Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Resepi - Cuba Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Cuba Sendiri. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Resepi Kek Sarang Semut.. mudah dan sedap!

Resepi ni pulak dah buat dulu gak..lepas tu ramai yang mencuba dan alhamdulillah,berjaya menghasilkan kek sarang semut atau kek gula hangus yang berongga seperti yang sepatutnya.. terima kasih juga buat kak nor atas perkongsian resepi arwah ibunya..Al Fatihah..

Hari tu bila ada yang komen kat entri kek sarang semut tu membuat aku teringin lak nak makan kek ni lagi...teringin tu belum laa sampai tahap ngidam..aku suka je nak membuat kek nih kalau ada nak buat kek lain..jadi aku bancuh adunan kek nih dulu,lepas tu peram dalam satu jam jer.. sementara peram tu aku bakar kek keju pulak..oh,resepi dah pernah buat juga sebelum ni...insyaallah,akan menyusul nanti..

Semua pun resepi mudah2 belaka.. jadi buat yang belum berkesempatan nak mencuba resepi kek sarang semut ni ,silakan laa mencuba ya..

Kali ni pun aku buat separuh adunan tapi guna loyang lebih besar dari sebelum ni menyebabkan kek tidak laa terlalu tinggi tapi sedang2 saja..saiz loyang 7x7..
Selepas diperap tu,tak perlu kacau lagi ye adunan kek tu..terus saja bakar dalam oven yang sudah dipanaskan..

Guna lens macro?hahaha.. nampak jelas kan rongga pada kek sarang semut nih.. Dan kali ini juga aku tambahkan sedikit browning sugar untuk warna kek yang lebih gelap..tipical sarawakian.. ;P

Di sini aku lampirkan resepi untuk separuh adunan..untuk resepi satu adunan penuh atau resepi asal,sila klik pada link di bawah..terima kasih kak nor ..oh tak lupa juga buat che mat gebu yang share tips pembakaran api bawah dahulu tu..hehe..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Atas permintaan seseorang yang ingin melihat 'rongga'nya jika dipotong secara melintang..hehe.. Kek ni sedapp tau..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi Karipap Rangup Ros

Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita.Menu yang bakal ditayangkan ini sudah dicuba resepinya sendiri oleh aku sebanyak dua kali..tapi baru laa terkedek2 nak berkongsi kat sini lantaran kesibukan dengan tugas harian dan kemalasan nak meng'update' blog yang saling bercampur baur..hehe..

Tapi tak mengapa lah ya,kita update mana yang sempat..
Resepi nih dah dicuba juga ramai blogger masakan yang lain dan pasti ramai yang berpuas hati hasil doh pastry yang rangup ni...walaupun dah sejuk maintain je rangup.. pastu inti karipap ni depend la jugak dengan hasil tangan masing2 ek..kalo dah sedap intinya,maka karipap pun insyaAllah laa sedap..

Tapi aku kan terlebih rajin,jadi aku guna acuan karipap jer...macam membazir je beli acuan tapi tak nak guna kan(haha..padahal malas dan tak mahir mengelim).. bila nak mahir ni pun tak tau laa..ala,janji cepat siap dan sedaappp*pujuk diri sendiri
Pastu aku suka sebenarnya karipap yang berjerawat tu..tapi kali ni cuba laa buat wajah karipap ni halus mulus cam kawan2 yang lain buat.. kira ok laaa tu kan..kiki.

Jom layan resepi lak..terima kasih buat Ros,yang share resepinya..izah yang sebar virus..dan mas..aku amik dari dapo ko ni mas..mintak halal ye..hee..
Resepi di bawah berkaler biru yang dah dibuat oleh kitorang eh...tak panjang sangat nak tulis 'izah,mas dan hasue buat gini'...kang ponin korang nak paham..hehe


Karipap Ros Sedap
Resepi  : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 23, 2012

Snow Cheese Cake..dan resepinya..

Assalammualaikum..
Bertemu kita di hari Selasa yang mendung tak beerti hujan.. Kek keju yang sedap nih buat aritu dah..arituuuu dah..lama bunyi nya ek..baru nak share kat sini..nanti raya haji leh buat.. Sebenarnya kek nya rasa kek span biasa..yang penyedapnya krimnya dan taburan parmesan cheese kat atas dan keliling tu..


Zhariff kan,asal nampak aku siap bawak kek mesti nak nyanyi hepi besday..tapi hepi jelah yang sebutannya jelas..selebihnya guna bahasa dia sendiri..huahua...



