Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Blogger's Awards. Show all posts
Showing posts with label Blogger's Awards. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Award daripada Kak Shahriah@Masterchef M'sia

Angkut award dulu..
Terima kasih buat kak Sha yang bagi award nih khas untuk semua pengunjung blognya..
Bagi yang belum mengenali kak Sha ni sila la bertandang ke blog beliau di SINI(klik).. seperti ramai sedia maklum Kak Sha merupakan peserta rancangan Masterchef Malaysia tahun lalu.

Kak Sha yang merupakan seorang novelis kini dah tampil dengan buku resepinya sendiri..TAHNIAH buat beliau..semoga semakin berjaya lagi selepas ini ye kak..dah makin berjaya nanti jangan lupa kitorang tau..hehe
Eh,Kak Sha walaupun dah femes amos tidak ler sombong kan..insyaAllah tak..mudah2an berkekalan ukhwah kita sesama blogger masakan..
Jika berkesempatan memang menyinggah kat dapur kak sha nih untuk menjamu mate dan membaca entrinya.. :D

Jadi nak gantung award ni dulu ek..tanda ingatan.. :)


Tak lupa juga cute teddy bear pakai bib nih..so comels eh..lepas ni gi dapo kak sha kena bawak bib sndiri laa ek..hehe

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kak sha.. nanti jangan lupa kirimkan buku resepi bertandatangan untuk orang jauh ni tauu...hehehee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 8, 2012

Kad dan Bunga dari Finland.. :)

Assalamualaikum.. ^_^

Sebelum basi kan,nak angkut kad dan bunga2an dari Finland.. sempena ulangtahun kelahiran blog seorang rakan blogger yang buat masa ini menetap di sana.. sebenarnya 4 hari yang lalu dah tarikh ulangtahunnya,tapi kebizian melanda,tertangguh lak jadinya..
Sorry Nieza,dah angkut kad dan bunga yang comel nih aritu tapi tak sempat2 nak naip dan mem'publish'.. hee..


TAHNIAH buat Nieza.. dah masuk tahun ke 2 berblogging.. semoga semakin mantap lagi dalam arena blogging selepas ni. Walaupun kadang2 tu kita sibuk dengan aktiviti masing2, blog nieza pun kadang2 tak sempat nak jengah tiap hari(insyaAllah cuba dijengah juga jika berkesempatan lagi2 tenet pun dah ok sikit ni compare sebelum ni,hee) diharap persahabatan dan ukhwah yang terjalin tetap bertahan sampai bila2.. :-)

Terima kasih atas kad comel kat atas ni yang Nieza ambil sendiri gambar2 tulip tu..bestnya tengok bunga2 tulip secara live dengan banyaknya..!!
Semoga tetap memeriahkan lagi dunia blog masak2 dengan masakan2nya di perantauan.. dan yang best jugak bila nieza share pengalaman2 di tempat orang..
Untuk Nieza, good luck n all the best to u..!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 4, 2011

Anugerah 'The Versatile Blogger..' dan Tag


Ecece..anugerah blogging jer..bukan anugerah panca delima nih..
Dapat anugerah atau award nii daripada kak Diana @ melley mey yang comel dan cun melecuns tu..kalo tengok mesti kita ingat 20an lagi..hehe..
Terima kasih tak terhingga buat kak diana atas ingatan terhadap saya yang tenggelam timbul..sibbaik setakat ni tak tenggelam terus sebab stress ngan masalah tenet.hehe.. ni nak drop komen kat entri akak pun tak lepas lagi.haha..

Pastu award ni ada lak tag nak jawab sekali..jawab ringkas2 takpe kan kak diana kann..heee


1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
-Terima kasih kak Diana untuk award ini.. (eh formalnya..hehe..)..untuk ke blog kak diana..sila klik SINI. Blog masakan akak ni cantik je cam orangnya..sila,sila..


