Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 30, 2010

Jeruk Durian Dan Jeruk Buah Dabai

Uik?jarang2 org sebut jeruk durian ek? Nama komersialnya adalah tempoyak..yea..walaupun durian tak banyak aritu..aku nak gak wat tempoyak peberetku itu..hehe..sedap oh goreng pedas2 ngan udang.pheww..arini dah 'masak' n selamat direhatkan dalam peti sejuk menanti masa yg sesuai untuk dijadikan menu...

Semenjak reti buat tempoyak sendiri,x sanggup dah beli..bukan jer risau tahap kebersihannya tapi selalu x menepati citarasa jer...selalunya terlebih masin.
Apa2pun untuk tahan lama pastikan durian jangan disentuh direct dengan kulit yer(guna sudu atau sarung tangan plastik untuk memisahkan dari biji. Jangan lupa toskan semalaman sebelum dicampur garam dan secubit gula(yang ni ikut citarasa sendiri). Simpan dalam kedap udara sehingga 'masak' barulah simpan dalam peti sejuk..nak tau tempoyak yg menjadi ke tak,biasanya kalau dalam bekas jernih kan,ada nampak cam rongga2 tu,biasanya menjadi laa tu..tu antara tips mudah nak buat tempoyak ler..kot2 ada tips lain meh laa kongsi kat sini.. :)

Yang kat bawah ni pula buah dabai..buah ni dah cerita tahun lepas dah kan..rasanya memang takda atau susah didapati di semenanjung..nak explain rasa buah ni,rasanya lemak2 gitu..lebih kurang macam rasa lemak2 avokado. lebih kurang jer..x sama okeh..avokado isi tebal siap leh buat jus..huhu..pastu yg ni kena rendam ngan air panas suam baru leh makan..

Selain tu,ia juga boleh dijeruk gini supaya musimnya tahan lama dalam peti ais anda..hehe..bagi mereka yg suka makan dabai ni memang sanggup jeruk banyak2 untuk dibawa pulang ke tempat kerja masing2..ia x tahan lama kat luar tau,kalo dah lembik kena panas terik atau bahang dalam plastik buah tu dah rosak dah..rasa dah masam gitu...

Nak jeruk senang jer..salah satu cara ni,buh dalam bekas kedap udara dan letak kicap sampai penuh. Dah 'masak' simpan dalam peti sejuk dan sedia dimakan bila2 masa atau dibuat nasi goreng..
Nasi goreng dabai femes juga kat Sarawak ni oo..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

indahhouse said... [Reply to comment]

salam kak hasue,
oooo.. baru tau dabai tu apa,kak? lom jumpa lagi kat sini. rasa nak amik jer seketul buat rasa. hehe.. pandai kak hasue wat tempoyak. stok bulan ramadhan tu. :D

fmina08 said... [Reply to comment]

jeruk derian yek sue...hampeh ko..tipah tertipu!!
bb n mak bb cane skg?? sehatlah hendaknya ye...

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Salam sue...sedapnya dh pandai jeruk duyan...akk ingatkan biji dia yg sue jeruk..rupa2nya..tempoyak heeheh,,,,dabai ni jeruk ngan kicap...bila dh jeruk tu nmpk cantik je...rasa2 mcm nak makan je buah dabai ni sue.....Pc akk ok dh sekali je dia padam tadi..pas tu ok lg ni

RyRS said... [Reply to comment]

Lain versi jeruk dabai ni... Versi daerah mane ni jeruk dabai pakai kicap? Saya anak sarawak sendiri pun hairan jeruk dabai pakai kicap sebab saya ni orang kapit dimana dabai banyak didapati n dieksport ke bahagian lain dalam sarawak... Setahu saya pakai air garam yang dimasak jer... Hehehe...

RyRS said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... [Reply to comment]

Salam pn sue..terjakun kejap..x pernh tgok jeruk guna kicap..versi express ni kot...jimat garam..hii...saya pun org swak,x prh jgk tgok jeruk bkicap ni..@_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...