Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Resepi Rendang Ayam.. nyum2

Bertemu kembali.. ^_^
Orang2 yang tengah diet atau jaga makan tu,sila tutup mata..hee..
Nih sah2 bukan menu diet yer tuan2 dan puan2.. sekali sekala layan menu gini memang tak sedor diri la kejap kan..anggap jela yang turun 400g tu macam dah turun 4kg..jadi boleh makan rendang tanpa rasa bersalah..muehehe..

Buat rendang ni ..err,bila ek? Dalam minggu lepas laa... yang sadisnya,dah laa buat lauk makan nasik pun sedap..petangnya tu boleh pulak ngukus pulut lagi nak makan bersama rendang nih.. mana laaa si diet nak balik umah kann.. gi mancing ke laut lagi laa gamaknyer..

Masa nak buat tu baru nak gi gali lengkuas belakang umah.. aku suka aroma lengkuas dalam rendang.. tapi sapa2 pernah gali lengkuas pasti tahu bukan macam nak amik serai tau amik lengkuas ni. Aku kalo jumpa orang jual memang beli jek..hehee.. malas nak gali tu,aku tarik(cabut) je batang lengkuas tu..ada laa 2,3 batang aku tarik yang terputus kejadiannya..haha..rosak kebun olehku. Lepas tu baru gali2 sikit..sebab tu dapat sikit jer..tapi yang muda..best2. Lepas tu amik serai kat kebun gak,daun kunyit kat kebun gak..halia je mati masa banjir aritu..*macam banyak sangat kebun bunyinya,padahal semua kebun yang terbiar..hehe..

Bila mula2 tengok resepi ni mula2 tu(eh apsal 2x penggunaan ayat 'mula2' nih,nak edit ke tak..ah tak payah la..gasakk..) ingatkan macam rendang yang macam kakak ipar aku pernah buat dulu..sebab guna bawang besar tu..bila sedang buat tu baru aku teringat balik yang rendang tu ada guna sos cili dan cili giling kalo tak silap.
Tapi yang resepi mak tun yang diperturunkan kepada tun nih boleh tahan sedap woh.. anakku Yana suka jer meratah ayamnya..

Sila laa mencuba.. minta ijin yer tun,akak tepek kat sini lak..nanti kirim salam terima kasih kat mak tun sekali tau,sedap resepi mak tun nih..kalau mak tun yang masak mesti lagi sedap kan.. (pehh,kalo lom kawin leh jadi calon menantu mithali,berbudi bahse sungguh!)*motip puji diri?kakaka..urut dada mak tun kalo terbace nih :D
OH yer..terima kasih kat anak mak tun,yakni tun sendiri..sebab share resepi ni kat blog.. sapa2 tak kenal lagi Tun Telani nih sila2 laa berkunjung ke blog beliau di SINI(klik), comel dan peramah orangnya..tapi perasan gemuk,sibukkk je mendiet..padahal sekeping jek.huh!jeles*paling muke..hahak.. :P

Dah2,jangan dilayan sangat petang2 nih..memang otak menggelegak sikit sekarang ni sebab cuaca panasss jek.. tercari2 air kelapa muda..fuhh!fuhh..
Meh layan resepi rendang ayam yang simple tapi sedap nih..tq skali lagi tun..

Rendang Ayam
Resepi: tun telani@qurrataaayun.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

1/2 kilo ayam- kerat kasar2
2 biji bawang besar*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 batang serai*
10 tangkai cili kering* (bahan * di mesin)
1 sudu besar gula perang/gula melaka
1 sudu besar kunyit serbuk-hasue tambah sikit kunyit hidup
1 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit- mayang halus
1 kotak santan (200ml)-hasue kurangkan sket
2 kpg asam keping
Garam


Cara2:

Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
Perasakan garam.
Siap. Boleh laa dihidang dgn nasi himpit, pulut kuning, or lemang ^^

Resepi yang simple tapi berbaloi untuk dicuba..sapa2 yang sukaaa pedas amat tu sila la tambah cili kering tu yer.. ikut resepi tun ni sedang2 aje pedasnya dan boleh kate tak terasa sangat pedasnya..sesuai sangat untuk sekeluarga ngadap termasuk anak kecik.. jemput laah..jamu mata lagi skali yer..heh :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 30, 2012

Nasi Tomok.. Eh! Nasi Komok..sedapp!

Selamat petang.. :)
Esok cuti kan,sempena hari pekerja.. jadi mesti ramai yang nak jalan2 atau tak kurang juga nak spend time dengan family duk kat umah nak masak special sikit ke..kan..
Apa kata korang cuba buat nasi komok nih..best makan ramai2..

Nasi nih kalau baca cerita kawan2 blogger yang dah mencubanya adalah nasi minyak thailand atau nama sebenar yang didaftarkan adalah Khao Mok Ghai..*sebut dengan suara lembut sambil pejam mate jap & kepale sedikit senget.
Memang betul kata kak Ayu, rasanya gabungan nasi ayam+beriani gitu.. cuma rasa lebih kepada nasi ayam sebab istimewanya cili sosnya tu.. bagi menyengat lagi..isk,terasa2 lagi kat tepi lidah ni keenakan sos cili tu dimakan bersama ayam dan nasinya.. dah la aku perah lagi limau kasturi.sedap bangett! Tapi sebab guna cili jarum,tak boleh la letak segenggam..terbako lidah den kang..podehhh!

Mula2 tau pasal nasi komok ni bila Anna yang citer kat FB..
Lepas tu tengok rupanya ramai gak yang dah cuba.. kira dah jadi virus laa ni..jadinya aku pun taknak laa ketinggalan nak mengomok kat dapur sendiri kan.. mengomok takpe,jangan mengamuk sudah..