2. Share 7 things about yourself on the post.
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
  1. Peminat lagu slow rock dan jiwang2 90an..sungguh mengimbas memori..tapi memang lagu2 pada era itu sangat best belaka..
  2. Sebenarnya tak tahu makanan apa yang spesifik jadi makanan kegemaran sebab selera suka bertukar2..tapi selalunya tak laa cerewet sangat kalau pasal makan..asalkan sedap ke tekak jer..eh,tu bukan cerewet ke?hee..
  3. Dulu2 suka baca novel,tapi sekarang sebab masa terhad..lebih suka belek2 majalah kewanitaan dan keibubapaan..buku resepi..kadang2 tu sabo jelaa baru jer beli dah tak ber'cover' bila anak2 tumpang baca gak..
  4. Seorang yang sensitif..tapi selalu positif dalam masa yang sama..insyaAllah.
  5. Seorang pelanggan celcom broadband yang tidak berpuashati dengan servisnya..seksa benar nak blogwalking bila broadband meragam..rasanya tiap kali kena tag harus juga kuar isu ni.haha..
  6. Tak suka pada orang yang bersifat talam dua muka..lain cakap di depan,lain di belakang..lagi2 bila saya dah tahu perangainya gitu..iee..tak kuasa rasanya nak berdepan dengan orang gitu..biasanya orang sebegini suka tikam orang dari belakang atau istilah lain duri dalam daging..aa,gitu laa lebih kurang.. :)
  7. Tak biasa menjalani kehidupan seharian tanpa jam tangan..terasa kehilangan sangat kalau takde melekat kat tangan nih..hee
Fuhhh..pepagi buta nih blur amat lak rasanya..nak jawab tag hampir 2 jam baru siap.haha..yelah,xnak tulis benda yang sama sebelum yang dah tulis sebelum ni kan..

Nak tag orang lain kena tambah 2 jam lagi lak kang...rasanya dah ramai yang kena tag ni..lagipun nak tag pastu nak bagitau orang tu lagi kang memang seksa jiwa raga di kala tenet ku semput nih..harap kak diana paham yer.hee..tak paham pun sila buat2 paham..haha

Tapi apa2pun terima kasih sekali lagi buat kak diana atas ingatan ini..harap hubungan perkenalan ini berkekalan sampai bila2 :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Dan Koleksi Kad Raya!!

[Entri melekat..sila skrol ke bawah untuk entri terbaru]

Alhamdulillah..lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut hari raya aidilfitri setelah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadhan..insyaAllah..

Sempena hari mulia ini,saya ingin menyusun jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang blog ini ditubuhkan,ada terdapat salah silap...terlanjur kata...ada yang terasa pada gurauan ke..harap dimaafkan..sesungguhnya kita hanya insan biasa yang pasti tidak lepas dari kesilapan..

Segala perkongsian resepi dari sumber2 yang dinyatakan atau ada yang tertinggal tu..(ada ke?)minta dihalalkan seikhlasnya..terima kasih buat kalian yang berkongsi resepi di alam maya ini..
Buat pengunjung blog ini pula,resepi yang dikongsikan di sini memang halal untuk dicuba..sila2kan lah yer..


Akhir kata,Selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tiba..sudikanlah ambil kad raya yang simple nih dan gantung kat rumah masing2 yer..yang takde blog pun boleh copy paste sebagai kenang2an...


Di sini juga ingin di gantung sekali ekad2 raya dari teman2 blogger sekalian sebagai kenang2an..terima kasih buat semua ..semoga keikhlasan masing2 di hari mulia ini di berkatiNya..aminn...jom tengok kad2 raya yang cantik dan kreatif dari mereka..

Daripada Kak Nor


Daripada kak Rosaliza


Daripada Mas



Daripada Noorsha


Daripada Izahdaut



Daripada Alongroz


Daripada Anna Qawina



Daripada kak Ummi



Daripada Kak Rose

Daripada kak Lina_pg
Dari Ita

Dari Kak Ct Delima


Dari Kak Azatie

Dari Kak Naz

Dari Kak Azlita Aziz

Dari Love

Dati Mamasya

Dari Mekna

Dari Mimiey


Dari Kak Nieza

Dari Ros Jintanmanis

Dari Kak Yatie

Dari Erma Halamanku

Dari Che Mat Gebu DTS

Dari Kak Madihaa

Dari Quinnie

Note: Untuk mereka yang nak buat sticky post(entri yang tetap duk kat atas wpun ada entri terbaru),selepas 'publish' pergi semula ke 'edit post' dan ubah ke tarikh yang dikehendaki ia melekat..dan publish lagi skali.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa!

Salam 1 Ramadhan buat semua pengunjung blog HaSue ...
Sebenarnya nak update ekad2 ramadhan tapi memandangkan tenet bersifat kepura2an kekuye2an..jadi terpaksa ditunda sementara...
Kebizian pun yer jugak ni,jap lagi nak bawa si kecik baby shaolin(gelaran baru nih) nak gi klinik lak..

