupa dia..cuma dari segi rasa tu mungkin ada yang berbeza..sebabnya resepi pun dah pelbagai versi.

Kali ini,aku cuba buat resepi dari dapur AlongRoz..yang resepi asalnya dikongsikan oleh kak Nur68..resepi lama katanya jadi excited nak cuba. Lagipun dah lama tak mengekek..hehe..

Oh ya,sekarang ni tengah panas isu mentega Golden Churn kan..so baik hentikan terus penggunaannya dan beralih kepada mentega lain. Bila sebut mentega,ia bukan marjerin yer..bukan juga lepa susu..buttercup lepa susu kan? Bukan tak boleh guna,cuma hasilnya berbeza .. Sila baca label ya..jadi tak laa keliru..
Ini untuk menghasilkan kek yang sama..bukan untuk resepi ini jer.Tapi resepi lain juga .. :)

Terima kasih AlongRoz n kak Nur68 untuk resepi nih..sedapppp n moist cuma macam along kata maybe kena kurangkan butteratau telur supaya kek kurang berminyak..tapi nak mengatasi masalah berminyak ni(jika dah terbuat laa kan..)letakkan 2 keping tisu dapur atas talam ke..letak kek atas tu..biar je semalaman..nanti dah tak berminyak dah..

Cam kes aku ni,aku lupa nak kurangkan butter atau telurnya sebab main salin jer terus resepinya aritu. Bila baca balik komen Along betul laa apa diperkatakannya..
Tang gula tu aku tak letak penuh 1 cawan..dalam 9/10 cawan laa..ehee..
Minta izin kongsikan di sini pula ye along..nak tengok resepi asal dalam 2 versi,gi klik link AlongRoz di bawah ni yer.. oh yeer..ni versi separuh adunan :)

Kek Lumut Sarawak
Resepi: email drpd Nur68
Sumber: AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:-Saiz: 8" Bulat/8"x8"(menggunakan cawan 200ml)

5 biji Telur
1 cwn Gula Halus
8oz(225g) Mentega - lain kali mungkin nak kurangkan ke 200g je
½ cwn Tepung Suji
1 cwn Nestum - kisar halus
½ cwn Susu Ideal
½ cwn Teh (2 st serbuk teh + air)
Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)

CARA2:
1. Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.

2. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
Masukkan tepung suji & nestum & gaul sebati.
Masukkan susu, teh & pewarna hijau.

3. Kukus selama 2 jam sehingga masak.

Lembut n moist..
Aroma nestum tu yang menambah rasa sedap untuk kek ini..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 4, 2011

Resepi: Kek Puteri Dangdut

Hari ini bersiaran secara langsung dari kampung..semalam balik kampung dan blog pun tak terupdate..nak buat entri berjadual tapi nak upload gambar pulak failed.
Malam tadi buat kenduri kesyukuran n doa selamat sikit untuk si kecil zhariff.. dan doa selamat untuk seisi rumah lah..semoga selamat segalanya..aminn =)

Nampak kek yang sedang berposing nih? Kalau tak bagitahu mesti ada yang ingat ni adalah kek coklat kan? Tapi kek ni tak menggunakan coklat langsung dalam bahan2nya..
Ini adalah resepi kek tradisi Sarawak yang semestinya menggunakan browning sugar ataupun dalam bahasa melayunya disebut gula hitam.

Jika kurang biasa menggunakan browning sugar ni pastinya akan tak yakin sikit nak guna yer, browning ni sesetengahnya berkondisi pekat likat melekat dan agak leceh nak guna. Kalau yang benar2 pekat,kena tambahkan sedikittt air panas agar ia mudah sebati dalam adunan dan tidak berketul.

Rata-rata resepi kek sarawak menggunakan sebotol(dalam 180g) untuk sebuah kek.
Sebagai pewarna,ia tidak berfungsi seperti pewarna lain..yang digunakan sedikit sahaja tu..tapi browning sugar ni,makin letak banyak makin cantik laa hitamnya kek itu nanti. Tapi jangan laa marah sangat sampai letak bertong2 lak yer..kalau setakat sesudu dua,browning sugar memang tak menyerlah langsung..untuk sebuah kek la ek.
Paling terserlah kehitamannya dalam kek yang popular di sarawak seperti kek hati pari, kek belacan,kek negro dan sebagainya. Kek-kek yang berwarna hitam begini amat memerlukan browning sugar dan susah untuk menyamakan dengan pewarna yang lain.