Aku tak tinggal satu bahan pun dalam resepi nih..kiranya budak baik la kali ni tak derhaka resepi *buat muke cumil jap*
Sebabnya nak rasa yang betul2 asal ikut resepi cuma yang tak memudaratkan seperti kak Ayu tambah tu aku ikut juga.hee..

Minta izin ye nak kongsikan resepinya di sini..kawan2 pembaca blog ni dan rakan blogger yang belum mencuba tu,sila2 laa mengomok..rugi tauu tak cuba. Bahan2 pun insyaAllah mudah didapati.. terima kasih kak Azian, kak Ayu Anna Qawina, Tun Telani dan semua lah yang menyebarkan virus komok ni ye..lenkali boleh buat lagi,suami dan anak2 pun suka.. ^_^

Oleh kerana last nampak sebelum save resepi ni kat draft aritu,aku c n p dari dapur Tun Telani je..cuma aku edit ikut mana aku buat la ye..untuk melihat versi Tun,sila klik link beliau di bawah..

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Anna Qawina, Kak Ayu & Tun Telani
By:HaSue

Rempah Komok

2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula


Bahan2 Nasi

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)-hasue tumbuk separuh lumat

Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. tun bakar atas non-stick pan.-hasue tambah serbuk kunyit,garam serta rempah cajun mccormick. Perap kejap baru goreng.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Masih setia menggunakan beras basmathi PUSA.. xtra panjang..hehe
Untuk sosnya yang bagi kick tu...ini resepinya.. sedappp tau...memang lebih kurang sos nasi ayam singapura..

Bahan Sos Cili

1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
atau boleh guna sos resepi Anna Qawina:

Sambal/Sos Nasi Khao Mok

6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.


Cara-Cara :

Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..

Aku perahkan lagi limau kasturi masa nak mamam..suka!! hee..

Lupa nak snap sosnya berasingan..yang ada cuma yang dah siap tuang atas ayam ni jer..wallahhh!!

Edited: Lupa nak bagitau, ayamnya ni kutambahkan serbuk cajun mccormick..memang sedapp!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 9, 2012

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam.. mabeles2!

Tadaaa..bertemu kembali.
Aku panik jap..bila ngedit gambar ni aku terbayang2 keenakan sayur nangka muda nih.. Sebiji nangka muda saiz sederhana selamat aku gulaikan bersama ayam aritu.. ingatkan nak masak setengah biji jer..rupanya buah nangka tu ada bahagian yang tak elok juga.. kalau ada yang dah siap dipotong tinggal nak masak tu kan senang.. *ayat orang malas

Selalunya nangka muda memang nak masak gini. Tak masak gini mesti nak masak lemak cili api. Tapi kat umah ni prefer masak gini.. sebelum ni dah pernah post kat blog ni rasanya.. suka sangat!dah biasa dari dulu kot..kakak aku selalu masak gini..best2!
Bila gulai baru masak tu mesti nak ratah gitu jek. sedapnya ke tekak aku memang sukar nak digambarkan dengan kata2. Kesedapan tu tak sama dengan bila gulai dipanaskan..tak sama,tak sama..
Owh yer..yang best lagi,nangka kali ni memang sedang2 sangat mudanya.. kulit bijinya tu belum keras lagi..so boleh jer terus makan gitu je..waduhs..

Sebenarnya nak ambik gambar kemudian je nak posing elok2 sket tapi,tapi.. ah,sukar hendak dijelaskan..hahaha..janji ada gambar sudah..paling penting,tak amik gambar dari blog orang ek.. :P

Baiklah,untuk resepi.. nih versi aku laa ek..simple tapi cukup menyelerakan..lagi2 bila digandingkan dengan nasi dari beras baru(beras kampung) dan disempurnakan dengan ikan masin..hishh.. berbaloi rasanya makan banyak dari biasa.. eH?..kehkehkeh...

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
  2. Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
  4. Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
    Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api.
  6. Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!

Sangat sedap diratah gitu ajer.. hermmmpp!!
Nangka muda ni kalau kenduri2 memang sesuai orang nak masak sebab senang2 nak dapat banyak,kan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 30, 2011

Resepi Ayam Kashmir

Assalamualaikum.. ^_^


Korang masak apa untuk lauk hari ni?
Nih aku masak aritu sudah..masa Dj tayang kat fb,esoknya tu..leh paham dak ayat aku ni ek..hehe..
Terima kasih laa kat kawan2 yang rajin mengetag kat fb tu..kadang2 bila jarang2 on9 cam aritu memang akan miss je entri kawan2 kalau tak ditag..
Lagi satu terima kasih gak buat kawan2 baru yang sudi cuba resepi yagn dikongsikan dalam blog ni dan share gambarnya kat fb atau kat email...suka tengok hasil masakan korang!

Sebenarnya dulu dah pernah tengok Dj buat,pastu Kak nor buat,Mas pun dah buat..Izah pun dah buat kot..sapa lagi ek..maaf laa ek kalo tak tersebut nama kat sini..dah ramai yang buat rasanya ni..
Walaupun orang dah cuba dulu lagi,tapi aku baru ler nak cuba..
Sedap..ala2 masak merah gak cuma ada rasa berempah sket..

Buat korang yang takde idea nak masak apa,leh laa cuba resepi ni lak.. aku guna bahan yang ada dalam umah jer..daun kari takde,aku tak buh ler.hee..

Terima kasih yer DJ dan rakan blogger masak2 yang turut mempromosikan resepi ni..sedap dimakan bersama nasi tomato ke,beriani ke.. tapi kitorang makan dengan nasi putih jer.. :)

AYAM KASHMIR
Resepi:Dayangjack@dayangjack.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
-hasue buh serbuk kunyit n sikit garam,goreng kejap je.


bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.


Ratah gitu jer pun best!nyummm2..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 25, 2011

Resepi Ayam Goreng Rangup Daria..