Jadi selamat menjalankan ibadah puasa buat semua ya.. petang ni ingat nak buat puding karamel,yang lain tu masak biasa2 jer kot..
Bazaar ramadhan? Tak pergi lagi hari ni..biasanya 1 ramadhan ni ramaaiii orang.. ;P
Masak kat umah lagi nikmat di hari pertama kann..
insyaallah menu akan menyusul selepas acara angkut kad2 ramadhan nanti yer..tq kawan2 yang ingat kat kite..

Di kesempatan ini ingin sekali saya nak minta maaf jika ada salah silap sepanjang berblogging..semoga kita sama2 berpeluang memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan..dan amalan kita diterima Allah hendaknya..aminnn


Terimalah kad ramadhan dari saya ni yer..

Harap sudi gantung kat umah masing2. :)(tq iluvislam.com)

Lepas ni nak angkut kad dari kawan2 pula..terima kasih..
Daripada:DayangJack


Daripada: Kak Ummi



Daripada: Izah


Daripada kak Rose

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 29, 2011

Tahniah Izah Si Muffin Lover

Salam Jumaat.
Waduh2..kebizian2.. Nak ngedit gambo masakan pun tak nyempat2 nih..
Sementara dak kecik tido ni,sempat laa berlari2 ibu anak kat tenet ni kejap..

Tadi cik abang gi bandar tu...dan setuju nak singgah kedai bakery kann..paling suka laa bila dia tanya soalan "nak beli apa?"ahahak.. maka,keluar laa list barang2 dan segala bapak barang yang aku nak suh beli..tapi sayang,tak sempat nak me list banyak2(hehehe)..dia mengejut jer nak pergi tadi atas urusan kerja..huhu.. bukan apa,jarang2 gi bandar ni..harus laa stok bahan2 yang sukar didapati kat pekan ni haa..tapi aku suh beli bahan2 buat biskut jer tadi.tak banyak pun..eh. biskut apa yerr...heh.

Dah melalut cerita nih..

Jap. Nak gantung gambo mapin cenderahati dari Izahdaut yang berumahtangga di izahdaut.blogspot.com
Ni cenderahati untuk semua followers dia sempena dah mencecah followers 4 angka..TAHNIAH Izah..TAHNIAH..!!
Semoga IZAH MUFFIN LOVER lebih cemerlang lagi berblogging lepas nih..
Lepas tu terus menyumbangkan idea n resepi2 bukan saja muffin tapi aneka hidangan..korang yang lum pernah jenguk si mapin laber nih..gi laa jenguk ke rumah dia yer..header tu amik gambo sendiri tau.hehe..
Nih laa gambo mapin yang Izah beli dari google..tak sempat nak buat sendiri katanya..banyak sangat tempahan laa tew..hihi..
Buat Izah,Tahniah sekali lagi yer..walaupun baru kenal ko tahun ni..(ye ke baru thn ni?) tapi macam dah lama kenal jer..semoga perkenalan n ukhwah yang terjali kekal sampai bila2 yer.. ;)


P/s:Sori mek,banyak lagi nak taip sebenarnya tapi tak dapat rungkaikan dengan kata2..ahaks.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 21, 2011

Award dari Lavender Lady n Kak Gee

Selamat pagi.. :)
Segarkan pagi nih dengan mengangkut award dari mereka yang telah memberinya beberapa hari lepas...senaman berlari2 anak ke umah mereka laa pagi nih kan.. bagi lemak2 cair sket.ahak

'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'..
Jadi terima kasih yang amat banyak untuk mereka ini atas ingatan kepada saya.. ;)
Ada lagi ke ek award yang belum diangkut..cam perasan jer orang nak bagi award banyak2 nih.haha..

Nih pemberi award kali ni..tq2


Ini laa awardnya.. nak bagi kat 8 orang lak? sapa yer..ngah blur nih...hehe.. publish dulu la..kalo ada terlintas nama2 sapa kang kite update balik..boleh kan.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 8, 2011

Dapat Award Dari KakJee dan Julia

Yeyyy..Hamboii2..suka naa..dapat award! EH? dah musim award ke?hehe..

Mula2 tengok tadi ingatkan beautiful blog..rupanya blogger beautiful ye..nak perasan buleh?hahak..

Sebenarnya baru online balik petang nih sementelah tenet amat slow dari pagi tadi..nih pun line jap ok jap tak ok.huh

Dah online,tengok2 kat fb kjee suh amik award, pastu tengok kat cbox blog ni lak julia suh amik award gak..jadi sekali harung jelah ngambiknya...award yang sama katakan..
Pas singgah amik kat umah Kjee yang femes dan gemar berceloteh tentang isu semasa juga pengalaman menjadi orang filem tuh,terus meluru masuk tanpa warning lak jenguk umah Julia,..sibbaik anaknya Aaron yang comel tu tak terjaga dari tido. hehe..


