Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Tips Dapur. Show all posts
Showing posts with label Tips Dapur. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Resepi dan Tips Membuat Kek Puding Karamel..

Selamat tengah hariii..
Wehh..aku nak gelak sampai terkehel urat jer bila ada orang2 'complaint' aku selalu kuarkan entri sejak semalam..hahaha.. yelah selalu lambat je ngupdate yer..
Untuk makluman,buat masa ni..diulangi,buat masa ini, tenet dah ok sebab modem yang ok untuk surfing aritu dah jumpa balik..weee~ dan masa tu ada terluang gak banding kebizian amat sangat sebelum ni..
Kang kalo tak ngupdate lama2 korang jugak yang rindu siang malam kat aku,tak gitu?hakhak.. ;P
Sabo jela korang yang jenuh nak nengok entri aku ek.hee..
Lagi satu sekarang ni aku dah ada 'rakan karib' untuk BW(tapi bw pun ikut mana sempat gak kan)..tu yang memudahkan aku gak..alhamdulillah ;)

Oklah2...kita teruskan yer puan2..
Kali pertama buat kek yang disatukan dengan karamel dalam satu loyang ni adalah menggunakan resepi yang dikongsikan kak Yani.. rasanya dari resepi seumpama itu ia diolah menjadi kek span gini dan dimarblekan untuk warna yang lebih menarik..

Tapi ni laa pertama kali aku buat kek puding karamel yang dikaler2 gini...walaupun sana sini sinun dah berlambak2 orang buat dan bermacam2 pesen dah pun marble nya,coraknya atau belangnya..aku macam tak sampai seru lagi nak buat..sampai laa baru2 ni terliur2 lak nak buat..
Dan bila mintak semangat dari tauke kek karamel ni,baru semangat tu banyak sikit..huahua..ngengada sungguh ku rasa.. ;P

Jadi buat korang yang belum pernah buat gak tu,sila2 laa buat ye.. Kalau tengok resepi sepintas lalu memang macam rumit jer,tapi kalau korang hayati sepenuh jiwa..senang jek..

Mintak izin tuan asal resepi nih dan puan2 yang menyebarkan resepi ni agar menghalalkan resepi ni dikongsi pengunjung blog ini pula..Terima kasih atas perkongsian semua ya..
Aku angkut resepi ni dari blog Anna Qawina..terima kasih mek. Aku edit sikit2 ayat kat resepi tu jer.. bagi senang lagi nak paham.. kot2 ada yang tak paham singkatan ke kan..
Oh yerr, korang nak cara2 bergambar sila klik kat nama Anna di bawah ye..kat 'sumber' tu.hee...

KEK PUDING KARAMEL
Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-hasue tak letak


Gini posing biasa aku tengok kalo orang buat kek karamel nih..baru nampak yer dak.. ok tak pilihan warna ni? Agak2 napa warna biru tu harus ada..haihh.. ;)


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

Untuk Tips Tambahan,terutama untuk korang baru nak mencuba gak resepi ni..aku syorkan korang gi rujuk kat dapur cyber Anna Qawina..sila2 laa klik SINI. Agak2 masih malas gak nak buat, korang order jer kat beliau..hehe..

Ha,bila aku sebut tips membuat kek puding karamel kat tajuk tu,aku maksudkan tips dari mereka yang dah selalu buat..terutama Anna yang share di blognya..
Jadi dah elok2 orang kongsi,takkan main kutip jer tanpa ucap terima kasih tanda penghargaan kan..rajin2 laa drop komen yer..bukan senang tau orang berniaga nak kongsi2 tips ni..hee..bisa tak ayat aku nih? *wink2*



Dari segi rasa pulak..alhamdulillah, sedap jugak kek puding berkaramel ni ke tekak kami.. cuma, masa makan tu..macam,best kot kalau karamelnya tu lebih cair yakni diletak air sedikit macam buat puding karamel biasa yang 'berkuah' gitu..sebab kalau puding karamel pun kitorang tak gemar karamel yang jenis melekat dan pekat ni.heee.. ni citarasa kami laa ekk..
Tapi mungkin dikhuatiri, kalau buh 'kuah' tu ia akan meresap ke dalam kek pulak kan.. tapi kalau untuk makan2 sendiri apa salahnya kita ubahsuai ikut citarasa yer dak?
Maybe lainkali akan cuba buat gitu lak.. cairkan sedikit karamel tu.. insyaAllah kalau rajin.hee..