Aku buat nih tak nampak gebu sangat cam kek izah..agaknya sbb guna tepung hongkong kot..tapi kek tetap lembut dan gebus yer puan2..sedap dimakan sampai pengsan..huhu..
Terima kasih buat izah daut sebab dari blog dia aku kopipes n edit ikut kesesuaian si pemakai..hehe..
Tak lupa juga terima kasih ini ditujukan buat penyumbang asal resepi,iaitu kak sherry..dan kzai dari teratak impian...juga kak zana dan kak mamafami..penyebar virus kek bersalji nih..dengan ucapan,kenang daku dalam doamu..dah macam tuju lagu kat radio lak nih..jom semak resepi..

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber:Izahdaut@IML

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.


HaSue guna topping ini:
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
250 cream cheese

cara: gaulkan dua bahan guna teknik kaup balik

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Hermmmpp..sedappp..!cubalah..pastikan parut keju halus2 ye.. ;-)

Korang nak tengok versi trio(3 rasa/warna)?? Jenguk dapur Noorsha ye..daaa.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 19, 2012

Resepi Pai Epal Lattice.. nyumm!

Bertemu kembali..

    Sempat lagi ngupdate nih..insyaAllah jika tiada halangan,sebelah petang ni nanti akan gerak balik kampung..musim buah2an katakan. Jadi harus laa semangat sikit nak balik kampung..di samping esok pun my cik abang ada agenda tersendiri di Bintulu..agenda bersama abang iparku a.k.a birasnya laa tew..nasib laa dapat biras sama kepala dan punya minat yang sama..boleh buat agenda sama2..hehe

     Aku rajin mengupdate?menjadi persoalan buat kalian yang mengikuti perkembangan blog ini ye..sebenarnya,aku terasa amat gigih mengupdate ni haa..sebabnya agak banyak entri tertunggak nak publishkan..nak jugak publish sebab senang nak refer kemudian hari..di samping tu,orang lain pun boleh cuba sekali ye tak...jadinya gigih mencari tempat ada coverage celcom ni...cuma nak blogwalking tu,jenguk mana yang sempat jer..hee..
nak kata line celcom dah ok..jangan harap laa kan,makin teruk lagi ada..kadangkala memang seharian takde coverage langsung di tempat yang ada..nak tukar yang lain memang lagi parah..hehe..sabar jelah ye tak..balik kampung lagi best nak on9..wifi ade..weee~

Mencuba pula membuat pai epal nih tempoh hari..memang berbaloi2 membuatnya...apatah lagi bila cik abang rupanya suka makan pai epal...kasihan isterinya baru tau..haha..lepas ni boleh laa buat lagi dan kalau rajin tu boleh buat selalu kan..hee..

Bila membuat kuih jenis pastri ni memang sesuai gunakan tepung bergluten rendah seperti tepung hongkong ataupun tepung low protein untuk pastri yang rapuh..langkah penting juga adalah merehatkan doh dalam peti sejuk sebelum dicanai dan dibentuk dalam acuan pai..
Hasilnya,pastri yang rapuh dan sedapp..

Senang bila guna acuan pastry yang loose gini..tak perlu nak gris acuan tu dengan butter yer..just letak atas tin ke,atau bekas tinggi pastu..plup!dah boleh hidangkan..hii.. acuan ni boleh didapati di kedai2 peralatan kuih muih..



Terima kasih kak Zai yang share kan resepi nih kat blog beliau..k zai nih seorang pengusaha kek a.k.a tokey kek juga dan hasil kek2 yang dibuatnya semua cantik2 dan kemas belaka..jika berminat boleh laa berkunjung ke blog beliau di SINI

PAI EPAL LATTICE
Sumber resepi: Kzai@teratak impian
By:HaSue@sue.hasue.blogspot

Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum -hasue guna tepung hongkong50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang


Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit..keluarkan beras/kekacang dan bakar lagi dalam 10 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Tujuan beras atau kekacang diletakkan ketika membakar kulit pai adalah untuk menjadi pemberat..ni kalau takde pemberat pai yang khas tu laa..dengan itu kulit pai kita akan terbentuk elok dan tidak menggelembung selepas dibakar..cucuk dengan garfu dulu,alas kertas minyak baru tuang beras atau apa jenis kekacang yang korang ada stok..lepas tu boleh je guna lagi kekacang tu...in my case,aku terus buat inti kuih kasturi dan bubur kacang hijau.hehe..menu berjangkit namanya tu... Lepas dah bakar,keluarkan kekacang dan bakar lagi sehingga kulit pai tadi sedikit kekuningan ye.

Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)-hasue guna 2 epal hijau n 2 epal merah
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
Kulit pai menyeimbangkan rasa inti yang agak manis tu..jadi hasilnya memang sedapp....para penggemar pai epal harus cuba sendiri resepi mudah tapi berbaloi nih... :-)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi Kuih Kaswi Sago..sedap dan lembut!

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat yang indah..
Resepi kaswi nih dah dua kali aku buat rasanya..saja buh nama sago belakang untuk mengenal kuih ni bila nak belek2 resepi lain kali..harus dicuba oleh penggemar kuih ini jika anda suka hasil kuih kaswi yang lembut dan sedap...aku suka hasilnya lembut2 goyang2 tak patah ni ha..tapi tak kenyal sangat..kenyal yang sedang2 saja.

 Kuih kaswi ni wajib tunggu sejuk betul2 dulu baru potong..lepas tu gaul dengan kelapa yang digaul dengan sedikittt garam..

Resepi asalnya dari myresipi.com.. macam biasa,aku kan kalo kuih2 yang perisa gula melaka ni lebih suka gantikan dengan gula apong...mudah didapati di Sarawak nih..lagipun senang tak payah nak potong2..hee..
Beza resepi kali ni sebab guna tepung sago..walaupun berada di bandar banyak sago..aku tetap guna yang beli kat pasaraya juga..nak jugak yang tulis 'tepung sago' lat packaging tu..huhu..
Kalau nak ganti tepung jagung? MUNGKIN boleh tapi aku tak pasti hasilnya camna ye..

Terima kasih buat penyumbang resepi, tizkatie73@myresipi.com..minta izin nak kongsikan resepi best ni kat sini pula ya.. :-)

KUIH KASWI
Resepi:tizkatie73@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( seloyang )

  • 1 cawan gula melaka- hasue guna gula apong
  • 1 cawan gula pasir-hasue kurangkan sedikit
  • 7 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung sagu
  • 1 sudu kecil kapur
  • Beberapa titik browning sugar-hasue tambah untuk warna lebih gelap -tak letak pun takpe

Cara-cara

  1. Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
  2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
  3. Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di masak tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau sehingga adunan menjadi pekat
  5. Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
  6. Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Memang lembut sangat dan tak patah bila dilentur.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 18, 2012

Resepi: Swiss Roll Chocolate with Cheese Frosting

Petang ni nak buat kuih apa pulak untuk menu minum petang? Hmm.. kalau selalunya wat jemput2 pisang atau goreng pisang jer..apa kata petang ni cuba me'ngeroll' kek yang sedap nih pulak..bahan2 pun simple dan membuatnya pun mudah je...mudah ni sebab panduan dah ada..dan jika bahan2 dah sedia ada stok laa kan..kalau baru nak berkejaran ke kedai berdekatan..payah jugak namanya tu.hehe..kalau tidak pun,buat esok ke,hujung minggu ke..bulan depan ke..tunggu gaji masuk ke?eh?hehee..paham..paham.

 Tapi serius,bahan yang digunakan sikit jer(lor,tak abis lagi..hahaha..)
Hasilnya? Mabeles..mabeles..! Kek span coklat yang lembut dan gebusss montok..pastu kan,aku buh filling cream cheese frosting baki daripada membuat kek red velvet sebelumnya..resepi yang dikongsi oleh Anna yang meroyan mengomen di entri tersebut..hahaha...tq anna dan penyumbang resepi asal frosting yang sedap tu.

Ahh...yang resepi kek roll ni pun dikongsi oleh tokey kek dikenali ramai kak Naz..lepas tu dicuba oleh tokey kek jugak iaitu Noorsha yang nge'share' kat blog beliau...lepas tu dicuba oleh tokey tart Mas..lalu aku pun teringin ala2 ngidam gitu nak mencubanya sendiri..kot2 lepas ni jadi tokey kek gedung besar2an ke kan..hakhak..korang taknak ngidam sekali ke?

Terima kasih laa kat penyumbang resepi asal Maklang Azie, kak Naz cute, Noorsha Anggun dan Mas cantik yang kongsikan resepi nih kat blog masing2..rasanya ada juga blogger lain dah cuba jangan merajuk jika tak disebutkan di sini ye..tak perasan link kot.hee.. Nih kopipes dari umah Mas jelah..senang citer.hee...tq semua! Boleh tengok roll yang mereka telah buat kat link yang disertakan di bawah ini ya..klik je kat nama masing2.. :-)


Swiss Roll Coklat
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan lain :(Filling) - HaSue guna creamcheese frosting(klik untuk resepi)
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)-

Cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
  3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper. 
  8. Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.
 
