Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Pulut Serikaya.. nyumm!

Assalammualaikum..

Selamat pagi.. dah sarapan lum? Dah bersenam ke? Korang jangan malas2 nak bersenam tau..sekurang2nya 3x seminggu..paling tidak korang jalan kaki ke hulu ke hilir ke,kan..janji kuar peluh..
Aku ke? Err..kita teruskan dengan menu pagi ini..(hahaha..)

Nih first time laa buat kuih yang macam serimuka tapi bukan serimuka cuma adik beradik ia kot. Proses pembuatan tu saling tak tumpah laa kan..jadi takde la masalah sangat sebab dah biasa buat serimuka..cuma nak membuat tu asyik tangguh2 jer sejak terpandang kat dapur kak Rosaliza dulu.. mujur aritu kak liza post lagi sekali,macam mengingatkan jugak laa..'sue,bila nak buat nii...'gitu..kikiki..
Jadi,moral of the story, sebagai blogger masakan..jangan takut nak masukkan post ulang tayang..kadang2 ia membantu mengingatkan.. lagipun kan,pengunjung blog kita tak semestinya orang yang sama ajer...ada juga orang yang baru pestaim jejak kaki.. lagi satu,menu jer ulang tayang,hasil dan gambarnya of coz lain2 kan kan..! Tapi jangan laa berderet hari2 menu yang sama lak..pepandai laa adjust timing kan..hee..

Dari segi rasa memang best! Rasa pulut tu macam biasa la kan..yang atas tu rasa kuihnya lembuttt...akuk sukakk! Cik abang aku dan anak2 pun sukak jugak.. tapi dia fikir memula tu serimuka..pastu tanya napa tak buh kaler hijau. Lepas terangkan baru dia faham.. kiranya ni adik beradik serimuka tapi tak sama emak..yang serimuka tu kawin ngan orang kampung,yang ni kawin ngan orang bangla..-ni idea tambahan jelah,kot2 masih ada yang tak paham kan..huehue..marah kak yatie.

Kenapa kak yatie nak marah? Sebab ni resepi beliau.. tapi takde la kak yati tu pemarah,dia manis2 ayu jer.. sapa laa tak kenal ratu talam kann..*bodek takut kena marah..
Pastu resepi dikongsi oleh kak Liza kat blognya..aku lak nampak resepi ni masa kak liza tayang..see? see? gitulah macam mana resepi antara blog masakan ni tersebar.hehe..

Terima kasih buat kakak2 berdua ni.. rasanya ramai lagi dah cuba. Minta izin nak kongsi resepinya yer kak..

PULUT SERIKAYA
Resepi : yatie memories
Sumber: embunrosaliza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.


Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka-hasue letak 1/2 cawan gula apong
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas

Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin

Close up sikit teksturnya yang lembut..hmm..sedappp!

Pulut tu biasanya aku rendam dari jerang air pengukus tu sampai ia mendidih baru toskan dan masukkan santan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 5, 2011

Pulut Panggang Inti Serunding Daging

Serius,kelaparan melanda aku masa ngah ngedit gambo ni tadi..huwahhh,masih terasa2 keenakan pulut ini dimakan bersama serunding daging yang sedap pemberian dari seorang akak blogger ni.. Dengan aroma daun pisang tu lagii..iskhh..

Ni projek hujung minggu hari tu, sampai 500g aku masak pulut tu.. untuk keluarga kecik ni cam banyak lak kan..maklum laa,ahli keluarga aku nih penggemar pulut..
selain buh inti serunding ni,aku buat juga pulut panggang tanpa inti untuk budak2 yang tak suka makan serunding nih..pedas katanya..selamat serunding aku..hahaha,diorang cicah ngan daging kari..tu tak kepedasan lak..huhu
Tapi memang best laa..sapa2 suka menu pulut tu mesti tau rasanya..aku yang minat pulut sekadar bermain air di pinggiran pantai ni pun buleh layan sampai 3 ketul sekali harung..pehh..sedapp!!
err,3 ketul ke aku sebut tadi?ayayaii...takpelah,bukan selalu kannn..*sedapkan ati sendiri.heh :D

Pulut panggang ni masih panas2 lagi ok..panggang tu atas grill pan pemberian orang seorang akak blogger gak..alahai,semua je pemberian orang ni..hihi..

