Assalamualaikum..!
Tajuk kemain teruja lagi..
Memang!Memang eksaited betul aku nak mencuba sendiri membuat pai tee nih..
Berapa bulan dah aku peram acuan nih ha semenjak dihadiahkan oleh seorang rakan blogger yang cantik manis lagi baik hati :-bukan sekadar pujian semata ni,sungguh!
Semoga makin murah rezeki beliau sekeluarga...aminn..
Tapi dalam teruja tu,bertangguh juga nak buat kan..biasa la,alasan standard..bizi..heh :D
Sebenarnya kan,aku kenal pai tee nih kat tenet gak..masa zaman suka menyemak kat myr dulu..rupanya kat CRS(chicken rice shop) ada dijual ek.. aku tak pernah makan lagi masa tu sebab kat sini memang takde restoran CRS..kasihan kan.
2 tahun lepas masa pergi Kuching, sempat la jugak kitorang menyinggah kat CRS tu..singgah sekali nak merasa nasi ayamnya laa kan.. tapi SCR masih terbaik di tekak kami..sila jangan konfius tengok singkatan tu yer..SCR singkatan untuk Singapore Chicken Rice..nasi ayam femes di Sarawak ni. Bukan nak promosi ye,tapi selera masing2 tak sama kan.. :D

Dah ngoder pai tee ni kat restoran tu,nak merasa laa camne yang dikatakan sedap tu..terus terang lagi skali...aku tak dapat menghayati sesungguhnya..sebab masa makan tu pun nak cepat jer.. jadi penghayatan tu tak cukup mendalam tau. Memang sekadar merasa ajelah time tu..hee
Bila seseorang tu menghadiahkan acuan pai tee nih,sangat seronok lak perasaan tu..ala,cam budak2 dapat mainan kan..sebab sebelum ni pernah gak cari kat kedai yang banyak jual mould atau acuan2 kuih tradisional,tapi tak jumpa pun.
Dulu masa ramai blogger masakan dah membuatnya aku cuma mampu memandang dari jauh jer..*
diiringi muzik sendu..Eh!Sebenarnya keterujaan aku lebih kepada nak membuat dari nak memakan.. :D
Percaya atau tidak, pai tee pertama yang aku hasilkan elok jer terus menjadi.. tapi yang ke 2 dan beberapa biji lepas tu banyak yang tak cukup bulan..cacat aje kejadiannya..haha.. cuma lepas tu baru semua elok.. adunan guna resepi ni pun tak banyak sangat..kira habis juga laa satu adunan aku buat..makin lama tu makin best lak sebab menjadi belaka..walaupun tak comel,tapi menjadi.. mungkin sebab suhu minyak dah serasi dengan acuan kot.hee
Sapa2 yang biasa
buat kuih ros atau kuih goyang,rasanya takde masalah nak buat kulit pai tee nih,basic membuatnya sama jek..acuan dan adunan jer beza.

Sebelum korang tanya rupa acuannya,meh aku tayang dulu..kat atas ni laa acuannya..
Dan sebelum korang tanya lagi,mana nak beli..aku cadangkan korang cari kat kedai2 menjual acuan kuih muih.. aku punya nih dihadiahkan seseorang ye..
(kot2 korang tak baca kat atas tadi kan).
Jangan lak dicari kat kedai menjual baja sayur ke..atau kat pasar ikan ye..kat sana sah2 takde..tapi kalau nak cuba nasib gak,lantak korang la..hahak
Baiklah,memandangkan masa buat tu aku rajin amik gambar..jadi
aku kongsikan di sini lebih kurang cara2 membuat pai tee nih ye..merujuk juga resepi di bawah ya. Gambar2 ni untuk memudahkan korang untuk lebih faham lagi..
Diharap ia memudahkan kita semua dan perkongsian ini sekiranya bermanfaat,semoga orang yang menghadiahkan acuan dan berkongsi resepi ni pun mendapat berkat..insyaAllah ^_^
Resepi penuhnya akan disertakan nanti..jangan khuatir..
Ok..kita teruskan lagi yer..
Mula2,kena la panaskan minyak guna api sederhana.. rendam sekali acuan tu dalam minyak sementara kita buat adunannya..
Adunan dah siap,acuan pun dah dipanaskan sekali tadi kan..Angkat acuan dan letak kejap atas tisu dapur untuk pastikan tiada lebihan minyak. Bukan apa,kalo ada lebihan minyak adunan tak boleh nak melekat kan.. satu lagi api tak boleh kecik sangat tau..!
Ok,sambung balik..Celupkan acuan
dalam adunan tepung (batter)seperti gambar di bawah..