Ohhh yer, satu adunan tu,aku dapat dua roll..maklum la,loyang ada comel2 jer... hah?macam aku jugak? Alaa,korang nii..*blushing* akakaka... :-P




Yang kat atas ni,guna creamcheese frosting tu..aku buh coklat chips..untuk gigitan berkrim dan kerangupan coklat..hmmmp!sedappp!!

Tapi yang ni pun sedap juga,dan anak2 lebih suka yang ni..creamcheese frosting tu aku tindan dengan blueberry filling..baru gulung..dengan kek span yang lembut tu memang best nak gigit..nyummmy!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum..
Selamat pagi.. dah hari Khamis pun kan.. Sekali sekala layan menu mee untuk sarapan best jugak kan..Kali nih mencuba masak mee jawa resepi dari blog mama fami yang femes amos tu pulak. Tapi aku buat nih aritu dah..pagi nih bekpes nasi goreng jer..heh.

Biasanya mee jawa nih memang kuah pekat kan..tapi sebab masak sendiri,sendiri boleh adjust laa ikut citarasa..hee..sebab aku tak suka kuah yang pekat terlampau..aku kurangkan la kepekatannya tu..baru syok nak hirup kuahnya..slurrpp slruupp gitu kan..ahak.

 Eh!eh? Mana limau kasturinya..ala,lupa lak nak posing..hee..tauge takde stok masa nih..sekian.

Terima kasih buat mama fami yang share resepi nih kat blog nya dan terima kasih juga buat penyumbang asal resepi ni..memang tergoda habis nak mencubanya sendiri dan berbaloi lak dari segi rasanya..
Resepi kat bawah nih dalam bahasa inggeris yer..malas bebeno nak meneranselet(rosak bahse) ke bahasa melayu..sila guna google translate kat tepi kanan korang laa ek..dah pasang dah aritu..jadi sila guna kemudahan yang ada..kalau ada yang pelik bunyinya ditranslate tu sila la tanya untuk kemuskilan..

MEE JAWA
Resepi / Sumber: Kak Noha / MamaFaMi 
By: HaSue

Ingredients :

1 big onion - slicedcdd
3 shallots - sliced
3 cloves garlic - sliced
1 inch ginger
1/2 cup dried shrimp - soaked
2 tablespoons chillie paste
2 tablespoons curry powder
2 potatoes - cleaned, sliced and boil till soft. Blend with a bit of water
medium sized prawns
enough water
1/2 cup chai po (lobak asin)
salt to taste
sugar to taste
zeal - optional
cooking oil

Garnish :
Egg noodles - blanched
Bean sprout - blanced
Bean curd - fried and diced
Cripy fried onion
Fresh red chillie - sliced
 Fresh green chille - sliced
Hard boiled eggs
Kalamansi

Method :


1. Clean the fresh prawns. Wash the heads and the shells and boil with enough water. Keep the stock. 
2. Boil the prawns separately with enough water. 
3. Place big onion, shallots, garlic, ginger dried shrimp, chillie paste and curry powder with a bit of water in the food processor. Blend till fine. 
4. In a pot, heat enough cooking oil. Add in the blended ingredients and fry till fragrant. 
5. Pour in the blended potatoes, prawn stock and the prawns. Add in the chai po. Let it boil. 
6. Add enough salt, sugar and zeal. Let it simmer for a while and ready to serve. 
7. Serve with fresh egg noodles, bean sprouts, fried bean curd, crispy fried onion, red and green chillie, hard boiled egg and top with kalamansi.

 Posing ngan limau jap..Yumm..!

Tips:Untuk menghidang, HaSue asingkan kuah secukupnya..panaskan dalam periuk dan masukkan mee secukupnya..baru tuang dalam pinggan/mangkuk..dan baru buh aksesori yang lain..dengan ini kuah lebih meresap ke dalam mee berbanding dicurah kuah je..teknik ni juga boleh dipraktikkan untuk membuat mee sup dan mee yang sewaktu dengannya.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 17, 2012

Resepi Apam Mentega

Assalamualaikum..

