Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Nasi Goreng Kampung Satuuu!!!

Assalamualaikum..

Bertemu di minggu baru.. ada yang lemau2 lagi ke hari ni? Yang ada blog tu sila2 laa update blog masing2 yer..ada juga nak ditatap anak cucu kemudian hari.. aku yang tenet tak berapa laju ni pun terupdate,takkan la korang tenet laju berdesup tak ngupdate2 kann..hee...tapi paham gak tu,kadang2 tenet laju tapi kekangan masa membuat kita tak sempat berlama2 di depan skrin kan.. tambahan lak di dunia blogging ni bukan nak buat entri aje...tengok blog kawan update,nak jugak gi jengah..hehe...

Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah..mesti ramai hati dah berbunga2 nak balik kampung atau cuti2 dengan keluarga tu ha..
Cerita pasal kampung meh laa layan menu kampung lak pagi nih..
Rasanya ramaiii dan rata2 kita tau goreng nasi kan.
Nasi goreng antara menu yang mudah disediakan dan mudah mengenyangkan.

Nih nasi goreng yang simple dan mudah disediakan. Tapi sedappp.. untuk anak2 aku kurangkan cilinya..nanti kalo merasa pedas,boleh fobia budak2 tu nengok nasik.hehee..

Nasi Goreng Kampung
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
3 cawan nasi
2 ulas bawang*
1 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili api-letak lebih jika suka pedas2.*
1 sudu mkn ikan bilis-siang* -bahan2 bertanda * ditumbuk hampir lumat
Garam secukupnya
1 cawan kangkung
1-2 biji telur-pukul sedikit
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah-hiris
Minyak masak secukupnya untuk menumis(lebih kurang 2 sudu besar)

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak secukupya dan goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan,angkat dan ketepikan, goreng pula ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Kemudian goreng telur hancur,angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan secukupnya minyak,tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan nasi dan kacau goreng sehingga nasi tidak melekat langsung antara satu sama lain dan benar2 sebati. Tambahkan garam (tabur atas nasi agar mudah sebati) dan kacau goreng lagi.
  4. Akhir sekali masukkan kangkung dan bahan2 yang sudah digoreng tadi. sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati..
Aku suka jika bawang goreng tu yang dah lembik untuk makan nasi goreng ni..hee..ia lebih berkaramel dan sesuai untuk dimakan bersama nasi goreng pada tekak aku ler. Kalau nak yang lembut kena la goreng lebih awal kan.. :)

Dah,jemput laaa jamu mata yer. Air ada bawak sendirik kannn..hee
Eh..Korang pernah makan cili api jenis cili jarum tu tak? Atau dalam bahasa sarawak cabik jaghum?pedasss oohh.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 30, 2012

Nasi Tomok.. Eh! Nasi Komok..sedapp!

Selamat petang.. :)
Esok cuti kan,sempena hari pekerja.. jadi mesti ramai yang nak jalan2 atau tak kurang juga nak spend time dengan family duk kat umah nak masak special sikit ke..kan..
Apa kata korang cuba buat nasi komok nih..best makan ramai2..

Nasi nih kalau baca cerita kawan2 blogger yang dah mencubanya adalah nasi minyak thailand atau nama sebenar yang didaftarkan adalah Khao Mok Ghai..*sebut dengan suara lembut sambil pejam mate jap & kepale sedikit senget.
Memang betul kata kak Ayu, rasanya gabungan nasi ayam+beriani gitu.. cuma rasa lebih kepada nasi ayam sebab istimewanya cili sosnya tu.. bagi menyengat lagi..isk,terasa2 lagi kat tepi lidah ni keenakan sos cili tu dimakan bersama ayam dan nasinya.. dah la aku perah lagi limau kasturi.sedap bangett! Tapi sebab guna cili jarum,tak boleh la letak segenggam..terbako lidah den kang..podehhh!

Mula2 tau pasal nasi komok ni bila Anna yang citer kat FB..
Lepas tu tengok rupanya ramai gak yang dah cuba.. kira dah jadi virus laa ni..jadinya aku pun taknak laa ketinggalan nak mengomok kat dapur sendiri kan.. mengomok takpe,jangan mengamuk sudah..

Aku tak tinggal satu bahan pun dalam resepi nih..kiranya budak baik la kali ni tak derhaka resepi *buat muke cumil jap*
Sebabnya nak rasa yang betul2 asal ikut resepi cuma yang tak memudaratkan seperti kak Ayu tambah tu aku ikut juga.hee..

Minta izin ye nak kongsikan resepinya di sini..kawan2 pembaca blog ni dan rakan blogger yang belum mencuba tu,sila2 laa mengomok..rugi tauu tak cuba. Bahan2 pun insyaAllah mudah didapati.. terima kasih kak Azian, kak Ayu Anna Qawina, Tun Telani dan semua lah yang menyebarkan virus komok ni ye..lenkali boleh buat lagi,suami dan anak2 pun suka.. ^_^

Oleh kerana last nampak sebelum save resepi ni kat draft aritu,aku c n p dari dapur Tun Telani je..cuma aku edit ikut mana aku buat la ye..untuk melihat versi Tun,sila klik link beliau di bawah..

