Salam sejahtera buat semua..
Dah masuk bulan Oktober pun kite..Tanpa buang masa..jom tengok menu yang sedang berposing ala kadar ni..
Puding ni buat untuk banglong bawa gi sekolah aritu gak..cam tak kena jer wat lepiu2 tuk jamuan sekolah kannn..hahaha..tapi tu jelaa mould yang sesuai aku tengok masa tu..ingat nak buat lep tu kaler merah semerah hati biasa tu tapi geram gak laa sebab tak jumpa2 lagi pewarna merah yang sebenar2 merah..yang beli kat bakery aritu merah ke'oren'an laa pulak..yang warna merah star brand tu lebih kepada maroon..buh sikit tu ok kot..tapi aku buh kaler pink ni cam ok laa jugak..tertarik laa pulak bebudak pompuan kat umah ni nengoknya.heh..

Masa resepi ni tersebar luas terus terang citer laa..aku tak mengikuti perkembangannya sangat..sungguh2 tenet tak support nak blogwalking ni..
masa kak naz buat(dan post resepi yang diolah lagi tu rasanya) dan kak nor buat jer yang aku betul2 gi tengok depan mata..maaf ye kawan2 yang tak sempat gi jengah..ada yang nampak dari tingkap umah jer..bila dah bukak link tak kuar gambar gak..tskk..mesti orang susah nak paham sebab tak ramai yang broadband bermasalah cam aku nih.hehee..
Ok berbalik kepada cerita puding..sebenarnya senang je kan nak buat nya..yang aku buat nih versi senang amat sebab buh satu warna jer.hee..start buat kul 12 tengah malam..tu pun banyak iklan penaja yang ditaja oleh Zhariff enterprise..selalu lak terjaga2. Tapi sebenarnya mudah nak buat..hasil pun sedap dan cantik..lagi2 kalau rajin buh banyak kaler maler..
Puding ni sebelum ni aku pernah gak tengok tapi nama jer lain..yang seangkatan dengannya cam puding puteri dalam kaca.. puding permata dan macam2 nama lagi la..
Tapi nih festaim laa aku buat gini..tu pun versi derhaka sikit tak buh gula melaka tapi guna gula biasa je supaya adunan kat luar tu benar2 jernih.
Mula2 kena laa buat 'inti' kat dalam tu..

Aku gunakan mould ice cube pemberian seorang adik cantik manis dari penang nun..sesuai sangat nak buat puding sebab flexibel nak buka tu..mekasih kat dia.. untuk satu adunan bahan2 A tu cukup2 2x isi..masuk freezer jap je dah beku..baru masuk lagi baki adunan..
Pastu keluarkan dari mould dan simpan dalam mould lepiu gak yang lebih besar..
Dah tu baru masak adunan B dan tuangkan(tapis) perlahan2 ke dalam bekas lep yang besar tadi..
Tapi sebab ia terapung2 lak..sebelum keras membeku kena susun2 laa sikit puding pink tu guna sudu..takleh kasar2,nanti puding calar balar abis sememeh kan..huhu..
Ok..untuk resepinya,aku copy dari dapur maya
kak Nor Azmihah yer..
Korang kan,
buat yang tak tau lagi tu..kalo nak copy2 masuk dalam blog sendiri(kalo private takpe la)tu,sila copy resepinya dan tepek gambar sendiri udah ler..takyah minta kebenaran pun takpe..tapi gambar2 kami ni(blogger yang share resepi) tak payah laa copy sekali..terutamanya tanpa kebenaran.. rasanya masing2 blogger dah tulis kat tepi/atas(header) blog tentang ni..
gambar2 kat blog orang,terutama yang ada watermark(nama empunya blog) tak boleh main copy2 jer..sila jaga adab berinternet yer..buleh kan? PEace! :)
Resepi asal adalah dari kak Nazharzan yang macam artis tu..sapa tah yang nyebar berita tu..hehe,.jangan marah kak naz..dan hepi belated besday sekali lagi buat kak Naz..semoga bertambah murah rezeki akak dan keluarga..
Resepi kopipes dari dapur kak Nor..untuk versi berwarna warni,boleh tengok blog kak nor,kak naz dan rakan2 blogger lain yang dah mencubanya..terima kasih yer semua akak2..izinkan dikongsi kat sini pulak.. :)
Edit sikit2 untuk rujukan sendiri..sila klik link di bawah untuk terus ke blog mereka..
PUDING KASIH BERTAUTResepi Oleh :
Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHENsumber:
K.Nor@SecubitGaramBy: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)-
hasue letak kaler merah jambu dan buh perasa rosCara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise -
hasue guna 180g gula putih sepenuhnya untuk hasilkn puding jernih..2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.
NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam
Naz(pada link ni), guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Bila dah beku sepenuhnya,agar2 jernih tadi pun bertukar sedikit ke'
pink-pink'an..
Rasanya kalau nak buat sekali ganda(abiskan terus sepeket 10g agar2 dalam bahan B tu pun takpe..)bagi banyak sikit kasih bertaut..hehe..
InsyaAllah kalau ada kesempatan akan buat lagi puding sebegini...seronok gak kan cuba2 resepi nih.. :)