Ops,suka aku nak ingatkan..nama2 kek Sarawak dulu2 memang unik yer..malahan nama2 kek inilah yang membuat kek Sarawak mudah dikenali.. =)
Jika anda penggemar kek2 sarawak,dan masih belum mencuba kek2 kukus..sebaiknya cubalah buat sendiri,sebab amat jarang orang jual kek kukus ni disebabkan kurang tahan lama..tapi keenakannya berbeza dari yang dibakar..
Kemanisannya pula boleh laa adjust ikut selera sendiri .. :)

Jom tengok kek ni bila dipotong..
Tarraa..memang moist tauu..yang ni aku tambah sedikit serikaya dan kurangkan sedikit gula..buat nih untuk seorang kawan berbangsa cina yang sambut perayaan thn baru cina..hehe..dah dia berbangsa cina takkan sambut thaipusam lak kan!

Resepi ni aku dah kongsikan lama dulu kat myresipi.com dan ada beberapa orang rakan yang sudah mencubanya..boleh tengok kat SINI(klik) yer..

Kek Puteri Dangdut
By:HaSue

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml

* 450g mentega berkualiti
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
* 10 biji telur
* 1 gelas tepung gandum
* 2 gelas horlicks
* 1 tin kecil susu manis
* 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)
Kek ni perisa horlicks ..nak lapis2 pun boleh juge..senang amat nak membuatnya..sementara kukus kek nih kat tingkat bawah,aku buat kek lapis kat tingkat atas..hee..so bila dah siap dapat laa 2 bijik kek.. =)

Sebab nak bagi orang,kan..so potong yang tepi2 tu jelah..takkan nak potong sampai setengah loyang kan..hehe..
Plan nak buat untuk makan2 sendiri tertangguh lak aritu sebab kebetulan line tenet laju..jadi,eheh..paham2 ler.hii..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 4, 2010

Kek Lapis Kasih Ibu

Kek lapis lagi?haihh..bila laa nak abis entri pasal kek lapis ni ek?haha...
Nih pun buat sama untuk open house penghujung syawal yg lalu..
Kek ni asalnya tak letak asam manis..tapi aku letak cikit2 gak sebab nak abiskan asam manis yang dah dibuka bungkusannya..hehe..

Kek nih memang simple yer..bahan2 digunakan juga amatlah minimum..so pada mereka yang ingin mencuba buat kek lapis sarawak..boleh laa mencuba resepi ini..

Kek Lapis Kasih Ibu

Bahan2:
  • 340g mentega
  • 165g gula halus
  • 1/2 tin kecil susu manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 6 biji telur ayam (gred A)
  • 170g tepung hongkong/tepung gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya)
  2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan.
  3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan padamkan mesin.
  4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas.
  5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu.
  6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung)
  7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
  8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :)
Kek nih macam kek sarawak yg dah aku buat tayangan amal sebelum2 nih juga,lembut n moist..boleh juga kalau nak tambah perisa seperti horlicks atau milo yer..

Kena rajin mencuba kalau nak tahu hasilnya macammana.. tapi kalau nak buat koleksi resepi pun,apa salahnya ye tak..kot2 satu hari nanti baru tergerak hati nak mencuba ke..hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 2, 2010

Kek Lapis Oreo Cheese

Jom layan kek lapis perisa keju berintikan biskut oreo pulak..

Dah lama gak gambar nih terperap dalam folder..nih antara kek wat open house ujung syawal lepas..
Sebenarnya oven aku ada masalah semenjak lama x membaking masa morning sickness aritu..timer oven tu tak reti nak patah balik..huhu..so kena alert secara manual laa masa nak bakar kek nih..ada satu kek bakar yg aku buat utk raya..sampai hangit kat lapisan atas sekali gara2 lupa nak tutup..hahaha..