Tapi Kjee kata award nih ada syaratnya, Syarat untuk angkut balik award ini adalah kena senaraikan 7 perkara yang orang belum tahu mengenai diri kita..haaa,jangan pandang remeh bila blogger buat entri pasal award atau tag,kerana kadang2 dengan entri tu laa kita kenal cara penulisan dan boleh kenal lagi serba sedikitt pasal blogger tersebut..lagi2 blogger masakan ni jarang cerita pasal ni..
ehem2.. aku nak cerita 7 perkara apa ya pasal diri aku yang boleh jadi korang tak tahu lagi..erm..ermm..

7 Perkara yang korang tak tahu yer..meh tengok.
  1. Aku seorang perempuan.eh tu mesti korang dah tau kan..aku seorang anak perempuan dari 12 orang adik beradik seibu sebapa(6 lelaki dan 6 perempuan) dan kini seorang ibu kepada 4 cahayamata(2 lelaki,2 perempuan)
  2. Berkahwin di usia yang muda sebab suami tak nak tunggu lama2 takut kena kebas orang katanya..ahahak..statement tak boleh blah! ;P
  3. Dalam keluarga aku,semua suka bergurau senda(termasuk ayahanda sekali) dan bila berkumpul memang agak riuh rendah la sebab tu masa hari raya memang meriah jer..waa,tetiba rindu kat keluarga besarku.
  4. Suka saat2 kehamilan dan melahirkan(kecuali saat morning sickness). Sebab tak semua wanita berpeluang menghadapi saat indah itu..bila ngenang anak menendang dalam perut.ohh..best. Lagi best bila melihat anak keluar kali pertama tu..syahdu dan bahagia.
  5. Aku sentiasa rindukan kawan2 sekolah aku terutama yang rapat ngan aku masa sekolah dulu. Sedih juga bila buat reunion tak semua sungguh2 nak datang. Mudah2an bulan 9 nanti dapat jumpa lebih ramai rakan2 sekolah dulu.
  6. Aku suka aktiviti luar cuma tak berpeluang sangat nak merealisasikannya..Tunggu anak besa sikit ni baru laa kita boleh buat aktiviti luar seperti memancing ke laut,naik gunung ke, masuk gua mulu ke..kjee?nak ikut?hihi
  7. Lappy aku hampir setiap masa online,cuma sangat2 bergantung kepada broadband celcom ni sebab tak boleh sambung streamyx sebab kat sini tiada talian tetap. Jadi ada masa aku balas kunjungan blogger lain dengan lajunya tu maksudnya tenet ok,kalo senyap tu selalunya,tak ok.(ni mungkin ramai dah tau,tapi nak jugak bagitau)
Oklah dah 7. Ikutkan macam nak taip lagi sebab rajin kan,tapi udah2 laa ,orang nak 7 jer..hee...

Jadi 5 orang lagi yang aku nak tau 7 perkara pasal mereka yang aku belum tahu lagi adalah;
  1. Kak Nor
  2. Kak Rosaliza
  3. Izahdaut
  4. Anna Qawina
  5. Kak Anymz
Ikutkan hati aku nak senaraikan lagi beberapa orang ni,tapi 5 orang je peraturannya kan..huhu..kak nor,walaupun pantang ditag,aku nak tag juga..haha..sebab nak kenal dengan mereka ini lebih rapat lagi.hee..
Semoga kita dapat saling mengenali lebih rapat lagi yer..

Akhir sekali,terima kasih kepada Kjee dan Julia yang sudi memberi award ini kepada saya.. Harap berpuas hati dengan jawapan ye.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 1, 2011

Tahniah Kak Nor Azmihah Mohamed

Patutnya nak entri semalam. Tapi macam ramai dah sedia maklum Blogger.com demam cajun agaknya..tu yang nak sign in tak boleh,nak komen kat blog orang pun tak boleh..
Dah laa aku nih naik kuye2 jer,bila blogger.com buat hal nih lagi laa macam kuye2 pakai tongkat kan.huhu..