Menu semalam. Dah abis..jangan mintak eh..ehee..
Kebetulan masa mencari idea nak masak tengah hari semalam,nampak kat dapur peminat cerita Korea ni ha,sapa?kak Quinnie?bukan..ada sorang lagi antu citer korea nih..,daria namanya..tak pasti lak umur berapa nak bahasakan diri kak ke kan..tapi aku lagi tua kot..hehe
jeles aku orang cerita ada unifi nih..cam tinggal aku sorang jer terkontang kanting melayan berok ekor panjang ang lemau sokmo ni haa..orang ada unifi layan movie/drama thru tenet jer..huh..aku nak bukak blog orang pun seksa jiwa raga..huh lagi skali..eh jeles bebeno nampaknyer..hahak

Sambung citer balik..semalam tu nampak dia tayang ayam goreng ni haa...terus tanpa buang masa gi keluarkan ayam yang tengah sok bertapa dalam freezer..
Maka ku godek2 jadi ayam goreng rangup yang sedap nih
Bak kata anak2..cam bau ayam kepci..!! Yang tu aku pun akui..memang best aromanya..pestaim aku goreng ayam bertepung yang guna tepung ubi..jakun banyak..

Aku goreng 2 sesi..skali tu kurang kari jer..tapi sesuai laa untuk anak2 di bawah umur.hehe..aku guna bahagian peha ayam..

Mintak izin yer daria nak buh kat sini resepi simple tapi mabeles nih..memang ada iras2 ayam kfc la pulak walaupun bahan2 simple yang amat...puas ati jer makan cicah sos cili!
Kalau cicah sos jenama 'life' memang sejibik cam kepci.hehe..
Korang kalo nak try boleh rujuk resepi di bawah atau terus ke tuan punya resepi asal ke SINI..
Terima kasih yer daria untuk resepi nih.. :)

Aku gandakan adunan..bergantung kepada banyak mana ayam kita nak goreng yer.

Ayam Goreng Bertepung Rangup
Sumber: Resepidaria.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

Bahan tepung salutan

*4 sudu besar tepung ubi
* 1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
*serbuk lada sulah
*garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)

bahan lain

*3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
*1 biji telur, dipukul sebentar
*Minyak secukupnya untuk goreng

Cara-caranya:-

1.Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
2. Ketepikan sebentar
3.Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
4.Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
5.Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
6.Goreng sehingga kekuningan dan masak.
7.Angkat dan toskan dengan tisu masakan
8.Hidangkan bersama sos cili.

Yang nih versi buh kari lebih sikit..
Ayam ni memang rangup dan sedappp!! Mahap laa yer..tak dan nak posing beria...aku amik gambar pun masa nak ngap..masing2 dah kebulur..haha

Tips nak goreng ayam guna bahagian peha ni..kadang2 kita risau tak masak kat dalam kan..goreng guna api sederhana jer..bila dah kuar cecair tu(darah ayam dan sebagainya) biarkan dulu..dah berhenti baru balikkan ayam.. selepas masak sebelah baru balikkan lagi untuk warna ayam yang sekata..kalau tak yakin juga,guna lidi untuk cucuk isi ayam yang paling tebal,bila tak berdarah dah,dah masak ler tu.. so tak payah laa kite nak belek atau koyakkan ayam tu tiap kali lepas goreng ek..hehe...selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 22, 2011

Menu ini berulang lagi...

Demam cajun tak kebah2 lagi..
Kalau takde cajun tu boleh jer skip,sedap juga..lagi2 bila cukup perapnya...tapiii,buh cajun laaagiii sedappp!


Semasa menggoreng ayam tu, aroma cajun n aroma serai berlumba2 menusuk hidung..enak sungguh! Bila dah makan..lazat tau!

Terima kasih pada yang dah mencuba,seperti Kak Nor,Mas,Tun , Zaliedana walaupun ada yang buat versi derhaka..ikut ler selera masing2 yer..pastu sukatan bahan2 ni tak terhad,boleh jer nak tambah atau kurangkan ok..polis tak tangkap punyerr ;)

Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2:

Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan


Aku suka minyak2 yang melekat kat ayam ni buat kuah kat nasi..hehe.. tak baik jadikan amalan kan.. :P Tapi bila gaul sekali dengan serai2nya tu..wallahh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 12, 2011

Ayam Goreng Cajun Berserai


Sama lak tayangan menu dengan mas arini..
Cuma resepi jer lain sikit sebab aku guna resepi biasa aku campak2 jer tu pastu tambahkan rempah cajun..cajun tu datangnya dari Penang nun..semoga semakin murah rezeki adik sorang tu..cajun yang satu lagi tak sampai2..ntah kenapa laa lambat bebeno sampainya..sabo jela ngan perkhidmatan pos msia kat sini..rasa nak protes jer sampai taknak pakai khidmat pos diorang.. sibbaik tak emo sampai gitu kan..nanti nyusahkan diri sendiri jugak..hehe

Berbalik kepada menu ayam nih..
Sebut ayam goreng memang budak2 riang ria jelah..kesukaan.
Kalau goreng berempah2 lak bukan budak2 jer suka..mak bapak budak2 sekali tumpang sekaki sukanya..
Ayam goreng ni memang beraroma.. best jer buh serai banyak2.. aku sebenarnya mula2 jatuh chenta dengan serai nih adalah masa baru2 kawin dulu..masa tu ada kenduri doa selamat kat rumah seorang kawan cik abang kan..aroma ayam yang sedang digoreng menusuk hidung n melaparkan perut..sedap jer baunya..Pastu bila tengok serai yang berselerak tepi2 ayam tu baru tau rahsianya..
Lepas tu,pantang goreng ayam,atau ikan,atau daging..memang sukaaa je nak buh serai..kadang2 ada masanya malas tu buh simple2 gak.heee...