Giler tamak...buh inti banyak2..sampai tak berapa nampak pulutnya..kalau orang jual ada ke letak inti banyak gini? Tak untung laa jawabnya..sebab tu nak inti lebih sila2 laa buat sendiri..hehe


Kitorang suka pulut yang lembut jer,melekat satu sama lain.hee..ada orang yang suka pulutnya tak lembut sangat kann..Bila garamnya cukup rasa,makan pulut jer pun dah sedap!cam lemang gitu..

Nak resepi ke ekk? Rasanya ramai yang reti buat kann..aku buat ikut selera orang kat umah ni ..takpe laa,tepek juga untuk rujukan bagi mereka yang nak cuba yer..aku suka sebab cukup rasa cukup lemak..bila buh inti serunding,tak hengatt..satu lagi bila buh inti sambal tumis..aduhh..lapo2..

Apa2pun terima kasih buat akak yang baik hati kirimkan serunding daging tu yer..n mekasih juga kat akak yang hadiahkan grill pan aritu..semoga semakin dimurahkan rezeki akak2 sekalian..

Pulut Panggang Inti Serunding Daging
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 500g Beras Pulut-rendam 1/2 jam
  • 250 santan pekat-hasue guna santan kotak*
  • 400ml air*
  • 1 sudu teh garam* -satukan bahan2 bertanda *
  • Daun pisang secukupnya-layurkan
  • Serunding daging-secukupnya
Cara2:
  1. Toskan beras pulut yang direndam tadi,masukkan ke dalam bekas tahan panas(seperti loyang) dan campurkan air santan. Kacau sedikit agar sekata,goyang2kan sedikit loyang agar masak rata
  2. Kukus selama 15-20 minit,buka penutup pengukus dan kacau pulut seketika menggunakan garfu. Tutup semula dan masak lagi selama 5 minit. (Jika pulut masih belum masak,sila tambah masa mengukus, Jika pulut kelihatan kering boleh tambahkan sesudu-2 sudu santan/susu cair)-sejukkan pulut yang sudah masak
  3. Ambil daun pisang, potong ikut saiz sesuai,lebih kurang separuh saiz kertas A4, sudukan pulut ke atasnya dan ratakan menggunakan sekeping daun pisang lagi..jangan terlalu ditekan,sekadar kemaskan sahaja.
  4. Bubuh inti serunding di atas pulut secukupnya,pegang dengan kemas di hujung kedua bahagian pulut dan gulung dengan kemas. Lipat di hujungnya dan semat dengan lidi/toothpick.
  5. Bakar di atas grill pan dengan api perlahan-sederhana sehingga daun sedikit keperangan atau sehingga daun pisang mengeluarkan aromanya. Sedia untuk dihidangkan!
Sedapppp sangattt ok! Pulut yang lembut n serunding yang enak!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 2, 2010

Ketupat Pulut vs Kari Ayam Kampung n Kuah Kacang

Salam semua..bertemu lg kita.
Tahu tak lagu raya nostalgia yg intronya.."kini tiba masanya..berhari rayaaaa..." bila dengar lagu ni memang rasa raya habis jer..meremang bulu roma kalo time sunyi2..coz lagu dier menusuk jiwa raga tul. Terbayang juadah2 raya tu haa..apa2pun lagu raya yg menjadi pilihan semestinya yg nostalgia kan..agaknya sebab masa kecik2 dulu kita lebih rasa kemeriahan hari raya..

