Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Menu Diet. Show all posts
Showing posts with label Menu Diet. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Kek Suji Oren Berkalori Rendah..

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di hari Ahad yang cerah.. :)

Kek ni,sesuai sangat untuk orang2 diabetes, darah tinggi, sedang diet tapi nak makan kek dan orang2 yang tak suka manis2.
Sesuai dengan nama kek ni juga la kan,memang bahan2 digunakan pun memang rendah kalori..jadi jangan komen tak sedap macam kek yang biasa korang makan kat secret recipe lak..tu nak kena tangan namanya tu..eheh.

Kot2 ada yang tercari2 resepi kek yang sesuai untuk orang2 yang berpenyakit seperti aku sebutkan tadi ..mana tau ada sedara mara ke,sesapa ke kan..boleh la korang buatkan kek ni untuk dorang..rasa kek ni lebih best bila disapu sirapnya tu...kalau tak buat dier tawar n kering la sket kan..tapi masih boleh dimakan la.. cam dalam gambar ni aku lum sapu ngan sirap lagi..den lupo..heee..
kulit oren tu pulak memang menambah perisa. Jangan parut sampai kulit putihnya yer,takut pahit lak.

Resepi ni aku rujuk dari buku Shadow Kwan yang bertajuk Manisan Berlemak Rendah. Jadi tak semestinya semua kek menggemukkan atau tinggi kalori yer.
Kek ni aku buat sempena nak menghabiskan stok tepung semolina aku tu..dalam pada tu memang dari beli buku ni dulu nak cuba resepi ni tapi takde stok tepung ni lak..
Okeylah,untuk rujukan bersama,aku kongsikan resepinya di sini..selamat berdiet!hehe..

Kek Suji Oren Berkalori Rendah
Resepi Asal:Shadow Kwan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2 biji telur
50g gula halus
60g tepung suji
20g tepung bergluten rendah -hasue guna tepung hongkong
2 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar jus oren-dari buah oren
2 sudu besar minyak sayuran

Cointreau Syrup:50g air,1 sudu bsr cointreau(pati oren cam sunquick pun ok),15g gula

Persediaan Awal:
  1. Panaskan oven 180c
  2. Gris dan alaskan tin pembakar 7 " x 2.5 " dengan kertas pembakar,ketepikan.
  3. Ayak tepung suji bersama tepung bergluten rendah,ketepikan.
  4. Panaskan minyak sayuran lebih kurang 5 minit,ketepikan.

Cara2:

  1. Pukul gula dan telur sehingga pekat dan kembang.
  2. Tambahkan campuran tepung dan suji. Masukkan parutan kulit oren dan gaul perlahan dengan senduk plastik
  3. Campurkan minyak sayuran dan jus oren.Kacau sebati dan segera tuangkan ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit atau sehingga permukaan kek nampak keperangan. Keluarkan kek dan cucuk dengan lidi,ia masak jika lidi keluar bersih.
  4. Untuk membuat syrup cointreau:masak air dan gula hingga larut,padamkan api dan masukkan Cointreau. Sapukan kek yang baru dikeluarkan dari oven dengan syrup,potong dan hidangkan..
Kejadian kek yang gebu..yang penting ia berkalori rendah! selamat mencuba.. :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 11, 2011

Bihun Sup Ayam...lah pulak..

Hai..bertemu kembali..

Sebenarnya aku dah taip panjang berjela2 entri ni tadi tapi entah macamana dia suh sign in lagi sekali lepas tu kuar error 404 kalo x silap..pastu aku gi edit post dah kosong balik.. stress.
letih makcik naip pepanjang termasuk resepi sekali dari subuh tadi..huwaa..

Aku dah lama tak ngupdate atas ketensionan terhadap broadband semenjak minggu lepas..dah hujung minggu line tenet ok sikit..tapi aku lak sibuk dengan aktiviti keluarga..aktiviti outdoor lak tu.hee..
Terima kasihlah buat kawan2 yang duk terjerit2 suh update tu yer..lagi2 kak rosaliza yang sentiasa di hati..hehe..tak pasal2 kena marah sebab lama tak update blog..ehe..mana de kak liza marah..saja tokok tambah penyedap cerita..hihi..jangan marah kak.. :P

Semalam lak cik abg nak bertolak ke miri atas urusan kerja tapi ada aral melintang yang disyukuri kami ketahui lebih awal dan amat membahayakan jika tidak ketahuan dan perjalanan diteruskan.. terpaksa laa dia bertolak seawal 3 pagi tadi untuk menghadiri program pukul 8 pagi.. alhamdulillah dah selamat sampai pun tadi.. Tapi 2 hari gak laa kena tinggal nih.. huhu.. orang kena tinggal 2 minggu..2 bulan tak bising pun kan..

