Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Zoom in Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Zoom in Sarawak. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Sepetang Di Pantai Mukah.. terjumpa belangkas pulak!

Hujung minggu baru2 ni pergi melawat anak bujang kat asrama..maklum,bukan minggu balik kampung.. ada masa terluang tu pergi laa melawat dia kejap ..
Dalam perjalanan pulang tu kitorang singgah pula kat pantai Mukah ni..cuma beberapa meter dari jalan raya..Oh,diulangi..Mukah yer bukan Mekah.. :D

Tak plan pun nak singgah kat pantai petang tu,kamera dslr pun tak bawak..guna jelah apa2 yang boleh amik gambar..janji ado..

Gaya seorang bujang kecil,teruja tengok laut.. ada hati nak buka baju nak mandi tuu...

Kat Mukah ni pantainya tidak dikomersialkan sangat.. maksud aku nih yang untuk orang bermandi manda atau piknik2 BBQ hujung minggu tu memang takde edisi beramai2..
Kalau ko nak,ko pegi sendiri2 jer..tak komersial cam kat Bintulu adan Tanjung Batu dan beberapa tempat lagi.. kat Miri ada Taman Selera dan Luak Esplanade .. kat Kuching, ada damai beach resort..eh tu memang la komersial kan..haha..
sekadar menyebut beberapa tempat di Sarawak je..


Rasanya ini salah satu sebab pantai di Mukah ni kurang dikomersialkan..lautnya kurang bersih..bukan kotor dengan sampah sarap tapi kotor dengan 'hasil' alam tu yang buat laut tak sejernih sepatutnya.. ada beberapa kuala sungai juga penyebab laut kat sini kurang jernih..
Tapi kalau nak mandi jugak takde hal punya.. :D
Macam nak bbQ pun ok jer..udara laut kat sini best jugak!

Baru nak sampai di gigi air tu,tiba2 nampak belangkas..bukan orang berdating yer tapi belangkas betul.. nama pun belangkas,mesti 2 ekor kan!

'Bah..bahh!' Zhariff memanggil babahnya sambil menunjuk tempat kejadian di mana mangsa tergolek..

Yana..juga teruja melihat belangkas..
Mengikut firasat aku,2 ekor belangkas ni sama2 terhempas di persisiran pantai.. tapi setelah si betina tidak lagi bernyawa,si jantan terpaksa meneruskan kehidupan(sila tengok belangkas yang menuju ke laut). Namun ia tidak sempat sampai ke gigi air .. ala2 kisah romeo n juliet gitu.. boleh tahan jugak mengarutnya firasat aku ni kan!

Fokus sikit..nampak kan, ada 2 ekor? Nun depan nun yang jantan.. Sebenarnya ada 3 ekor..agaknya ia adalah orang ekor ke tiga dalam kisah mereka. Yang ke 3 tu berada jauh sedikit dari yang berdua tadi,jantan jugak..lupa nak snap ..dan mujur yang ke tiga masih hidup..

Dan sebelum balik, aku angkat ler belangkas tu..lepaskan ke laut..agar dapat meneruskan kehidupan dan mencari pasangannya sendiri..


Zhariff .. merenung laut sebelum kami pulang..

Anak2 suka tengok laut.. ada masa boleh singgah lagi.. amik udara laut sekali sekala ni seronok juga kan..
Kali ni berpeluang tengok belangkas secara live lak tu..huhuu..
Oklah,sekadar perkongsian jer.. cuci2 mate.. ^_^


'Alangkah bahagianya pasangan belangkas,
Ke mana pergi sering berdua..
Bersama mereka hingga ke akhir nafas..
Apakah kita begitu jua? Hanya DIA penentu segala... ' :)


P/s:Hargailah pasangan kita selagi mereka ada di sisi..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 4, 2012

Pesta Kelupis Sibuti Di Bekenu Hari Tuu...

Assalamualaikum.. ^_^

Hujung minggu baru2 ni kitorang ke Miri lagi..3 kali hujung minggu berturut2,eh..4 kali termasuk masa nak cuti sekolah aritu..pehh! Bukan 1-2 km tu..ratus2 km nyerr.hee...
Tujuan tak lain tak bukan sebab competition badminton anjuran company incik suami aritu terpaksa ditangguh minggu ke dua sebab seluruh miri dan kawasan berdekatan dilanda black out..

Tapi hikmah di sebaliknya, kitorang dapat laa juga gi tengok pesta kelupis yang diwar2kan akan diadakan di pekan Bekenu ni ha..
Kebetulan Sabtu tu lak incik abang ada meeting jadi aku pergi dengan kakak aku jek beserta anak2ku sekali..
Yang paling bestnya,sandal Zhariff tertinggal dalam kereta incik suami gi meeting..jadinya aku berhandbag hidup laa sepanjang jalan2 kat pesta kelupis tu..tercari2 gak orang jual kasut budak2 kot2 ada berdekatan tapi tak jumpa lagipun tak cari beria sebab nak pergi pun kejap jer..kononnya.heh..nyaris lekuk lengan acik..sibbaik kendong tangan kiri,kalo tangan kanan,mau tak jadi main badminton malam tu..huhuuu..

