Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, March 9, 2010

Puding Berkrim Berkaramel

Boleh tahan juga teruk line internet hari ni..tapi alhamdulillah juga hujan turun dengan lebatnya since awal subuh sehingga tengah hari..
Sekurang2nya sejuk laa sedikit muka bumi yg agak panas akhir2 ni..
Semalam pun cuaca panas,jadi bila makan puding yg berkrim nih sejuk2 amatlah menyedapkan..

Sebenarnya ni resepi kombinasi dari puding karamel Alia dan creamy puding kak yani(link insyaallah akan disertakan kemudian..)
Boleh tengok bahagian label sebelah kanan blog ni kat 'puding/bingka'..

Rasanya memang x jauh beza dari creamy puding kak yani tuh gak..sedappp!

Dah laa berkrim..berkaramel lak kan..hehehe..yummyyy!!

Ok,di sini disertakan resepinya yer...resepi asal tengok SINI(klik) dan SINI(klik)

Bahan2:
  • 1 tin susu sejat (400ml)
  • 4 biji telur ayam(size B atau C)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar creamer coffeemate
  • sedikit esen vanila
Karamel
  • 50g gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas
Cara2:
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam acuan tahan panas.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Tapiskan adunan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
  5. Bakar menggunakan kaedah bain marie. (letak bekas puding tadi di dalam bekas yg lebih besar yg berisi air panas)-seperti mengukus di dalam oven
  6. Bakar selama 30 minit bergantung kepada saiz bekas dan ketebalan puding tadi..
  7. Puding yg masak akan keperangan di atasnya..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba yer..satu adunan ni boleh menghasilkan 4-5 bekas puding!

P/s: Happy birthday buat seorang sahabat yg menyambutnya pada hari ini...semoga di usia baru ini akan mematangkan lagi fikiran kita...aminn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

ima said... [Reply to comment]

wahhh...sedap tu!! kak ima suka ini...baru semalam makan kat kedai...sejuk je tekak ni bila menelannya...nak kena belajar buat gak ni...huhu

mummyseri said... [Reply to comment]

kite pon da tringin nk wat puding ni..nk cube resepi yg lain plak..nampk ini..telan air liur dululahhh..

ain said... [Reply to comment]

sedapnya su mkn puding ni waktu cuaca tengah panas bagai nak rak ni!!!

ShAhAnIm said... [Reply to comment]

lemak berkrim disukai ramaiii, akak jgn lupe letak recpnyer ekk. musti try...

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ima >> kena buat sendiri tu kak..puas ati makan..hehe..nak makan xyah beli dah ;)

HaSue said... [Reply to comment]

mummyseri >> kebanyakannya lebih kurang jer resepinya kan..hehe..tp letak creamer ni mmg berkrim.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain >> betul tu kak..kalo makan sejuk2 lak..aihh!

HaSue said... [Reply to comment]

Shahanim >> akak dah tepek resepi nya..selamat mencuba yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...