Entri kali ni mungkin panjang sket..saja merajinkan diri menaip..lepas geram sebenarnya..sesambil tunggu lagu raya kat sinarfm tapi takde jugak rupanya disiarkan pepagi buta nih..eheh
Semalam x entri sebab x tembus nak pegi ke 'create post'..betul,kalo dah tenet tenat..hanya yg pernah mengalami jer memahami.huhu..jeles tul tengok orang guna tenet laju berdezup.hehe..

Ketupat keris,bila dipotong2..iras2 lemang la rupanya..hehe

Ok,nak cerita lak..menu yg sedang posing ni projek masa cuti laa..ketupat pulut..
Kat semenanjung aku x sure laa ketupat guna pulut atau nasi biasa? Kak liza cakap guna beras biasa..kawan kakak ipar aku pun cakap gitu gak..betul laa agaknya ek?hehe.. kalo guna pulut untuk ketupat palas jer ek?

Mulanya projek nih..kira nak buat lemang 2nd round di bulan puasa cam aritu..tapi takde org jual buluh lak..yg ada orang jual pucuk nipah. Jadinya aku suggest kat cik abg,'apa kata,tak buat lemang kita buat ketupat..nak?'
Dia pun kata,"biar betul ni?" aku angkat2 kening..tanda sungguh2
Daun palas ada gak org jual tapi pendek2 so malas la nak beli..

Balik umah terus jer anyam ketupat sorang2 sebab cik abg kite tu tau nganyam sejenis ketupat jer..yg guna satu daun,tu pun kadang2 jadi,kadang2 tak jadi(sedap jer aku ngutuk laki aku ek)hihi..tak,betul ni..kadang2 kalau kita jarang2 nganyam ketupat ni memang gitu,dah sekali diajar kita akan buat menjadi..cuba buat lagi sekali..haa,mula laa tanya balik..'lepas ni macammana?','yg ni masuk mana?'
Taaaapiiii..yg itulah yg seronok n bagi meriah semasa proses menganyam beramai2 masa nak raya tu..kadang2 yg tak jadi ada yg senget(tak seimbang), lepas tu ada yg double line(x berselang seli) dan mcm2 rupa jer..last2 kang ada yg kata,'asalkan beras x kuar,sudah..'hehee..
Aku pun bukan reti anyam banyak jenis ketupat nih..dalam 5 jenis jer..tu pun yg 2 jenis tu ikut stail 'modified'..maknanya 2 jenis ketupat diubah menjadi ketupat yg berbeza bila ditukar bucunya.
Kat atas tu contoh gambar ketupat yg aku buat aritu..yg panjang tu ketupat keris,ada ketupat satay,ketupat ayam ke burung ke..ntah apa nama ketupat pun x sure..hii..
Ada lagi jenis2 ketupat aku x reti anyam seperti ketupat bawang,ketupat lepas dan lain2..nama ketupat mungkin berbeza ikut tempat masing2 yer..

Kalau kat umah mertua biasanya anyam ketupat guna pucuk kelapa..aromanya lebih istimewa..
Lagi satu,kat rumah mertua di hari raya,juadah ayam yg digandingkan dengan ketupat pulut ada 2 jenis..satu rendang ayam(kuah pekat) dan 1 lagi kari ayam cara kampung..

nih sebenarnya resepi mak mertuaku itew..memang ala2 kampung..best2. Dah share resepi sebelum nih rasanya..
dari mula2 kawin dulu dah jatuh cinta dengan kari beliau nih..kuahnya tak pekat melekat tapi tak ler cair sangat..rasanya amat istimewa..kalau betul cara masaknya.
Biasanya kari ni lebih laku dulu dari rendang..hehe..
Nih juga laa aku masak untuk gandingan ketupat aku baru2 ni..tu pun aku ikut stail mertua aku nih masak..dan yg ni memang guna ayam kampung asli..bukan ayam bandar..hehe

Kalau kat rumah kitorang lak,di pagi raya pertama menunya kari ayam gak..tp kari ayamnya stail agak pekat gitu..dan agak pedas..selain tu gandingan ketupat pulut biasanya ada pilihan daging masak hitam, kuah kacang, ayam/daging kurma..
Nasibbaik la masa raya boleh melantak dua2 rumah..haha

Di sini nak kongsi resepi ketupat pulut bagi yg ingin tak tahu..ni cara kitorang sini(sarawak) laa ek..mungkin sama mungkin tak..

