Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, July 1, 2010

Bubur Makaroni Berkrim

Entri masakan pertama setelah kembali ke arena blogging..hehe..sebenarnya banyak gi cerita ceriti nak tepek kat sini untuk kenangan tp memandangkan lama xda entri masakan..so dahulukan yg kemudian laa pulak jadinya..hehee..

Dalam beberapa hari ni dah kali ke 2 buat bubur makaroni nih...yela,baru nak aktif masak2 kembali..masak bahan2 yg ada jer la..sebelum ni nak shopping brg2 dapo pun xda selera sebab xda mood nak masak langsung...yg jadi tukang masak of coz my hb or makan kat kedai..tak pun pembantu yg tolong2 kupas2 bawang n masak2 yg simple jek..nak buat kuih muih,kek2..n bubur gini takde langsung ler sebelum ni..hehe

entah napa tekak nak makan sesuatu yg lemak2 berkrim gitu..rasanya tu tanda2 awal percambahan lemak di tubuh laa tu..eheheh...
Rasanya dah ramai yg tau buat bubur makaroni ni kan..simple tp yummy...kali ni buat macam buat bubur biasa cuma tambahkan krimer untuk rasa lebih berkrim..dan jangan lupa tambahkan susu pekat dan sejat ketika hendak menghidang.. enak dimakan suam2 atau sejuk2..emmm!

Resepi akan update kemudian..kot2 ada yg x tau lg ke camner kan..nak kuar jap..hehe

Update:
Maaf ye sebab lambat sket update resepi sebab semalam tak berkesempatan nak berbuat demikian memandangkan broadband asyik sangkut2 jer...dpt baca komen tp x boleh nak reply..

Bagi resepi bubur makaroni ni,rasanya tak perlu sukatan yg tepat sangat yer..sebab semuanya bergantung kepada selera masing2..namun begitu nak bagi panduan serba sedikit untuk mereka yg tak pernah buat sendiri..so check it out..

Bahan2:
  • 2 cawan makaroni-jenis bgantung kepada citarasa
  • 3/4 cawan sago mata ikan -boleh tmbh jika suka
  • 200ml santan pekat(dlm kotak)-jika guna serbuk sila guna 2 peket
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
  • 5-6 sudu besar krimer(sue guna coffeemate)-[optional]
  • 3 cawan air (atau secukupnya) untuk merebus makaroni
  • Susu pekat n sejat-optional (lebih sedap kalo letak masa nak makan)
  • Daun pandan-renyukkan dan simpul
Cara2:
  1. Cuci makaroni dan toskan. Sementara itu sago direndam di dalam air agar mudah jernih ketika direbus.
  2. Rebus makaroni bersama air sehingga benar2 lembut(dalam 10-15 minit) dengan api sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan makaroni melekat di dasar periuk.
  3. Apabila makaroni sudah lembut,masukkan sago mata ikan dan kacau untuk mengelakkan ia berketul. Masukkan daun pandan untuk aroma yg menyelerakan..
  4. Jika terlalu pekat,tambahkan sedikit lagi air. Pastikan sago sudah jernih sepenuhnya barulah tambahkan gula..jika hendak makan bersama susu pekat jangan letak gula secukup rasa,sekadar ada rasa jer ye..Kacau sebati
  5. Tambahkan santan pekat bersama krimer dan kacau sehingga sekata dan tidak berketul..Tambahkan garam untuk rasa lemak..
  6. Kacau lagi,sebatikan rasa manis2 lemak dan padamkan api apabila bubur sudah mendidih/renih sepenuhnya(pastikan guna api perlahan sahaja). Sedia untuk dihidangkan.
Cara hidangan:
  1. Cedokkan bubur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit susu pekat dan susu sejat..kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
  2. Bubur ini juga sedap disejukkan dan dinikmati ketika cuaca panas..
  3. Selamat Mencuba...
Note: Boleh guna makaroni dari jenis lain juga dan tidak semestinya seperti di dalam gambar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue...nampak sedap rasa nak semangkuk la bubur tu..akk tak pernah cuba lagi macaroni buat bubur tu.... mcm akk sekarang ni suka sangat mkn kek....utk menaikkan besat badan yg sememangnya dh naik ni heheh

Unknown said... [Reply to comment]

salam hasue. selamat menempoh era 30an ya. kakchik terlepas entri yg lepas.
bubur makaroni ni nampak best. kalau ada resepi rasa cam nak tiru je sb kat dapaur ada makaroni tu, dah lama menanti dijadikan makanan.

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Hi dear Hasue! hru doing there??? How's little bb in tummy doing? How's Lyana??? Nak cubitttt...

Bubur makaroni? 1st time dengar! hehehe...looks slurrrrrpppppp! :D

Lyana, mai sini...aunty Love cubit puas2 dulu, lama tak cubit tau! :)

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Rosaliza > wkumsalam..amboi akak..suka makan kek yer..tinggi gak citarasa bb dlm pewut akak tu yer..hihi..mesti hari2 mem'baking' jek akak nih..sue baru 'servis' kabinet ni kak..tgk bhn2 yg elok lg ke x..hehe..bubur makaroni ni agak biasa gak org buat kat sini..nanti ada masa leh laa akak cuba eh..

HaSue said... [Reply to comment]

kakchik >w'kumsalam kak..terima kasih atas ucapan..sue dah update resepinya tu..kalo berminat boleh laa cuba eh kak..nanti leh kongsikan hasilnya camner..mudah2an kena dgn selera..sue nih pun nak ngabiskan stok gak..hehe :)

HaSue said... [Reply to comment]

Love2cook > hi love..bb in my tummy doing great!thanks ya..hehe...
1st time dgr gak eh..takpe2..now u know it's exist..hihih..

yana dah lari cepat2 tadi..ashika x dtg skali ke love?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...