Jom laa layan gambar2 yang sempat di snap2..
Tapi agak mengecewakan jugak la,apa yang aku bayangkan tu nama pesta kelupis tapi tak nampak kelupis banyak2 pun.. ia ala2 pertandingan memasak kelupis jek. Salah bayangan betul aku aritu.hee...

Cam biasa,gerai2 makanan ada jerr kalo di keramaian gini... orang2 yang datang tidak seramai semasa regatta(lumba perahu) tahun lepas..juga di Bekenu..mungkin 1/3 atau 1/4 jer ramainya kali ni banding aritu kot.. :D

Antara jualan makanan.. tapi rata2 ramai yang jual gini...so macam kurang pilihan lak aku rasa.. *nak banyak pilihan masak la sendiri kan.heh.
kalo ada pilihan pun mungkin dari segi rasa.. kan kan..so pandai2 laa cari tempat yang sedap..

Kuih2 kering ni katanya dari Mukah.. harga dah satu kali ganda.. :D
Jadi kalo nak murah,gi mukah yer puan2..kalo malas nak redah ratus2 km,boleh la beli jek..

Kalo ikut logik,kuih ni memang sedap n best makan panas2(suam).. teksturnya rangup lembut di luar.. ni saiz kecit jek..tapi ok laa,berbaloi la jugak.. :)

Air minuman wajib ada dan antara paling laku lagi2 cuaca panas terik macam aritu..

Situasi biasa bila si anak merengek nak beli benda yang dia akan jemu pegang lepas tu suruh kite pegang/ bawak sepanjang berjalan tu lepas tu buat sepah umah jer..hehehe... tak kuase den nak layan sebab dah lenguh tangan kendong adiknya masa ni..tak dapat bayang nak bawak belon angry bird pulak..adeh

Jom masuk dalam lak..nak kata dewan,bukan..kira gelanggang tertutup gituu..

Masa ni acara cabutan bertuah .. khas untuk mereka yang join senamrobik sebelah pagi tu rasanya..TAHNIAH buat mereka yang berjaya bawa balik barang2 elektronik aritu..

Antara yang setia menunggu nombor mereka disebut..hehe

Kelihatan di sana, Ryo yang turut kesibukan sebab program ni pun anjuran RTM Miri.. dia pun ikut bertugas aritu..

Kakak tolong pegang zhariff sekejap.. ni pun jap jer zhariff dah erhh..erhh.. maa!maaa! :D

Jom tengok antara hasil kelupis peserta2 yang join aritu pulak..

Nih antara hasil tangan peserta yang join..kreatif2 belaka.. cantik macam hantaran gitew..

Kelupis siap dijalin satu sama lain..satu set dengan pencicahnya..

Yang ni nampak menarik walau simple...ala2 presentation ketika minum petang yang kita teringin nak capai satu.. ;)

Yang ni siap ngan telo ayam kampung satu bijik kat situ..motip? err..err.. tapi cun kan! ^_^

Sila sengetkan kepala anda ke kiri. Aku suka tengok kelupis yang ini sebab ia sangat menonjolkan watak kelupis asli dan kelihatan sangat lemak di mana kita boleh lihat daun irik itu kelihatan berkilat.. dari segi dalaman dan rasa tu hanya hakim yang tentukan yer.hee

Yang ni pun best jugak sebab siap tayang isi dalam..istimewa sebab guna pulut hitam!


Yang atas ni pun tayang isi dalam gak..kiri tu,nampak? Siap ada inti kat dalam dan pencicahnya pula adalah kari ayam kampung.. kari ke rendang dia sebut aritu ek..lupa lak aku..hee

Yang ni sesuai jadi kepala meja untuk pertandingan ni sebab siap dengan presentation tu sekali dengan infonya..

Tapi aku tak tau lagi setakat ni yang mana yang menang..heee..tak boleh harap betul kan.


Lepas tu di hujung sudut lain lak,turut ambil serta gerai Pn Rabiah Amit.. dia ni memang sinonim dengan kek lapis sarawak dan masakan2 sarawak hasil tangannya telah dibukukan.. Buku kek lapisnya pula sudah 4 jilid dipasarkan..

Berdiri di meja kiri tu anak Pn Rabiah.. yang duduk belakang meja tu ler Pn Rabiah nyer.. jom ler tengok dekat sikit..

Antara kek lapis jualan di gerai RabiahAmitCakeHouse hari tu..