Sarapan apa pagi ni atau nak masak menu apa untuk minum petang nanti? Jika masih tercari2..apa kata anda cuba menu yang simple tapi sangat enak ini... apam mentega ni sudah ramai rakan blogger masak2 yang mencubanya sendiri.. nak sebut satu persatu pun tak larat ni..kang ada pulak nama yang tertinggal..hehe. Jadi jangan ragu2 untuk mencuba sendiri yer puan2. Memang ternyata mudah dan sedapp!

Terima kasih untuk kak Fiza yang kongsikan resepi nih kat myresipi.com.. kak fiza juga dikenali sebagai kak So fea dalam arena blogging ni..boleh la berkunjung ke blog beliau di SINI..
Terima kasih juga ye buat semua rakan2 blogger yang promote resepi ni kat blog masing2..

Untuk resepi apam mentega,disertakan di sini resepinya untuk memudahkan rujukan di masa akan datang.. untuk warna apam yang lebih gelap, disyorkan tambah sedikit browning sugar.. :)

APAM MENTEGA
Resepi n Sumber: Kak Fiza@myresipi.com
By: HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • Sedikit browning sugar- hasue tambah

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. selamat mencuba.......
Teksturnya seakan kek mentega..lembut dan gebu..dan sedap! Rugi jika tak cuba sendiri...nyummm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 15, 2012

Kuih Peniram ..kuih tradisi popular

Assalamualaikum..

Selamat pagiiiii... !
Alhamdulillah ye, bertemu lagi kita di arena blogging antarabangsa...eheee....rindunya nak ngetuk kibod..hehe.. rindu juga dengan pengunjung blog nih..lama pulak aku tenggelam kan..mesti korang pun rindu kat aku kan*perasan2..hahak..  Aku bukan apa,sebenarnya merajuk dengan blogger.com sebab tak bagi guna old interface dah..kena paksa jugak guna yang baru nih..seksa jiwa raga guna new interface nih dengan line tenet yang siput ok..sungguh perlahan kelakuannya me'loading'..huhuuu..tapi lepas merajuk2 tu tak juga kena pujuk...terpaksa laa mujuk diri sendiri kan..macam takde keje jek..hahak. Takpelah,kita pelan2 gitu kan...i'll try my best k. haaa,tengok2...ni antara skrip pujuk diri sendiri la ni..

Oklah,tanpa intro panjang2 sangat..kite teruskan perbicaraan kita ke menu best ni.. aaa,menu ni pastinya dikenali ramai rakyat jelata seluruh malaysia kan.. sedangkan incik google kenal,takkan korang tak kenal kan..hehe. Selain nama peniram,kuih ni kalo kat tempat korang apa agaknya? Telinga keling?Dasyat tul nama tu..kalo kat sarawak biasanya kuih ni saiz besar sket pastu ada 4 lubang..panggil kuih redam,ada yang sebut kuih adam..macam2 gelaran kan. Tapi rasa lebih kurang jek.
Baiklah,sebenarnya.. kuih ni aku dah cuba banyakkkkk kali membuatnya..banyak  tu ada la dalam 2-3 kali.kehkeh..Namun hampa~...*muka memandang ke laut*

Tapi kali ni..kira yang paling menjadi dah pada aku,pastu syok je makan ahli umah ni termasuk zhariff..sebab dia pun syok je makan aku tengok..tu maksudnya dah ok laa tu kan..kalo keras kejung sapa nak ngadap ye tak..



Kuih ni kan,dia memang rangup je masa panas2 tu..pastu rapuh masa sejuk...dia tak keras atau liat..so ok sangat laa pada aku yang beginner neh..korang yang dah biasa bisnes meh ngadap skrin bagi tips kat kitorang kalau ade.hee..
Oleh itu,aku nak berterima kasih la kat sarinahanis ni sebab share resepi ni kat myr ek. Minta izin nak kongsikan kat sini pula.. aku buat suku jer dari sukatan..dapat dalam 80-100 bijik kot.lupa dah aku.hee

KUIH PENIRAM
Resepi:Sarinahanis@myresipi.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( kalau sekilo tepung boleh dapat 300~400 biji )

1 kampit tepung beras yg 1kg (saya biasa guna cap teratai)-hasue guna cap gajah
900gm gula merah -hasue guna gula apong
2 1/2 cawan air ( saya sukat guna cawan yg bertangkai biasa buat minum teh tu)
segenggam tepung gandum
minyak secukupnya untuk menggoreng(guna minyak yg agak banyak untuk goreng terendam)