Tapi kali ni lagi best,sebab bukan jer aroma serai..tapi digandingkan dengan aroma cajun..sapa2 tau cajun nih mesti dapat bayangkan kann.. ;)

Lepas tu,satu tips menarik nak share ngan korang..nak dapat aroma serai harum yang extra,tumbuk serai tu(tak perlu hiris2),biar panjang dalam 4 inch gitu..pastu tumbuk keseluruhannya..dari pangkal sampai hujung..pastu buh sedikit air,baru gaul n perap ngan ayam..baru aroma serai tu lagi mengancam!

Resepi biasa2 aje,cuma kali nih aku tambah cajun..memang lagi sedapppp..kaya dengan rasa rempah..rasanya macam sesuai sangat kalau gandingkan dengan nasi beriani atau apa2 jelah..ratah pun sedap nih..

Terima kasih buat kak nor dan kawan2 yang menyebarkan penggunaan cajun nih..dah sampai sarawak dah ni haa..hehe

Nak kongsi resepi yang aku gunakan ni yer..nak tengok resepi versi kak nor klik SINI

Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
  • 4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
  • 1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tbsp rempah cajun
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Inilah rempah cajun yang digunakan..boleh didapati di pasaraya utama..ada pelbagai brand.

Cara2:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
  2. Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan
Kitorang suka ayam goreng yang digoreng tak berapa garing di dalam..ia masih basah2 lagi kat dalam tu..bukan basah yang belum masak tau..masak,tapi masih basah2 gitu..sedapp!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 2, 2011

Antara Menu Di Kampung..

Nih entri terakhir dari kampung untuk kali ni..sebentar lagi akan bertolak balik ke sarang semula di mana kehidupan harian akan kembali seperti biasa..turut mengikut balik mungkin my sis yang masih ada urusan di poli mukah setelah menghabiskan exam terakhirnya baru2 ini..apsal skema sangat ayat aku nih pun aku tak tau..hehe

Oklah,sepanjang duk kampung nih memang aku tak banyak mengaktifkan diri masak memasak..macam bahagia je ada orang yang lebih pakar dari kita untuk masak2 kan..haha..di samping tu teruja je dengan tenet laju nih ambil kesempatan jer merempit ke blog kawan2 tapi bila tengok rata2 blogger bercuti nih..macam malas pun ada gak nak blogwalking..cam pergi rumah takde orang,mesti tak seronok kan..pun begitu,ada gak yang takde kat umah tapi tinggalkan makanan2 lazat untuk dijamah..ahaks..

Berbalik kepada menu sepanjang berada di kampung nih,baru arini laa aku rajin sket nak snap kan makanan hidangan sekeluarga untuk dikongsikan di sini..kalau aku rajin..diulangi,'kalau' aku rajin..akan update resepi kemudian untuk menu menarik yang mudah n sedap untuk dicuba..

Nih pun sebahagian dari menu2 hari ni..malas lak aku nak ngambo semua,antara yang takde dalam gambo nih ikan bawal masak kunyit..mungkin Ryo ada amik gambar kot..hehe..

Jom jamu mata nengok menu2 yang dimasak oleh kak long aku nih..memang best n sedap sampai makan tak sedar diri.ngahaha..diet?apabenda tu?keskeskes..*balik nih kang baru nak insaf kot.. :P

Ini adalah nasi..semua tahu kan..tapi istimewanya nasi nih adalah sebab ia beras huma baru yang dituai di kampung2 berdekatan..mak aiii,ni kalo wat bekal memang sedap sangat nih..sapa2 tak pernah rasa memang rugi..beras kampung nih ada pelbagai jenis..ada yang sedap biasa2 aje..tapi ada yang sedap luar biasa.. :D

ohh..ni antara pembuka selera yang sedap nih..rasa pedas n masam sekali ada dalam tuh..makan ngan nasi kampung tu memang meletup2 selera.. nih mempelam muda yang ditumbuk bersama sambal belacan pastu digoreng/ditumis gitu.. rasa macam dah pernah post resepinya kat sini..ke aku je ingat dah post tapi belum?eheh..

Menu nih agak biasa..tapi yang bestnya udang tu lebih..nak tenggelam segala sayur2an dalam sayur campur nih ngan udang yang gedabak2 tu..hehe..sedap sangat!

Yang nih atas permintaan si kakak..semalam aku goreng ayam berempah..buh serai banyak2..yang simple gini gak disukanya..huhu..

Pasti ramai hari ni yang pulang ke tempat kerja masing2..semoga berjalan lancar n selamat sampai ke destinasi yang di tuju.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 6, 2011

Sup Ayam Simple Tapi Sedap!

Memang mudah nak menyediakan sup ayam kan?
Kalau guna sayap ayam tu,potong 4 aje...paling kejap nak masak..selain sayap,peha ayam pun best buat sup..bahagian lain bukan tak boleh,tapi kalau aku,biasa guna 2 bahagian ni je..hehe..
Untuk yang diet2 tu,menu nih memang sesuai lah..*sambil betulkan jam tangan yang dah semakin longgar..ahahak..ada yang jeles tu.. :P

Sup Ayam Simple
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

* 8 ketul sayap ayam-potong 4 setiap satu
* 1-2 biji kentang,kupas n potong 4-6 bahagian(bgantung saiz kentang) (kali nih x letak)
* 2 inci halia*
* 3-4 ulas bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 1 peket sup bunjut adabi (kalau takde,gantikan dgn sebatang kayu manis saiz sederhana)
* Garam dan perasa(jika suka) secukupnya
* 2 tbs besar minyak masak untuk menumis
* Air secukupnya
* LAIN2: Bawang goreng,daun sup,daun bawang

Cara2:

1. Tumbuk bahan2 bertanda *,rendam sup bunjut dalam air yg disediakan untuk kuah sup.
2. Panaskan minyak,tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit kekuningan...kacau sedikit supaya sekata masaknya
3. Masukkan sayap ayam yg sudah dipotong sekaligus dengan kentang..kacau sebati,perlahankan api
4. Biarkan ayam 'layu' seketika dan jusnya keluar dan agak kering.
5. Setelah itu kacau sebentar dan bila jus ayam kering,masukkan air berserta bunjut yg direndam sekali tadi
6. Kacau sedikit,tambah sedikit garam dan tutup periuk
7. Masak menggunakan api perlahan sehingga ayam dan kentang benar2 empuk.
8. Apabila sudah empuk,tambahkan garam secukupnya,air secukupnya dan sebatikan rasa
9. Biarkan mendidih sebentar dan padamkan api.
10. Hidangkan bersama bawang goreng,daun sup dan daun bawang yang diracik halus..

Untuk resepi sama,sila2 laa rujuk SINI

Best jer hirup sup ayam panas2 suam nih..kalau nak terangkat lagi leh laa makan ngan sambal kicap,atau yang suka masam2 pedas tu leh lenyek cili api dan perahkan limau..hermm,wallahhh!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 4, 2011

Ayam Kunyit

Sepatutnya nak ngentri nih malam tadi..tapi cari2 gambar tak jumpa lak..mata pun berat kemain...
Jadi buat Pn Sakinah dan sapa namanya cikgu aritu(sori lupa lak) yang bertanya menu sesuai untuk pengamal diet atkins..ini salah satu resepi ayam yang anda boleh cuba masak sendiri yer..

Resepi Ayam Kunyit >> HaSue

Bahan2:
  • 500g Ayam
  • 1 tangkai cili merah*-optional
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2cm halia*
  • 1 batang serai*
  • 2-3 inci kunyit hidup*
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Air secukupnya
Cara2:
  1. Ayam dipotong kepada saiz sesuai. Tumbuk bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan asam keping.
  3. Masukkan ayam.. Kacau goreng sehingga ayam kecut sedikit barulah tambahkan air sehingga sama paras ayam. Perasakan dengan garam
  4. Masak sehingga ayam empuk dan kuah hampir kering.
  5. Selamat mencuba!

Buat pengamal diet atkins,menu ayam ni memang sesuai dimakan begitu sahaja jika sudah bosan dengan ayam yang digoreng cara biasa..

Yang tak diet pun(nak makan dengan nasi) boleh masak cara ini dan boleh tambah sedikit belacan jika suka.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 23, 2011

Resepi: Sticky Caramel Chicken Wings

Yumm!sedap kan ayam karamel nih..dah lama aku tak masak gini haa..
Nih pun terpesona nengok ayam kak nor aritu dan ditambah ngan ayam kat dapur DJ..bukan penyampai radio yer tapi Dayangjack..hihi...

Resepi asal telah dikongsikan oleh mutiarazura@myresipi.com
Dah ramai yang mencuba n berkata memang sedap!
Agak2 korang lum cuba sila2 laa kejar ayam korang tu yer..semalam dah ramai yang nak nunggu ayam bertelur nak buat puding kan..huhuuu...

Macam biasa,aku tambah sos tiram untuk resepi nih...bertambah2 sedap gituu! Nak pedas lak leh tambah lada hitam cam kak nor buat..

Jom ah semak resepi mudah nih..aku nih asik2 buat resepi mudah je kan..Yang penting mudah nak buat tapi sedap nak makan!ahaks...

Sticky Caramel Chicken Wings >> mutiarazura@myresipi.com

Bahan-bahan ( 24 keping )

* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar kicap
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu
*1 sudu besar sos tiram -hasue tambah

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Yummm!sedappp n lazat sehingga menjilat kuali.. :P

Ayam gini memang best jer nak ratah gitu ajer...macam ayam bbQ jer rasanyer..hehe..selamat mencuba yeaa... ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 13, 2011

Resepi: PopCorn Chicken & Chicken Nugget

Hujung minggu ni memang aku duk umah ajer..tak ke mana2 pun. Macam malas kuar umah pun ada...huhu..
Semenjak minggu lepas cam nekad jer nak diet. Maksud sebenar diet ni sebenarnya pemakanan seimbang,kan? Bukan tak makan langsung..maksudnya pemakanan harus terkawal laa...tujuan yang nyata kita buat gitu of coz nak turunkan berat badan..

Tapi kan,takpe laa kot aku renew balik nak diet tu esok ek..coz arini terrr'makan' ayam goreng laa pulak..bila buat nugget n popcorm gini sah2 xleh makan seketul 2..hahaha..
nih sumer kak hana punyer pasal!sapa suh tayang ayam2 goreng nih

Jom ahh tengok dada2 ayam yang telah ditransformasikan menjadi popcorn dan nugget..

Pasni takyah order kat KFC dah..tapi,aku tak penah pun order popcorn ciken kat farmasi KFC tuh...nugget tu penah laa gak..heee..


Sebelum nih pernah buat nugget guna resepi dalam koleksi..simple2 aje. Nih aku try resepi kak ina@hana nih lak..bezanya cuma yg sebelum nih x letak serbuk kari n lada sulah..hehe


Pastu kan,aku wat nugget gak guna resepi nih..tapi buat nugget nih kan..harus tumbuk/ketuk dulu dada ayam tuh baru best nak wat nugget..kalo terus potong jer cam ayam goreng biasa aje laa jadinya kang..

Jom tengok nugget yang pelbagai rupa bentuk nih hah..ada yang senonoh ada yang yo yo oo jek rupanya..hihi..