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Anna Qawina, Kak Ayu & Tun Telani
By:HaSue

Rempah Komok

2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula


Bahan2 Nasi

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)-hasue tumbuk separuh lumat

Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. tun bakar atas non-stick pan.-hasue tambah serbuk kunyit,garam serta rempah cajun mccormick. Perap kejap baru goreng.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Masih setia menggunakan beras basmathi PUSA.. xtra panjang..hehe
Untuk sosnya yang bagi kick tu...ini resepinya.. sedappp tau...memang lebih kurang sos nasi ayam singapura..

Bahan Sos Cili

1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
atau boleh guna sos resepi Anna Qawina:

Sambal/Sos Nasi Khao Mok

6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.


Cara-Cara :

Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..

Aku perahkan lagi limau kasturi masa nak mamam..suka!! hee..

Lupa nak snap sosnya berasingan..yang ada cuma yang dah siap tuang atas ayam ni jer..wallahhh!!

Edited: Lupa nak bagitau, ayamnya ni kutambahkan serbuk cajun mccormick..memang sedapp!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 9, 2012

Bubur Nasi dan Sambal Telur Masin

Semalam, masa ngemas2 gobok dapur tu kan aku terjumpa ikan sardin with kacang hitam ni..tengok2 tarikh luput bulan 5 tahun ni.. terus laa terlintas nak buat bubur nasi sebab biasa memang kitorang makan dengan bubur nasi je ikan sardin itam nih. Bila terlintas bubur nasi tu,turut melintas juga menu yang ditayang kak nor beberapa hari lepas yakni sambal telur asin ni ha.. terngiang2(eh kalau baca leh terngiang2 ke?) kak nor kate sedapnya diganding dengan bubur nasi...

Jadi,tanpa banyak soal..aku buat la bubur nasi.. simple2 jek,nasi+air+=tunggu nasi pecah. pastu buh lobak merah yang dipotong dadu,pastu aku buh rempah tumix..kalau takde buh kiub pati ayam pun boleh..
Lepas tu,ngadap ler dengan 2 menu ni.. eh sedap tau! Kalau ganti telur asin tu dengan ikan bilis goreng rangup2 pun mesti best tu..aiyohh..pedas2 lak..hiskh.. pastu kan, rasa buah keras tu pun best rupanya kalau buh dalam sambal goreng gini..aroma pun best gak! Aku takde la buh cili api banyak sangat.. buh manja2 jek..macam orangnya jugak...aww! Tapi mesti nak pedasss..kannn

Terima kasih kat penyumbang resepi di sajionline, kak Ayu(blog kak ayu takleh bukak lak..huwaa),kak Nor yang dah mencuba resepi nih dan shereen yang turut jadi penyebar keenakannya di FB..
izinkan share di sini pulak yer.. ^_^

SAMBAL TELUR MASIN
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction & K.Nor@Secubitgaram
By:HaSue

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras ~ k.nor skip ~hasue letak
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

Telur asin yang aku guna nih takde la masin sangat pun..so memang kena buh garam sikit macam kak ayu tu.. nyumm2!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 29, 2011

Resepi Nasi Baryani Batu Pahat Dan Kuah Daging Baryani

Assalamualaikum.. ^_^

Kemain semangat aku nak blogging pepagi tadi,tapi celcom kata no service. Suruh banglong check hp pun takde coverage..ciss sungguh jer perkhidmatan celcom lately..tapi nak wat camner kan,buat cam biasa jelah..saborrr..huhu..

Sementara nak membalas komen2 pada entri sebelumnya..nak share menu yang resepinya dah daku cuba sendiri ni,iaitu nasi baryani (atau biasa kita sebut gak beriani) dan resepi kuah dagingnya sekali..aiseh,formal sungguh ayat aku..

Dah lama gak nak try resepi ni tapi terbengkalai sebab masa tu susah nak dapat beras basmathi kann.. lepas tu tak jumpa2 gak rempah beriani yang bukan keluaran produk makanan segera.. ni aku jumpa masa kat miri aritu..sapa2 duk miri leh laa guna rempah keluaran ragavan,insyaAllah sedap.. iklan ini tidak ditaja oleh company ragavan yer.. :D


Untuk beras basmathi tu aku guna beras PUSA yang aku guna untuk buat nasi minyak hujan panas aritu..leh cari dalam blog ni kalau nak tengok resepinya dan rupa paras bungkusan beras basmathi aku sebutkan tu ye..

Terima kasih untuk nani atau nama komersialnya mrsdayat dari laman web myresipi.com atas perkongsian resepi nih..rasanya dah ramai gak rakan2 myr yang mencuba dan suka rasanya kan..
Kalau belum cuba lagi meh laa cuba2 lak,mana tau kena dengan selera.