Biskut pun ada,cupcake ada..kek roll ada gak..buku pun ada..

Bergambar kenang2an dengan beliau..hee...sama lak tema baju biru hitam.huhuh

Pn Rabiah Amit..

Buat tatapan korang yang tak pernah bertemu dengannya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 5, 2011

Gambar2 Sepanjang Perjalanan Ke Sibu..

Kitorang dah balik dari Sibu dah pun ahad lepas..tak jauh,2 jam lebih perjalanan dari umah jer..hii..macam gi melancong jauh bebeno jer kan..sampai ada yang ingat aku nih dari negeri lain tapi melancong ke sarawak ek?ahaks.. sori yer kalau ada yang konfius..hehe

Oh,ambik gambar2 nih dari dalam kereta aje..saja nak kongsi pemandangan sepanjang jalan menuju ke Sibu nih..tapi takde laa sempat nak amik gambar banyak2..sebahagian aje..
Jadi buat korang yang tak pernah jejak kaki ke sarawak tu meh laa cuci2 mata nengok gambar nih..

Jom tengok! korang dah tengok eh?aku lum suruh tengok dah tengok..bagus2..layan diri gitu..ekeke..

Gambar nih dah beberapa minit perjalanan dari simpang Selangau baru aku rajin sikit nak snap gambar..

Memang banyak jer selekoh2 sepanjang jalan..jadinya nak memotong tu harus berhati2,jangan potong kat selekoh jalan yer..iklan tak berbayo ini ditaja oleh JPJ

Selekoh lagi..berbukit lak tu..sebab tu keretapi takde kat sarawak..hehe

Fenomena biasa kalau ada kenderaan berat,pasti akan berbaris2 kenderaan kat belakang kan..huhu

Kenderaan biasa dijumpai kat sarawak nih adalah double cab.. :P


Kem pembalakan..


Ok,sepanjang perjalanan kalau berada di Sarawak ni memang tak sah laa kalau tak tunjuk rumah panjang kan.. dah tu aset utama sarawak pun.. buat korang yang tak pernah tengok tu..meh laa tengok..ni pun sempat amik gambar beberapa buah jer..yang sebelah kanan tak berapa nak snap..ada yang blur..huhu

Macam sekolah kan..hehe.. seronok tengok rumah2 panjang ni sebenarnya..ada pelbagai design dah sekarang..

Setiap rumah panjang ni dinamakan sempena tuai rumah(ketua rumah) masing2..

Bukan yg depan ni yer..yang belakang tu rumah panjang di atas bukit..

Ni sekolah ke rumah panjang?rumah panjang laa..hehe

Tengok nih lakk..biasanya rumah panjang ni standard laa kalau ada 30-60 pintu (keluarga).. ada yang lebih,ada yang kurang..


Yang nih berdekatan betul2 dengan jalan raya..

Yang atas bukit lagi..

nun jauh di sana..hehe
rumah panjang yang tak berapa panjang..

Cik abang,tepi sikit..nak amik gambar yang sebelah sana jugak..hihi

Err..yang nih aku muskil..bukan umah panjang nih..workshop kot..hahaha

Haaa..sibu tak jauh sangat dah! Kuching jauh lagi tu..kalau sebelum ni korang ingat bandar2 di sarawak ni dekat2 aje..think again..ngeee

Jambatan..di sungai batang oya

Rumah usang di tepi jalan

Aksi dalam kereta..takleh duk diam

Dah tau orang amik gambar..eksen2 lak dia..hehe.. Nih laa dak kecik yana.. ;P

Phewitttt!!serius beb!pestaim nak gi sibu katekan..dulu ikut dalam pewut jer..hehehe


Beg beroda yang 2 orang tu baru bangun tido...hehehe..zhariff tetap kontrol macho :P


Hero malaya 2030..hahah

Sambung balik tengok view tepi jalan..

Leh paham tak tulisan tu..aku pun tak terbaca..agaknya tulisnya tuh tokong cina laa kot..ehehe


Sebab kat situ tu,tokong cina..kalau tak silap aku antara yang terbesar di asia ke dunia ke..korang google sendiri ajelah..ngeee :P

Memang luas tau tokong tu..huhu

Iklan lagi..

Tak abis2 dengan hobi beliau..

Nih kem askar area sibu.. kak ilahjy..yang ni ke yang akak perkatakan itu?hehe..sempat snap sekali jer..

Nak sampai dah..nak sampai dahh..hehe

Sekarang belok ke sibu yer..kalau gi bintulu tu maknanya kita patah balik..huehuee..

Ok..dah sampai area Sibu pun..kat kawasan bandar tu sama jer macam bandar2 biasa..hehe..

Terima kasih kerana menonton..ada masa atau kelapangan meh laa jenjalan ke sarawak yer.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...