Buat korang yang baru nak mencuba2 buat kek lapis ni,jangan laa ingat kek lapis hanya boleh dibuat guna oven khas ajer yer..oven korang yg comel tuh pun leh guna gak..asalkan ada optional api atas n atas bawah jer..coz lapisan pertama tu yg kena bkr api atas bawah..lepas tu lapisan demi lapisan tu guna api atas sahaja yer..dah lapisan terakhir baru guna kedua2 api utk suhu yg minima agar kek masak sekata..

Untuk resepi aku akan di update kemudian yer..betul2 malas nak naip sekarang nih..huhu..sedang teruja nak jenjalan blog orang lain masa tenet ok nih..heh

Untuk kek ni,terpulang pada kita jer nak letak oreo penuh satu loyang utk satu lapisan tu atau nak letak secara rawak.. cam kitorang ada yg suka part ada oreo(budak2) tp aku ngan cik abang lebih suka area yg plain atau ada terpotong oreo skit2 jer tu.. :)
Sedap n tetap lembut kek nih walaupun dibakar...

UPDATED:

Buat kawan2 yg ingin mencuba,di sini disertakan resepi dan cara membuatnya sekali yer..semoga mudah difahami agar senang dicuba sendiri nanti..

Kek Lapis Oreo Cheese
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

450g Mentega
180g gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu manis
100g horlicks(diayak)
180g tepung hongkong(diayak)
1 penutup botol esen vanilla
250g cream cheese
1 sudu makan ovelette
2 sudu besar nestle cream(optional)-hasue ltk nk bagi moist
Biskut oreo original-2 bungkus/atau secukupnya
Pewarna biru dan oren /atau warna pilihan

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170c api atas bawah. Loyang dioleskan dengan mentega dan ditabur tepung.
2. Pukul mentega bersama cream cheese sehingga putih berkrim dan sekata.
3. Masukkan gula halus (sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan),masukkan pula telur satu persatu sehingga habis.
4. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis,horlicks,tepung hongkong,ovellette dan nestle cream (masih dpukul dengan kelajuan perlahan sambil memasukkan satu persatu bahan2 ini)
5. Padamkan mesin,dan dengan menggunakan senduk gaul adunan sehingga benar2 sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian: 1 warnakan biru dan 1 lagi warnakan oren
7. Tuangkan satu cawan adunan berwarna oren dan bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 7 minit atau sehingga permukaan keperangan(bergantung jenis oven)
8. Setelah itu keluarkan Loyang dr oven dan tekan menggunakan penekan kek (jika ada) barulah lapiskan dengan warna biru.
9. Setelah masak,barulah susunkan biskut oreo di atasnya,terpulang hendak susun penuh permukaan kek atau secara rawak sahaja.
10. Selepas habis menyusun biskut oreo,tuangkan lagi secawan adunan oren dan ratakan dengan menyenget2kan Loyang jika perlu.(isi ruang yg tidak terisi biskut)
11. Setelah itu,tekan lagi menggunakan penekan kek,utk lapisan yg kemas barulah lapiskan dgn lapisan seterusnya spt warna biru,oren,biru,biskut oreo dan warna oren(boleh perhatikan gambar) atau ikut cara sendiri ye...
12. Apabila sudah habis melapis,dan setelah lapisan terakhir sudah keperangan dipermukaannya,tutup permukaan loyang kek dengan aluminium foil(untuk mengelakkan terlebih hangus),dan tukar semula kepada api atas bawah pada suhu 120c selama 15 minit.
13. Selamat mencuba.. :)

Perisa keju dan oreo..satu variasi baru dalam pilihan citarasa penggemar kek lapis Sarawak!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 12, 2010

Kek Lapis Cinta Kirana (Kukus)

Kek lapis ni aku buat selepas hari raya aritu..nak ngabiskan stok bahan2 sebenarnya..maka terhasil laa kek yang diberi nama sempena cerita bersiri yang sedang famous sekarang ni di astro..Kisah Kirana yang tersepit dalam permainan cinta tiga segi(betul ke sinopsis aku nih)..sebenarnya aku tak mengikuti sangat drama ni..tapi anak aku suka lak tengok..yg aku tau si Raka nak kat Kirana..Kirana nak kat Galang..Galang lak hilang ingatan ke apa..hehe..(x leh harap tul aku nih kan)jadinya dari situ dapat laa idea nak buh nama kek ni..senang nak ingat..nak buh nama kek asam manis dah biasa sangat dengar kan.. :P