NASI BARYANI BATU PAHAT
Resepi: Mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmathi -hasue rendam lebih kurang 10minit dan toskan
rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. Masukkan air..tunggu sampai didih
  4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Biarkan nasi masak seperti biasa
  6. Bila nasi sudah masak, keluarkan daun-daun yg ada didalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Jangan lupa.. nak 'kick', buh sekali kuah dagingnya kat nasi beriani tu,sekali dengan isi daging..dalam gambar ni aku tak buh lak..masa makan tu baru makan bersama daging macam biasa..ehee


Haa..sesambil korang tunggu nasi baryani masak,boleh laa masak kuah dagingnya pulak.. aku ni bukan nak kuah ajer..sekali nak buatkan lauk makan nasi beriani tu.. guna tulang n isi2 daging gak..jadi aku guna pressure cooker.. kena laa pandai2 ejas timing ek..

Kalau tak ada daging lembu,boleh jer gantikan dengan ayam ke,daging kambing ke,unta ke..kuda ke..kot2 dah teringin sangat nak merasa kan..hehe..

Sekali lagi,resepi ni masih gunakan penyumbang resepi yang sama(resepi kat atas nun),mrsdayat dari web myresipi..sebenarnya memang dia bagi link kat resepi nasi beriani kat atas ke kuah daging ni.. so aku buat ler sekali n tepekkan satu muka surat yang sama kat sini untuk senang dirujuk ek..yang penting dah cuba sendiri.. ;)

Terima kasih untuk mrsdayat,izinkan dikongsi buat pembaca blog ini pula.. selamat mencuba ye semua yang ingin mencuba! insyaAllah sedappp..!

KUAH DAGING BARYANI
Resepi: mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 org )

Setengah kg daging lembu (potong kiub) -hasue guna bahagian tulang lembu
Setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee(minyak sapi)
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt

Cara-cara
  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang2 yg diblend.Kacau sehingga naik bau
  4. Masukkan daging..gaul sebati
  5. Masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  9. Akhir sekali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  10. Boleh la di hidang bersama nasi baryani...
Kot2 ada antara korang yang mengidam nak makan nasi baryani batu pahat tapi jauh jer nak pergi kan,boleh laa buat sendiri..lenkali kalo ada pergi batu pahat kat Johor sana,boleh la kita try ..kan..aa sapa nak belanja? ;p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 20, 2011

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas.. 1st time guna beras PUSA

Nih ler nasi minyak hujan panas yang jadi juadah semalam.. Tiba2 jer incik suami nak makan awal sebab ada urusan penting nak diuruskan selepas lunch tu...
Jadi dengan sepantas termampu, buat ler menu simple2 untuk menemani nasi minyak hujan panas nih. Di'bantu' oleh 2 budak kecik ni bukan nak bagi pantas kerja..tapi pepandai laa ejas kan..contoh: Kalau kebetulan Zhariff meragam,letak kat ruang tamu,sementara dia merangkak ke dapur tu kita dah berjaya kupas ,bawang mrh,bawang putih...halia..haa,gitu la lebih kurang.hahaha... tu contoh je..kadang2 yana ada gak membantu..walaupun ada masanya bukan suruh adik dia diam,bagi zhariff lagi stress ada..sebab berebut mainan..budak 3thn vs 10 bulan..huhu ;P

Ok,berbalik pada menu yang sedang berposing ni..

Sebenarnya kesukaran nak dapatkan beras basmathi kat sini adalah salah satu faktor buat aku tak aktif membuat nasi yang perlu(atau lebih sedap jika guna) beras basmathi..
Selalu cari memang takkan jumpa..kedai2 besar(omputih sebut supermarket) kat miri pun tak semua jual beras basmathi nih...

Kat sini memang tak pernah jumpa sebelum ni..(eh aku dah sebut ek tadi)sampaikan incik suami tanya kat mamak yang berniaga kat restoran tu..mana dia beli beras tu..katanya diorang order dari Brunei..sebab kat Sibu pun takde katanya..biar benar kan..agaknya tak jumpa laa tu..ke memang takde? Orang Sibu yang tahu mana jual sila tampil ke hadapan..hehehe

So,hari tu masa cik abg ada urusan ke Miri aku paksa minta dia tolong carikan beras basmathi gak sebab bini dia nih ngidam nak makan...muehehe...tu kalo alasan masa ngandung laa..tapi tak ngandung ni,cakap jer laa terasa nak makan kannn.. Jadi dalam sempat tak sempat tu,dapat gak laa dia beli beras basmathi tapi bila aku tengok beras tu tak berapa kurus dan panjang. cam beras basmathi biasa aku tengok. Siap sukat lagi dengan beras siam wangi yang ada kat dapur tu..tengok sama je saiz panjang nya.. Tapi takpe lah kot2 kualiti berbeza kan..

Malam semalam,aku ada tunjukkan kat suami rupa bungkusan beras PUSA ang ditunjukkan kak hanieliza kat FB..beras basmathi yang dia gunakan untuk kelas2 masakan beliau..

