Tak jawab dosa.hehe..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang cerah ini. Dah Khamis rupanya yer..pagi2 lagi aku dah konfius ngan si kakak tadi cakap ari ni ari Rabu.hahaha...pastu dia kata hari Khamis la,dia ada PJ..pastu baru aku ingat semalam ramai blogger buat entri wordless tu. A'aa ek,dah Khamis...ingatkan baru Rabu. Ahad ni nak neropong bulan dah kann..mudah2an kita diberi peluang bertemu dengan Ramadhan nanti..aminn..
Kepada kawan2 yang bertanya khabar Zhariff n Yana tu alhamdulillah,mereka dah ok sekarang ni..cuma ada laa selsema tu lagi sikit2..patutnya Zhariff gi klinik semalam,tapi memandangkan dia tak berapa sihat..aku ingat nak bawa next week je..bawa gi klinik pun bukan leh cucuk kang..
Cerita pasal menu yang ditayangkan kat bawah ni.
Nih antara bubur paaalinggg best dan sedappp bagi kami...aku n suami laa tu..anak2 ni bermusim.Kadang2 suka sangat..kadang2 makan gitu2 jer.Korang pernah tak masak bubur kacang merah sendiri?
Kacang merah ni lebih sedap dari kacang hijau..cuma kalau kacang merah ni perlu rebus lama sedikit berbanding kacang hijau..
Biasa memang orang akan rendam dulu semalaman, tapi aku biasa rebus terus je..sebab aku dah test dulu2..masa merebusnya tu tak jauh beza jugak..
Bukan apa,kalo nak rendam dulu tu macam lamaa je lagi nak buat..kang rendam punya rendam,lupa lak buat..atau malas..atau sibuk ke kan..haha..alasan!
Stail aku nih,nak makan masa tu,masa tu jugak rebusnya..sonang!ngee~
Tapiiii..bila merebus atau memasak kekacang nak jadikan bubur atau puding atau bingka atau apa jua jenis kuih muih nih,HARUSLAH kacang tu dah masak semasak2nya... Maksud aku tu biar takde langsung yang keras dah..sikit pun tak boleh!*dengan nada tegas. heh :D
Aku tak pernah try lagi guna pressure cooker..ada sapa2 penah try tak? Rasanya harus rendam dulu semalaman laa kot baru rebus.hehe..
Untuk resepi, sama juga macam nak buat bubur kacang hijau..Rebus kacang merah ni(dalam 300g) dengan air sampai empuk(pastikan betul2 empuk n lembut tau). Kalau belum lembut,tambah air lagi..dan begitu laa seterusnya sampai benar2 lembut..dalam sejam lebih sket dah lembut..
Lepas tu masukkan sagu yang sudah direndam(agar mudah masak/jernih).
Dah sagu jernih,masukkan gula secukupnya.
Masukkan santan pekat..aku guna santan kotak je..ehe..tambah air dalam bubur jika terlalu pekat.
Lepas tu masukkan garam...jangan banyak2 macam nak buat gulai lak..ni saja nak bagi lemak santan tu timbul jer..
Lepas tu sebatikan rasa..SIAP!
Oh ye,aku buh gula tu tak secukup rasa,sekadar ada rasa jer sebab nak makan bubur kacang merah ni dengan sedikit susu pekat n susu cair.. ;)
Nih versi malas naip resepi n nyukat bahan2 laa..hahaha..nanti la bila2 masa terrrajin aku edit balik..
Kalau kacang tu tak masak sepenuhnya,ataupun masih keras sikit2 lagi tu amatlah menyepoilkan(hancus bahasa) masakan bubur tu..aku memang trauma sikit la kalo termakan kacang yang masih belum lembut sepenuhnya..spoil habis la nak menghayati bubur kacang atau kuih muih yang berasaskan kacang tu kang..cerewet kan aku nih..
Korang macam mana? Tak kisah ye kacang yang masih keras sikit2 tu..?ehe..





