Kek yang letak asam manis susun2 gini ni sebenarnya kesukaan my hb..aku tak ler suka sangat..suka gitu2 jer..aku prefer yang plain jer..kalo nak letak asam manis biasanya aku hancurkan dulu..hihi..
Apa2pun kek ni memang senang jer nak buat,bahan2 very basic..dan masih kek kukus.. lepas ni carik kek lapis bakar lak..ntah kat folder mana aku letak..tula,asyik2 entri tertunggak gara2 x dpt connect internet jek..huhu..

Layan gambar dulu yer...peminat kek asam manis mesti leh imagine...rasanya of coz moist seperti dalam gambar ni..hehee..

Kalau tak suka rasa asam manis yang berlebihan,boleh laa susun asam manis tu jarang2 sikit eh.. bagi aku laa...asam manis yang bersaiz kecil lagi sedap berbanding asam manis yang sekarang ni macam2 saiz dan bentuk di pasaran..yang ni aku ada letak juga yang segi empat tu untuk selapis jer..
UPDATED:

Di sini disertakan resepi bagi mereka yg berminat nak mencuba..

Kek Lapis Cinta Kirana

Bahan2:
  • 340g mentega
  • 170g gula halus
  • 6 biji telur ayam(gred A)
  • 10 sudu makan susu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170g tepung hong kong/gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • Asam manis secukupnya
Cara2:
  1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan.
  3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun rata
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan merah
  6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
  7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
  8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
  9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba
Note: Jumlah asam manis terpulang kepada selera masing2..jika ingin rasa asam manis kurang boleh lah jarakkan sedikit susunan asam manisnya dan begitu juga sebaliknya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 11, 2010

Kek Lapis Senja Permai

Salam kembali..
Sah2 jadi chipsmore nih..
Mukadimah,macam biasa..pasal line tenet..line celcom belum ok lagi..semalam dah complain kat celcom careline centre tapi buat itu ini begitu begini masih tak dapat settle gak..
Last2 katanya tindakan akan cuba diusahakan dalam masa 3 hari waktu bekerja..uhuk!
Jadi sekarang signal masih menunjukkan GSM lagi(teruk dari gprs) dan semasa aku cuba lagi dan lagi malam ni kuar kejap2 gprs,kejap2 gsm..so kejar2 n berebut2 ngan signal celcom laa nampak gaya..kalo signal gsm memang langsung x dapat connect...kalo gprs boleh connect tapi slow yg amat(ok laa dari takleh langsung kan..)mana sempat aku update aku update eh..x kisah laa entri basi pun..heheee..
Kalau tak dapat bayangkan teruknya line celcom kat sini takpelah..korang yg laju line tenet tu gunakanlah sebaiknya eh! :)

Jadi tanpa berpanjang lebar lagi meh perkenalkan kek seterusnya ni..kek ni biasa2 jer tapi biasa2 pun sedap tauu..yg penting kek ni moist jugak..
Apa yg istimewanya bahan2nya ada menggunakan yogurt..tapi takde laa sebijik perisa yogurt tu..standard laa kek lapis sarawak bhn2 digunakan lebih kurang jer asasnya..hehe

Resepi insyaallah akan diupdate kemudian yer..kalo lum update gak(tapi ada yg nak resepi) tolong ingatkan yer sebab buat masa ni memang susah sket nak berada di alam cyber..paling sempat pun selalunya menembuskan diri ke FB jer..hoho..
Sekarang ni target nak upload semua gambar yg sepatutnya jadi entri sebelum ni..mungkin juga akan di auto publish agar blog ni x jadik haunted blog..ngeheehee...biar x semoat labah2 nak bersawang.

Nama kek ni diambil sempena warnanya seakan mentari yg tenggelam diwaktu senja yang permai...hehee...pandai2 jer aku ek..ahaks..warna kek ni coklat,oren dan kuning..