Nih pemandangan dari hadapan.. macam kek lapis mami jarum je ekk..lapisan kek jadi agak menegak gitu,kurang beralun..huhu...
Kek nya gebus elok jer dan pudingnya pun lembut..
oklah,selamat menjamu mata!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 5, 2012

Agar-agar Lapis Buih .. gabungan agar2 dan buih2?hee..

Assalamualaikum.. ^_^

Pertama kali aku melihat spesis puding ni ..err,maksud aku yang jenis buih ni adalah dalam tv, rancangan masakan apa tah aku dah lupa. Dia buat puding tembikai,dah tengok orang buat tu baru terungkai bagaimana puding tembikai yang sebelumnya tu pernah tengok kat bazaar ramadhan dibuat.. rupanya dia kaler 'isi' tembikai tu dulu..pas dah beku,dia terbalikkan mangkuk tu..lepas tu baru dia kaler 'kulit' tembikai tu..

Melangkah ke dunia cyber, paling dikenali adalah resepi puding buih dari Kak Nor..yang berasal dari website myresipi.com.. 'laku' jer resepi kak nor time tu untuk dicuba.. so aku pun confident jer nak cuba..sebelum ni aku dah cuba puding balqis beliau gak..so far memang jadi cuma aku jer tak mahir2 lagik.ahak..

Zhariff paling suka makan agar2 buih ni haa.. selepas satu suap,suap lagi.. best jek tengok dia makan..hehe..lagi2 kaler2 tu menarik perhatian dia agaknya..yana macam biasa la kalo tengok kek atau puding kaler2 ni nak potong tu dia nyanyi hepi besday dulu..haha

Sebenarnya aku nak perabis stok agar2 serbuk dalam gobok tu... sukaa nak buat resepi lama yang diperbaharui kak nor..tapi,tapi tapiii... aku lak TERPAKSA derhaka tak tentu pasal sebab stok agar2 dan telur adalah dalam saiz berlainan..chet!agar2 aku ni memang gini..masa kita nak yang 12g dia ada 10g..kalo nak yang 10g,ada stok yang 12g jer.. eh?ngan agar2 pun nak marah kan..tah pape jek..hakhak

Nih laa kejadian kalo orang tak mahir cam aku nih buat haa..nampak adunan tu ngah duduk bersimpuh2 gitu..taknak jadi puding buih sepenuhnya..nak juga dia menepek jadi agar2.. Yang si oren tu jer hampir buih sepenuhnya..
Kaler lain,yang duduk bersila2 cam kat majlis tahlil pun ada gak tuh..haihh..stress nengok!
Tapi bila tengok nama resepi kak nor ni,memang dia kata "agar2 lapis buih" pun kannnn..aaa,yang itu memang elok untuk meng'kaver' kejadian dessert aku nih.heee.. marah kak nor. :P

Apa2pun terima kasih buat kak nor yang share resepi nih.. kak hanieliza pun ada share gak versi dia.. sila rujuk link yang diberikan beserta nama mereka tu yer..

Untuk rujukan di masa mendatang,minta izin yer kak nor..nak tepek resepi di sini pula..

AGAR-AGAR LAPIS BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (12gm) - hasue guna 10g
850 ml air
3 bj telur A ~ ambil putih sahaja - hasue guna 4 biji putih telur size B
145 gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan

Cara:
Masak air bersama gula, agar2 dan daun pandan hingga mendidih.
Kemudian masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba ....

Tips Dari Kak Nor:
* utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :)
* seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)

Buat penggemar puding jenis buih ni,sila2 laa mencuba sendiri yer..senang amat je tu..jangan malas2... gi rebus agar2 dan gula pastu pukul putih telur sampai beku jer..(basic nyer la..hehe..)