Jadi memandangkan malas nak naip balik..layan gambar jelah eh...bihun sup ayam ni sedap dan low calorie.. sesuai untuk orang2 berdiet.. :)

Lepas ni post resepi yang tak berapa nak diet lak..ehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 24, 2010

Tauhu Lembut Kukus Berhias Udang Kering

Uih..laju lak tenet pepagi nih..semalam tak tembus2 kat umah cyber ni haa...kena taip laju2 nih..ehehe...

Sekarang ni makanan2 kukus dan bakar jadi pilihan utama sebab nak turunkan beberapa kilo berat badan..hahaa...sapa nak ikut diet meh laa skali..hee

Apa2pun nih antara menu semalam yer..resepi cedok dr majalah Rapi..yg terbaru di pasaran.hehe...
Ada yang dah try lum?
Kalo dah try mesti dah tahu keenakan tauhu kukus nih...
yang bestnya resepi simple tapi menten sedap...tp tauhu lembut ni bak kata Dina, makan ngan kicap pun dah sedap...heheee...

Tapi bila taruk udang gini memang best...sebelum ni pernah makan ngan pulut kuning jer udang kisar nih...haa,cubalah yer..
Dipanjangkan di sini resepinya..copy lebih kurang jerlah ye..thanks Rapi!

Bahan2:
  • 1 ketul tauhu lembut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • Daun bawang > sue letak daun sup,cili hiris skali
Cara:
  1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
  2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
  3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
  4. Selamat mencuba..
Tauhu ni sedap dimakan semasa masih suam lagi....macam semalam tuh kan,tak sedar 1/3 dak aku ratah...hahah...sedap!

Nota Biru:Info dari Rapi mengatakan Tauhu mengandungi zat minyak omega 3 bagi menurunkan kadar kolestrol dan protein yang kaya dengan asid amino.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 18, 2010

Acar Timun Nenas

Mesti ramai yg dah tau macammana buat acar mudah gini kan..
Amat sesuai digandingkan dengan nasi beriani, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan macam2 jenis nasi pun..

Kalau untuk kenduri kecil2an menu ni juga selalu menjadi pilihan kakak sy...jadi selalu jugalah membantu potong2 itu ini...sedap ratah gitu jer..tp kena sebatikan semua rasa yer

Bahan2:
  • Nenas-kupas,potong kecil memanjang
  • Timun-potong kecil memanjang
  • Lobak merah(optional)-potong kecil memanjang
  • Cili merah-hiris
  • Limau kasturi-hiris sebahagian dan sebahagian diambil jus menggantikan cuka
  • Bawang merah-hiris nipis
  • Bawang putih-hiris nipis
  • Sedikit halia-hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan2 dan sebatikan semua rasa.
  2. Jus limau kasturi juga boleh digantikan dengan cuka
Kadang2 orang tak letak bawang2an tu.jadi pendek kata boleh letak bahan2 ikut citarasa sendiri lah yer..selamat mencuba!

Nota Biru: Jika tidak habis boleh simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 1, 2010

Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis

Salam bersiaran kembali..
Dah berapa hari tak update blog..ada orang kesah?ah,x kisah pun takpe..kite tetap rindu nak blogging juge...ehe

Oklah,menu pertama ditayangkan bulan Februari adalah ayam bakar.
Salah satu cara nak tau ayam dah masak ke tidak kat bahagian dalam tu,cuba cucuk isi ayam(guna pisau atau cake tester ke..) bahagian paling berisi(seperti peha ayam atau dada ayam) dan apabila jusnya keluar jernih tanpa darah bermakna ayam kita dah masak..dan lain kali,kita dah tahu berapa lama nak set oven kita untuk masak ayam tu..

Ayam ni kalau masaknya terlalu kering,kurang sedapnya..kan!

Resepi ni asal dari Ros, tapi amik dari umah kak ina..tq keduanya :)

Bahan-bahan
• 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
• 1 sudu kecil blackpaper
• 2 cm halia ( agak-agak je)
• 2 biji bawang putih
• 1/4 biji bawang besar
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula
• 1 sudu kecil kicap manis
• 1/2 sudu kecil garam
• 2 sudu besar mayonis
• sedikit lada sulah

Cara-cara
• Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
• Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Kalau ayam,bahagian kepak selalunya kite sambar dulu..yummy!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 27, 2009

Bakso!Bakso!

Haaa..tengok!tengok!dekat 1 jam try post satu n3..
Jadi n3 nih dah masuk n3 ari rabu ler pula ehh..
Jadi,salam utk hari Rabu.hehe..