Nak dijadikan sejarah, semalam selepas urusan kerja kat bandar tu..tergerak hati lak dia nak nengok beras kat satu supermarket tu..selepas tengok cam ada orang beli tapi samar2 jer..Bila tengok kat rak beras tu terkejut ler dia tengok ada beras basmathi lak kat situ kan.Bukan sebarang basmathi lak tu..PUSA tuu..tinggal 3 kampit jer. Dia antara caya ngan tak rembat sekampit jer..nak test dulu katanya..geram gak nak suruh beli banyak2..tapi,tak baik tamak..lagipun bukan ari2 nak makan basmathi kan..huhu

Nih laa rupa paras bungkusan beras basmathi extra panjang tuu.. first time masak nasi n makan nasik basmathi sepanjang ni..sebelum ni pernah tengok aje!So kejakunan tu terserlah skit..eh sikit ke?teruja yang lebih kot..hehe.

Tengok kat bawah ni.. Memang panjanggg kan...nak makan ngan garfu pun boleh..huhuu...


Oklah,oklah...kite tengok resepi lak.. resepi daripada makyong nih dah ramai yang mencuba sendiri dan mengakui keenakannya.. nak buat pun simple...kira yang baru belajar masak pun boleh buat. Tak caye,cer cuba cer cuba..sukatan cawan tu guna apa2 saiz pun bole,asalkan sama untuk sukat beras dan air..
Terima kasih buat Makyong yang share resepi nih..izinkan dikongsi kat sini pula n memudahkan rujukan di masa akan datang.. :)

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resepi:Makyong@myresepi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 4 cawan beras basmati-hasue guna beras basmathi PUSA 1121
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam - hasue letak 1 sudu besar perencah ayam TUMIX
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau
* [bahan tumis]
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* [bahan hias]
* bawang goreng
* kismis

Cara-cara

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Sangat ler sedapppp lagi2 dimakan dengan ayam kari..!!Lauk2 cam masak merah ke..lauk beriyani ke..lagi ler best kan..pendek kata lauk apapun sedap ler gandingkan ngan nasi nih..
Budak2 kat rumah ni memang suka ler nasi kaler2 kan..hehe..
Korang dah makan? :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 21, 2011

Jom Sarapan Nasi Lemak Sambal Sotong!!

Anak2 dah kembali bersekolah hari ni..
Walaupun tak berkesempatan balik kampung cuti kali ni,tapi seronok juga dapat luangkan masa sepenuhnya dengan budak2 kecik kat umah nih..di samping merempit kat tenet nih.hee
Ada juga agaknya yang dah bercuti lama tu rasa malas bebeno nak turun kerja hari ni ek..tu perkara biasa laa kot..esok lusa dah ok laa tu..
Kalau tak ok gak mesti bos korang tu jenis tak best..haha..tetibe suruh salahkan bos lak ek..Tapi kalau bos korang best,mesti semangat jer nak pegi kerja..tanpa perlu nak kipas2 bos..iskh,nyampah tul bos2 yang jenis suka kipas nih..
Lagi teruk kalau dapat bos jenis pilih kasih..memang rasa nak cari kerja tempat lain je kan! Tapi orang kata bersabar tu banyak hikmahnya..sabar jer laa selagi terdaya kan..

Aku pun tak tau laa pahal boleh kuar topik bos lak arini..agaknya nak kaitkan best kalo dapat bos yang kadangkala leh belanja makan nasi lemak kot..
Haa!nasi lemak..akhirnya terkait jugak cerita aku kan..hahaha

Nasi lemak ni dah aku masak malam tadi sementara menanti pasangan hidup balik tu..godek2 laa nasi lemak..sambal tumis..ikan masin..telur goreng..telur rebus malas nak rebus..eheh. Tiba2,baru tau..timun dalam peti sejuk dah innalillahiwainnailahirojiuunnn... terpaksa laa ngadap nasi lemak tanpa timun seperti biasa..
Pastu dah siap2 tu,entah kenapa teringat2 lak ngan sambal sotong memang best nak makan ngan nasi lemak nih..aritu tengok lak DJ tayang2 nasi lemak sambal sotong..bikin aku hampir meroyan doblas kali teringat2..
Bila dah ada beli sotong lak hb kate masak biasa jer..cam tak luluskan jer aku nak masak sambal..huhu..*aku tak bagitau pun nak masak apa,kan..hehe

So malam tadi gak aku godek2 wat sambal versi tak berapa nak pedas..yang bestnya si kecik yana pun suke makan...hihi..tak sangka betul!dia siap ratah lagi sotong tu..si kakak lak memang tak layan..tu yang wat telur dadar aje untuk beliau.ngee

Jom jamu mata jap...Nih laa menu sarapan pagi ni ..malam tadi tu tak boleh makan banyak..hehe

Cucumber eh,silap.Timun takde taw,yang hijau tu tomato yang i petik dari kebun aiii..segar youuu!Yang tuu ikan masin,sedap taw ikan masin nii..i dah lama tak jumpa ikan masin yang best camni..kesian kan kat i..memang best je makan rangup2 giteww..*sila guna intonasi gedik dan mengada2

Oh!Gambar ni macam tak menggambarkan sangat kesedapan sotong tu..tapi rasanya memang seperti yang aku idam2kan..huhhh..sedappnya giler2 punyer sedappp!!hahaha..*kata2 orang mengidam yang puas hati dapat makan benda yang diidam


Sempat posing sket..ada 2,3 ekor jer yang bertelur..pehhh!!cakap pun tak guna..nak taip jer, SEDAPPP!!nyumm.. err,korang dah sarapan lum? :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 4, 2010

Nasi Pulut Berperisa

Ini merupakan menu pertama yang ditayangkan pada tahun ini kat blog ni..hehe...

