Ecece..anugerah blogging jer..bukan anugerah panca delima nih..
Dapat anugerah atau award nii daripada kak Diana @ melley mey yang comel dan cun melecuns tu..kalo tengok mesti kita ingat 20an lagi..hehe..
Terima kasih tak terhingga buat kak diana atas ingatan terhadap saya yang tenggelam timbul..sibbaik setakat ni tak tenggelam terus sebab stress ngan masalah tenet.hehe.. ni nak drop komen kat entri akak pun tak lepas lagi.haha..
Pastu award ni ada lak tag nak jawab sekali..jawab ringkas2 takpe kan kak diana kann..heee
1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
-Terima kasih kak Diana untuk award ini.. (eh formalnya..hehe..)..untuk ke blog kak diana..sila klik SINI. Blog masakan akak ni cantik je cam orangnya..sila,sila..
2. Share 7 things about yourself on the post.
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
- Peminat lagu slow rock dan jiwang2 90an..sungguh mengimbas memori..tapi memang lagu2 pada era itu sangat best belaka..
- Sebenarnya tak tahu makanan apa yang spesifik jadi makanan kegemaran sebab selera suka bertukar2..tapi selalunya tak laa cerewet sangat kalau pasal makan..asalkan sedap ke tekak jer..eh,tu bukan cerewet ke?hee..
- Dulu2 suka baca novel,tapi sekarang sebab masa terhad..lebih suka belek2 majalah kewanitaan dan keibubapaan..buku resepi..kadang2 tu sabo jelaa baru jer beli dah tak ber'cover' bila anak2 tumpang baca gak..
- Seorang yang sensitif..tapi selalu positif dalam masa yang sama..insyaAllah.
- Seorang pelanggan celcom broadband yang tidak berpuashati dengan servisnya..seksa benar nak blogwalking bila broadband meragam..rasanya tiap kali kena tag harus juga kuar isu ni.haha..
- Tak suka pada orang yang bersifat talam dua muka..lain cakap di depan,lain di belakang..lagi2 bila saya dah tahu perangainya gitu..iee..tak kuasa rasanya nak berdepan dengan orang gitu..biasanya orang sebegini suka tikam orang dari belakang atau istilah lain duri dalam daging..aa,gitu laa lebih kurang.. :)
- Tak biasa menjalani kehidupan seharian tanpa jam tangan..terasa kehilangan sangat kalau takde melekat kat tangan nih..hee
Nak tag orang lain kena tambah 2 jam lagi lak kang...rasanya dah ramai yang kena tag ni..lagipun nak tag pastu nak bagitau orang tu lagi kang memang seksa jiwa raga di kala tenet ku semput nih..harap kak diana paham yer.hee..tak paham pun sila buat2 paham..haha
Tapi apa2pun terima kasih sekali lagi buat kak diana atas ingatan ini..harap hubungan perkenalan ini berkekalan sampai bila2 :)
