Masa melapis tu takde masalah nak tunggu keras sebab aku buh dalam freezer,kat atas bekas ais kiub lak tu..jap je dah beku.. kire sesambil ngaler tu dier dah beku dah..hee.. selamat mencubaaa!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 9, 2011

Tutorial:Cara Membuat Light Cheese Cake

Bertemu kembali.
Maaf sangat2 sebab lambat sambungan entri nih..seperti sedia maklum laa kan,tenet cap kuye2 membataskan kelajuan untuk mengentri di samping tuntutan tugasan seharian di rumah ni haa..sibbaik tak jadi ahli politik..kalo tak mesti sibuk nak kempen sana sini lagik...*eh?ada kena ngena ke..heh.

Oklah ek..kite teruskan dengan tutorial kali ni..
Bila aku sebut tutorial,biasanya aku tunjuk cara2 asas nak buatnya yer..biar ler blog berat ngan gambo kan..haha
Entri ini aku tujukan khas buat mereka yang tak pernah buat,atau yang ingin mencuba sendiri membuat light cheese cake dan kek2 yang memerlukan meringue dalam adunan..
Buat anda2 yang dah terrer tu boleh laa pandang sebelah mata jer..hehe..kalau perlu meh laa bagi tips tambahan sekali..ok?Harap dapat bantu kawan2 yang benar2 nak cuba ni..
Ramai lagi yang masih tak berani membuat kek jenis begini dan ada yang berani buat tapi kejadiannya tak seperti yang diharapkan ke,kan..

Harus aku ingatkan,tutorial ni berdasarkan cara aku buat laa ekk..ni cara mudah(ke cara malas?) nak buat light cheese cake nih haa..hasilnya insyaallah menjadi kalau ikut cara dengan betul..dah pandai asasnya nanti,ikut suka korang je laa nak ubahsuai(atau bahasa lainnya,derhakakan) resepi sedia ada..ikut selera je gitu..
Selain tu,bila dah pandai buat meringue ni,kek-kek gebus lain pun insyaallah takde masalah nak buat seperti kek chiffon ke,nak buat macarons ke.. :)

Satu lagi,light cheese cake ni mungkin berbeza teksturnya dari kek-kek keju yang korang dah pernah buat(bagi yang biasa buat). Teksturnya ringan,gebu, tapi lembap2 basah gitu..

Jom buat LIGHT CHEESE CAKE..

Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..ehe

Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.

Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..

Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan. Perhatikan gambar no 4 di atas ni, itu adalah yang dipanggil 'soft peak'. Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..

Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.

Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.

Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini

Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.

Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.
Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..

Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja..

Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Gambar di atas ni menunjukkan adunan yang belum sebati.

Ini adunan yang benar2 sebati. adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.

Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..

Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..

contoh loyang bulat untuk kaedah bain marie

Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.

Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..

Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .Gambar kat atas ni nampak jelas kat tepi tu bekas kek tu turun..Biasanya aku biarkan kek itu sejuk di dalam loyang dan hasilnya ia turun dengan sopan jer..hehe

Ini kek yang sudah disejukkan sepenuhnya dan dikeluarkan dari loyang..perhatikan tepi kek,hasilnya halus aje..tu yang kate tadi ia 'turun' dengan sopan je kalau dibiar dalam loyang.. biasanya ada resepi yang cadangkan keluarkan terus dari loyang sebaik sahaja masak,ikut laa mana2 keselesaan korang yer

Close up sket..kek ni terlebih bako..dah citer pada entri sebelum ni yer..hehee..tapi rasanya maintain jek..

Seperti kata IzahDaut yang sudah mencuba membuat sendiri kek ni,kek ni tak cerewet nak buat..sukatan tu pun tak accurate sangat sebenarnya..cuma garis panduan untuk mereka yang baru nak cuba buat.. dah pandai nanti sila2 laa derhaka ikut citarasa sendiri..
Boleh tengok entri izahdaut kat SINUN(klik) bagi yang belum tengok ye..dia tambah pes strawberi untuk bagi menarik lagi..

Selain boleh diubahsuai dari segi perisa,kek ni juga boleh dibuat ikut sukatan yang kita mahu..tapi sukatan yang ini(300ml susu dan bahan2 lain ni) adalah paling standard.