Dulu2 selalu masak nasi+pulut untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut tapi kan tak baik laa makan pulut hari2..
Kali ni,kite masak nasi pulut berperisa resepi mama-lya a.k.a CtZura..
Rindunya kat dia...tahniah juga buat dia sekeluarga sebab berjaya dalam proses rayuan untuk pindah ke KL.. tercapai juga impiannya... gembira bercampur sedih sebab mesti susah nak jumpa dia nanti..huk!

Sebenarnya memandai jek letak berperisa kat belakang tu sebab kalo tak letak cam nasik biasa jek kang bunyinya..heee...ctzura mesti mrh nyer..heee
Apa2pun nasi nih sedappp....makan nasik jer pun dah sedap!takyah lauk pun takpe..hehee

Nasinya lembut sebab dicampur pulut..kemudian perisanya ada rasa sos tiram sket..cam nasi ayam sket.camner nak xplain ek...kena cuba sendiri laa baru tau.let's cekedaot resepinya..

Mekasih kat mama-lya ..semoga cepat2 setel semua hal dan kembali ke alam maya nih..hehe

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1 1/2 pot beras biasa
  • 1 pot beras pulut
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2-3 putik daun bawang(bhgn bwh yg cam bwg tu jer!!!) - x tau nak pggil ape
  • 2 sb mentega
  • 2 sb sos tiram
  • 1sk garam
  • rempah tumis- yg 5 sekawan tuh!!
  • 1 helai daun pandan - d simpul
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan rempah tumis. Masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau..
  2. Masukkan putik daun bawang dan kacau hingga layu. masukkan kiub ayam. Dengan api perlahan hingga kiub hancur.
  3. Masukkan sos tiram, kemudian kedua2 beras yang telah di cuci bersih. kacau rata sebati & masukkan daun pandan.
  4. matikan api & pindahkan beras ke dalam rice Cooker. Masukkan air secukupnya & garam. Rasakan secukupnya. Masak macam biasa.
  5. Siap!! Sedia untuk d makan dengan beraneka lauk. Sedap!!

Sebagai lauknya,makan dengan udang goreng kunyit(guna kunyit hidup) dan kangkung goreng tanpa belacan..hehe..

Sapa lum makan?meh laa rasa nasik nih...sedap tauuu! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 18, 2009

Nasi Goreng Planta Berjagung

Salam Maal Hijrah Buat semua kawan2,pengunjung blog ini...semoga di tahun baru ini kita akan lebih berjaya dalam hidup dari sebelumnya dan dikurniakan segala yg terbaik dari Allah swt..aminn
Lebihan nasi semalam buat nasi goreng dan buh jagung sekali sebab anak2 suka...
Di kala tak berapa rajin memang nih laa akan disilat kat dapur tuh..huhu
Pastu makan lak ngan sambal tumis,diorg lagi suka...ingat mak diorg jer suka..heheh

Saja jek buh resepi kat sini..sukatan ikut suka laa ek.. macam goreng nasi lain gak.hehe

Bahan2:
  • Nasi
  • Bawang putih-diketuk n cincang halus
  • Marjerin planta
  • Jagung dalam tin(ambil isi jagung sahaja)-secukupnya
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Telur
  • Hidangan sampingan-keropok ikan,sambal tumis dan timun
Cara:
  1. Panaskan planta dalam kuali dan tumis bawang putih
  2. Apabila sudah sedikit garing,masukkan jagung,nasi dan kacau goreng sehingga nasi tiada yang berketul lagi.
  3. Buat lubang ditengah dan pecahkan telur,biar seketika sebelum dikacau lagi
  4. Perasakan dengan sedikit lada sulah,lada hitam,garam dan ajinomoto(jika suka) secukupnya
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Kenapa guna planta?semua pun tahu rasa marjerin planta lain dari yg lain...hehe...ada cam duta planta tak?ihik
Tak goreng pun,buh kat nasi panas2 sodapp...kannn :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 12, 2009

Nasi Goreng Daging Kunyit

Lambat lak n3 arinih..huhu..padahal lama dah duk depan komputer nih..
Merayau ke umah orang lain..hee..

