Jumaat yang mulia.. elok berkongsi idea untuk projek hujung minggu. Buat ramai2 bersama ahli keluarga cepatlah siapnya.
Ramai yang dah berjaya membuatnya dan resepi nih sudah dicuba ramai blogger masakan. Buat yang belum mencuba dan tak dapat bayangkan macammana ia dibuat,di sini dikongsikan sekali langkah membentuknya. Kebetulan, mood rajin amik gambar.. :D
Cara menguli tu tak payah la ek,uli macam biasa ajer..
Layannnn..
Oh ye,kuih tiram ni kalau tempat aku dipanggil kuih sabana, ada yang panggil kuih kapal terbang kan..macam2 nama untuk satu kuih.. :D
Terima Kasih penyumbang resepi asal, s_shamen@myresipi.com..
KUIH TIRAM
Resepi: s_shamen@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**
Cara-cara
Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :DGulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye
Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..