Ketupat Pulut

Bahan2:
  • Sarung ketupat secukupnya(boleh anyam sendiri atau beli jer yg dah siap)
  • Beras pulut
  • Santan secukupnya (dari kelapa segar)
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan.-tujuannya untuk mendapatkan nasi pulut yg kembang elok dan ketupat tidak mentah walaupun terisi sedikit padat
  2. Isikan sarung ketupat hampir2 penuh,jika pulut tidak sempat direndam dan hanya dicuci isikan 3/4 dari sarung ketupat
  3. Susunkan kesemua ketupat yg sudah berisi pulut ke dalam periuk,dan tuangkan santan sehingga hampir menenggelamkan ketupat. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak sehingga air santan hampir kering,setelah hampir kering,perlahankan api sehingga air tadi benar2 kering(supaya ketupat tidak mudah basi) . Jangan sampai hangus ya..
  5. Semasa sedang dimasak,balik2kan ketupat yg berada di sebelah atas agar seimbang masaknya.
Yang nih semua kenal,kan..kuah kacang...buat simple2 jer.

Cili kering,bawang merah,bawang putih-dikisar,pastu tumis..buh serai diketuk,tambahkan serbuk ketumbar,jintan manis,jintan putih. Tumis sampai benar2 garing baru tambah air,kacang tanah,gula dan garam..kena letak lebih gula untuk seimbangkan pedas dari lada kering..kalo pedas sangat rasa tak sesuai lak..tapi jangan termanis pula..masak sampai kuah pekat mengikut piawaian selera masing..

Oklah..dah panjang sangat lak entri nih..kalau sempat lagi selepas ni akan ada entri menyusul..kalau takde x sempat laa tunggu upload tu..

Waktu aku menaip entri nih jam menunjukkan pukul 3.52 pagi waktu Malaysia.
Mata tak ngantuk,jap lagi nak bersahur lak..ehe..baby sekarang alhamdulillah semakin aktif kat dalam tu. Saat2 baby aktif begini la moment yg paling best semasa mengandung...dah lupakan dulu bab mabuk hamil dibuatnya..pegang sini,gerak..usik sana dia buat gelombang sket..tak usik pun dia 'geletek2' jugak..hehe..rasanya semua ibu2 hamil suka bila baby dalam kandungan masing2 buat akrobatik dalam tu..pengalaman indah kan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 15, 2010

Pulut Panggang Inti Sambal Bilis

Dah hari Khamis dah kan..malahan dah malam pun kan..huwaaaa...
Pahal line tenet makin mengengsot jer kat tempat aku tuh...nih online dr library Mukah,sanggup ko redah malam2 bawak anak2 nak online..(padahal td nak melantak kepci) muehehe..

Ok2...selalu malam pulut panggang tak? aku selalu makan pulut panggang inti udang kering..aritu aku ada beli inti sambal tumis ikan bilis sedap gak..so try buat sikit2 laa kan...rata2 kat umah nih memang penggemar pulut pun..jadi xde laa masalah sangat nak habiskan yg sikit tuh..hihii..

untuk resepi meh cekedaot resepi dari lelayong nih..
intinya semua tahu buat kan?aku ganti inti ngan sambal ikan bilis jek..kalo korang rasa malas gak nak buat,guna yg dalam tin pun boleh..kalo malas gak guna jer laa apa2 yg ada..hehehe
Apa2pun,mekasih lela..