UPDATED:

Kek Lapis Senja Permai

Bahan2:
  • 16oz(450g) mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kaya sederhana(300g)
  • 1 tin susu manis(hasue guna krimer manis)
  • 170g yogurt perisa asli
  • 200g tepung hong kong /tepung gandum
  • 180g gula halus
  • 200g milo
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning dan oren
Cara2:
  1. Panaskan pengukus,gris loyang dengan mentega dan tabur rata dengan tepung
  2. Pukul mentega bersama gula halus sampai berkrim dan masukkan telur satu persatu.
  3. Sambil terus memukul dengan kelajuan perlahan,masukkan esen vanila,susu manis,serikaya,yogurt dan tepung hong kong.
  4. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagikan kepada 3 bahagian
  5. Bahagian pertama diwarnakan kuning, bahagian kedua diwarnakan oren dan yg ke tiga masukkan serbuk milo(boleh tambah sedikit browning sugar utk warna lebih gelap) dan gaul rata.
  6. Kukuskan dahulu 1 cawan bahagian milo,setelah masak lapiskan pula dengan warna oren dan diikuti warna kuning.
  7. Buat berlapis2 sehingga habis. Kukuslah sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.
  8. Selamat mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 28, 2010

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Hari ni nak share satu lagi resepi kek kukus Sarawak,resepi ni dapat dari kakak ipar dulu dah..beberapa tahun lepas..tapi baru 1st time buat sendiri..dulu merasa yang dia buat jer..hehe. Macam biasa laa dah buat sendiri tu pepandai jer adjust mana2 yang nak ditambah atau dikurang bahannya tapi tidak menjejaskan resepi asal..insyaallah..
Penggunaan cream cheese dalam kek sarawak boleh dikatakan baru juga..dulu2 zaman 80an dan 90an belum dikomersialkan lagi agaknya..

Kek ni,walaupun gah menggunakan nama cream cheese tapi rasa kek tidak semata2 perisa cream cheese seperti kek2 biasa tu yer..terutama kek keju non bake mesti rasa cream cheese yg kuat kan..kek ni masih mengekalkan ciri2 kek sarawak yang tetap ada rasa moist, pastu dalam setiap gigitan boleh rasa asam manisnya,coklat rice dan rasa lemak2 cream cheese sendiri..
Nak explain lebih2 pun tak reti,kena cuba sendiri baru tau tu..
Yang pastinya,kek nih pun ada penggemarnya tersendiri ketika dihidangkan sebagai juadah di hari raya..

Mengenai warnanya yang oren lak resepi asal memang dah gitu so malas lak rasa nak tukar warna tapi kalau korang nak tukar jadi kaler lain seperti kuning ke.. apa salahnya kan..
Di sini disertakan resepinya sekali bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri..

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya >hasue guna saiz sederhana
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder > hasue x letak
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
2 bungkus hawflakes(potong halus)
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Bila sudah masak,taburkan hawflakes yang sudah dipotong halus
  7. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  8. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  9. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  10. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir.
  11. Selamat mencuba!
Note: Macam biasa,jangan lupa kaedah mengukus yang betul iaitu pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus kek yer..

Maaf laa takde gamba yang dah dipotong kecik2..nih dah redi nak pack balik kampung hari tu..hehe..nak tengok gambar potong kecik2 leh refer entri sebelum ni ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 27, 2010

Kek Pandan Serikaya (Kukus)

Salah satu kek raya aku buat tahun nih.. kegemaran ramai juga ni..Kek ni tergolong dalam kek yg agak popular juga beberapa tahun dulu.. Ada yang ingat kek kek lumut sebab rupanya yg seakan sama tapi sebenarnya bahan2nya lain dan rasanya juga agak berbeza yer..kek lumut menggunakan tepung badam n nestum tapi yg ini mengandungi perisa horlicks dan kaya dengan rasa pandan..
Kek ni lagi sedap sebenarnya kalau guna serikaya pandan yg berwarna hijau tu tapi memandangkan ia agak sukar ditemui,guna serikaya biasa pun sudah memadai..

