Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, July 3, 2010

Kerapu Kukus Bersos Tiram

Nih menu yg dah tinggal tulang yer..jamu mata jer. Nih pun malas bebeno nak ngambik gambo..ngehehe..biasak nih malas2!babab kang..ahaks

Ikan kerapu ni beso..hasil pancingan hb dgn rakan2 mggu lepas tp bukan dia yg naikkan ikan nih tp kwn dia..cuma kawan dia tu x makan ikan ni,pantang agaknya..dah rezeki kami sekeluarga,alhmdulillah..
Tp lupa lak nak timbang,berat agak2 dalam 3kg gitu kot..pengukus aku yg gedabak tu memang x muat nak ngukus sekor terus..jadinya terpaksa laa ikan tu buat gimnastik kat dalam tu..nak potong 2 cam x best gak....tp bila masuk dalam bekas ni aku potong gak sket kat hujung ekor tu.. eheee..

Ikan kukus memang antara menu 'selamat' dan pasti jadi kalo dimasak..kalo tak cukup rasa pun masih enak dimakan bersama sambal pencicah..
Kali ni aku kukus letak bahan2 yg boleh dikira asas la dalam mengukus ikan ni..hasilnya memang cukup rasa..walaupun tak payah cicah2 dah..siap berkuah lagi dengan jus ikan bercampur dengan bahan2 yg ditabur bersama ketika mengukus..

Isi ikan segar memang sedap dan puas hati bila makan.. cuma kalo ganding ngan nasik mmg tak makan nasik sangat dibuatnya..ratah ikan jer yg lebih..hehe.
Apa2pun untuk menambah selera boleh la buatkan sambal kicap kasturi..tp kali ni sebab hb cakap takyah buat jadi aku pun malas gak ler nak buat..ngehehe..

Bahan2:
  • Seekor ikan kerapu- siang dan bersihkan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Jus limau kasturi secukupnya
  • Sedikit garam dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Ikan dikelar tengahnya dan perahkan jus limau kasturi dan lumur dengan sedikit garam
  2. Sementara itu bahan2 bertanda * diracik halus
  3. Gaulkan bahan2 yg diracik tadi bersama ikan dan semua bahan2 lain sehingga sebati.
  4. Perap seketika dan kukuslah sehingga masak (pastikan air pengukus sudah mendidih dan jangan mengukus ikan terlalu lama untuk mengelakkan isi ikan menjadi agak keras dan kering)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue...akk rasa tulang pun dh tak tinggal kut heheh..takpe jamu mata pun jadi la..janji dpt tgk..

K.Nor said... [Reply to comment]

sue, kamera canggih dah ada pon malas gak menembak ya :)

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Rosaliza > wkumsalam kak..bila kita nak gi mancing nih?hihi...

Kak Nor: tulah kak..nak wat camne ek..ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...