Bahan-bahan ( 36 biji )

* 1 kg beras pulut
* 5 cawan santan pekat
* Daun pisang-layukan atas api
* Lidi - dipotong 3 cm
* Garam
* BAHAN UTK INTI IKAN:
* 350 gm ikan kembung @ selar-direbus dan diambil isi
* 150 gm bawang besar-dibelah dua dan dihiris
* 20 gm bawang merah
* 20 gm atau 2.5 cm halia
* 1 batang serai
* 1 cawan santan
* Garam
* 1 sudu kecil halba

Cara-cara

1. PULUT:
2. Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan 3 cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa. ketepikan
3. INTI:
4. Tumbuk ikan bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehinggan kering. Sesuaikan rasa.
5. CARA MENGHIDANG:
6. Letak pulut diatas daun pisang. Sudukan inti ikan, kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit @ sehingga masak.

alala...cumil laa dolphin biwu tuh..hihik..pandai Jiya! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 11, 2009

Kelupis

Sebenarnya aku nak post n3 lain..tapi yg keluar nih n3 lain lak..haha
Sebabnya tadi upload dah banyak pic tapi tiba2 sangkut ntah camner sampai terpaksa restart lappie nih..dah tengok balik tak ter'save' rupanya..tensi thp gaban..
Takpelah kite tengok nih dulu...ni pun x penah kuar lagi,tersimpan dalam file tuh.hehe

Kelupis nih dah cerita panjang kat SINI dan sambungan kat SINI(sila klik)
Jadi kalau nak tahu lebih2 sila rujuk kat situ ek..

Nih nak tunjuk close up 'wajah' kelupis nih untuk mereka yang tak pernah tengok dan tak pernah rasa..hehe
Kelupis nih seperti ketupat dan lemang juga,sedap dimakan dengan rendang,kari dan sebagainya.
Selain tu biasanya orang cicah ngan gula apong atau susu pekat..emm,sedap tau!rasa lemak dan lembut...
Kalau yang tak cukup lemak dan lembut tu memang tak sedap...huhu..
Jangan lupa klik SINI dan SINI kalo nak tau lebih lanjut yer...

P/s: Kepada nuffnangers,sila gunakan cbox kat bawah yer..tq! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 17, 2009

Pulut Kuning Harijadi

Sebenarnya buat pulut kuning nih khas untuk encik suamiku untuk celebrate belated besday nya bersama 2 orang anak kami tuu...
Kan hari tu babah dah potong kek,kali nih potong pulut kuning lah pula kan...
Sebenarnya pulut2 nih peberet babah n kakak...
Suka makan pulut cicah sambal tumis atau kari
So antara hidangan semalam tuh kari ayam pun ada,daging masak hitam manis pun ada..
Suka jer dapat makan kan...

Dan tajuk jadi pulut kuning pengantin tuh pulak sebab kali nih ikut cara2 resepi pulut kuning pengantin asal dari chef paih yang merendam ngan asam n serbuk kunyit n pewarna kuning terlebih dahulu..cara yang sama macam MIL aku buat..tp menantu dia nih malas sket nak merendam2 ni..mau dikukus jer terus ngan serbuk kunyit..hik hik...
Kalo MIL lak,bukan kukus..dia tanak jer pulut tuh.heeee

Tapi wat cenggini(campur asam) memang lagi terserlah la kuningnya lagi kot...