Boleh gantikan susu segar biasa tu dengan susu segar perisa strawberi..tambah strawberi filling ke..
Gambar atas ni hasil guna susu segar perisa strawberi ..dan tambah sedikit kaler merah jambu. Dana ikut sukatan 200ml,so keknya rendah laa sket..hehe

Yang ni lak,buh susu segar perisa coklat dan tambah serbuk koko.. ni lak guna sukatan 400ml,tak muat nak bakar dalam loyang ni,so aku bakar kat acuan lain selebihnya..hehee.. Jangan bakar dengan suhu terlebih panas yer,nanti merekah pula..
Yang ini versi plain.. perhatikan ketinggian kek dari loyang..ini guna sukatan 200ml susu segar..so sebab tu rendah kejadiannya..aku guna loyang yang sama je nak buat kek nih..iaitu loyang 8" atau diameter 21cm

Setelah dipotong.. kek ni lembap2 gitu..

Untuk resepi sila klik SINI

update:

Di sini aku sertakan sekali resepi optional untuk 200ml dan 400ml seperti yang aku nyatakan itu yer..takut ada yang konfius lak kan.hehe..

Resepi menggunakan bahan asas yang sama,cuma sukatan yg berbeza..senang je nak ingat..

Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon



Harap gambar2 n penerangan nih dapat membantu,jika ada soalan meh taburkan kat petak komen..kalo aku takleh jawab kot2 kawan2 lain leh jawab..
SELAMAT MENCUBA..!

*entri ini akan diupdate jika ada info yang ingin diketengahkan atau link2 kawan2 yang sudah mencubanya..tq!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 20, 2011

Resepi: Puding Pelangi & Teknik Mencoraknya

Senang hati jer merayau blog orang tadi..tak sedor diri tadi lum ngentri untuk hari ini..hee..
Siang yang sibuk,banyak benda yang perlu disettle kan..tapi itu bukan soalnya..sekarang nak tayang puding pelangi..sebelum nih dah buat..beberapa kali gak ler.
Rasanya dah ramai dan rata2 dah buat puding ni kan..senang dan sedap!

Sebenarnya buat nih pun atas permintaan bukan orang kat umah nih..hehe..cam pelik jer ye. Ada laa permintaan seseorang..tapi kitorang yang makan..ahak!Tapi macam nak sambung esok jer cerita sikit(cersi bukan cerpen) aku nih..sebab jap lagi nak godek2 mende lain lak nih..huwah..sibuk!esok cik abang nak projek lagi..adehh..
Kali ni buh 3 warna jer..pelangi tak cukup umur..pelangi cukup umur kan ada 7 warna.ehe..

Resepi asal daripada kak alma,guna agar2 10g..aku guna yang 13g..dah tu je ada stok.hee..jadi aku olah laa mengikut kesesuaian guna agar2 13g..agar2 ni,kalau 2,3 gram pun ada beza kot dari segi kepejalannya.
Tulisan berwarna biru adalah yang aku buat ye..sila rujuk resepi asal untuk agar2 10g.

Puding Pelangi
Resepi:Alma@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar2 | 13g serbuk agar2
  • 650ml air | 750ml air
  • 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
  • 60gm mentega | 80g mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair | 250g susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard | 1 tbsp tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko | 1 tbsp serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) | warna hijau n pink
Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Sedia untuk dihidangkan sejuk2..yummm! ^_^


Update:
Sebenarnya buat nih atas permintaan seorang blogger dan yang seorang lagi bukan blogger yang meminta ditunjukkan bagaimana cara mem'pelangi'kan puding ini..sebab tu aku kata kat atas tadi,puding ni atas permintaan seseorang tapi kitorang yang makan..hehee...baik juga ada yang request,memang dah lama serbuk agar2 tu menunggu masa untuk dikorbankan.

Di sini aku sertakan langkah demi langkah...(beberapa langkah je) yang diharap dapat difahami oleh mereka yang sebelum ni kurang faham.
Bagi mereka yang pernah mencuba dah kata warnanya tercampur aduk mungkin sebab tangan korang banyak sangat bergerak masa menuang adunan tu kot..ataupun tuang banyak sekali ke..dia kena tuang slow n steady jer..aku pun buat tak kemas mana..kadang2 gatal tangan gak nak gerak2kan senduk masa menuang adunan tu.huhu..
Satu lagi sebabnya mungkin senduk yang digunakan tak sepadan dengan saiz loyang ke..kan. Cuba kaji selidik yer..jangan putus asa..nanti last2 cantik laa kejadiannya bila tahu di mana silapnya.