Lagi..amik gamba lagi..tak puas kalo 1 gamba je kan..hee
Resepi kopies dari umah mek Jepun nun..yang bakal balik ke tanahair tak lama lagi..kak,jangan lupa bawak doraemon skali yek..
Mekasih share resepi sedap nih..nah amik seketui nugget..ngee

RESEPI POPCORN CHICKEN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

* 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
* *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
* *1/2 sk serbuk lada sulah
* *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
* *sedikit garam dan gula
* *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
* *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
* *1-2 sb susu segar
* 3/4 cawan breadcrumbs
* olive oil utk spray - jika bakar gune oven
* lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara

* Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
* Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
* Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
* Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
* Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
* Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Nota Biru: Untuk membuat nugget,tumbuk/ketuk isi ayam(bahagian dada) sehingga hampir leper barulah dipotong ke saiz gigitan. Selepas dah salut tu simpan dalam peti sejuk beku sekurang2nya setengah jam,selepas tu ulang kaedah celup dan salut breadcrumbs tadi sebelum digoreng..
Ni tak payah makan nasik dah nih..bukan sebab diet tapi dah kenyang..haha
Cubalah..sedappp..

Ingat yer,dada ayam tu jangan dibuang.. sebab aku pernah baca kat blog sapa ntah dulu..sebab tak tau nak buat apa ngan dada ayam yang tak laku dimasak gitu ajer(digulai atau masakan kari2 ke)selalunya bahagian dada terbuang begitu sahaja..jadikanlah ia sesuatu yang sedap.. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 31, 2011

Resepi: Ayam Bawang

Hari ni anak2 dah mula cuti sekolah sempena perayaan tahun baru cina..
Tapi kitorang belum balik kampung lagi..sebab tunggu kekanda cuti laa pulak.

Resepi Ayam Bawang atau dalam bahasa inggerisnya chicken onion Braised Chicken with Onions nih cedok dari koleksi resepi scott..ala,tisu dapur tu. Beli tisu dapat free buku koleksi resepi..ada laa beberapa resepi menarik kat situ untuk dicuba...aritu tertarik nak cuba resepi ni..sedap!Kalau nak pedas lagi,pandai2 laa tambah cili api ke,cili air ke..heh.

Cara masakan ayam gini kan orang putih atau cina stail ni..bukan cara melayu kite. Sebab goreng ayam tu dulu kan..Pastu kalo tengok cara orang barat masak,diorang suka guna bawang2 besar ni untuk buat gravy daging2 panggang contohnya. Sebab apa,bawang besar yang hangus ni,hangus yer..bukan hangit..memang sedap dijadikan gravy atau kuah..takde laa buh gitu jer..tambah itu ini sikit2,pastu pekatkan sikit..aaa gitu laa lebih kurang.
Aku banyak juga belajar memasak dari Chef Delia dulu..tapi belajar kat tv jela..hahahaa..

Dah,dah..jangan dilayan sangat mak budak sorang nih..meh tengok rupa ayam bawang nih..
Dah tengok?dah tengok? Jom semak resepinya pula..resepi asal ada guna koma-koma(sejenis rempah kan?),tapi aku takde benda alah tu jadi aku guna noktah-noktah aje. skip ajelah kan,lagipun perlu secubit aje..
Pastu patutnya masak dalam periuk tanah,tapi aku masak dalam periuk api biasa aje.
Nak memanjangkan cerita,meh tengok resepi lak..

Ayam Bawang >> HaSue/Scott Collection
  • 1 Bawang besar,dihiris
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 ekor ayam,dipotong
Bahan-bahan A
  • 1 bawang besar,dicincang kasar
  • 4 ulas bawang putih,dicincang kasar
  • 2 lada merah,dibuang biji dan dicincang kasar
  • 1" halia dicincang
  • 1 cawan jus oren segar > hasue guna jus oren sunquick
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 cubit koma-koma >hasue x letak
  • garam secukup rasa
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan mentega atas api sederhana dalam kuali.Perasakan ayam dengan sedikit garam dan lada hitam,kemudian masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga sedikit keperangan. Keluarkan dan ketepikan
  2. Masukkan hirisan bawang ke dalam kuali dan kacau sekali sekala selama lebih kurang 10-12 minit,masak sehingga garing.
  3. Sementara itu,satukan bahan2 A dengan sedikit air dan mesinkan sehingga halus. Ketepikan.
  4. Tambah jintan putih, ketumbar dan lada hitam ke dalam bawang goreng dan masak selama 30 saat. Masukkan jus oren stok ayam dan koma-koma. Kacau sebati.
  5. Letakkan ketulan ayam ke dalam periuk tanah,tuangkan sos ke atasnya,tutup dan masak selama 30 minit.
Ratah gitu jer pun best!kuahnya tu rasa spesel sket.. =)


*Huaaa..ngantuk mato den nih haa..kalau disorongkan bantal mau jer terpejam rasanya nih.hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 2, 2010

Ayam Goreng Berempah

Masakan ayam goreng antara menu yg jarang tak dibuat kat umah kan..
Layan jelah menu simple nih..pandai xde idea lak nak tulis banyak arini...hehe..
masih excited nak blogwalking jenguk umah cyber kengkawan..rindu banget nihh..ahak

Ayam goreng berempah ni memang sedap kalo diperap semalaman dalam esbok..lagi terasa rempahnya sampai ke dalam..

