Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, March 2, 2010

Tips Membuat Burger Kampung Dan Donut

Burger kampung juga biasa dikenali dengan nama burger malaysia kan...tapi burger malaysia tu untuk tahap antarabangsa ler..kite duk Malaysia lagi ni takpe laa guna nama burger kampung..hikhik.. ada juga yang panggil burger sambal sebab inti kan sambal,bukan benjo..bukan daging or ayam..haha

Sekadar nak kongsi sedikit tips laa ek..aku kan ngah rajin nih..hahaa..terutama bagi penggemar kuih ini atau yang nak berniaga ke..mungkin ia serba sedikit boleh menjadi panduan berguna untuk anda..

Macam biasa nak buat ni mudah ajer...guna doh donut bentuk bulat guna muncung gelas ke atau acuan bulat jika ada..terpulang laa nak saiz kecik ke besar mana..
Lepas tu, semasa menggoreng,masukkan doh yg dibentuk tadi ke dalam kuali,bila kelihatan kuih tadi sedikit kering kat atas tu terus balikkan tanpa menunggu sebelah masak..bila sebelah dah keperangan baru dibalikkan semula..
Ini untuk mengelakkan doh terlampau kembang dan membentuk ruang kosong seperti roti arab..tapi kalau suka terbentuk ruang tu terpulang lah yer..

Burger nih sarapan pagi tadi..best n sedap sebab doh pun lembut dan sambal pun pedas masam manis gitu...
Yer..sambalnya harus tidak terlalu pedas, jangan terlalu manis ..kalau boleh semua rasa ada..
Sebaiknya jika sambal sudah terasa pedas,doh/kuihnya harus ada rasa manis..jadi ada keseimbangan di situ..

Dah nama pun dohnya dari donut kena laa tepek donutnya sekali yer tak..
Semasa hendak membentuk donut,khususnya menggunakan acuan khas, pastikan doh diangkat selepas ia dicanai..maksudnya selepas dicanai jangan terus di bentuk guna acuan yer...ini kerana doh mungkin akan terrr..tarik sedikit(leh paham ke tak ayat aku nih) dan menyebabkan donut terbentuk kurang cantik dan kurang bulat meskipun dah guna acuan khas kan..

Semasa menggoreng donut pula, jangan panaskan minyak dengan api paling kuat..cukup menggunakan api yang sederhana sahaja kerana jika guna api yang kuat juga,donut gorengan pertama akan hangus di luarannya...
Jangan menggoreng dengan api yang terlalu perlahan juga kerana ini akan menyebabkan minyak berlebihan menyerap ke dalam donut.. jika ini terjadi,donut kita akan terasa berminyak di bahagian luarnya dan meresap sedikit ke dalam..

Donut ni kalo nak sedap jangan guna gula halus semata2 untuk toppingnya, campurkan sedikit tepung susu semasa mengisar gula..ia lebih sedap dan kurang manis..
kemudian simpan dalam plastik bersih..masukkan donut dalam tuuu...goncang2kan ler plastik tu...senang kan!tak perlu nak golek2 donut tuh guna tangan..hehe

Untuk resepi penuh..sila rujuk ke sini..klik > Resepi asas donut yg lembut atau Donut lagi(cara2 buat donut bergambar).. leh tengok resepi penuh kat situ..

Bagi yang tak suka letak telur..boleh laa gantikan telur tersebut dengan 1 sudu kecil bread improver untuk hasil yang sama.. Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

umie said... [Reply to comment]

nyaman eh..antar ctok juak ya...hhehe

ain said... [Reply to comment]

salam sue...kak ain dh buat donut guna resipi sue. mmg lembut. suka anak2 akak. anyway thnx for the recipee n the tips. very useful utk org mcm akak ni.

HaSue said... [Reply to comment]

umie >> bah,berik lah alamat kitak lok..nak ngepos yg setengah masak..kelak ktk mpun goreng gik sia..hahah

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain >> wkumsalam..alhmdulillah budak2 tu suke..sue pun suke akak dah buat gak..hehe..sama2 kak..tips simple jer..kadang2 ada orang yang tak tau walaupun very the basic kan.. tq gak 4 ur respon :)

SuRayA^i. said... [Reply to comment]

da lame x mkn berger kampung tu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...