Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, April 28, 2009

Slice Cheeze Cake

Resepi Ros(onigiri) nih dah jadik peberet pulak..
Nak ngabiskan slice chiz,inilah kejadiannya..

Boleh bawak untuk kawan2 banglong..
Kalo duk dalam peti es tuh lama gak nak abis..
Maklum,x boleh makan banyak2..
Sapa2 yang belum try,cubalah resepi mudah ni eh..
Halal ye ros..c np jer nih..ehee

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara-cara:
>Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

>hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya



Kali nih letak parutan kulit lemon n gantikan esen vanilla ngan sedikit jus lemon..Wallah!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

umi_e said... [Reply to comment]

ermmmm bestnya! kak e nak cubalah sebab slice cheese kat fridge tu cam tak laku je...

* kalau buat kek sure laku ni ;)

HaSue said... [Reply to comment]

sure2!lg senang nak mkn kak...kek nih kan x muak nak telan..(promote baikk punya nih..)hehe

jembalangair said... [Reply to comment]

Dah try buat kek ni. Jadik mcm kek span plak. Hehe. Sedap dan gebu tapi x moist.

Macam mana nak buat dia jadi moist aek?
Ala-ala secret recipe punya cheesecake tu?
Ada apa2 tips x?

HaSue said... [Reply to comment]

jembalangair > tq kerana bg feedback bila dah cuba resepi kat sini..
Kek nih memang ala2 kek span,kalo nak kek cheese lebih moist,boleh cube yg guna cream cheese seperti resepi nih > http://sue-hasue.blogspot.com/2009/08/cotton-soft-japanese-cheesecake.html

Yang kite dah try buat resepi yg slice cheese nih agak moist gak,nanti kalau ader buat lg kite post n3 dgn resepi skali yer..skrg nih xde stok slice cheese lak..hehe

Maaf ler kat sini xde secret recipe,xleh lak nak imagine camner rasanya..huhu..tp yg resepi 1 tu insyaallah lebih moist.
slmt mencube ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...