Celup tu
jangan sampai melebihi paras acuan ye..jangan rendam habis2an lak. Pastu angkat pelan2..(
kalau nak kulit pai tee korang tebal,leh celup lagi sekali ye.)..pastu kan,pastikan semua bersalut adunan tepung ye,kalo tidak nanti kulit pai tee akan berlubang lak..
Lepas tu....cheessss..*
soundtrack bunyi mendesis dalam kuali
Masukkan laa dalam minyak yang dah dipanaskan guna api sederhana tu.. jangan tergesa2 nak cabut ye..kalau segera nak cabut nanti acuan tu tak terbentuk elok..biar masak dah sket,baru cabut pelan2..atau kadang2 kulit tu akan tertanggal sendiri.. seperti gambar di bawah..

Nampak tak?nampak tak? Kalau tak nampak sila tambah power spek masing2..hehe.. kulit pai tee tu tertanggal elok je bila dah masak kat bawah tu kan. Kadang2 ada gak yang masih melekat sikit2 tu,pandai2 laa guna lidi ke,penyepit makanan ke untuk tanggalkan.. maklum la,kita amatur lagi kan..heh heh..

Yang macam ni pun ada,membentuk kelopak bunga tak lama selepas di goreng..yang ni sah2 mudah tertanggal tau.. kena pastikan masak sket dulu sebelum tanggalkan dari acuan.. ada sekali tu aku terus cabut ajer,terus laa penyek kan..terpaksa bentukkan balik lak.hehe..
Ada jugak yang masa ngah celup tu,angkat jer acuan dari adunan tepung.. terus tertanggal kat situ jugak,tak sempat nak goreng..hahaha...sengih sorang2 aku kat dapo..
Oklah,kat sini aku kongsikan resepi dari
waterlily nih..orang tengah yang membantu aku menemui resepi ni adalah
Kak Nor dari website
secubitgaramnor67.com.
Kak nor yang cadangkan guna resepi ni..
Terima kasih buat keduanya.. kak nor sendiri dah mencuba resepi waterlily nih..sila tengok
SINI untuk melihat hasil kerja tangan kak nor.
Resepi di bawah aku dah edit sedikit untuk lebih mudah difahami demi rujukan akan datang.
CRUNCHY PAI TEEResepi:
Waterlily@waterlily in da kitchenSumber:
Kak Nor@secubitgaramnor67.comBy:
HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan - Bahan :
- 7 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 200ml air.
- sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan Untuk Inti :
- Carrot - dihiris nipis atau diracik
- Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
- Timun - di buang empulur, dihiris atau diracik.
- Bawang besar - di hiris dadu kecil.
- Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
- Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
- Udang kering - direndam dan ditumbuk
- Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
- Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
- Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi.
The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.
Cara Membuat Inti:1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
Selamat mencuba!!!
TIPS PENTING:1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
NOTA TAMBAHAN:
- Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
- Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Ni bajet antara kulit pai tee paling comel dah ni..heee..sedap di ngap cicah sos thai.
lain kali nak cuba buat lagi. Budak2 syok makan kulit ajer banding diletak inti..sabo jelah..
Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..