Sila rujuk resepi di atas untuk membuat adunan puding ya..step yang aku tunjukkan nih yang nombor 5-7.. ni cara aku laa kan..merujuk kepada resepi kak alma tu n selebihnya imaginasi n pengalaman sendiri :D
Jom tengok teknik mem'pelangi'kan puding nih..

Mula2,basahkan loyang atau bekas sesuai(tujuan basahkan loyang tu supaya puding senang nak keluarkan nanti)

Letak sesuatu di bawah loyang untuk meninggikan sebelah loyang tu sedikit..boleh guna tuala bersih misalnya seperti ditunjukkan dalam gambar.. kalau takde,boleh guna kotak yang dilipat tebal,suratkhabar ke.. sila jangan guna kasut tumit,tak senonoh namanya tu.. :D

Mulakan dengan menuang adunan merah satu senduk,dan adunan akan 'menggelongsor'turun ke bahagian rendah dengan kuasa graviti..susuli pula dengan menuang adunan coklat dari atas/tengah loyang dengan perlahan-lahan, dan kemudian warna hijau. Ulang lagi dengan menuang warna merah,coklat,hijau...(sila guna senduk yang sama saiz bagi setiap warna)
Apabila adunan hampir habis,takda tempat dah nak 'gelongsor'kan adunan tu kat lantai loyang kan..jadi 'gelongsor'kan dari dinding loyang pula seperti ditunjukkan dalam gambar.. Ini untuk memastikan ia tetap membentuk pelangi. Kalau buh direct je kadang2 warna tenggelam..Yang menitik2 tu boleh je kemas2kan sedikit kemudian ye..

Setelah siap..pegang loyang menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi menarik tuala. Letakkan loyang perlahan2 dan tunggu sejuk sebelum di simpan dalam peti sejuk..

Begitu jelah stepnya..mudah,kan? Harap dapat membantu kepada mereka yang masih keliru.. macam biasa aku guna ayat mudah untuk difahami..tapi jika masih tak faham,boleh la tanya yer..jangan segan2 :)

SELAMAT MENCUBA!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 13, 2011

Pertama Kali Menggunakan Acuan Silikon?

Entri ini mungkin berbaur kejakunan sedikit jadi buat yang dah biasa guna mould silicone tu,paham2 laa k..ahaks

Sebenarnya bukan baru2 nih aku dengar atau tahu pasal penggunaan acuan silikon nih di arena masakan atau baking2 nih..cuma,aku macam tak berapa berminat laa nak guna acuan lembik nih untuk buat kek,agar2,puding dan sebagainya..
Lagi satu,bila tengok harga,macam lebih best kalo beli bekas nonstick jer..ehee..yang aku ada selama nih adalah berus baking silikon tu aje..tu pun sebab...tak tahan tengok sebab comel sangat! Tak pernah guna pun lagi..ngehee..

Tapi bila tengok sana sini me'nyilikon'kan dapur masing2,keinginan tu mencuba tu pun ada juga..rembat laa beberapa biji acuan kecil..tapi tak guna jugak..ngeee..
Macam tak konfiden jer nak bakar acuan yang sebijik macam getah sekerap biasa tuh..
Pastu kan,bila gi soping lagi baru2 nih..sempat jugak merembat lagi acuan silikon nih, atas sokongan cik abang..hahahaha..camner tak sokong kan..asyik putar balik pusing pusing belek2 area tu aje..ngahahaa..paling tak boleh tahan tak beli adalah sebab warna acuan tersebut..sila salahkan pembuatnya yer..bukan pembelinya..keskeskes..cantik ko..kaler biru okeh..gegege.. :P

Baru2 nih Che Mat Gebu (link n3 tu kalo jumpa nanti aku update)ada buat tayangan amal pasal acuan silikon beliau..tima kasih laa cik mat sebab entri cik mat tu laa membuatkan daku terus bersemangat menapau balik acuan silikon nih sekaligus menggunakannya.. lepas tu ada tauke silicone payudara bakeware dari luar negara nih yang selalu aku tengok buat entri pasal silicone bakeware nih..kalau ada peluang gi la jenguk umah dia kat melbourne tuh SINI yer..dia duk obersi,tapi asal malaysia..sengal pun boleh tahan tu..haha..