Bila orang sebut bakso nih,terbayang kat filem2 indon yg duk sorong gerai kecik tuh jual bakso..
Sambil jalan,wak tuh jerit laa,BAKSO!BAKSO!heheee

Arituh tengok kak yatiezaini buat nih..
Pastu bakso Ctzura plak menggoda..daku x leh tahan dahh..huahuaa..
Padan mukaku kena buat bakso sendirik..



Telur lebihan buat meat ball tuh aku goreng tabur kat atas..penambah sedap..lgpun x baik membazir..hehe.Dalam gambar takde cili padi..mmg kaw2 tenyeh cili padi kat dalam mangkuk tuh..

Bakso nih 1st time buat..nak kate 1st time makan,tp macam pernah makan gak sebelum nih.
Ada satu resepi indon gak,pernah makan mcm nih gak,tp ayam dan bersantan..err,ader kacang kot..lupe plak..rase lebih kurang gini gak..cuma yg nih tak bersantan.
Jadi sesuai gak untuk menu diet ni..
Minyak untuk menumis tuh jangan ler letak banyak sgt..
Kalo ngah diet,meatball tuh mkn seketul 2 udah ler yer..

Ohya,kite wat meatball sendirik tau..
Tak main ler yg frozen2 tuu..(jeling2 kak t n ctzura)ekeke.. :P
Tapi terasa tul kelainannya tuu
Rasanya jangan cakap lerr..nak taip jer..SEDAPPP(sape lg nak puji ye x)hahak

Bakso nih biasa org makan ngan sambal kicap eh?
Kite makan ngan cili padi lenyek dalam mangkuk..
Perghhh..berppoluh den!pedasss..tp terangkattt..di samping simpleeee..hehe

c n p resepi che iza myr...thanks! :)

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 30, 2009

Jus Epal Hijau

Panas benar cuaca sekarang nih..
Cari minuman yang sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga di tengah hari begini,
terserempak pula ngan buah epal yang duk bertapa dalam esbox..
Terus jer buat jus peberet nih.dah berapa minggu tak minum jus nih..
asyik makan epal gitu jek..(sebab malas nak ngeluarkan blender dari gobok)



Kalo orang ngah berdiet memang epal hijau nih laa sahabat sesuai..
Yang bestnya beli epal nih kite sorang jer habiskan..orang len x suka sebab agak masam..
Kalo jus nih suka plak..

Dah sememeh jer pas dihirup sikit oleh banglong n hiasannya tadi sudah dirobek olehku

Bila dah minum memang sedapp di tekak..
Layan gambo saje yer. Jangan order2 tau..epal dah abish..2 biji jer tinggal tadi haa..heheee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 22, 2009

Sup Sayur Special

Salam..

Ni menu kite malam tadi.
Tak payah makan nasik dah bila ngadap sup gini..
Untuk mereka yang sedang berdiet,menu ini memang sesuai untuk kita kan..
Kandungan nutrisi di dalam setiap hidangan mencukupi keperluan harian kita.
Nak tmbh sayur lain pun boleh juga.ikut selera jer kan..
Ramai yang dah pandai masak masakan ni tp kite nak share gak..


Penyediaannya pun mudah sahaja..

->3 ketul sayap ayam dipotong agak kecil(sy guna bahagian dada ayam,nak perabis stok)
->Kupas 1 biji kentang dan potong dadu kecil
->Rendam 1 bungkus kecil su'un
->Rendam juga cendawan hitam(dalam 4 kuntum)-dah lembut,buang bhagian keras dan potong ikut suka.
->Tidak ketinggalan,2 keping fucuk(tauhu kering) pun direndam dengan air panas.Bila sudah lembut,potong pendek2 atau ikut suka juga


Cara Memasak:
->Panaskan sedikit minyak
->Bawang putih,bawang merah dan halia ditumbuk/dikisar menggunakan blender bhn kering
->Tumis bahan kisar tadi sehingga terbit bau
->Bila sudah naik bau masukkan ayam yg dipotong dan kentang sekali
->Masak sehingga ayam kelihatan mengecut barulah ditambah air
->setelah itu masukkan fucuk yang sudah dipotong/digunting dan kacau.
->Masukkan pula cendawan hitam serta perasakan dengan garam dan perasa(jika suka)
->Akhir sekali masukkan su'un.kacau rata dan apabila sudah cukup dari segi rasa dan masaknya pun dah rata boleh laa tutupkan api.

Tips Diet:Makan malam sekurang2nya 3 jam sebelum masuk tidur.. (kite kadang2 terbabas juge..iskh2)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...