Hmm..mood nak ngambik gambar nih masih liat sket lantaran keadaan kamera yang kadang2 ok kadang2 k.o nih.Tapi bila dah ok,nak ambik gamba macam2 jerk rasa..ehe

Bila ada masakan daging atau ayam,tak kira laa masak apa2pun..
Bagi tekak aku laa.,ia sedap dijadikan perasa tambahan untuk nasi goreng atau mi goreng..
Lagi2 kalau daging masak hitam atau kicap..memang sedap untuk masak mi kolok..tak payah letak perencah lain sangat dah.tuh jer pun dah sedapp.. :)
Tapi tak laa tak letak bahan2 lain langsung ek

Kali nih guna daging yang dimasak kunyit jer..memang sedapp dan menyelerakan..
Sibbaik laa diet,kan..eheh...iyo laa tu ek :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 10, 2009

Nasi Lemak, Sardin Tumis Dan Ayam Goreng Berempah

"Pause" dulu dari tengok kek2 lapis ekkk..ada pulak yg muak kang...meh layan rezeki hari ni..heee
Lama juga rasanya tak makan sardin yang segar dari dalam tin nih..
Menu nih walaupun sempoi jerk...tapi boleh menggugat diet sebab kalo azam tuh kurang kuat,leh bertambah2 nasi dibuatnya.. :)

Tumis cam biasa jer..kalo nak terangkat best kan masak pedas2...tp makan ngan anak xleh laa nak pedas sangat..


Tomato tuh anak2 tak sentuh pun..Tapi kalo letak dalam sandwich potong kecik2 nak ajer diorang makan.. :)


Nih nasi lemak...sori la,gambo close up jer yg clear sket..heheh..rasanya semua pun kenal kan...anak2 prefer nasi lemak kuning sebenarnya...tapi tak ingat letak serbuk kunyit..jadi ler nasi lemak biasa..huhuh


Dan aksesorinya... nih laa lauk lunch hari ni..Lauk tambahan...ayam goreng!
Errk?semua makanan diet ek?aheh...
Sedap juga ayam berempah nih ditambah sebiji telur dan tpung goreng pisang adabi..
Sebelum nih pernah dngar org cakap jer..
Ingatkan kalo guna tepung tuh nanti ayam seakan2 bau pisang goreng..hahah
Tapi memang sedapp..takde rasa cam makan pisang goreng pun..heee

Kulit ayam kena laa buang yer...nak kurang kolestrol katekan...tapi makan juga makanan bergoreng2 ek. Bila laa nak insaf nih..hek hek..
Tapi tetap kontrol sebenarnya..kalo ikutkan hati,sekadar merasa 2,3 ketul takde masalah..ngeee... :P

P/s : Maklum laa hb tak lunch kat umah..so menu pun menu simple2 belaka..merangkap maless..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 7, 2009

Nasi Lelapan di Sajian Warisan

Saja nak kongsi gambar nasi lelapan yang menjadi menu santapan di awal bulan ramadhan yg lepas..
Ntah camner leh miss letak dalam blog.
Bila kak Sue[Sueozana] yg sedang 'cuti2' di Miri sebut2 pasal nasi lelapan nih...baru teringat ada amik gamba masa menikmatinya di salah sebuah restoran agak femes dan agak lain dari yg lain kat Miri nun.
Siapa tak pernah jumpa/makan nasi lelapan..nih laa rupa nasi tuh ..
Sebenarnya ada beberapa pilihan menu nasi lelapan ni...
Ada nasi lelapan Ayam (seperti dalam gambar),ada nasi lelapan ikan bawal,ada nasi lelapan apa lagi eh?lupa lak...sapa tau?angkat kibod!
Hilang ingatan jap nih..aritu kemain lama belek menu macam baca novel...x skip 1 menu pun ditengok..eheh.Kalo novel kite bace skip2 mana best kan..mau lari je jalan ceritanya..lagi2 kalo citer saspen2 tuh..takkan ler nak skip pulak,kang lari jalan ceritanya..semalam tengok novel2 yg dijual kat kedai buku,terfikir lak dah lama rupanya diriku tak bace novel nih..dah ramai penulis baru sekarang kan..huhu..erk..nih apa kes lak citer pasal novel nih.heh

Okeh,berbalik kepada nasi nih...unik jer namanya nasi lelapan kan..kalo tengok kat pinggan tuh ada 8 jenis hidangan dari nasi ke lauk pauk..kalau tambah lagi satu lauk jadi ler nasi lesembilan..eh?cam x best lak nak sebut kan..kalo kurangkan satu lauk,nasi letujuh?iskhh.. dah sesuai dah nasi lelapan..huhuu.kalo nak tambah,tambah jadi nasi lelapanbelas okey kot..hee...sapa2 yg lebih tahu asal usul nasik nih,meh kongsi sini meh...

Meh la cuci mata ngan gambar2 nih..
Rasanya kalau nak merasa nasi lelapan nih kena pergi banyak tempat di area sarawak nih.
Lain tempat,lain rasanya...seronok tau jelajah nasi lelapan..ehehe.