Bercerita pasal 1st time guna nih..aku rasa aku dah betul laa cara guna semua..sebab try guna tu malam tadi,pastu baru baca tips dari TTM tuh pagi nih...yang aku tak buat jer adalah rendam dalam air suam tu..yang lelain semua aku buat seperti yang beliau cadangkan..hehe..
pastu aku nak tambah ni,kalau nak simpan acuan silikon nih,sebaiknya bungkus dalam bekas plastik supaya habuk2 bersusah payah sikit nak masuk..nanti nak cuci pun tak laa rumit sangat..betul tak?:D

Masa nak bakar tu anak aku yang sulung(banglong) risau jer tengok.betul ke nak bakar nih?tak ke cair nanti..?aku pun kata kat dia,nanti kalau cair,banglong yang cuci oven nih,okeh?banglong pun mempersoalkan kenapa dia harus cuci sedangkan mak yang bako..muehehe..saje jer gertak budak tuh..bayangkan laa kalo harus cuci getah cair dalam oven.. :D

Meh tengok hasil baking2 menggunakan silikon nih..yang takde acuan silikon lagi leh laa skodeng2 kat kedai bakingware berhampiran anda yer..*saje nak jangkitkan virus kat korang yang lum guna tu..hehe


Yang kat atas tu acuan silikon..yang kat bawah tu melamine..bukan yang mahal2 pun yang biasa2 aje..tu pun terrr ikut balik satu ketika dulu..siap peluk lutut merayu2 nak ikut aku balik tuh.. <- cerita rekaan semata2


Kek aku nih agak merekah lak..mungkin sebab suhu terlebih..tapi aku dah guna suhu rendah dari biasa..tak pe laa..bukan di situ point kali ni..ehehe..sila fokus kat acuan silikon tu ye..hihi


Belum sempat sejuk beno pun masa aku bukak nih..excited tuh lebih2 lak..haha..biasa laa..pestaim katekan..hikhik..

Kat sini aku nak kongsikan tips yang aku amik(copy n paste) dari blog TopsyTurvyMum yer..TTM,izinkan tak nih?ko x ijinkan haku hangkut jugak..muehehe..Terima kasih atas perkongsian tips nih yer.. ;)
Buat korang yang tak jumpa jugak silicone bakeware nih,sila2 laa order dari dia..aku pun tak tau camne..nak tahu lebih lanjut..sila terjah blog beliau kat SINI(klik)

Cara Menggunakan Silicone Bakeware: [Tips dari TopsyTurvyMum]

1. Cuci bersih2 sebelum guna, rendam dengan air suam dulu pastu basuh guna sponge dengan sabun. Sponge lembut jgn guna yang keras. Setiap kali nak guna pun cuci dulu sebab dia senang perangkap habuk.

2. Sapu jugak dengan minyak atau marjerin atau butter walaupun manufacturer kata tak payah. Jangan ambik risiko.

3. Ada yang komplen shape dia lari . Memang la sebab dia lembik. Cara untuk mengatasinya, letak silicone baking pan tu atas flat metal baking tray dulu. Lepas tu baru isi cake batter. Angkat flat metal baking tray tu sekali masuk dalam oven.

4. Kalau untuk cupcake, muffin atau yang ada character mould tu, silalah kurangkan suhu oven 20C dari suhu dalam resepi. Sebab dia cepat masak.

5. Cara senang nak keluarkan, terbalikkan dulu kemudian twist sket2 sambil tekan bahagian tengah.

6. Boleh juga jadi acuan agar2 atau aiskrim sebab boleh simpan dalam fridge dan freezer juga. Suhu yang dibenarkan boleh check kat silicone yang korang beli tu. Biasanya antara -40F hingga 500F.

Haa..jangan lupa juga tips tambahan aku bagi tuh..*nak jugak menyelit kalau nak best,buh dalam bekas plastik(selepas dikeringkan) semasa menyimpannya yer..senang sikit kerja mencuci..terutama jika korang jarang2 sekali menggunakannya..

