Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, November 19, 2010

Burasak vs Rendang Daging

Salam..bertemu kembali.. :)

Hari raya aidiladha 2 hari lepas,aku tak buat apa2 pun menu raya..sungguh.xde semangat raya langsung..masak biasa2 aje. Lagipun tak balik kampung gak sebab semalam(khamis) dan hari ni anak2 masih bersekolah..esok barulah bermula cuti sekolah anak2..
Tahun depan insyaallah si kakak akan melangkah ke darjah 1 dan si abang akan melangkah ke darjah 6..si kecik Yana pula bakal menjadi baby sitter adiknya yg bakal lahir nanti,insyaallah..
Aktiviti dia sekarang suka menyelongkar perkakas baby dan kata tu dia punya..mencabar jugalah jadinya bila dah kemas2 barang tu,tau2 dia selongkar balik..habis dicubanya segala seluar,selimut,lampin..dibalut kat badan..hmm,sabor jelah. Maklum laa badan dia pun kecik,so ada gak seluar2 baby yg termuat dia sarung..hehe..

Oklah,cerita pasal menu yg ditayang ni sebenarnya bukan aku yang buat yer..kan dah kata tadi takde menu raya aidiladha aku buat kali ni..
Burasak ni satu set dengan rendang daging disedekah oleh makcik yg merangkap pembantu aku gak laa sepanjang aku preggy nih..dia la banyak bantu buat kerja2 umah. Dia nih berbangsa bugis so memang makanan tradisi orang bugis untuk perayaan nih kan?

Sebenarnya bukan kali pertama dia bagi burasak nih..cuma kat umah nih x berapa reti nak makan..nak habiskan sebijik pun susah..maklum laa,tekak kite biasa dengan pulut lembut2 lembik gitu kan.. yg ni makcik tu kata guna nasi pulut gak..cuma pejal gitu. Kalau ikut resepi yg kat myR tu guna beras biasa eh?nih kalo ada org2 bugis atau yg arif pasal burasak nih,meh laa kongsi info pasal burasak nih..kalo ikut makcik ni,mmg boleh guna beras biasa atau beras pulut..


Yang dia buat nih guna beras pulut biasa dan beras pulut merah.. sedap cicah ngan rendangnya..plus,rendangnya lak pedas gitu..budak2 memang x makan laa pedas2 gini..hehe..

Ni laa rupa burasak tu..siap leh kupas cam kupas pisang..hehe...aritu dia buat yg ala2 pulut dakap gitu. Agaknya cara pembungkusan pun boleh dipelbagaikan kot..


Buat mereka yg nak mencuba sendiri buat burasak nih,nih resepi yg dikongsikan oleh cahayer@myR..kopipes dr sana je utk rujukan sendiri n pengunjung blog ni eh...tq buat cahayer..

Burasak

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe. * Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting
Cara-cara
  1. Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. * Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.
Nih pulak rendang daging pedas tu..memang sedap! Makan ngan nasi putih pun enak dong!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Ini blog amirah said... [Reply to comment]

burasak yang saya selalu makan kaler putih dan dibungkus nipis2....

Asmi Asmidar said... [Reply to comment]

burasak niy mknan org bugis kan ..waa. tak pernah rase teringin jugak nak rase. .:DD

Ina said... [Reply to comment]

x prnh mkn burasak n pestime tgk nih...

HaSue said... [Reply to comment]

Myra: sebab tu sy kate kat entri kat atas,mungkin ada byk cara bungkus burasak ni..sebab sebelum ni pun makcik yg bagi tu ada buat yg dbungkus nipis tu.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

m!da:yer..betul2,makanan bugis.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

moklong:cuba tengok kat link myr tu,cara lain bungkusan burasak..ehehe

Jay said... [Reply to comment]

Sy silent reader blog ni, nak share apa yg saya tau pasal burasak nih. burasak tu nama utk yg dibungkus nipis dan gunakan beras biasa. di masak cam nasi lemak, kemudian dibungkus senipis yg mungkin menggunakan daun pisang muda. kemudian direbus. yg guna pulut tu namanya lepat luie. biasanya dibungkus menjadi bentuk 3 segi panjang. juga dibungkus menggunakan daun pisang muda. lauk burasak asli ialah asam pedas ikan parang, daging masak kicap and serunding. mmg sedap..

HaSue said... [Reply to comment]

Jay: thanks share info tu yer..memang bangsa bugis ek?a'ah,kat link myr tu pun ada bgtau lauk asli dier ikan parang.. kalo ada kesempatan nak gak try.. yg nih versi dah dimodenkan kot..hehe..aritu makcik tu buat yg stail nipis2 tu n guna nasi putih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...