Kelihatan ada nasi, tauhu sumbat,ulam-ulaman,sambal belacan,coselow,keropok goreng, acar dan ayam goreng/atau lauk lain pilihan.
Harga sekitar rm10 gitu satu dulang..ha?dulang?hehee...

Dah tengok nasi,meh tengok apa best restoran nih..kalo owner restoran tuh bace n3 nih kena laa belanja nasi lelapan doblas pinggan ek..huahua... :P
Nampak tak pinggan nasi lelapan nun...tuuu(muncung mulut skit).
Tuh bukan pinggan dah...cam dulang rotan haa..hehe...dialas dengan daun pisang.
Ntah sapa ngah mentekedarah tuh..hak hak.. :P
Yang depan nih lak kakak dengan menu nasi ayam..

Abaikan je muka Yana yang dah curious tuh..
Perhatikan tempat kitorang makan nih ala2 pondok gitu..so privacy n unik gitu.
Ada dua pilihan,nak duk atas kusi atau yg stail jepun nih.

Nih masa belek menu..mak aiii,mak sapa laa yg duduk kurang sopan nih.huhuuhh..
Lagi sekali abaikan tuh yer...tengok tang meja jek dah ler..hehe..
Konon2 nak bagi dak kecik nih senang nak main laa...hahaa...kalo duk kusi susah sket kan..sekali ngan nyamuk2 sekali tumpang makan kat dahi dak kecik nih..ermm,takpe lah..


Nih laa rupa restoran tuu..sempat freeze banglong n kakak nak amik gambar pas kekenyangan...alhamdulillah..
Nampak tak lampu merah tu tulis apa?ehehe...atap daun tuu...kat gerbang masuk..
Kat dalam lak,pondok sebijik2 untuk setiap meja..
Nak tau lebih kena pergi sendiri laa ek...tak banyak pic pun nak kongsi...ehehe

P/s: Kalo nak masak nasi lelapan sendiri kat umah pun boleh tu... ;)


Kak Sue..(cam sebut nama sendiri lak),ada rezeki nanti leh kite jumpe yerr... ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 29, 2009

Nasi Ayam Madu

Nasi ayam nih buat atas permintaan banglong..
Yelah selama balik kampung hari tuh nak menapau nasi ayam jer atas permintaannya..heee..
Pastu terbawa2 lak ke sini selera nasi ayamnya tuh.huhu
Kepada kak Rosaliza,sama lak menu kita semalam ye kak..cam berjanji pulak.ahaks :P

Biasanya aku buat di samping guna stok ayam(air rebusan ayam tuh) sendiri,aku akan letak lagik stok ayam yang dalam botol tu haa.nak kasi 'up' lagi aroma ayam gitu...
Di samping tuh,nasi ayam nih kena letak minyak bijan baru aroma menggiurkan gitu..berselera jer tau..hehe
Tapi memandangkan kedua2 barang tuh takde stok wat masa ni,aku try la resepi kat myr ..
Lebih kurang resepi biasa aku buat gak.simple gitu..
Not bad gak.yang penting anak2 suka jer makan..hehe
Tapi tak lah ikut 100% resepi nih yer..
Kena adjust ikut bahan2 yang ada dan mengikut citarasa keluarga.. :)

Resepi c n p dari myR..thanks to Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Ayam yang sudah siap dipotong2..tinggal nak ngap jer...

Yang nampak sarat nih sup yer..ada amik gamba yang tak close up tp blur plak..huhu..takpelah ek..nak juge interprem tuh... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 8, 2009

Nasi Lemak Kuning dan 'kawan2'

Err..nasi kuning lemak ke..nasi lemak kuning? sebab ia nasi lemak berwarna kuning kite namakan laa nasi lemak kuning yer..heh heh...
Sebenarnya nasi lemak nih peberet my family.
Kalo nak makan nasi lemak memang buat nasi lemak nih ler...
Jarang2 buat nasi lemak putih..huu
Kalo nak makan pulut tak larat nak makan banyak2 pun kan..hehe..
Jadinya ada lagi belen sambal semalam tuh aku panaskan ler..then goreng ayam berempah cara mudah dibubuh sedikit madu(resepi kombinasi laa nih)hehee...

Bahan2:
  • 3 pot Beras
  • Santan kotak+air secukupnya untuk memasak nasi
  • 1 sudu kecil garam
  • Kunyit hidup-ditumbuk lumat / serbuk kunyit
  • 1-2 batang serai-diketuk
Cara2:
  1. Cuci beras seperti biasa dan masukkan air santan secukupnya
  2. Masukkan serai dan kunyit/serbuk kunyit dan garam
  3. Masak seperti biasa dan apabila rice cooker sudah menunjukkan 'keep warm' kacau nasi agar rata kuningnya. Tutup dan tunggu nasi masak
Sapa2 yang lom sarap tuh meh ler sarap sekali merangkap makan tengah hari..hihi...
Pagi tadi suruh anak2 telan roti jer laa..ngan milo susu..
Mak budak nih sebok merayau belog orang lain carik makan..walaupun lom tentu dapat..ekekeke.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 30, 2009

Nasi Goreng Gajus[simple]

Salam...
Pagi nih macam acara berkemas besar2an lak kat umah nih.
Jap lagi nak update yang sepatutnya di update semalam..tp malam tadi tak tido lewat sangat coz agak kepenatan.huu..
Sementara tuh,meh jamu mata dengan sarapan pagi nih..
Nasi nih tak cukup bahan..ikut selera budak2 jer..yg tak pedas...nanti dah buat yang cukup bahan,bau tepek resepi yerr.