Sapa2 nak wat pulut kuning menggantikan kek harijadi atau perkahwinan tuh bleh laa cuba cara begini yer...cuma tang mengukus tuh aku tetap guna cara sendiri sebab dah terbiasa..ahaks

Bahan-bahan ( 3 tingkat )

  • 5kg beras pulut
  • 1kg santan pekat
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar
  • pewarna kuning telur
  • 3 keping asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. basuh beras dengan 3 kali air. rendamkan beras bersama asam keping, serbuk kunyit dan pewarna selama 3-5 jam. selepas 3 jam kukus beras pulut di dalam pengukus selama 1/2 jam. bila beras dah 3/4 masak gaulkan beras dengan santan dan garam. masak lagi sehingga pulut menjadi lembut
  2. bila pulut dah masak, masukkan ke dalam loyang yang anda rasa ok. contoh hiasan seperti di dalam gambar di atas.
*Aku kukus terus dengan santan dan garam..santannya tu letak lebih sedikit dari paras beras pulut. Sebab tak rendam lama pun,dalam 30min-1 jam pun dah ok..pulut kembang cantik jer :)

P/s: Dah macam sambutan deepavali lak pulut kuning tuh disusun choc chip gitu ek..ekeke :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 7, 2009

Pulut Inti Sambal

Sekarang nih,bukan c kakak jer suka makan pulut sambal ni..
dengan abangnya sekali dah terjebak..hehee..arituh dah tayang yang bungkus daun pisang kan..
Arinih dedah sumer jer..seksi gitu..malas mak budak nih nak bungkus2..hihi.
Buat setengah kilo pulut,banyak jadinya..hehe..yelah kan, asyik2 macam tak cukup jer..huu
Pulut tuh plak kena masak lembut sket..baru budak2 n bapak budak laju jer makan... tapi taklah sampai lembik yer.hehe..


Buat yang tak suka atau tk dapat makan pulut tuh pejam mate jelah ek..hehehe :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 29, 2009

Pulut Sambal

Salam..
Untuk sarapan pagi ini,masih berasaskan pulut.
Pulut sambal ni peberet c kakak,mau 3,4 bungkus untuk dier jek skali duduk..
Tapi tak ler buat sambalnyer pedas sangat..mau terjelir lidah budak tuh karang kepedasan.ekeke..
Sebenarnya sekadar untuk sarapan di rumah memang tak perlu dibungkus,tapi..kalo c kakak nih,tengok pulut tuh bogel jerk..lambat ler dier nak makan..x mcm yg dibeli bagi dier kot..aeheh.Nak jugak yg menutup aurat..hehee
Cara nak bungkus simple jerk..semua dah pandai kan??
Pastikan kat atas tuh bersilang jer macam dalam gambar ni ha,
baru santek rupanya(perasan jap) dan x mudah terbuka..
belakang cucuk ngan pencungkil gg..guna stapler x baik kan...
kalo org jual biasa guna stapler ajer..nak cepat katekan..

Kalau tak silap,kuih koci pun bungkus gini kannn???

Sambal nih simple gak...semua pun tau buat kan..
Best laa ek,tak yah taip resepi.heeee...
Pagi tadi c kakak sempat makan satu bungkus jer..
Balik sekolah nih kang sure dier carik lagik..hehee

Err..korang sarapan apa pagi nie ehhh??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 28, 2009

Wajik Pulut

Salam di penghujung minggu..
Ini projek malam tadi merangkap breakfast pagi td dan selebihnya ditelan sebelah petang.
Tak susah sebenarnya buat wajik nih..err,kalo M tuh tajuk lain ler yer.hehee
Sebelum nih aku wat cara kukus gak..sukatan pulak main agak2 jer tp x pernah gak menghampakn.
Nih peberet my hb,tp nak yg lembut jerr.huhuu..

Kali nih try sukatan kak as lak..
Alhamdulillah,juga tidak mengecewakan...
Hubby sukaa...isterinya pun gumbira..anak2 pun mkn juga..

c n p dr Myresipi..thanks kak As

Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )

  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan-nih x letak ler psl xde
  • Daun pisang utk alas talam/loyang- guna plastik jek..hee
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..-kalo ade duyan nak gak letak,malangnya takde.huhu

Cara-cara

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
  9. Sejukkan..dan sedia dipotong..


Meh ler makan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...