Apa2pun entri khas ni ditujukan khas untuk sekalung tahniah buat Kak Nor yang empunya blog secubitgaramnor67.blogspot.com.. Bukan setakat kalung tahniah jer,gelang, cincin,anting2 tahniah kite berikan atas kejayaan blog kak nor yang sudah mencapai hits ke angka 1 juta. Sapa2 yang tak tau makna hits tu,pengunjung blog kak nor ler..maksudnya... Ini bermakna blog kak nor sudah dibelek lebih dari 1 juta kali. Tahniah Tahniah Tahniah buat Kak Nor.
Cuba bagi kerlingan sinis sikit kat hits aku kat sebelah nih lambat lagi tu..agak2 tahun depan pun lum sampai lagi tu,maklum laa cap kuye2 katekann.hikhik..

Apa2pun sama2lah kita doakan agar Kak Nor dikurniakan kesihatan dan sesejahteraan hidup yang terbaik,agar dapat beliau terus berkongsi ilmu yang sama2 dapat kita manfaatkan bersama. Walaupun ada anasir2 yang dengki sifatnya terhadap kejayaan orang lain,diharap kak nor terus bersabar dan anggap itu satu pencapaian juga sebab orang berjaya jer yang layak untuk dihasad dengki. Dan biasanya orang tak puas hati ni sebab dia tak boleh buat apa yang orang dia dengki tu boleh lakukan. Ntah hape2 jer diorang nih kan. cube laa main masak2 ke..haa

Kadang2 perkongsian yang kita rasa perkara kecik adalah besar bagi orang yang memerlukan. Di blog kak nor sendiri perkongsian resepi dan sebagainya pasti sudah membantu ramai orang rumah yang baru nak belajar masuk ke dapur.
Walaupun dah terer masak2,kak nor masih rajin mencuba resepi2 baru dan mudah..

Kak Nor yang ku 'kenali' semenjak tahun 2008 masih sama seperti dulu. Tidak pernah meninggi diri dan rasa megah walaupun kejayaan demi kejayaan dah dikecapinya yang diantaranya resepi beliau yang pernah muncul di majalah JELITA..

Oh yer..Kak Nor bukan sahaja ramah sebagai blogger tau,tapi ramah sebagai seorang kakak/kawan di facebook(FB). Harap2 gurau senda kat FB tak diambil hati oleh kak nor,dan terus menyerikan FB tu..bersama mak2 daras yang lainnya..tapi cam muka yang sama je mak2 daras yang masuk korum ye kak?orang lain ngeri nak join kot..ekeke..

Buat Kak Nor Azmihah Mohamed(highlight sikit,kot2 masih ada yang tak tahu nama sebenar kak nor),semoga terus suksess dalam arena blogging secara amnya,berkongsi resepi secara khususnya dan berkongsi ilmu yang kami masih perlukan.
Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan sejuta terima kasih juga buat akak dan sejuta tahniah atas kehadiranmu ke arena ini..
Semoga ikatan terjalin dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnn ya rabbal alamin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 7, 2011

Dah 1002 Followers..Terima Kasih..

Buka jer dashboard pagi tadi nak mengentri,tengok dah 1001 followers rupanya blog biru yang ber bubbles ni ha..pastu terbantut nak ngentri sebab urusan sana sini tak abis2..haihh..
Online lagi pas lunch ni dah masuk 1002 followers..
Sebagai seorang blogger,ada yang tak kisah pun kehadiran follower dalam blog mereka kan.. tapi bagi aku followers ni memang pembakar semangat blogger sendiri termasuk aku ler tu..

Memang ada yang jadi follower semata2 nak kita follow mereka balik,tapi aku rasa ada gak yang jadi follower blog ni sebab diorang memang follow entri2 blog..ada yang jadi silent reader..silent reader nih adalah pembaca blog yang dendiam jer tak komen apa2..
Pengomen entri blog juga amat2 menguatkan semangat seorang blogger untuk terus berblogging..betul tak?
Tapi,siapa pun korang..
Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi singgah n bertandang(atau berambeh dalam bahasa sarawak) ke blog ni...
Insyaallah selepas ni akan lebih banyak entri yang diharap dapat memberi manfaat sesama kita..yang tak bermanfaat kat korang tu mungkin manfaat ke orang lain kan..kalo tak bermanfaat langsung,jadikan laa sempadan..hehee...