Ayam Goreng Berempah

Bahan2:
  • Sayap ayam-potong 2
  • Halia -2 inci *
  • Serai - 3 btg*
  • Kunyit hidup- 3 inci*
  • Sedikit serbuk kari
  • Bawang merah-3 ulas*
  • Bawang putih - 3 ulas*
  • Serbuk jintan manis-1 st
  • Serbuk jintan putih - 1 st
  • Serbuk ketumbar - 1 sb
  • Garam n perasa secukupnya
Cara2:
  1. Kisar/tumbuk bahan bertanda * dan gaul bersama ayam. Tambahkan bahan2 yg tidak dikisar dan gaul rata.
  2. Perap didalam peti sejuk ataupun sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 2, 2010

Ketupat Pulut vs Kari Ayam Kampung n Kuah Kacang

Salam semua..bertemu lg kita.
Tahu tak lagu raya nostalgia yg intronya.."kini tiba masanya..berhari rayaaaa..." bila dengar lagu ni memang rasa raya habis jer..meremang bulu roma kalo time sunyi2..coz lagu dier menusuk jiwa raga tul. Terbayang juadah2 raya tu haa..apa2pun lagu raya yg menjadi pilihan semestinya yg nostalgia kan..agaknya sebab masa kecik2 dulu kita lebih rasa kemeriahan hari raya..

Entri kali ni mungkin panjang sket..saja merajinkan diri menaip..lepas geram sebenarnya..sesambil tunggu lagu raya kat sinarfm tapi takde jugak rupanya disiarkan pepagi buta nih..eheh
Semalam x entri sebab x tembus nak pegi ke 'create post'..betul,kalo dah tenet tenat..hanya yg pernah mengalami jer memahami.huhu..jeles tul tengok orang guna tenet laju berdezup.hehe..

Ketupat keris,bila dipotong2..iras2 lemang la rupanya..hehe

Ok,nak cerita lak..menu yg sedang posing ni projek masa cuti laa..ketupat pulut..
Kat semenanjung aku x sure laa ketupat guna pulut atau nasi biasa? Kak liza cakap guna beras biasa..kawan kakak ipar aku pun cakap gitu gak..betul laa agaknya ek?hehe.. kalo guna pulut untuk ketupat palas jer ek?

Mulanya projek nih..kira nak buat lemang 2nd round di bulan puasa cam aritu..tapi takde org jual buluh lak..yg ada orang jual pucuk nipah. Jadinya aku suggest kat cik abg,'apa kata,tak buat lemang kita buat ketupat..nak?'
Dia pun kata,"biar betul ni?" aku angkat2 kening..tanda sungguh2
Daun palas ada gak org jual tapi pendek2 so malas la nak beli..

Balik umah terus jer anyam ketupat sorang2 sebab cik abg kite tu tau nganyam sejenis ketupat jer..yg guna satu daun,tu pun kadang2 jadi,kadang2 tak jadi(sedap jer aku ngutuk laki aku ek)hihi..tak,betul ni..kadang2 kalau kita jarang2 nganyam ketupat ni memang gitu,dah sekali diajar kita akan buat menjadi..cuba buat lagi sekali..haa,mula laa tanya balik..'lepas ni macammana?','yg ni masuk mana?'
Taaaapiiii..yg itulah yg seronok n bagi meriah semasa proses menganyam beramai2 masa nak raya tu..kadang2 yg tak jadi ada yg senget(tak seimbang), lepas tu ada yg double line(x berselang seli) dan mcm2 rupa jer..last2 kang ada yg kata,'asalkan beras x kuar,sudah..'hehee..
Aku pun bukan reti anyam banyak jenis ketupat nih..dalam 5 jenis jer..tu pun yg 2 jenis tu ikut stail 'modified'..maknanya 2 jenis ketupat diubah menjadi ketupat yg berbeza bila ditukar bucunya.
Kat atas tu contoh gambar ketupat yg aku buat aritu..yg panjang tu ketupat keris,ada ketupat satay,ketupat ayam ke burung ke..ntah apa nama ketupat pun x sure..hii..
Ada lagi jenis2 ketupat aku x reti anyam seperti ketupat bawang,ketupat lepas dan lain2..nama ketupat mungkin berbeza ikut tempat masing2 yer..

Kalau kat umah mertua biasanya anyam ketupat guna pucuk kelapa..aromanya lebih istimewa..
Lagi satu,kat rumah mertua di hari raya,juadah ayam yg digandingkan dengan ketupat pulut ada 2 jenis..satu rendang ayam(kuah pekat) dan 1 lagi kari ayam cara kampung..

nih sebenarnya resepi mak mertuaku itew..memang ala2 kampung..best2. Dah share resepi sebelum nih rasanya..
dari mula2 kawin dulu dah jatuh cinta dengan kari beliau nih..kuahnya tak pekat melekat tapi tak ler cair sangat..rasanya amat istimewa..kalau betul cara masaknya.
Biasanya kari ni lebih laku dulu dari rendang..hehe..
Nih juga laa aku masak untuk gandingan ketupat aku baru2 ni..tu pun aku ikut stail mertua aku nih masak..dan yg ni memang guna ayam kampung asli..bukan ayam bandar..hehe

Kalau kat rumah kitorang lak,di pagi raya pertama menunya kari ayam gak..tp kari ayamnya stail agak pekat gitu..dan agak pedas..selain tu gandingan ketupat pulut biasanya ada pilihan daging masak hitam, kuah kacang, ayam/daging kurma..
Nasibbaik la masa raya boleh melantak dua2 rumah..haha

Di sini nak kongsi resepi ketupat pulut bagi yg ingin tak tahu..ni cara kitorang sini(sarawak) laa ek..mungkin sama mungkin tak..

Ketupat Pulut

Bahan2:
  • Sarung ketupat secukupnya(boleh anyam sendiri atau beli jer yg dah siap)
  • Beras pulut
  • Santan secukupnya (dari kelapa segar)
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan.-tujuannya untuk mendapatkan nasi pulut yg kembang elok dan ketupat tidak mentah walaupun terisi sedikit padat
  2. Isikan sarung ketupat hampir2 penuh,jika pulut tidak sempat direndam dan hanya dicuci isikan 3/4 dari sarung ketupat
  3. Susunkan kesemua ketupat yg sudah berisi pulut ke dalam periuk,dan tuangkan santan sehingga hampir menenggelamkan ketupat. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak sehingga air santan hampir kering,setelah hampir kering,perlahankan api sehingga air tadi benar2 kering(supaya ketupat tidak mudah basi) . Jangan sampai hangus ya..
  5. Semasa sedang dimasak,balik2kan ketupat yg berada di sebelah atas agar seimbang masaknya.
Yang nih semua kenal,kan..kuah kacang...buat simple2 jer.

