Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, March 8, 2010

Spaghetti Bolognese

Pertama sekali,nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di mana sahaja anda berada dan tidak kira apa tugas dan jawatan yang anda pegang.. semoga kita akan menjadi wanita yang solehah,berjaya dalam bidang masing2 dan sentiasa di bawah lindunganNya..aminn

Ok..menu kali ni western laa pulak yer.. honestly,kat rumah ni spaghetti bukanlah peberet..sekali sekala layan memang lentok gak laa..hehe. cam layan lagu lak ye.. lagi2 tang bolong bolognese nya tuh..

Sebelum nih kalo masak spageti bolognese ni,tak ikut resepi pong..main taram ikut suka rasa jer..yg dalam kepala ingat mesti ada tomato,tomato puree,daging,bawang dan lain2 yg basic laa..hehe..pastu pernah letak fresh cream(tgk kat tv) mmg yummy2 ler..
Pastu kalo ada cheese lagi best dan baik untuk menambah lemak di badan..huhu..boleh tambah cheese tapi jangan ler buh banyak2 kalau xnak berat badan bertambah2 dengan laju yer..hehe

Kali nih meh kita try resepi mutiarazura dr myR nih..sedappp! Di panjangkan ke sini lak resepinya yer...mungkin ada yg nak mencuba..thanks mutiarazura.. :)

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
* 1 kiub stok daging lembu (optional)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang
* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
* NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Kali ni memang ikut resepi nih hampir 100%..hampir tu sebab herba oregano takde,yg ader rosemary kering jek..hehe..
Resepi tu mungkin kelihatan panjang berderet tapi cuba hayati sebenarnya senang jer..dan yang penting hasilnya mantopp..selamat mencuba yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

Liyana Lunia said... [Reply to comment]

kak sue. lagi sedap kalau makan dengan cili padi potong. serius :D

DjDayang Jack said... [Reply to comment]

family kamek suka spageti ya...nak molah jak x rajin..hehe.

HaSue said... [Reply to comment]

Liyanaa >> mesti sedap makan cara melayu kan kan!thanks ye :)

HaSue said... [Reply to comment]

dayang_jack >> kamek slalu jak nak molah,tp sidak tok sik suka gilak..yalah jrg nak molah nya..hehe

ain said... [Reply to comment]

lain pulak kat umah akak, spagetti ni menu fav anak2. akak pulak mmg tak suka sgt.

Selamat hari wanita sedunia utk sue juga!

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain >> dah terbalik lak ek kak..hihi.. thanks kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...