Walaupun tahun lepas aku nyer blog ni on off..banyak off dari on sebenarnya,tapi masih ada yang sudi nak follow..terharu juga dibuatnya. Kadang2 bila tengok follower semakin bertambah,rasa nervous pun ada ..harus ke ada perasaan gini?haha..harap viewers leh terima la seadanya kan.. :)

Sekali lagi terima kasih buat semua followers blog ni,yang selalu komen dalam entri2 aku walaupun yang merapu ntah hape2..kat entri masakan,kat cerita2 ceriti..kat tutorial yang tak seberapa..dan sebagainya.. walaupun ada di antara korang tak follow sangat pun..hehee..

image credit to google

Nak tq sorang ke blog masing2 tak larat nih...Jadi buat korang yang sudi,silakan la amik bunga biru ini untuk kenang2an dan tepek kat blog memasing..dah amik sila tinggalkan komen kot2 ada lucky draw nanti kannn..haha

Aku tengok ada juga follower di kalangan bukan blogger,sebab itu 'recent visitor' membantu aku melihat mereka2 ini..aku sangat menghargai kehadiran kamu dan kamu juga kamu..terima kasih! Salam sayang dari HaSue..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 30, 2011

Ole2 dari obersi daripada AlongRoz..tq! :)

Bersiaran dari kampung nih..ingatkan nak mengentri kesinambungan entri pasal zhariff untuk kenang2an..tapi bila tenet laju berdezup nih memang sukaaaa blogwalking n membalas kunjungan orang yang datang bertandang..pastu kesempatan yang ada memang tidak disia2kan menjenguk geng2 blogger sekalian..so postpond dulu laa ek..ada korang kisah,kan..ngahaha..

Bila sakan blogwalking nih sampai dapur AlongRoz baru dapat baca n tengok gambo2 kat dapur beliau yang masih kemaruk nasik selepas balik dari cuti2 europe nun..hehe..

Pastu baliknya beliau bukan dengan tangan kosong, siap bawa ole2 untuk kita lak nih..untuk kenang2an,gantung di sini n terima kasih buat along yang ingat kan rakan2 blogger..kite muke x malu angkut semua sekali nih sebab semua cantik2 belaka..hihi..

Rasa nak baring je atas bunga nih..haha





Cantik2 n comel2 belaka,kan!
Satu hari nanti kalau ada rezeki mana tahu kita pun akan menjejak kaki ke negara orang nih kan..insyaallah..aminnn..

Terima kasih buat AlongRoz sekali lagi yer..lebiuu,muahhh! Tak sabar nak baca n tengok gambar2 sepanjang cuti2 europe nya tuh..korang yang lum amik lagi tu sila2 laa jangan segan yer..sian kat along x larat nak bagitau sorang2 tu..bagi dia rest dulu..amik untuk kenang2an gitu.. :) gi sinun >ole2 daripada AlongRoz

P/s:Nak sambung blogwalking lagi sampai pengsan..haha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 13, 2011

Ole Ole Dari Dapur Kak Jee..weeee


Seronoknya bila kakjee tinggalkan komen kat entri sebelum nih suh amik ole2 semalam..dah bukak beberapa kali malam tadi..tapi gambar tak kuar2 lak..tarik2 ekor berok nih pun taknak juga bekerjasama..gini laa kalo guna broadband..mode redha tu harus sentiasa standby..hehe..
Pagi nih baru berjaya angkut balik ke rumah biru ku ini..kali ni ole2 daripada kakjee nih adalah hasil rekaan unclepali sendiri..kreatif kan!cantik n ceria jer.. :)

Terima kasih buat kakjee yang sudi bagi ole2 nih..dan terima kasih juga sudi jagi rakan blogging dan mudah2an berpeluang jumpa kakjee secara live satu hari nanti..
Thankkkk youuu so muchhh!heee...Teruja tau dapat mengenali dan berpeluang membaca aktiviti harian kakjee nih..kalau ada masa terluang memang lepak2 kat blog kakjee nih..ada macam2 cerita..pastu entri masakan dan resepi pun ado..macam astro gitu..hehe
Buat kakjee,semoga semakin sukses dalam bidang yang diceburi sekarang iaitu menulis skrip, juga sama2 kita doakan semoga kakjee diberi kesihatan yang terbaik..
Teruskan laa menulis dan berkongsi pengalaman dengan kami yang tak tahu dunia sana terutamanya pasal selok belok dunia selebriti nih yer kakjee..hehe..

Buat korang yang masih belum terjah atau segan nak tegur kakjee nih..gi laa jenguk2 blog beliau..jangan risau,kakjee nih pemarah peramah orangnya..
tak sombong langsung tau..cer terjah,cer terjah!

Sila2kan lah lompat ke blog KakJee yang baru diupgradekan tu kat link di bawah ni yer:

http://www.dapurkakjee.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...