Tapi nasi goreng kalo letak kacang gajus yang menjadi peberet encik hubby nih memang diakui keenakannya..masak lah stail apa pun.kacang nih jadi pelengkap rasa kekacang dalam nasi goreng.. =)

Pastu semalam kan,akhirnya merasa juga makan buah rambutan kat sini...
Manis jer rasanya walaupun kecik comel2 jer..ikutkan hati tak puas jer makan..huhuuu

P/s: Durian...di mana nak kucari durian..oh duriann...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 23, 2009

Nasi Goreng Tomyam

Hieee..bestlah ziana zain dah selamat lahirkan bayi kembar pagi tadik,kan!alhmdulillahh..kalo dpt ank kemba nengok besh jer lagik2 kalo yg seiras..hehe..
Hoo..kuar topik jap!
Jangan tanya aku dengan lebih lanjut pasal berita ziana yer..ihihi.aku dgr berita kat sinar.fm jek jap td..ehe..jantina anak2 ziana pun tak disebut.. :D
Okeh2,meh nengok menu nih

Hari nih memang nak goreng nasik jer...hehee..dah lama nak try resepi nasi goreng tomyam nih haa...sibbaik lum expayed perencah tomyam kat dalam gobok..hehee
Nasi nih sedap gak kan..rase2 tomyam(nama pun nasik goreng tomyam.huu)gitu..

Resepi nih di olah oleh makyung femes tuh..sapa x kenal kalo kat myr tuh kan..
Agaknya pemegang rekod penghantar laporan masakan paling banyak kot kat situ.
Rasanya leh mintak kak yani sediakan award tak?hihii..

Sue c n p dr myr jelah yer.. Thanks to kakyung.eh,hana..eh lagi skali,Kak Ina.. :D

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 mangkuk nasi
  • 5-6 ekor udang segar
  • 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring- tsue takde stok..hee
  • 200g daging ayam - potong kecil2
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 biji bawang putih - ketuk
  • 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
  • kubis - hiris kecil2
  • carrot - hiris memanjang@dadu
  • tomato - potong dadu
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut - racik2
  • 1 biji telur
  • garam

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
  2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
  3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
  4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
  5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
  7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
  8. SeLaMaT MenCuBe!

Makan ngan telur dadar jerk!malas aku!(pinjam ayat sunkist/ida jap)..hihii..anak2 suke jer lauk telo nih kann..haha..sonang kojo den..teringin jer nak puasa arinih,tp bendera jepon nih x turun2 lagik..berkibar megah gitu.uhhukk..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 29, 2009

Nasi Goreng Nugget

Ada lagi tak nugget korang dalam peti ais tuh?
Jangan diperuk lama...
Meh2 kasi keluar dan masak nasi goreng nih..
Nih idea asal encik suami tengah hari tadi..tiba2 jek kelaparan..
Tapi yg baru masak nasik jerk..yg lain ngah beku lagi..
So dia cadangkan goreng nugget bersama nasi..
Idea pun spontan jer nak buat gini..
Nugget kalo goreng gitu jer cepat muak..
Suka2 jer letak gambar banyak2..heheheee
Rasa nasik nih pedas2 gak gitu..rasa nugget tuh lebih sedap banding goreng gitu jerk..
Malas laa citer panjang,mcm puji msakan sndirik lak kan..huahuaa..
Nak tau rasa camna,korang try laa eh.simple yg amat!

Respi yg sama dah share kat SINI

Bahan-bahan ( 3 Orang )

  • 3 Mangkuk nasi-leraikan terlebih dahulu
  • 1-2 Tangkai cili merah,2 cili padi-letak ikut suka tp lebih sesuai agak pedas
  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-6 ketul nugget(boleh tambah ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Kobis hijau dipotong kecil2
  • 1/3 cawan minyak masak(agak2 jer,bgantung jenis nasi)

Cara-cara

  1. Cili,bawang merah dan bawang putih ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bahan kering.
  2. Nugget dihiris nipis/dipotong kecil2
  3. Panaskan minyak,masukkan bahan kisar,kacau goreng seketika dan masukkan nugget. Kacau goreng lagi sehingga kelihatan nugget sudah masak
  4. Masukkan nasi,garam dan perasa. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama.
  5. Akhir sekali masukkan kobis atau sayur pilihan anda yang sudah dipotong2. Kacau goreng lagi seketika supaya masaknya sekata.
  6. Serasikan semua rasa dan padamkan api.Sedia untuk dihidangkan begitu sahaja atau bersama lauk pauk kegemaran anda..Selamat Mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...