Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, July 22, 2010

Kue Teow Goreng Telur

Mana lebih senang,goreng kue teow ke mee kuning?hehe..
'kawan' kue teow yg selalu ada disampingnya adalah telur dan tauge..sampingan2 lain tu boleh tambah ikut selera..
Aku macam biasa la,goreng pun simple2 jek..janji anak2 suka dan makan sampai licin..
kue teow ni jangan goreng dengan minyak yg banyak yer..nanti rasanya muak lak..

Resepi ni lebih kurang gak macam goreng mee kuning yg biasa aku buat..x banyak pe'el nak masak..bahkan kalo dah ikut cara lagi simple,cuma ketuk n cincang bawang putih jer untuk tumisan sebelum dicampur dengan bahan2 sos..tak pedas n sesuai untuk kanak2 juga..

Bahan2: (4-5 orang mkn)
  • 400g kue teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • 3 biji telur
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama(masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge,kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan
Sekejap jer dah siap yer..kalo nak tambah kerang pun boleh juga dengan menggoreng kerang terlebih dahulu..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...