Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, November 21, 2010

Udang Galah Masak lemak Kuning

Dah lama tak tayang udang kat sini..padahal selalu gak sebenarnya menu udang kat umah nih..maklum,menu yg senang nak sedap dan menjadi kegemaran seisi keluarga..
Selalunya kat umah nih kalo x masak asam yg biasa tu, akan masak kari..kadang2 masak kunyit jek.. kali nih aku masak bersantan lak...jarang2 masak guna santan gini,selalu guna susu cair jer..
Sekali sekala layan kolestrol apa salahnya..haha

Nama lain bagi masakan nih MASAK LEMAK CILI API kot? Tapi aku tengok orang lain masak biasa boh air dulu baru boh udang..aku lebih suka tumis udang tu sekali dengan bahan2 tumisan barulah tambahkan santan n airnya..

Nak kongsi resepi kat sini kot2 ada yang nak mencuba yer..resepi lebih kurang jer,cuma kadang2 teknik jer lain2.. ;)

Bahan2:
  • 1 kg udang galah
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili api(boleh tambah jika nak pedas lagi)-ketuk
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 cm kunyit hidup*
  • 2 btg serai-hiris2*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam gelugor(secukup rasa)
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak utk menumis
  • 100ml pati santan
  • 200 ml air (terpulang kepada kepekatan kuah yg disukai)
Cara2:
  1. Bersihkan udang,buang 'poket' kekotoran di kepalanya dan potong jika suka..Cuci dan toskan
  2. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat hingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg menjadi pes tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan cili api yg diketuk.
  4. Masukkan udang dan kacau sebati sehingga udang bergaul rata dengan bahan2 tumis
  5. Masukkan santan dan gaul rata lagi. Kecilkan api dan masukkan asam gelugor,garam dan gula.
  6. Tambahkan air sehingga kepekatan yang diingini dan biarkan sehingga udang masak.
  7. Jangan masak terlalu lama nanti isi udang akan keras jika terlebih masak. Sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
  8. Note:Boleh tambah hirisan nenas atau epal hijau jika suka.
Menyelerakan tekak bagi penggemar udang cam aku..ehe.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

K.Nor said... [Reply to comment]

uik makyung, dah dekat nak bersalin nih tak leh makan udang.. udang2 kena bg akak, sue kena makan lauk bendi jer.. hihihi

HaSue said... [Reply to comment]

K.Nor:ahhh..apa plakkk...dkt2 nk bersalin laa kena mkn udang byk2 kak..kang dlm pantang dpt tgk org mkn jek!ekeke.. :P

LUBUK LOBSTER said... [Reply to comment]

terliur nyer lah tengok udang galah tuh .. kalo gantikan dengan udang yang lagik besar boleh tak ??

yatt abdullah said... [Reply to comment]

Alhamdulillah..dah try resepi ni hari ni.. memang sedap sangat-sangat. hubby pun puji.. :-)

www.mamadasuki.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...