Cara-cara

Masak gula dengan air sampai mendidih,..perlahankan api supaya air gula tidak melimpah,..kacau sampai gula betul-betul hancur.
Tapiskan air gula terus ke dalam tepung sambil di kacau agar tepung tidak berketul-ketul...(tuang masa air gula panas-panas)

setelah sejuk sedikit,..uli bancuhan tepung macam uli roti canai,...pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,..agak2 boleh di canai macam nak buat biskut.

perapkan semalaman,bila nak goreng canaikan atas plastik yg telah disapu sedikit minyak supaya tidak melekat. terapkan guna acuan donat,..acuan ni siap ada lubang kat tengahnya,..so x payahlah guna jari or anything utk melubangkannya. Pastikan minyak betul2 panas bila nak menggoreng,..try masukkan 1 dulu...klau cepat je timbulnya n x hancur...menjadilah tu...kalau minyak terlalu panas...pandai2lah slowkan api tu yer....kang hangus plak kuih tu...selamat mencuba,..semoga berjaya!!




Aaa.. ni laaa antara hasil yang aku buat sendiri ni....kira ok laa tu kan..walaupun tak secomel yang orang jual punya tuu..nih pun bajet yang paling comel dah ni suh posing untuk blog..yang tak berapa nak comel jadi bahan uji rasa dulu laaa kan..hee.. yang berlubang 4 kan,tu biasa tengok kalau kat sarawak nih..saiz lak ada yang besar dan ada yang kecil. Tapi yang dijual pun tak sama rasa kannn...ade yang liat pun ada,yang terlebih rapuh pun ada..


Tekstur dalaman..rapuh dan sedappppp! Selamat mencuba sendiri ye korang... buat laa malam,esok paginya boleh goreng.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 7, 2012

Cendol Pandan (Homemade)

Assalamualaikum..

Cendol di tempat korang..apa bentuknya?
Bagi aku cendol tercantik dan terbaik bentuknya adalah yang bentul bulat panjang seperti mee kuning lebih kurang.. kadang2 aku tengok tak berapa nak bentuk cendol pun banyak dijual..tu tak termasuk yang jual cendol keras.adeh..hehe... agaknya bagi mereka janji warnanya hijau tu dah consider sebagai cendol kot ek..mandai jer aku kan.. :D

Sekarang ni kalau teringin sangat nak makan menu berasaskan cendol..buat ajer sendiri di rumah..resepi banyakkkk berlambak kat internet nih.. Tapi kalau ada dijual yang sedap,mana bisa ditolak..terutamanya cendol di Bekenu,memang terbaik elok kejadiannya.. iklan sket.
Tapi rasanya ia diperbuat dari tepung beras dan sekian sekian..bukan dari tepung hoen kwe..

So far aku berkenan jer guna resepi kak Fida nih sebab cendol yang dibuat daripada tepung hoen kwe ni lembut jer..

Ni separuh dari cendol yang dihasilkan..memang kena letak warna hijau dan kuning baru menepati warna yang sinonim dengan warna cendol yang biasa aku tengok..sebelum ni dah pernah buat..dan gambar acuan yang aku gunakan juga dah tunjuk kat situ..leh tengok SINI

Terima kasih sekali lagi untuk kak Fida atas resepi yang simple nih.. gaul dalam periuk sampai pekat..pastu tunggu jap.saja nak tambah sikit pekat lagi kan..lepas tu masuk acuan dan tekan sampai jatuh ke dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti ais atau air diletak ais kiub.

CENDOL PANDAN HOEN KWE
Resepi: Kak Fida @ myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( semangkuk )

40 g tepong hoen kwee
320 g air pandan -hasue guna pes pandan koepoe2
1/2 sk garam
1 sk air kapur
pewarna hijau dan kuning
acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.

Ni setelah aku bilas..saja nak 'buang' pewarna yang berlebihan sebelum digunakan untuk membuat menu2 berasaskan cendol.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 3, 2012

Ikan Goreng Berlado Kak Anymz

Terima kasih buat kawan2 yang wish besday banglong baik kat Fb mahupun kat entri tadi.. :)

Kot2 takde idea nak masak apa untuk menu berbuka petang karang,apa kata korang masak berlada gini..sebelum ni kalau masak berlada gini aku selalu guna cili kering,kali ni ikut resepi kak anim,buh cili basah..eh.cili segar..tapi sukatan cili tu aku kurangkan la ikut tahap kepedasan kitorang jer..tapi tu pun dah berasap..laju jer makan tak hengat..pasni kalo den gemuk den nak salahkan kak nim yo sebab share menu sodap2..haha...buleh ye kak nim ye.