Cuba perhatikan warna pada kek kukus yang aku buat ni eh..
Sebelum ni pasti korang pernah dengar kek2 sarawak ni selalu dikukus berjam2 lamanya..tekstur dan warna pada kek kukus yg dikukus lama dan sekadar masak sahaja berbeza sebenarnya..
kek pandan ni..lebih lama dikukus hijaunya semakin tua..keknya lebih tahan lama tapi kelembapannya tetap maintain gitu..tapi kalau bercakap pasal tahan lama sekarang lebih senang dah ada peti sejuk...lepas sehari dah leh sumbat jer dalam aisbox..tahan berminggu2 kek2 kukus gini...cuma perlu bungkus jer dalam aluminium foil atau dalam bekas kedap udara..


Kek yang dipotong tu(gambar di atas ni) kek yang lebih sekejap kukusnya..warna masih hijau muda gitu..so kalau bertandang di hari raya tengok warna kek gini mungkin dia kukus kejap jer ek..hehe..
Kek lumut pun gini gak,sebab tu dinamakan kek lumut sebab warna lumut yg hijau tua..ehe

Oklah,untuk mereka yang ingin mencuba sendiri membuat kek ini di sini dikongsikan resepinya yer..resepi lama dah lama dalam simpanan,dari buku koleksi my sis kalo tak silap.. :)

Kek Pandan Serikaya
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana

Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
  2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
  3. Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
  4. Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
  5. Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba
Contoh pes pandan yg digunakan dalam resepi ini.. terdapat 2 saiz di pasaran.


Kek Sarawak kukus biasanya memang agak padat tapi lembut..bukan bantat yer.. ;)

Jika taknak kukus lama2,memadailah selama 1 setengah-2 jam sahaja tempoh mengukusnya..

P/s: Mungkin terdapat nama lain lagi bagi kek yg menggunakan bahan sama. Tak perlu keliru ya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 2, 2010

Kek Hitam Manis[Kukus]

Bertemu kembali..
Kali ni nak share satu lagi resepi kek kukus negeri sarawak yg agak2 kalo raya antara kek yg paling laris di meja hidangan..lagi2 kalo yg datang beraya tu penggemar kek2 sarawak yg basah2 gitu..ehehe..

Kek ni tak jauh beza dari kek belacan yg aku dah share resepinya sebelum ni yer..ada satu dua bahan dan sukatan yg tak sama dan ia membezakan dari segi tekstur dan rasa kedua kek ni..masing2 ada keistimewaan tersendiri...nak tau kena cuba sendiri...

Dalam pada lambat tunggu upload gambar kat blog ni tadi aku try2 gak upload resepi kat myR..alhamdulillah,dalam lambat2 pun kat sana dulu yg masuk..boleh rujuk resepi yg dah dikongsikan kat sana(klik) juga ya..
Cuma kalo nak tengok gambar lebih jelas leh tengok kat sini..
Apa2pun senang laa aku terus aje kopipes dari MyR jer buat rujukan rakan2 yg datang bertandang ke blog biru nih yer..

Kek Hitam Manis
By:HaSue

Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )

* 450g Mentega berkualiti
* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah)
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete

Nestle cream yang digunakan dalam resepi ini..ada 2 saiz di pasaran.

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)

Kalau nak buat setengah adunan,boleh gunakan loyang 8x8 inci yer.. lepas tu ikut cara sebenar kek ni dikukus selama 6 jam..tapi jika bukan untuk disimpan lama memadai dah 4 jam tu...lagipun selepas sehari boleh laa simpan dalam peti sejuk.
Bila nak makan,keluarkan lebih awal baru dipotong2..
Kek ni sedap tauuu..

Oh ya,bagi yg takut atau seram sejuk dengan kek sarawak yg manis...jangan laa risau yer..sukatan gula dah dikurangkan sebenarnya,dan masih boleh dikurangkan sehingga 180g tapi kalau boleh jangan kurangkan sukatan pemanis lain seperti susu dan serikaya kerana khuatir mengurangkan kebasahan kek tu seperti yg sepatutnya..

Nak tengok tekstur kek nih dari dekat..haa,nih fokus dekat sket..setelah dipotong2 n redi nak makan..

P/s: Semua kek yg berasal dari sarawak juga aku letak kat label 'kek lapis sarawak' walaupun x berlapis agar senang nak utk dirujuk... :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...