Ada tak kawan2 yang nak tambah tips penggunaan atau penyimpanan atau apa2 laa nak dikongsikan di sini?sila2 laa tinggalkan komen korang yer..terima kasih


Hasil pertama menggunakan acuan silikon..bestt2..jakun betul la kan.hehe.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 29, 2011

Tutorial: Teknik Membuat Lorekan Di Atas Cheese Tart

Salam pagi buat semua..
Hari ni, baru sambung balik pasal cheese tart nih.. Saja nak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni untuk pengunjung blog ni yang mungkin nak tahu secara terperinci bagaimana lorekan atas cheese tart tu dibuat.
Sebenarnya kat entri Strawberry Cheese Tart tu ada tips dikongsikan oleh kak Azita, guna pewarna yang dicampurkan dengan cheese tu..err,boleh rujuk sana yer..
Tapi yang aku nak demo kali nih guna filling tu sendiri untuk lorekkan di atas cheese tart tu..ehem,demo versi amatur laa yer.comot2 dan tidak kemas tu korang buat2 tak nampak udah la..ngee ngee..
Err,dah daftar kelas masakan cheese tart tadi kan?hahaha..ngengada jek..cikgu2 kelas masakan yang terjenguk sini tu kalo ada yang nak tegur,tegur laa ye..saya nih bagi tutorial versi tak formal..hehe..kalau ada silap,jangan ada yang kecik ati lak ye..kite gurau2 gitu.. ;)

Eh!Seronok tau main conteng2 atas cheese tart nih bila dah tahu basic nak buat lorekan tu..Buat mereka yang geram nak mengetart semalam tu,nih saje nak tambah kegeraman korang..ahaks

Contoh lorekan yang biasa kita nampak..biasa sebelah jer lorekan kan.
Tapi sebab kite buat sendiri, buat ler versi batu belah batu bertangkup sekali pun takpe..


Jom belajar camana buatnya..sila amik tempat masing2.. tu yang berbaju merah tu,depan laa sikit,kang tak nampak lak..jangan malu2 yer..nak jer suh hands on tapi tak cukup peralatan,tengok2 udah laa ye..tak pun kite gilir jer.hehe..*kelas masakan tak cukup bajet..kakaka :D

Ok,dah sedia?
  • Mula2 masukkan filling(strawberi filling,blueberi,atau filling cream cheese tadi yang dicampur sedikit pewarna pilihan) ke dalam piping bag saiz kecil..err,sebab aku nak guna sikit,aku guna plastik biasa2 jer..heee..
  • Selepas tu,gunting sedikittt jer hujung muncung plastik tu seperti dalam gambar..JANGAN gunting besar2 lak yer..nanti tak cantik dan lorekan nampak 'gemuk'.
  • Pangkalnya tadi tu pulas sedikit ,untuk mengelakkan filling terkeluar(cam nak deko kek)Ok,sekarang boleh la picitkan filling tu dalam bentuk garisan2 pendek (seperti gambar di atas. Buat dalam 4-5 garis pendek dan sedikit menyerong

  • Kemudian,ambil sebatang pencungkil gigi(yang belum digunakan tau..hahaha). cucukkan sedikit di atas filling tadi dan tarik betul2 ditengah2 garisan merentasi setiap garisan pendek.seperti gambar di bawah.*apsal tetiba rasa cam ngajar subjek geografi tingkatan 4 pun ada nih
Taddaaaaa!!! Dah jadik dah! dah jadik dah..weeeee....bestt2!*padahal kejadian lorekan tu x seberapa pun..haha


Ok,dah pandai basic tu..kite cuba stail lain lak...cuba mek jah buat..

Mula2,buat garisan2 pendek macam ni kat sekeliling tart..Pastu tarik lagi guna pencungkil gigi(ingat yer,yang belum digunakan tau..ekeke) ke satu arah..

Yeyyyy..dah jadik munga seri pagi..eh yeke?hehe..santik mek jah buat..! Mas,ko nampak tak tadi tuh? Jangan tetido lak mas..haihh..


