Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, November 15, 2010

Al-Fatihah

Salam..
Pada hari Jumaat lepas bersamaan 12/11/2010 bersamaan 5 zulhijjah 1431h, kami telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang ipar dari hospital besar Miri dan menyampaikan berita yg sudah pasti menyedihkan..ibu mertuaku telah dijemput Ilahi pada awal pagi itu juga.
Arwah MIL di admit di hospital pada hari Khamis tersebut dan masih boleh berjalan sendiri walaupun badannya agak lemah. Kondisi jantungnya yang agak lemah dan kakinya membengkak membuatkan arwah akhirnya mengalah untuk dibawa ke hospital setelah beberapa kali didesak oleh anak2nya. Pada bulan April yg lepas arwah juga pernah diadmit di hospital dan keluar setelah dirawat beberapa hari. Sebab tu kami tak menyangka sama sekali arwah tidak kembali lagi pada kali ini..
Kami amat terkilan sebab arwah jenis tak nak menyusahkan anak2 sama sekali,bila anak2 ingin menemankan beliau di hospital tu disuruhnya balik jer..lagipun keadaan arwah masa ditinggalkan tidak menunjukkan keadaan yg lemah apalagi kritikal. Arwah berkeras tidak mahu ditemani seperti sebelumnya juga

Kami bertolak dari tempat kerja suami nih kira2 pukul 6 pagi. Buntu sangat2 selepas terima panggilan dr abg ipar tu..otak aku jem kejap nak packing barang pun aku x tau nak pack mana satu..sedih sangat2..tapi aku cuba gak kuatkan semangat coz nangis2 kan x baik utk mengiringi pemergian org tersyg.. aku dah rasa MIL tu macam mak kandung sendiri dah..bukan mertua pun..arwah amat baik pada semua menantu2nya,cucu2 nya dan tiada pilih kasih langsung..
Arwah dan suami(FIL) juga boleh berbangga dengan kejayaan membesarkan kesemua anak2nya yg boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya masing2 dan terdidik dari segi agama.
Kebelakangan ni kesihatan beliau amat tidak memberangsangkan dan ditambah lagi semenjak pemergian FIL(ayah mertua) 3 tahun lepas.

Syukur sangat2 kerana Allah permudahkan perjalanan kami balik ke kampung kerana beberapa minit setelah tiba di surau(jenazah telah siap diuruskan n disembahyangkan di surau hospital),jenazah pun tiba. Sejurus selepas itu jenazah terus dikebumikan kerana mengejar masa untuk solat Jumaat pula. Hanya seorang anak arwah yang tidak sempat kerana tempat kerja jauh di pedalaman dan mengambil masa utk pulang ke kampung..

Kami diberi kesempatan untuk menatap seketika wajah arwah yang berada di dalam keranda. Sungguh tak puas rasanya menatap wajah arwah..teringin jer nak menatap lama2 dan kalau boleh nak peluk cium buat kali terakhir. tapi keadaan memang tak mengizikan pada waktu itu. Aku tak dapat menahan sebak dan airmata laju jer keluar. Tambahan lagi bila anak kecilku(Yana) yg berusia 2 thn 2bln kata..'Tidur nenek.." ye syg,nenek tidur buat selama2nya...
Selepas jenazah diusung keluar Yana sekali lagi bertanya,"nenek pergi mana tu?nenek dah bangun?" dengan bahasanya yang petah sekali dan agak mudah difahami.. Benarlah anak kecil itu belum memahami..

Kenangan raya aidilfitri terakhir arwah MIL bersama Amylda(my doter). MIL bukan jenis suka bergambar,so susah juga nak amik gambar arwah..

Yana di rumah nenek pada aidilfitri lepas..dengan keletahnya yang tak habis2 bercakap. Kata2nya di surau ketika melihat jenazah membuat hati sebak..

Arwah MIL melayan karenah cucu2nya di pagi raya sementara menanti anak2 dan menantu pulang dari sembahyang sunat aidilfitri baru2 ini. Arwah tidak dapat turut serta kerana keadaannya yg tidak mengizinkan pada waktu itu..

Aku agak terkilan juga sebab arwah x sempat menimang cucunya yg bakal dilahirkan bulan depan ni,insyaallah..dan raya aidiladha kali ini pasti tidak bermakna seperti yg dirancang..sesungguhnya Allah itu lebih menyayanginya..

*Buat kawan2 di facebook,terima kasih atas ucapan takziah n doa Al fatihah yg disedekahkan untuk arwah,hanya Allah sahaja mampu membalasnya..
Untuk Allahyarhamah ibu mertuaku,semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan aman di sana..dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa..Aminnn ya rabbal aa laminn..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Komen Di Sini:

Shafa said... [Reply to comment]

salam takziah diucapkan...

Fazleyatul Aini said... [Reply to comment]

al-fatihah..

HaSue said... [Reply to comment]

Syafa n lya:tq

adad said... [Reply to comment]

takziah hasue dan sekeluarga... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan org2 beriman. amin... Al Fatihah

Cikmin said... [Reply to comment]

Salam takziah bue sue sekeluarga..AL-FATIHAH buat arwah..semoga tenang disana...

Shereen said... [Reply to comment]

So sorry to learn this sad news.Takziah to Sue and family.Do take care,okay.

Ina said... [Reply to comment]

semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman. AMIN.

Rizziela said... [Reply to comment]

Takziah..semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. AmIN

Sky b4 Pinky said... [Reply to comment]

salam takziah..

Ayu said... [Reply to comment]

salam takziah hasue,
semuga rohnya disisi orang2 yang beriman, insyaallah..

Sueozana said... [Reply to comment]

Salamu'alaikum Sue..

Takziah diucapkan atas pemergian MIL sue, smoga rohnya ditempatkan bersama hamba2Nya tg solehah, insyaAllah..

Buat Sue n keluarga, smoga bersabar menempuh ujianNya.. Kita datag dr Allah, kepadaNya jua kita kembali..

HaSue said... [Reply to comment]

Terima kasih semua yer..semoga doa kalian dimakbulkanNya..aminn

Rima said... [Reply to comment]

Salam takziah.. semoga rohnye ditempatkan dgn orang2 yg beriman.. insyallah

HomeKreation said... [Reply to comment]

Salm takziah buat Sue sekeluarga. Semuga arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman. Banyakkan bersabar & al-fatihah.

hana said... [Reply to comment]

Alfatihah....setiap yg hidup pastinya akan kembali.. Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Aminnnnn.........

menara said... [Reply to comment]

Alfatihah! Bolehkah saya menghafaz Al-Quran?

nur easy said... [Reply to comment]

salam takziah atas pemergian.moga rohnya dicucuri rahmat.alfatihah

fuzidss said... [Reply to comment]

Salam. Takziah dari kami sekeluarga. Moga dipermudahkan segala urusan sue.

Mrs. Nurulazmi said... [Reply to comment]

Buat kak hasue sekeluarga, kmk doakan moga semua ahli keluarga akak tabah menghadapi semua tok. kmk doakan moga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan beriman.sedih kmk maca entri tok.nitis aek mata mek nangga gambar arwah.kmk cpt tersentuh nangga insan yang bernama ibu (T_T).

Anonymous said... [Reply to comment]

Takziah..semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. AmIN

Nur said... [Reply to comment]

Takziah dari saya..

Mario said... [Reply to comment]

salam takziah...
Al-Fatihah...

CikLiz said... [Reply to comment]

takziah & alfatihah... moga rohnya berada di kalangan mereka yang beriman.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...