Cili kering,bawang merah,bawang putih-dikisar,pastu tumis..buh serai diketuk,tambahkan serbuk ketumbar,jintan manis,jintan putih. Tumis sampai benar2 garing baru tambah air,kacang tanah,gula dan garam..kena letak lebih gula untuk seimbangkan pedas dari lada kering..kalo pedas sangat rasa tak sesuai lak..tapi jangan termanis pula..masak sampai kuah pekat mengikut piawaian selera masing..

Oklah..dah panjang sangat lak entri nih..kalau sempat lagi selepas ni akan ada entri menyusul..kalau takde x sempat laa tunggu upload tu..

Waktu aku menaip entri nih jam menunjukkan pukul 3.52 pagi waktu Malaysia.
Mata tak ngantuk,jap lagi nak bersahur lak..ehe..baby sekarang alhamdulillah semakin aktif kat dalam tu. Saat2 baby aktif begini la moment yg paling best semasa mengandung...dah lupakan dulu bab mabuk hamil dibuatnya..pegang sini,gerak..usik sana dia buat gelombang sket..tak usik pun dia 'geletek2' jugak..hehe..rasanya semua ibu2 hamil suka bila baby dalam kandungan masing2 buat akrobatik dalam tu..pengalaman indah kan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 13, 2010

Ayam Masak Merah Berempah

Antara menu berbuka semalam. Dari hari tu dah teringin nak mamam ayam masak merah..hihi..baby yg nak mam kot.. :P
Sebab yg teringin tu kite sorang jer,cari laa kat bazaar ramadhan aritu..tengok2 takde laa pulak. Jadinya bila tengok menu kat umah kak nor semalam,semangat laa laa nak mencuba walaupun tau ahli lain kat umah ni kurang layan masak2 merah ni..hahaa..kejam x kejam? Skali skala layan tekak makyung apa salahnya kan..Yang diorang paling layan kari..kari karii..haa,mcm iklan radio dah.heheee...

Alhamdulillah,sedap jer ke tekak nih..tambahkan sos cili dan kurangkan cili mesin sebab xnak pedas..bak kata kak nor,ikut citarasa sendiri jer..hehe..apa2pun mekasih byk2 buat kak nor atas resepi nih..ada kelainan dari masak merah biasa kite buat..nak tau kena cuba sendiri yer...

Ayam masak merah berempah ~ Kak Nor Ganu

Bahan2:

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Cara:
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan blend.
Kacau2 dan goreng hinnga garing dan masukkan sedikit air, goreng lg hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

Kalo makan ngan nasi tomato atau nasi minyak mesti lagi power nih..kite semalam makan ngan nasi putih jer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 10, 2010

Kepak Ayam Bakar

Kalau ada masa hujung2 minggu best kan bbQ di luar rumah seisi keluarga.. resepi pula ikut cara my sis biasa buat..bahan2 biasa jer semua rempah ratus dan sebagainya cuma yg spesel tu tambahkan gula apong sebagai perisa tambahan..aroma dan rasanya memang sedap banget!

Meh cuci2 mata ngan gambar ayam nih..dah abis lama..jgn mintak!ahak

Jadi kalo x pernah cuba lagi tu leh laa tambah gula apong dan perap supaya benar2 meresap yer...
Nak best sket..kasi kerak2 laa sikit2 kan..hehee..

Yg ni pulak untuk aroma dan rasa yg lebih sedap,mengelakkan isi ayam terlalu kering dan disapu ketika ayam dibakar.. Jangan sapu banyak sangat lak..nanti terlalu berminyak leceh lak nak makan..hehee..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 4, 2010

Ayam Bakar Lada Hitam

Semalam tak sempat nak update blog pun.. memang sibuk ntah apa2 jek..tapi merempit kat fb tu harus ler..hahaa.kat sini sempat jawab mesej or komen jek..hehe..mekasih kat pengunjung blog ni yg drop komen eh!sayang korang.. ;)
Pastu lom sempat lak nak blogjoging..lepas ni nak blogrunning sebab letrik takde laa pulak nih..bateri lappy bertahan cuma 1 jam lebih jer lg..huahua..hrp2 x lama laa terganggu yer..

Oklah,berbalik pada citer ayam..tak tau nak masak apa ngan ayam ni..selalunya masak 'menu selamat' jer..menu selamat maksudnya ni menu yg pasti disukai semua orang laa kat umah ni..jadinya antara menu selamat kat umah ni kari ayam, ayam kicap dan sup ayam..heheee...kalo ayam panggang tu mmg selamat sangat laa ratah gitu ajer..
tu semua menu biasa tapi sedapp!'sik pandey lejuk eh..'kata org sarawak..heheee..

Resepi nih asalnya goreng,tapi aku bakar n letak madu sikit dan ejas2 sendiri ikut rasa tekak..hehe...meh cekedaot resepi dari dayang_jack simple tapi sedap nih.thanks DJ!!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1-2 sk lada hitam tumbuk
  • 1-2 sb sos tiram
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar.
  3. Goreng hingga masak.>sue bakar pada suhu 180c sehingga masak-balikkan ayam utk masak yg sekata
  4. Hidangkan bersama sos cili jika suka
***sesuai utk disajikan bersama nasi putih atau nasi ayam atau diratah shj.

Enak diratah begitu saja..hikhik..nak ke?dah abis daaaa...gi wat sana! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...