Siapa lagi nak cuba?? Lorr..ni ct zaidah ni bawak anak kecik pulak datang kelas..oo,takde yang jage kat umah ek..takpe2,tengok demo je laa ek..hehe..Tun Telani mana nih? Tak nampak muka pun? Mesti bangun lewat nih..Kalau si Noorsha bakal besan aku tu aku paham laa,dia injured masa bakar roti..takleh hadir kelas..haha..

Ok..ok,kite teruskan yer..kak lina,eh kak lina lak.. lupa,dia dah call semalam tak dapat datang,tiket abis..
Haa..kak rosaliza nak cuba yer..meh2..amik tempat..kita buat versi kipas angin lak..

Picitkan filling tadi dalam bentuk pangkah memangkah gini.. eh comot sikit tu kak,takpe2.. nanti tak berapa nampak laa tu..Amani tu suh Kak Sam dukung jap..

Lepas tu,guna pencungkil gigi tadi(berapa kali aku nak ingatkan nih,gunakan pencungkil gigi yang baru tau)..tarik keliling macam dalam gambar tu haa.. dah macam kipas kan? Eh..tak cukup lagi laa kak liza,cuba buat 2,3 kali lagi..kat sebelah dalam n hampir luar tart yer..a'ah,kat situuu..

Haaaa..pandaiiii!!Baru tambah comel kan..yeyyy..yeeyy..hihih..*yang ngajo lak eksaited lebih..kakaka

Nih laa antara hasilnya yer..sedia untuk dibakar...Puan Korie,sila masukkan dalam oven yang dah dipanaskan tadi tu yer.aaa,oven yang tu..hati2 panas tu..

Yang lain2 tu,sesambil tunggu cheese masak tu boleh laa uli doh lagi yer..resepi sepenuhnya tu boleh rujuk kat SINI(klik)

TING!!!(bunyi oven) Dah siap pun cheese tart kita nih.. sedia untuk disejukkan..dan dimakan..yang dalam gambar nih dah lama arwah,tak yah mintak2 yer..


Boleh laa korang amik order pasni.hehe..pastu lorek ikut kreativiti masing2..ni bukan kelas masakan dah ni..tapi 'main conteng2 bersama HaSue'..haha

Haa..nak lorek nama pun boleh..hehe..nih nama2 adik2 comel dari politeknik mukah nun eh,bukan mak budak yang sorang tuh..err,Anna Qawina mana?Tak hadir kelas yer..sibbaik ko berbadan dua,kalo tak, dah kena denda berdiri luar kelas..muekeke.

Errr..ada soalan??takde? OH..lupa lak,untuk kak zila66 yang nak tau pasal cream cheese nih..akak boleh google rupa parasnya yer kak..biasanya brand yang digunakan adalah jenama kraft Philadelphia tu..apa2 brand pun boleh,asal halal..pasal sukatan tukar kepada sukatan cawan tu nanti akan diusahakan.. ;)

Untuk Nieza lak,selain tips dari kak Azita tu,rasanya untuk mendapatkan hasil adunan filling cream cheese yang montok dan gebu,pukul adunan dengan kelajuan sederhana jer..JANGAN guna kelajuan tinggi..nanti cream cheese tu berketul2 sikit dan tak gebus..pukul kelajuan sederhana je ok,biar lama sikit takpe..

Ada soalan lain?takde dah?Kalau takde,tak reti2 nak buat cheese tart tu n anta ke sini nak tengok n nak makan..hahaha..Aizura,mesti dah teringin membaking tu paras kepala dah kn?hihi

Ohya..aku baru jer nampak adik aku post entri pasal cistat gak..gi laa jenguk kat SINI(klik). Dia pun baru 1st time buat tu..

UPDATED:
Untuk Mas dan mereka yang nak tahu rupa paras strawberi filling tu..gini laa rupanya..

Mudah didapati di kedai2 bakery nih..harga pun murah jek. Biasanya memang siap2 di pek2 dalam bekas2 gini..tak tau ler kalo ada yang di brand kan..
Filling nih halus n smooth jer,tak macam jem yang sedikit berat..rasa filling nih pun tak semanis rasa jem strawberi..selain strawberi,ada juga perisa blueberry..err,apa lagi perisa lain ek..bergantung kepada kedai bakery yang korang pergi laa..kalau yang kedai besar tu mesti jual pelbagai jenis kot..gi belek2 telek2 sendirik yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...