Semalam tu berbuko dongan air kelapa pandan...ahhh sogar amat! Memang ngam laa ganding dongan masakan podeh2 nih..terbuko selera den..asal guna resepi kak anim jer automatik nak cakap nogori 9..walaupun broken jer kan.hahaha..

Tima kasih buat kak anymz yang kongsikan resepi simple nih...mintak ijin nak share kat sini lak ekk...saya tambah hirisan bawang besar kat sambal tu jugak..mabeless n meletup pecah selera sebab dah over terbuka..huhu..

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Ratah gitu pun sodapppp... ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 2, 2012

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)

Assalamualaikum

Korang suka makan rojak? Pernah tak buat petis atau kuah rojak tu sendiri? Kalau tak pernah lagi marilah kita buat sendiri sebab resepi dah ada ni..insyaAllah menjadi.. Aku dah cuba buat sendiri resepi dari DJ nih,alhamdulillah..hasilnya tidak mengecewakan. Buat pula di bulan puasa ni,main agak jer laa kan..nasib baik bila dah makan tu cukup rasa segalanya seperti aku bayangkan..kena adjust sendiri rasa masin pedas tu ye.

Selain dibuat rojak buah,rojak sayur,atau apa saja keturunan rojak aku memang suka je..janji sedap. Eh ada ke orang suka makan yang tak sedap ek..heh.
Selain untuk rojak,aku suka kalo cicah pisang goreng dengan petis ni..kalau rajin,cairkan la sedikit ye..sedap ko..pisang goreng rangup cicah petis..ada lagi pisang masak kat dapur nun. dah 2 malam berturut2 duk goreng pisang..memang tak jemu laa kan pisang goreng nih..kalau orang jual pun memang pisang goreng laku jek..
Ni aphal tah citer pisang goreng lak kat entri petis rojak nih.

Dah,meh layan resepi. Terima kasih kat Dayangjack yang kongsikan resepi yang asalnya dari ibu saudara merangkap ibu angkatnya..minta izin nak panjangkan ke sini pula ya DJ ku sayang..hihi...tqvm.. untuk resepi asal tu sila klik kat linknya di bawah ye... :)


Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood-hasue guna cili boh cap sampan
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)- hasue kurangkan agar tidak terlalu pekat

Kicap yang HaSue gunakan

Cara-cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  4. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!

Aku suka kuah rojak atau petis yang tidak terlalu pekat.. sendiri buat ni boleh laa adjust ikut citarasa kan..wee~

Rojakku yang tak cukup sifat.Cuma stok mangga,nenas dan timun je ada masa aku buat petis ni..hehe...lain hari aku buat complete aksesori rojak yang aku sukak! Korang pun cuba laa sekali,pasti tak rugi.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 27, 2012

Kuih Cara Manis Resepi Warisan

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Terus sahaja kita ke menu hari ini ya..kuih yang simple nak buat,simple nak makan. Tapi dalam pada serba simple tu,bertahun jugak laa aku nak buat kuih cara nih tapi tak terbuat2..thii hii hii.. Maknanya lama laaa acuan ni duk bertapa dalam kabinet tu kan. Kasihan. Eh! aku pernah guna laa,duluuuuuuu...(lama beno dah bunyi nya tu) la,untuk buat kuih bahulu..heh. :D

Tapi takpelah,ni dah terbuat ni..lepas ni leh buat lagi dan lagi...boleh cuba buat kuih cara yang berlauk lak laa pasni kan..sebabnya syok lak aku rasa bakar kuih guna acuan nih...cuma panaskan acuan,calit2 minyak..tuang adunan,tabur gula.tutup acuan..tunggu masak dan angkat..
Dah siap!

Tarra..! Budak2 pun senang makan sebab comel2 jek ..yelaa,ikut saiz kuih bahulu..

Untuk resepi,aku amik kat dapur Izah, Nieza pun dah buat kuih cara manis ni baru ni ekk..korang dah buat gak ek..sedap kan!

Terima kasih izah, dan sumber resepi asal Che Mat Gebu dan kak Nannie. Minta izin dikongsikan di sini pula ya..

Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG, Kak Nannie, Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan -hasue guna paste pandan koepoe2
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

Kebetulan pulak ada penutup periuk yang bersaiz ngam2 ngan acuan...ahak.. ;P


Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Jemput amik sorang seketui untuk berbuka yer...takyah banyak2,takut tak muat kat perut tu kang..hehe

Tekstur kuih cara..yummm!

