Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, March 1, 2010

Cara2 Membentuk Kek Marble/Belang

Salam bulan Mac..alhamdulillah dah sampai bulan ke 3 pada tahun ini..
Seperti yang dijanjikan, kali ini nak tunjukkan cara2 bergambar bagaimana membuat bentuk 'marble' atau bentuk 'belang pada kek seperti Kek Belang Harimau, kek yang paling ekonomi untuk dibuat..menggunakan bahan sangat asas!
Nih basic marble laa..nak buat corak lebih2 terpulang kepada masing2..
Selain itu,guna resepi kek marble lain pun boleh yer..nih saje nak share teknik membuat belang jek!

Oklah,jom kita belajar sama2 cara nak buat yerr..kalo ada benda nak tambah jangan segan2 nak kongsi di sini..kalo ada silap silap jangan segan nak tegur.

>Selepas adunan kek siap ia perlu dibahagi kepada 2 bahagian(atau lebih) sama rata..tidak seperti kek lapis,ia tak perlu accurate sangat

>Selepas dibahagikan dan diwarnakan,boleh laa start me'marble' atau membuat bentuk belang..

>Loyang di gris dengan marjerin/mentega kemudian ditabur tepung..buang tepung berlebihan setelah diratakan(tepuk2 loyang untuk meratakan)

Mula2,letakkan satu sudu adunan warna pilihan(coklat) betul2 di tengah2 loyang, diikuti sesudu adunan warna berasingan di atasnya(kuning)..lakukan berselang seli..ingat yer,letak adunan betul2 di tengah2 adunan terdahulu..

Ulangi langkah tersebut dan buatlah dengan kemas untuk hasil belang yang cantik..pastikan 'henjut2'kan sedikit sudu yang digunakan ketika meletakkan adunan di atas adunan terdahulu kerana kek tidak sama seperti puding ..adunannya lebih pekat..

Untuk menghasilkan bentuk belang yang kecil2,gunalah sudu makan 1sudu-1setengah untuk sekali ceduk..buat sehingga adunan habis

Beginilah rupa kek yang sudah siap di'marble'kan. Hentak2kan dan goyang2kan sedikit loyang supaya adunan lebih rata dan untuk membuang udara berlebihan(sekiranya ada) di dalam adunan kek.. Sekarang boleh laa ditutup dengan aluminium foil(tak perlu rapat) dan dikukus sehingga masak...

Taddaaaa..jadilah belang begini bila dipotong!!senang,kan?? :))

Yang ni buat kaler hijau kuning atas tu sama gak...sori kurang kemas sebab nak cepat siap.. jika anda nak cepat siap me'marble' boleh juga guna senduk..cuma belangnya akan kelihatan besar ler.

Jadi,jika ada di antara anda pernah buat marble atau belang kek tak menjadi boleh lah mencuba lagi selepas ini yerr... teknik ini juga boleh dipraktikkan untuk membuat puding marble,cup cake marble dan sebagainya yg berkaitan..
Selamat Mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

ain said... [Reply to comment]

terima kasih cikgu utk kelas hari ini.hihi

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain >> haha..sama2 kak..jgn laa bercikgu2,panggil guru besar udah ler..ekeke..takde la,gurau jek.. :P

Azita Zain said... [Reply to comment]

jaub berjalan luas pandangan...! bertambah ilmu lg hari ni. tima kasih cikgu!!

HomeKreation said... [Reply to comment]

oooooo..... patut ler halus je garisan belang tu, rupa2 nya pakai sudu.... dolu2 along buat belang nya besor2..hehe.
ooooooo...kukus rupa nya kek ni....
TQ adikku cayang...!

HaSue said... [Reply to comment]

Azita Zain >> Mekasih juga sebab tinggalkan komen...hrp ilmu yg tak seberapa ini dpt dimanfaatkn bersama :)

HaSue said... [Reply to comment]

HomeKreation >> ha'aa along,kalo guna senduk adunan cepat ler siap tp belang nyer besar2 gitu..hehe..welkam kakakku cyg!liana x ikut skali?hihi

mrs sweet lola said... [Reply to comment]

bgus blog akk
sy link blog ni.

HaSue said... [Reply to comment]

Mrs NarchotiQue >> tima kasih dik..n tq sudi link :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...