Selamat pagi Jumaat yang indah..awal2 pagi lagi dah panas kat sini.
Rasanya sekarang dah nak masuk musim hujan gak sebab selalu gak laa hujan sekarang ni berbanding bulan lepas yang kemarauu berpanjangan.. tu yang lega sikit rasa bila tengok cuaca panas sikit,boleh la nyidai pakaian dengan yakin..kalau nak hujan biar petang sikit,tak pun malam..hee..
Sarapan apa pagi ni?
Atau plan nak masak apa untuk minum petang nanti?
Apa kata sediakan roti john yang agak mudah disediakan ni untuk seisi keluarga.
Kalau warga Miri,mesti tau stall burger yang menjual roti john di area servay supermarket mungkin sekitar awal tahun 2000 gitu memang sedap sangat roti john jualan mereka tu..kalau melintasi kawasan tu untuk balik dari bandar memang nak singgah jer.. tapi dah lama2 tu rasanya bukan mereka lagi kot yang bisnes di situ,sedap keenakannya dah lain..walaupun masih sedap,tapi tak sesedap yang sebelum tu.
Kalau ikutkan,daging burger yang digunakan juga amat mempengaruhi..jangan beli yang murah sangat tu..pastikan yang sedap.. :)
Untuk rujukan bersama,jom semak resepi mudah dari kak umi_e nih...nanti boleh adjust ikut citarasa sendiri ya..terima kasih kak umi_e. :)
Roti John Mudah
Resepi:umi_e@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
250gm daging cincang- hasue guna daging burger
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)
Cara-cara
- Blend bawang dan bawang putih
- Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
- Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
- Belah dua roti jangan sampai putus
- Masukkan telor dalam daging cincang
- Pukul sebentar telor+daging
- Panaskan butter dlm kuali
- Sapukan aduna daging+telor atas roti-hasue letak inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
- Terlangkupkan atas kuali
- Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
- Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
- Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka













