P/s: Memandangkan takde stok daun pandan,aku guna tisu dapur je untuk oleskan minyak masak pada acuan yang dipanaskan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 19, 2012

Ku Dot-dotkan Kek Batik Coklat Itu..

Owh. Tajuk memang tak boleh blah. Sebenarnya men'dot2' tu pun sebab biskut marie biasa tu dah kehabisan tapi malas nak berkejar ke kedai mui kuang mini market.. atau ke glory supermarket untuk membeli biskut marie.( tak femes ke kedai aku sebut nih ek..orang selamba je sebut care4,giant kan..hehee). Jadi aku gantikan dengan biskut jejari runcing jer..susun memanjang,potong melintang,terhasil la bentuk polkadot tu.heh! :D

Dulu kan dah buat kek batik dot-dot tu kan..si Tun Telani pun dah buat baru2 ni.. sibbaik sempat ye tun..kalo idak kenyang cik tong makan sekut marie expired.kehkeh..
Kek aku buat nih aritu dah tau..bukan baru2 ni..saja nak post kat sini menambah koleksi kek batik..hanya tinggal kenangan yang indah bersamamu kek batik. aiseh. ngan kek batik pun nak jiwang.

Kali ni kek batik coklat resepi si Mylla orang sabah tu ba yang aku guna ni..kalo ko belum cubak ko cubak ba buat ni sendiri..bole ba kalaw kaw. Mementang resepi asal dapat dari orang sabah kan..nasib baik bukan orang Brunei,mun inda,berkurapak brunei tah jua aku ni karang.. hahaha...
Hai orang Brunei....(lambai2 tangan) ^_^
Negara jiran tu kalau dari Miri paling dekat sekali. Kalau dulu,banyak masa terluang ronda2 bandar miri di hujung minggu selalu berebut2 parking space dengan orang2 brunei ni.. Tidak la berebut sampai bertumbuq(sebut stail Johan raja lawak).hehehe..tapi mereka kan selalu menyopping ke Miri kan..murah bah tu qan kalau banding shopping negara mereka sendiri.. kita kalau ke brunei beli air tin tu kena pikir banyak kali dulu kot..tak berbaloi..hehe.. eh aku tak pernah lagi la gi Brunei. sekian. keskes..

Dah,dah..agaknya aku dah lama tak merapu dalam blog sendiri..sekali sekala memang best merapu kat blog sendiri ni. Tapi kadang2 tu merapu kat blog orang pun best gak..tengok blog juga laa kan,agak2 blog yang sekepala tu tak kisah kot kita komen pepanjang walaupun tak kena topik.. kalau ada salah silap aku terkomen blog korang ampun yaa.. ^_^

Meh layan kek batik separuh dot2..ambil gambar pun semberono saja..

Tekstur kek ni sepatutnya memang lebih kurang macam dalam gambar ni yer..padat jer kuar dari esbok bila dipotong..jika korang buat tapi masih lagi biskutnya bercerai berai,mungkin sebab adunan yang korang masak tu belum cukup pekat. Mungkin. Bila dah berada dalam suhu bilik agak lama,memang akan sedikit lembut tapi tidak mencair ya..tapi memang lebih layannn jika dimakan sejuk2..

Makasih ba mylla share resepi ni dulu..akak banyaq kali suda buat ni.. dan kalau boleh nak setiap kali share kat sini sebab pengunjung blog pun tak semestinya orang yang sama..tapi kadang2 memang tak sempat amik gambar nak posing2..
Jadi yang belum mencuba tu,sila la cuba ya..insyaAllah sedap dan enakk banget!


Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
* biskut marie(plain) secukupnya

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus di dasar kuali),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman di dalam peti ais.... potong dan hidangkan...

Dah lama tak nampak tangan si kecik ni capai kek kan..
ni adegan peberet kakak aku nih.hehee..dah memang budak ni suka nyibuk masa aku ngah snap pic..huhuuu..


P/s: Terima kasih buat kakbesah@myr yang sudi singgah dan bersemangat meninggalkan komen2 kat blog ni ya.. saya sangat hargai komen2 rakan2 lama dan baru..
Seperti kakbesah dan kak zila66@myr,walaupun belum punya blog sendiri tapi tetap rajin blogwalking.. sekurang2nya empunya blog dapat merasai kehadiran mereka.
sayang akak2 sekalian dan semua pembaca blog..sekalipun yang senyap itu .. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...