Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, March 4, 2010

Ayam Bakar Lada Hitam

Semalam tak sempat nak update blog pun.. memang sibuk ntah apa2 jek..tapi merempit kat fb tu harus ler..hahaa.kat sini sempat jawab mesej or komen jek..hehe..mekasih kat pengunjung blog ni yg drop komen eh!sayang korang.. ;)
Pastu lom sempat lak nak blogjoging..lepas ni nak blogrunning sebab letrik takde laa pulak nih..bateri lappy bertahan cuma 1 jam lebih jer lg..huahua..hrp2 x lama laa terganggu yer..

Oklah,berbalik pada citer ayam..tak tau nak masak apa ngan ayam ni..selalunya masak 'menu selamat' jer..menu selamat maksudnya ni menu yg pasti disukai semua orang laa kat umah ni..jadinya antara menu selamat kat umah ni kari ayam, ayam kicap dan sup ayam..heheee...kalo ayam panggang tu mmg selamat sangat laa ratah gitu ajer..
tu semua menu biasa tapi sedapp!'sik pandey lejuk eh..'kata org sarawak..heheee..

Resepi nih asalnya goreng,tapi aku bakar n letak madu sikit dan ejas2 sendiri ikut rasa tekak..hehe...meh cekedaot resepi dari dayang_jack simple tapi sedap nih.thanks DJ!!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1-2 sk lada hitam tumbuk
  • 1-2 sb sos tiram
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar.
  3. Goreng hingga masak.>sue bakar pada suhu 180c sehingga masak-balikkan ayam utk masak yg sekata
  4. Hidangkan bersama sos cili jika suka
***sesuai utk disajikan bersama nasi putih atau nasi ayam atau diratah shj.

Enak diratah begitu saja..hikhik..nak ke?dah abis daaaa...gi wat sana! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Hasue, nak ayam!!! My favourite...:)

Cubit Eyana puas2! mmmpppphhhh!

Anonymous said... [Reply to comment]

salam sue...emmm ayam bakar sapa tak suka...mestilah suka,sedap tu!!!kalau anak2 akak tengok ni mesti suruh buatkan jugak...hehe

HaSue said... [Reply to comment]

Love2cook > maybe next time yaaa...hehee.. *adoii.. < eyana menjerit..hee

HaSue said... [Reply to comment]

Kak ima >> budak2 suka ratah jek bila part sayap2 ayam nih..hehee

Jieda said... [Reply to comment]

wahh..boleh dicuba ni tapi kalau letak madu sikit kat ayam tu lagi sedap tak?

Unknown said... [Reply to comment]

kecur air liur tengok ayam bakar hasue. kalau dapat ratah macam tu pun sedap ni.

HaSue said... [Reply to comment]

Jieda >> opss..lupa lak nak bgtahu..mmg tambah sikit madu pun masa nak bakar tu..tp sikit je laa..heheee

HaSue said... [Reply to comment]

Kakchik >> betul tu kak..makan gitu aje pun best sayap ayam nih..hehe

Sueozana said... [Reply to comment]

Salamu'alaikum Sue...
Tengah cari idea nk masak apa, tpandang ayam bakar sue ni, ish.. rasa terliur la plak! Sue..brapa lama sue bakar ayam ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...